bab 9

Romance Series 423079

“Good morning cik Ayriz Elyna. Seronok bercuti.” saja Ella mengusik rakan sekerjanya itu. Ayriz tersenyum manis dan tergelak kecil.

“Bolehlah… tak sangka cuti ni best juga kan… aku tahu aku cuti jee.”

“Amboi kemain happy lagi, ada apa apa ke?” usik Ella lagi.

“Haah la Riz, kau nampak happy plus berseri semacam. Tak nak share ke dengan kitaorang?” celah Reen yang baru sahaja muncul.

Seperti semua tahu Ayriz tidak mempunyai kawan rapat jadi perkahwinannya juga tiada kenalannya pun tahu. Yang tahu hanyalah keluarganya.

Ayriz tersenyum menampakkan giginya. Mana tak bahagia, kejadian malam tadi membuatkan dia sihat hari ini.

flashback

“Ayriz… bangun mandi.” terpisat pisat Ayriz membuka mata. Dia memandang suaminya lalu dia duduk.

“Bangun mandi lepastu makan ubat.” arah Fariz lembut. Ayriz masih lagi berdegil dengan menggelengkan kepala.

“Cuba kau dengar cakap suami kau ni. Macam mana kau nak sihat kalau tak makan ubat.”

“Nanti Ayriz muntahkan balik…. taknak, penat….” rayu Ayriz meraih simpati.

“Tak adalahhh…. dah bangunlah mandi. Daripada pagi tadi tak mandi tak berlengas ke badan tu. Ni larat tak nak bangun.” Ayriz hanya menggelengkan kepala. Jujur memang dia tidak larat. Kalau boleh dia hanya mahu baring sahaja.

“Jom aku bawak pergi bilik air.” pelawa Fariz sambil menghulurkan tangan. Ayriz memandang hulurkan itu. Entah mengapa dia menjadi blur. Lama kemudian barulah dia mencapai tangan itu. Perlahan lahan mereka menuju ke bilik air. Sampai di bilik air, Ayriz di dudukkan di atas jamban duduk itu. Mereka memandang satu sama lain. Degupan jantung mengepam laju.

‘Kau pucat macam ni pun kau still cantik kan budak.’

‘Indahnya ciptaan tuhan. Betul ke pilihan aku ni tepat?’

masing masing melayan perasaan mereka. Tidak lama kemudian mereka tersedar daripada dunia nyata. Cepat Ayriz menarik tangannya. Fariz berdehem sambil menggosok lehernya.

‘Fuh sikit lagi aku nak hanyut.’

“Ka….Kau mandi dulu nanti panggil aku.” melihat Ayriz hanya mendiamkan diri Fariz kira kira mahu keluar namun langkahnya terhenti apabila Ayriz memanggilnya.

“Husband, man….” takut takut Ayriz ingin bercakap.

“Man apa?” Fariz mengerutkan dahinya untuk memahami apa yang dikatakan oleh Ayriz.

“Mandikan.” kata Ayriz perlahan. Entah mengapa mengadanya makin menjadi jadi pula dengan Fariz. Nasib Fariz kalau orang lain… ish mintak simpang.

Jelas riak Fariz sangat terkejut ketika itu. Dia tidak menyangka isterinya meminta begitu.

“Mandikan? Dah kenapa tak boleh dah mandi sendiri?” tanya Fariz pelik namun Ayriz mendengar seperti memerli. Ya dia terasa.

“Abaikan. Husband keluarlah. Ayriz nak mandi.” kata Ayriz perlahan sambil mencapai tuala yang dia sudah pun letak awal lagi waktu mengemas. Fariz masih lagi berdiri di hadapan pintu. Bila melihat wajah Ayriz membuatkannya serba salah.

‘Tadi cakap tak nak mandikan, ni duduk sini lagi. Suka hati kau lah.” perlahan lahan Ayriz melucutkan bajunya. Fariz yang tadi memandang Ayriz gelabah pusing ke belakang.

“Kau tak tahu malu ke bukak baju macam tu depan laki.”

“Eh awak yang tak nak keluarkan…” Ayriz tidak mahu kalah. Tuala tadi sudah pun dipakai untuk menutup dadanya. Fariz berasa bengang apabila Ayriz ada sahaja mahu menjawab.

