Bab 11

Humor Completed 28838

"Besok I dah nak kena balik KL." Kata Iqbal setelah lama berdiam diri. Mereka sudah pun tiba di kolong blok Dhia. Iqbal terasa berat hendak meninggal Dhia pergi. "I'll miss you." Sambung Iqbal lagi.

"Seminggu lagi I datang KL lah. I'm going to see your parents remember?" Jawab Dhia dengan lembut. Tipulah kalau dia pun tidak rasa sedikit rindu. Yelah, sudah hampir dua minggu mereka asyik berjumpa. Esok, mereka akan berada berbatu-batu jauhnya. 'Sejak bila pulak aku jadi minah bunga ni Dhia?'

"I tak sabar nak membina hidup dengan you. Tak lah I asyik rindu you je."

"Iqbal, you pasti famili you ok dengan pilihan you?"

"Dhia, mama dan papa I sendiri pernah bercinta. Lagipun, who will not love you? Sedangkan Faiz pun boleh tertarik. Apalagi mama dan papa I."

"Iqbal, you ingat, masa you langgar I dulu kat dalam hotel you? Lepas itu you langgar I lagi kat dalam pool?"

"Ingat, mana boleh lupa perempuan garang macam you."

"I pun tak boleh lupa mamat godzilla yang ngada-ngada dan mulut celupar. Pelikkan jodoh ni, orang yang kita benci lah yang jadi orang yang kita sayang. Nasib baik I tak tahu berenang. At least tahu juga you rasa bersalah."

"Kalau tak pasal tuh pun, I akan berkawan dengan you, kalau dah jodoh. Eh, you sayang ke mamat godzilla mulut celupar ni?"

"I sayang you dan I jugak sayang mamat godzilla yang mulut celupar ni."
--

AKHIR
"DHIA KENAPA TAK SIAP LAGI?!" Suara cemas Rafidah menyapa cuping telinga Dhia Arifah yang sedang asyik mengelamun di hadapan cermin. Dia memandang Rafidah yang lincah mendekatinya.

Rafidah kelihatan cantik memakai sepasang Abaya yang ditempah dari Doha. Dia mengenakan abaya nya dengan tudung berwarna merah hati. Solekkan Rafidah tipis tapi tetap menyerlahkan keayuannya.

"DHIA!" Suara nyaring Rafidah sekali lagi menyapa cuping telinga Dhia.

"Dhia tak tahu macam mana nak pakai tudung ni," Dhia cuba meraih simpati dengan menghulurkan kain tudung yang sejak tadi dia cuba pakai.

"Suruh lah mak andam pakaikan. Kita dah lambat ni. Pihak lelaki sekejap lagi dah nak sampai." Rafidah cuba menjawab dengan tenang.

"Alah, mak andam tengah sibuk lah, akak tolong lah Dhia!"

"Hish, nasib baik giliran kau dah lepas!"

"Kak Rafidah ni kalut sangat lah. Pengantin perempuan sendiri belum keluar bilik." Jawab Dhia. Dia mengukirkan senyuman melihat tangan Rafidah lincah memasang tudung itu ke atas kepalanya.

Dhia baru sebulan dua berjinak-jinak memakai tudung. Kalau setakat ikat tudung bawal itu boleh lah, tapi bila nak gaya-gaya begini, Dhia masih belum reti.

"Dear! You belum siap lagi?" Suara Iqbal pula menyapa cuping telinga Dhia.

Dhia sudah semakin hilang sabar kerana asyik mendengar soalan yang sama.

"Hish, yang nak nikah bukan I. Tak kisah lah kalau I tak siap lagi. Yang penting pengantin perempuan ada. Lagipun pihak lelaki belum sampai!" Rungut Dhia.

"Dhia, bagus sangat lah tuh cakap dengan suami macam gitu. Kau tuh baru kahwin jugak. Inai kat jari masih merah lagi. Jangan kasar sangat dengan suami." Raudah yang baru sahaja masuk ke rumah menegur, Dhia dengan lembut.

