BAB 21

Horror & Thriller Completed 790

Rania ingin bertanyakan hal itu sewaktu sarapan tadi tetapi ditegah keras oleh Rizal. Agak tidak sopan bertanyakan hal seperti itu ketika sedang menjamu selera. Beberapa minit selepas mereka selesai bersarapan, Rania pun meminta atuk itu untuk duduk bersama mereka.

“Atuk. Saya nak tanya sikit boleh tak?”, soal Rania.

“Apadia? Daripada semalam lagi kauorang mahu bertanya.”, jawab atuk itu.

“Betul ke nama atuk ni Munir?”

“Ya, nama aku Munir. Ada hajat apa kauorang datang cari aku sampai kesini?”

“Saya Rania. Anak Ros dan Malik.”, jelasnya.

Atuk itu memandang Rania dengan riak tidak percaya. “Anak-anak dan cucu aku dah lama meninggal masa kemalangan.”, jelas atuk itu.

“Tapi saya memang anak Ros dan Malik. Saya ada bukti kalau atuk tak percaya.”
Rania menghulurkan segala informasi yang disimpan oleh Rizal itu. Munir seperti tidak percaya. Disangkanya kehidupan dia telah musnah sejak kemalangan anak kesayangannya itu.

“Kau Rania? Cucu aku?” Munir menitiskan air matanya. Tidak disangka kebahagiaan itu menerjah hidupnya kembali. Dia memeluk Rania dengan erat. Begitu rindu dia terhadap cucunya itu yang dahulunya selalu digendongnya.

Mereka berempat melihat adegan jejak kasih itu. Raihana menitiskan air matanya. Selepas mereka melepaskan rindu, Rania pun bercerita tentang apa yang berlaku.

“Ni Rizal, abang angkat Rania. Mak dengan abah hantar Rania dekat keluarga abang Rizal.” Munir mengangguk.

“Yang ni sahabat Rania, Raihana, Faroq dan Danial. Diaorang satu universiti dengan Rania.” Munir mengangguk lagi.

“Cucu atuk ni dah besar dah. Ada kawan-kawan, ada keluarga, mana mak dan ayah angkat kamu?”

“Diaorang tak ikut, atuk. Diarong baru balik dari luar negara. Kerja.”

“Macam mana Rania boleh jumpa rumah atuk ni?”

“Malu bertanya sesat jalan, tuk.”, sampuk Rizal. Mereka ketawa.

***********

‘Cu… Lari sepantas mungkin, cu. Dia sangat kuat. Cepat cu. Kau saja harapan nenek.’

‘Akhirnya kau sudah tiba. Sudah lama aku menanti saat ini. Tiba masanya untuk aku melunaskan dendam ku ini. Hahahahaha…’

Raihana dan Rizal memegang Rania dengan erat sementara Danial dan Faroq menjaga pintu. Munir berusaha mengubati cucunya itu. Selepas mereka solat Isyak, tiba-tiba pintu rumah itu terbuka. Beberapa saat kemudian Rania menjerit dan mula tidak tentu arah seperti dalam kerasukan.

Munir sudah dapat mengagak perkara ini akan berlaku. Inilah salah satu sebab mengapa anaknya itu menghantar jauh cucunya daripada kampung ini. Munir membaca ayat ruqyah. Danial yang sememangnya penakut mula berasa seram sejuk. Munir berusaha mengeluarkan syaitan itu daripada badan cucunya.

“Apa kau mahu dari budak ini? Keluar kau dari bandannya. Kau tidak layak berada disini. Pulang ketempat asal kau…”

“Aku cuma mahu melunaskan apa yang belum terlunas… Hahahaha…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience