Bunyi guruh mengejutkan Kristine daripada tidur. Jam dinding menunjukkan pukul 3 pagi. Dia menoleh ke sebelah dan melihat Asmodeus sedang tidur nyenyak. Hatinya yang risau terasa lega melihat suaminya di sisinya.
Kristine bangun dari katil, mengenakan cardigan panjang, memakai sandal, lalu keluar dari bilik. Sambil meneguk jus merah, dia teringat akan mimpinya. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia bermimpi sesuatu yang membuatkan dia tidak senang hati. Dia bermimpi melihat Asmodeus bersetubuh dengan seorang ahli sihir perempuan di atas takhta, di hadapan ramai orang.
"Puan..." tiba-tiba suara Melvin kedengaran dari hujung dapur. Dia melihat Kristine minum di depan peti sejuk dalam keadaan malap. Melvin menekan suis di tepi dinding, menyebabkan Kristine tidak selesa dengan cahaya terang itu.
"Tak tidur lagi ke?" tanya Kristine.
"Tak dapat tidur, puan. Biasanya pada waktu ini saya akan bersedia di dapur untuk memasak," ujar Melvin sambil masih memakai baju tidurnya.
"Melvin, aku harap kau boleh bertahan di sini," kata Kristine. Dia yang membawa Melvin masuk untuk menggantikan butler yang lama. Ramai yang berhenti kerana tidak tahan dimaki oleh Asmodeus.
"Saya akan baik-baik saja, puan. Terima kasih kerana memberi saya peluang bekerja di sini," jawab Melvin sambil tunduk. Walaupun usianya hampir sama dengan Kristine, dia tetap menghormati majikannya.
"Bagus," Kristine meletakkan gelas di atas meja sebelum berlalu pergi, diperhatikan oleh Melvin.
Kristine mempunyai kebiasaan tidak dapat tidur semula jika terbangun pada jam 3 pagi. Pada waktu itu, dia akan berjalan mengelilingi rumah sebesar 4000 hektar itu sebanyak tiga kali sehingga merasa mengantuk dan boleh tidur semula. Namun pada hari itu, dia langsung tidak mengantuk.
Akhirnya, pada jam 5 pagi, Kristine berdiri tegak memandang rumah agam milik Asmodeus dengan tajam. Dia memejamkan matanya, dan beberapa imej yang dilihatnya pagi semalam semasa kekecohan dan protes mula terlintas di benaknya. Dia cuba mencari wajah perempuan bernama Decharabia, namun tiada. Kristine tidak puas hati.
Dia cuba membayangkan wajah Asmodeus. Kali ini, dia melihat tingkah laku aneh Asmodeus yang keseorangan, seolah-olah dia sedang bercumbu dengan seseorang. Tunggu, Asmodeus bukan keseorangan, tetapi bersama seseorang dalam bentuk asap berwarna hijau gelap!
Kristine segera membuka matanya apabila dia terasa sesak di dada. Dia merasa cemas dan memandang sekeliling apabila terdengar seseorang memanggil namanya, namun dia tidak nampak sesiapa.
'Lilith...'
Gila. Benda itu menyebut nama itu. Kristine tidak keruan, berpeluh-peluh mencari dari mana datangnya suara perempuan itu.
'Lilith...'
"Di mana kau?! Keluar!" jerit Kristine. Dia langsung tidak menyukai keadaan itu.
'Lilith, Asmodeus akan menjadi milik aku. Kau akan mati tanpa dia.' Suara itu bergema sekali lagi dengan gelak tawa yang kedengaran jelas di telinganya.
Kristine menekup kedua-dua telinganya dengan tapak tangan dan memejamkan mata. Suara itu tidak hilang. Sekejap memanggil namanya, sekejap lagi tertawa seolah-olah menikmati penderitaannya.
"DIAM...!!!" jerit Kristine sekuat hati, dadanya terasa sesak. Nadinya berdenyut laju tanpa sebab.
"Kristine!" Kali ini, suara seorang lelaki.
Kristine tetap memejamkan matanya.
"Kristine!" jerit lelaki itu sambil menggoncang kedua-dua bahunya.
Kristine mula sedar dan membuka matanya. Dahinya berkerut menahan ketakutan. Pertama kali dia merasa perasaan itu. Dia automatik menangis dan memeluk Asmodeus di depannya dalam keadaan cemas.
Asmodeus hairan. Dia membalas pelukan Kristine sambil menenangkannya dan memandang sekeliling. Asap hijau gelap yang berbau herba itu perlahan-lahan hilang dari pandangannya.
---
"Kau okay ke tinggal dekat rumah ni? Tak nak ikut aku keluar?" tanya Asmodeus lagi sambil memakai kemeja panjang putihnya.
Kristine hanya memandang suaminya itu memakai pakaian. Pakai apa saja, tetap tampan dan segak. Tatu yang dicacah di tubuh badannya membuatkan dia makin jatuh hati terhadap lelaki itu.
"Kau pergi kerja je kan?"
"Hmm... yup." Asmodeus mencapai jaket hitamnya dan menyarungkannya ke tubuh sasa itu. Dia memandang Kristine dan memberi satu ciuman di bibir.
"Aku tak biasa hidup macam ni, Kristine. Aku tak tahu apa kau nak sebagai isteri aku," ujar Asmodeus dengan jujur. Dia tidak suka menipu walaupun perangainya seperti dajal.
"Loyalty," jawab Kristine pendek.
Asmodeus menghela nafas pendek. "Syaitan tak pernah setia, sayang. Kau tahu tentang itu."
"Tapi aku dapat."
"Sebab sebelum tu kau masih perawan. Lilith hanya setia kepada Adam. Tapi sekali dia bertemu dengan Asmodeus, dia serahkan segalanya kepada Asmodeus, yang adalah aku." ucap Asmodeus lagi dengan senyuman bangga.
Kristine mendengus. Dia tahu dia bukan perempuan pertama dalam hidup lelaki itu.
"Kalau kau diberi pilihan, kau nak aku atau benda lain?" soal Kristine lagi.
"Benda lain?"
"Entah. Aku saja tanya."
Asmodeus ketawa kecil. "Dah lah. Kau jangan banyak fikir. Aku nak bergerak sekarang."
Kristine melihat suaminya itu berlalu keluar dari bilik tidur sambil menjinjing beg kerjanya. Jarang sekali lelaki itu membawa apa-apa barang ketika ke tempat kerja. Dia menuju ke balkoni bilik dan melihat dari bawah, Asmodeus memandu Range Rover hitamnya keluar dari halaman rumah itu.
---
Asmodeus terus duduk di kerusinya sebaik sahaja tiba di pejabat. Semua pekerja yang mogok dua hari lepas tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadapnya, seolah-olah mereka lupa akan kejadian itu.
Pintu pejabat diketuk oleh seseorang, dan seorang pekerja lelaki bernama Tommy masuk.
"Tuan, setiausaha baru tuan sudah sampai," ucap Tommy.
"Hmm. Bawa dia masuk," jawab Asmodeus sambil pura-pura membaca fail di atas mejanya. Sengaja menunjukkan gaya seorang bos sombong dan dingin kepada pekerja baru.
Setiausaha baru itu masuk, menutup pintu setelah melihat Tommy beredar dari pejabat itu. Setiausaha baru itu mula bersuara, "Asmodeus..." Suara perempuan mengasyikkan itu membuat Asmodeus pantas mengangkat dagunya dan memandang.
Asmodeus tidak teragak-agak mengenali siapa itu. Dia agak tergamam. Perempuan itu tidak lain, kalau bukan Decharabia.
Asmodeus bangun dari kerusinya dan mendekati perempuan itu. Dia sempat mengintai dari tingkap luar untuk memastikan tiada siapa melihat mereka berdua di dalam pejabat itu.
"Kau buat apa di sini?" soal Asmodeus sambil memandang perempuan itu yang berpakaian moden dan seksi, korset di tubuh badannya menyerlahkan betapa mampatnya buah dadanya serta pinggang ramping, bisa mengancam mata sesiapa sahaja yang melihatnya.
"Aku pekerja baru kau," Decharabia menunjukkan kad ID nama yang tergantung di lehernya.
Asmodeus memegang kad ID yang terpampang gambarnya sekali. Gambar yang diberikan agak seram, dark and cold.
"Tommy tak inform aku pun."
"Dia takkan dapat inform kau sebab kau jenis bos yang tak ambil kisah dengan pekerjanya. Kau kan sibuk berfoya-foya," jawab Decharabia dengan suara sedikit menggoda. Dia menggigit bibir yang dicalit dengan lipstik merah sambil memandang Asmodeus dari arah dada hingga ke bawah seluarnya.
Asmodeus ketawa kecil. Dia merasa geram dengan pemandangan indah di depannya, lalu dia merangkul pinggang ramping Decharabia dan mencium bibir perempuan itu dengan rakus.
Decharabia mengoles rambut Asmodeus, setiap helai rambut Asmodeus itu perlahan-lahan bertukar menjadi putih di tepi telinga, sesuatu yang Asmodeus tidak sedar sedang terjadi. Apa yang dia tahu, dia harus memuaskan nafsunya. Dia tak sempat bersarapan pagi itu, dan dia sangat lapar saat Decharabia membuka bajunya, hanya tinggal baju dalam berwarna hijau gelap itu sahaja.
Pintu diketuk oleh Tommy dari luar. Asmodeus mendepakan tapak tangannya ke arah pintu dan menguncinya dari dalam menggunakan kuasa mistiknya.
Tommy terkedu dengan kejadian itu. Dia tidak tahu sama ada itu adalah angin atau hanya khayalannya sahaja.