Dhia memandang Iqbal yang baru dua bulan bergelar suaminya. Dia memohon maaf sambil memperbetulkan tudung yang sudah siap diikat Rafidah.

"Kak, saya masuk ni nak bilang yang pihak lelaki dah kat dewan. Tinggal nak panggil pengantin perempuan. Tok kadi tak lama lagi nak sampai ni." Iqbal memberitahu tujuan sebenar dia masuk ke dalam rumah.

"Hah yelah, kejap nanti kita orang keluar. Iqbal tolong bawak Irfan ke bapak nya." Raudah berkata sambil menghulur putera sulungnya kepada Iqbal.

Raudah rasa lega kerana bayinya, Irfan yang baru berusia empat bulan tidak banyak ragam. Senang sedikit dia hendak ke sana dan ke mari.

"Jom, kita tengok, Radiah dah siap belum." Ajak Raudah setelah Iqbal melangkah keluar ke dewan.

~

Radiah memandang wajahnya yang sudah siap disolek. Tudung yang disemat di kepala kelihatan amat cantik. Memang kalau hari biasa, Radiah tidak pernah bersolek begini. Cantik jugak muka aku ni.

Dadanya berdegup kencang. Tak sampai sejam lagi dia akan menjadi isteri orang. Setelah pelbagai rintangan yang mereka lalui bersama, akhirnya mereka akan disatukan. Radiah takut dia tidak dapat menjadi isteri sempurna buat Zaiful. Dia takut akan masa hadapan yang tidak pasti.

"Cantiknya akak!!!" Suara gembira Dhia mematikan lamunan Radiah.

"Ya Allah, adik siapalah ni." Kata Rafidah.

Raudah hanya tersenyum bangga.

Mereka berempat berpelukkan.

"Radiah dah bersedia?" tanya Raudah dengan lembut. "Pihak lelaki dah sampai. Tok kadi sekejap lagi sampai." Sambungnya lagi.

"Radiah takut kak."

"Kak Radiah jangan lah takut. Ambil nafas panjang-panjang. Banyak-banyakkan berdoa. Dhia pun masih ingat lagi apa Dhia rasa dua bulan lepas. Gementar nya, Allah je tahu. Tapi inshaa Allah, semua akan berjalan dengan lancar." Dhia memberi nasihat. Pengalaman nya dua bulan lepas masih segar diingatan. Itulah saat paling takut dan gembira dalam hidup nya.

"Dhia dah bersedia nak jadi isteri Zaiful?"

"Inshaa Allah."

~

"Abang, kak Raudah suruh abang jaga Irfan," Iqbal berkata setelah melabuh punggung di sebelah Fandi. Mereka duduk tidak jauh dari Zaiful. Dan menjadi pengapit Zaiful adalah Diyan sendiri.

"Irfan ada meragam?" tanya Fandi.

"Tak, bagus je dia, diam aja." Iqbal berkata sambil bermain-main dengan Irfan yang sudah berada di pangkuan Fandi. Irfan sesekali memberi Iqbal senyuman kecil.

"Tak sabar rasanya bang nak ada anak sendiri." Iqbal berkata dengan perlahan.

"Sabar, kau baru kahwin dua bulan. Inshaa Allah, cepatlah kau dapat zuriat. Nanti kalau dah ada baby, jangan pulak kau abaikan dorang." Fandi memberi nasihat.

Tok kadi sudah pun sampai dan duduk bertentangan Zaiful. Mereka berbual dengan nada perlahan. Mereka sedang bersiap sedia untuk angkat nikah.

Mata Iqbal memandang pengantin perempuan yang baru masuk dewan dengan diapit tiga wanita. Salah satu wanita itu, Iqbal amat sayang.

Iqbal memerhatikan Dhia yang baru dua bulan bergelar isterinya. Inai di jari isterinya masih merah. Melihat keadaan sekeliling membuat nya teringat kembali sewaktu angkat nikahnya sendiri. Gementar, cuak, gembira semua ada. Dia takut dia tersasul ke tersalah kata. Kang nanti jadi viral video pulak!

