6 bulan kemudian
Krincing!
Laci mesin duit melompat keluar sebelum tangan itu cekap ambil duit baki dan Tarik resit sebelum di sua kepada pelanggannya semula. "Terima kasih. Selamat menjamu selera dan datang lagi ya.."ucapnya kepada pelanggan lelaki handsome di depannya dengan ceria.
Yang menerima resit dan duit baki itu beri anggukan kecil. Setelah itu dia pegang beg kertas berisi kotak kek strawberi di turunkan dari kaunter itu dan bergerak keluar dari kafe tersebut ke laluan pejalan kaki. Dengan ringan kaki itu melangkah merentasi laluan tersebut Bersama dengan pedestrian yang lain di situ.
Cahaya matahari dari musim panas masa itu sungguh cerah namun tidak la terlalu panas hingga membakar kulit. Cukup untuk berikan suasana selesa dan terang. Kawasan bandar itu pula sibuk seperti biasa, Kenderaan lalu Lalang di jalan raya mengikut rentak traffic light, pejalan kaki dan orang berbasikal boleh di lihat dari jabatan lalu lintas dan tepi jalan menunggu giliran untuk menyeberang. Remaja berskateboard turut kelihatan dengan riang meluncur sewaktu berborak dengan rakannya yang mengenakan skuter.
Apabila lelaki berkemeja lepas dan t-shirt round neck dekat dalam itu tiba di depan laluan zebra, dia berhenti di lampu merah. Sambil menunggu tu sempat dia humming sebuah lagu untuk hilangkan rasa bosan menunggunya.
BIP!
BIP!
Bunyi amaran dari lampu isyarat kedengaran tidak lama kemudian. Buatkan dia tersentak lantas memandang ke arah lampu isyarat yang mana beritahu dia boleh melintas. Jadi dia pandang la kanan dan kirinya sebelum melintas. Yakin tiada kenderaan lain, dia pun lintas dengan langkah yang luas tapi bersahaja.
Namun begitu, baru saja tiga langkah di laluan zebra tersebut, seorang atuk yang jalan dari seberang jalan bertentangan dengannya tiba-tiba jatuh rebah dekat atas jalan tu sambil pegang dada seperti dalam kesakitan.
Kebetulan dia yang berada hampir dengan datuk tersebut terus berlari ke situ dan melutut dekat sebelah badan tu.
"Encik!"panggilnya semasa tunduk memeriksa nadi di tepi leher itu.
"ugh.."rintih atuk itu dengan mata terpejam dan kening berkerut sewaktu tangannya mencengkam kuat kain baju di dadanya.
Tidak peduli akan keknya, dia angkat lengan tu lantas di dukung gaya pengantin. Nak letak ke tempat yang lebih selamat. Iaitu di tepi jalan.
Para pejalan kaki yang ada di tempat kejadian ada yang sibuk menghubungi pihak kecemasan, ada yang rakam ada jugak yang perhatikan dari jarak jauh sewaktu seorang lelaki sedang tunduk memeriksa nafas orang tua tersebut.
"Encik...siapa nama?"tanya dia sewaktu keluarkan pen dari poket kemeja yang di pakai.
"Ar.."sebut atuk itu dengan lemah.
"ya?"oleh kerana tidak jelas dia dekatkan telinga ke mulut itu.
"Eric..."sebut atuk itu dengan susah payah Bersama nafas naik turun tersekat-sekat.
"Okay Encik Eric...stay with me okay..jangan terlena...ambulans dalam perjalanan."beritahunya sebelum gigit penutup pen dengan lekas lalu conteng nama itu di atas lengan atuk tersebut. "Boleh saya tahu...Encik ada ambil sebarang ubat-ubatan tak?"tanya dia sambil tulis 'name-eric,age-50-60, simtom-light heart attack'.
Atuk itu gerakkan tangan hendak sentuh poket seluarnya.
Perasan akan gesture itu, dia terus seluk tangan ke dalam poket itu ingin dapatkan apa saja yang tersimpan di situ. Sekali tu yang keluar hanyalah sekeping gambar lama sebuah keluarga yang mana buatkan dia lepaskan nafas tak percaya. Dia letakkan semula gambar itu ke dalam poket tersebut dan tunduk memegang bahu itu di goyangkan sedikit.
"Encik Eric...kalau encik hendak bertemu semula dengan keluarga encik..teruskan bertahan..jangan pengsan."pesannya dengan bersungguh.
Dan seperti yang di jangka 10 minit kemudian sebuah ambulans pun tiba di tepi jalan itu dan mengangkut atuk tersebut ke dalam kenderaan tersebut sambil di beri penerangan olehnya yang menemani atuk itu sepanjang masa di situ.
"Encik keluarga pesakit?"tanya petugas ambulans kepadanya.
"Tidak..saya janya orang awam."
"Terima kasih."angguk petugas itu sebelum tutup pintu van dan ambulan itu kemudiannya meluncur laju ke arah jalan raya.
Melihat kenderaan itu menjauh, dia lepaskan nafas lega. Mujur la sempat.
Brit!
Brit!
Getaran di telefon dalam poket buatkan dia tersentak, Tangannya pun gerak laju mencapai telefon di poket seluar jeannya. Bila dia pandang skrin telefon keningnya berkerut serius.
"Hello, Eden bercakap?"sapanya setelah tekap ia ke telinganya.
"Panggilan masuk. Laporkan diri secepat mungkin."maklum suara tegas ke telinganya.
"Tapi saya dah tarik diri dari Armada Laut Diraja tuan."ujar Eden dengan mendatar.
"Putera Declan sendiri yang beri arahan untuk bawa kamu masuk ke Armada semula.Ianya juga telah di titahkan oleh raja sendiri."
Eden mengeratkan cengkaman pada telefonnya lepas dengar. Pandangannya mencerun ke satu arah sebaik mendengar nama tu. "Baik tuan. Arahan diterima."lafaznya dengan tertib.
Share this novel