"Ah...! Ah...! Yeahhh...!" Suara Decharabia yang sedang menikmati persetubuhan itu membuatkan Tommy, yang berdiri di luar, mula sedar akan apa yang berlaku. Dia mengalah dan mengeluh.
Tommy kembali memandang fail yang dibawanya untuk ditandatangani, lalu beredar dari situ, memahami situasi itu. Bosnya yang tak guna memang tidak peduli akan pekerjanya.
Namun begitu, satu perkara yang baik tentang Asmodeus adalah dia tidak lokek dengan wang, gaji, atau perbelanjaan lain. Itulah satu-satunya sebab pekerja di sana bertahan bekerja untuknya.
Asmodeus kembali memakai pakaiannya setelah puas melampiaskan nafsunya kepada perempuan itu.
"Aku nak keluar," kata Asmodeus sambil memakai seluar, dipandang tajam oleh Decharabia.
"Aku nak ikut," balas perempuan itu, bangun tanpa seutas benang di tubuhnya yang menggiurkan. Dia berdiri di hadapan Asmodeus sambil cuba mengatur kembali tali leher berwarna hitam itu.
Asmodeus hanya membiarkannya sambil merenung wajah perempuan itu dari hujung rambut ke hujung kaki. Perempuan itu memang cantik dan mengancam di matanya, tetapi dia tidak dapat melupakan Kristine, yang setia dengannya.
"Kenapa? Kau fikir pasal apa? Pasal bini kau ke?" Decharabia meneka.
Asmodeus berdehem beberapa kali, tidak mahu mengakui kebenaran itu, dan dia mengelak daripada menjawab soalan tersebut.
"Kenapa kau berkahwin dengan dia?" tanya Decharabia sambil memakai semula pakaiannya.
"Bukan hal kau," jawab Asmodeus dingin.
Decharabia tidak suka apabila persoalannya tidak dijawab. Dia menghalang langkah Asmodeus untuk keluar dari pejabat.
"Kau tak ada apa-apa perasaan dengan aku ke selepas semua ni berlaku antara kita???" tanya Decharabia dengan nada marah.
Dahi Asmodeus berkerut mendengar soalan itu. Tiba-tiba, dia ketawa.
"Kau tak kenal aku siapa ke, perempuan???" balas Asmodeus dengan sinis.
"Maksud kau? Kau ingat aku buat semua ni, suka-suka je ke???" Decharabia mula sakit hati.
"Kau cakap apa ni, perempuan? Nama kau pun aku tak ingat. Kau anggap semua ni apa? Kita berdua kekasih ke? Hahaha! Tolonglah sedar!" Asmodeus menolak bahu Decharabia agar dia tidak menghalang langkahnya untuk keluar dari pejabat itu.
Decharabia geram, mukanya merah padam.
"Aku akan beritahu bini kau pasal kita!" ancam Decharabia.
Asmodeus berhenti memulas tombol pintu itu. Dengan wajah yang tegang, dia menoleh ke belakang. Dia berjalan mendekati Decharabia yang sedang menahan kemarahan itu.
Asmodeus merenung wajah Decharabia sebelum tiba-tiba mencekik leher perempuan itu sambil berbisik dengan nada marah. Decharabia meronta-ronta, cuba melepaskan diri, tetapi badannya terasa kaku.
"Kau jangan berani nak ugut aku. Kau ibarat semut di bawah kaki aku," ucap Asmodeus dengan nada tegang. Kedua-dua anak matanya mula berubah warna dari hitam ke merah.
Mata Decharabia terbeliak ketakutan. Air matanya mula mengalir melihat wajah Asmodeus yang menakutkan itu. Dia meronta-ronta apabila Asmodeus masih tidak melepaskan cengkaman di lehernya.
Tiba-tiba...
Pintu pejabat itu dibuka oleh seseorang. Asmodeus menoleh ke belakang. Dia melihat seorang lelaki, berambut hitam pekat, merenung tajam ke arahnya dengan wajah yang jelas dipenuhi kemarahan.
"Lepaskan dia," lelaki itu bersuara dengan nada yang berderau.
Asmodeus menoleh ke arah Decharabia dan akhirnya melepaskan cengkaman di lehernya. Decharabia terbatuk-batuk, hampir kehabisan nafas, hanya sedikit lagi dari kematian.
"Kau siapa???" Asmodeus menyoal dengan marah.
Dia paling tidak suka apabila ada seseorang masuk ke pejabatnya tanpa memberi salam atau mengetuk pintu terlebih dahulu. Asmodeus sempat menjeling ke arah tombol pintu yang sudah patah itu, pasti lelaki itu yang merosakkannya. Namun, dia tidak mendengar apa-apa pun bunyi.
Asmodeus tidak percaya, tetapi dia merasakan sedikit kegelisahan dalam dirinya.
Siapakah lelaki itu?
Bersambung...
Jangan hairan. Sebenarnya saya tengah menyusun ayat agar lebih cantik untuk dibaca. Terima kasih...
Share this novel