“Tak… masalah sekarang kau….” tidak sempat Fariz menghabiskan kata katanya, dia terdiam dengan apa yang dilihatnya. Ayriz hanya bertuala sahaja ketika itu. Kulit gebu isterinya dipandang tidak berkelip. Sungguh hidangan apakah. Nafsunya sebagai lelaki memberontak ketika itu. Tidak lama itu Fariz kembali ke dunia nyata apabila mukanya sudah pun disembur dengan air paip.

“Ayriz!!!! apa ni?!” Fariz menghalang menggunakan tangan. Ayriz tertawa geli hati melihat muka bengang suaminya.

“Padan muka. Siapa suruh tengok orang macam nak makan.” kata Ayriz dengan tawanya. Dalam gelaknya Fariz mengambil kesempatan merampas getah paip itu daripada isterinya lalu terus dia menyembur kepada Ayriz.

“Ouhh kau kenakan aku kan…. ha ambil ni.” Fariz pula tertawa melihat Ayriz sudah basah.

“Husband! Husband!” panggil Ayriz banyak kali namun Fariz masih lagi dengan karenah nakalnya. Ayriz juga turut tertawa apabila mereka berdua sudah pun basah bersama. Di dalam bilik air terdengar gelak tawa mereka suami isteri.

end flashback

“Woi! tersengih pulak orang cakap dengan dia.” tegur Ella apabila melihat Ayriz tersenyum senyum.

“Tak ada apalah… aku happy pon tak boleh. Dahlah aku nak buat kerja. Lunch ni nak lunch sekali tak?”

“Ha okay juga tu nanti kita lunch sekali.” kata Reen sambil memandang Ella. Ayriz mengangguk bersetuju.

“Dah la aku gi buat kerja dulu.” kata Ayriz berlalu pergi. Ella dan Reen berpandangan.

“Kau rasa tak apa aku rasa Reen?”

“Rasa…. tak pernah pernah dia ajak kita lunch selalu kita yang ajak dia. Mesti dia sorokkan something ni.”

“Kan. Kita tengok sejauh mana.” Ella dan Reen tertawa sesama mereka kemudian terus menyambung kerja mereka.


“Wah…. welcome back pengantin baru. Awal masuk kerja bukan ada lagi seminggu ke kau punya cuti.” pagi lagi Eriq mula nak mengenakan rakannya.

“Bosan aku duduk rumah je. Baik aku kerja… lagi pun Ayriz pun dah masuk kerja harini.”

“Aik cepatnya bini kau sihat.”

“Eh kau tengoklah siapa yang jaga.” Fariz tersenyum bangga.

“Eleh sudahlah kau. Malam tadi dah buat scene tv3. Konon, cintakan Wawa, sayangkan Wawa last last semalam, riba bini juga.” usik Eriq lagi.

Semasa Eriq sampai semalam dia terus menuju ke bilik rakannya. Sudah jadi kebiasaan dia memecah masuk rumah Fariz bergitu. Tanpa salam dia membuka pintu bilik Fariz perlahan. Terlihat Fariz meriba kepala Ayriz sambil memicit kepala. Eriq tidak melepaskan perluang mengambil gambar mereka lalu perlahan lahan tutup pintu semula. Dia terus ke bawah dan meletakkan barang di meja makan dan kemudian terus beredar.

“Ma…macam mana kau tahu? Eh tengkorak kau ngintai aku macam tu! Buat baju bini aku terselak ke apa masa tu…. selamba badak kau je.” geli hati Eriq melihat wajah bengang rakannya.

“Aku minta maaf sumpah tak sengaja. Jangan risau time tu elok bini kau selubung satu badan.” tambah Eriq lagi dengan tawanya.

“Kau lain kali jangan buat macam tu kau tahu. Aku bukan sorang lagi kat rumah tu.”

“Ye.. aku tahu. Ni benci benci pon tidur sebilik juga ea korang.”

“Kau ingat drama tv3, kahwin paksa, tidur bilik asing pastu tersuka, happy ending macam tu.” Fariz menyilang tangan berpeluh tubuh.

“Memang pun.” jawab Eriq selamba. Memang itu yang dia nampak jalan cerita Fariz sekarang.

“Ye lah…. aku mengaku memang aku suruh dia pilih bilik memana tapi entah apa budak tu makan kemain susah nak dengar aku cakap, selamba dia masuk biik aku. Pastu aku tak habis cakap lagi dia dah blah ke bawah ambil barang yang lain. Yang aku lagi bengang beria aku cakap dengan dia, dia buat tak tahu je. Ha kau tengok semalam dah demam. Balasan la tu.”

“Ish kau ni tak baik kau tahu. Betullah dia buat. Isteri kena selalu ada disisi suami.”

“Arh kau semua nak menangkan dia. Ni lagi satu kau tahu masa stay rumah parents dia, dia suruh aku tidur dekat sofa kau tahu. Padahal masa rumah aku selamba dia tidur kat katil aku. Ha alasan dia sama macam kau cakap tadi, isteri kena sentiasa disisi suami. Menyirap je aku tengok budak kecil tu.” bengang Fariz apabila mengingatkan hal itu. Sakit juga badannya. Eriq tertawa geli hati. Apalah nasib kawannya.

“Sebelum dia suruh tidur dekat situ, kau ada buat benda yang buat dia marah ke?”

“Mana ada.. aku buat apa? Ouhhhh ye Wawa call aku, masa tu dia pergi buatkan air. Aku rasa dia dengarlah aku berbual sebab sebelum tidur tu dia macam perli aku. Tapi itu je bukan apa pun.”

“Bukan apa otak kau. Patutlah kena tidur sofa kau yang buat hal. Otak kau pergi cuci dengan air zam zam lah… teruk sangat dah tu. Daripada aku layan kau baik aku buat kerja.” Fariz memandang kosong dengan permegian rakannya. Selang beberapa saat telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Dia terus mencapai telefonnya dan duduk. Nama Eriq tertera di telefon. Dengan pantas Fariz membuka…..

“Eriqqqqqqq…… tak siuman punya kawan.” mahu sahaja dia mencabut kepala si Eriq itu. Gambar yang ditangkap malam tadi diberinya. Namun sempat Fariz membelek gambar itu semula dan bibirnya menguntumkan senyuman.


“Eh kita nak makan dekat mana ni?” soal Reen apabila mereka sampai ke dalam mall.

“Kita makan tempat haritulah… sedap juga makan dekat situ. Kan Ayriz? Ke kau ada nak makan dekat mana mana?”

“Dekat tempat haritu tu pun sedap juga. Aku tak kesah mana mana asal perut kenyang.”

“Ouh ha okaylah kalau macam tu… kita pergi kedai yang hari tu je.” Reen bersetuju. Mereka terus berjalan menuju ke kedai makan.

“Weh korang, aku nak pergi tandas kejap.”

“Ha pergilah aku dengan Riz tunggu sini. Meh beg kau.” Ella menghulurkan begnya lalu terus pergi. Masa dia sedang berjalan, satu tubuh merempuhnya. Kebelakang Ella diabuatnya.

“Excuse me? Tak nampak jalan ke?” tegur Ella geram melihat gadis itu. Gadis itu memandang sombong sambil menjeling dan terus beredar.

“Eh tak guna punya perempuan. Dah lah kau langgar aku lepas tu selamba badak kau je blah. Eh nasib aku dah tak tahan.” bebel Ella seorang diri dan terus masuk ke tandas.

“Lamanya kau pergi tandas. Kau buat apa? Bersembang?” perli Reen apabila Ella baru sahaja muncul.

“Sorrylah. Kau tahu tadi ada sorang minah ni langgar aku. Lepas tu dia blah macam tu je. Aku nak je tarik rambut perempuan tu. Dia ingat style la tu keluar toilet cermin mata hitam dekat atas kepala.” salah satu kemahiran Ella mengutuk orang memang tidak bagi peluang lagi lagi orang yang tidak kena dengannya. Meletus tawa Ayriz dan Reen mendengar kata kata Ella itu. Jelas Ella bengang ketika itu.

“Bongoklah kau ni La… “

“Ye Reen aku eh kalau dapat perempuan tu aku hantuk kat cermin. Dah la langgar aku pastu pandang aku tak puas pastu blah macam tu je….”

“Dah dah jom makan. Jangan marah sangat.” tambah Reen lagi.

“Ye lah jom… Eh tu hah perempuan tu.” Ella menunjuk ke arah gadis itu. Ayriz dan Reen terus memandang. Berubah riak wajah mereka terutama Ayriz.

Share this novel

Princess Mae B. Vito
2022-09-20 18:22:28 

wow it is nice read


NovelPlus Premium

The best ads free experience