~

Isteri. Dia suka memanggil Dhia isterinya. Iqbal bersyukur kerana segala yang dirancang mereka berjalan lancar. Seminggu selepas dia pulang ke KL, Dhia pula datang untuk berjumpa mama dan papa. Memang pada mulanya papa sedikit kecewa, tetapi papa sedar yang Iqbal dan Dhia betul-betul mencintai satu sama lain. Seminggu selepas itu, mama dan papa hantar rombongan meminang ke Singapura. Mereka bercadang untuk buat majlis pernikahan mereka di KL sahaja. Kerana dua bulan kemudian, Radiah dan Zaiful pula hendak bernikah. Keluarga Dhia boleh berjumpa mereka di sini sahaja.

Isteri. Iqbal masih memandang isterinya yang sibuk menguruskan baju pengantin perempuan.

"Kau tengok lama-lama buat apa? Bukan dia boleh lari pun, dah jadi isteri." Tegur Fandi yang sedar perilaku Iqbal.

Iqbal terasa malu pula.

"Tapikan Iqbal, aku boleh faham lah. Macam mana lama pun kau kahwin dengan isteri kau, kau masih nak pandang. Kau masih cari bayangan dia. Tak ada istilah jelak. Bila dah masuk alam pernikahan ni kan, bila kau dah kongsi segalanya dengan isteri kau, kau dah tak nak pandang lain dah. Cukup wanita yang Allah berikan pada kau sebagai jodoh."

"Wah bang, dah boleh tulis buku cinta ni. Patutlah kak Raudah sayang." Gurau Iqbal.

~

"Aku terima nikahnya, Radiah Binti Mohamad dengan mas kahwin seribu dollar tunai."

Dengan sekali lafaz, Radiah telah sah menjadi isteri kepada Zaiful.

Semua yang berada situ terasa amat lega.

Rafidah mengelap airmata yang tumpah. Dia membalas pelukkan Radiah. Sempat Rafidah berbisik, "Tahniah adik ku. Kalau ibu ada kat sini, mesti dia turut gembira. Radiah, jaga lah rumahtangga yang baru kau bina ni. Layari bahtera ini dengan hati yang lembut dan cekal."

Radiah terangguk-angguk mendengar pesanan kakak nya.

Mata Rafidah liar mencari seseorang. 'Datang tak dia?'

Rafidah tersenyum kecil melihat sesusuk tubuh Hafizul yang sedang berbual dengan Fandi. 'Mungkin jodohku masih kuat?'

~

"Dhia."

"Abah, duduklah. Dah makan?"

"Dah, abah makan dengan suami kamu." Abah berkata sambil melabuh punggung bersebelahan Dhia.

"Panas hari ni. Nasib baik kita buat kat dewan." Dhia memulakan perbualan.

Dia masih sedikit ganjil untuk bermesra dengan Abah. Tetapi dia tetap cuba. Dia tahu, abah juga sedang mencuba. Abah sudah disahkan pulih tiga bulan lalu. Dhia sering melawat abah di pusat pemulihan. Kadangkala Iqbal turut sama. Apabila abah mendapat tahu yang Dhia mahu berkahwin, abah berusaha bertungkus-lumus untuk pulih. Dia sendiri yang mahu menikahkan Dhia.

"Abah tahu mungkin abah tak ada hak untuk minta perkara ini dari adik dan Iqbal. Tapi abah hendak menebus kembali dosa abah kepada adik. Izinkan abah nikahkan adik." Pinta abah sewaktu Dhia memberitahu berita gembira itu.

Secara automatik takungan airmata Dhia pecah. Anak perempuan mana yang tidak mahu abah nya nikahkan diri nya?

"Handsome abah pakai baju batik ni," tegur Dhia. Sesekali dia melemparkan senyum kepada tetamu yang hadir. Kebanyakkan tetamu yang hadir semua kenalannya juga.

"Adik yang pandai pilih."

~

"Sayang, I rindu lah." Iqbal berkata dengan manja kepada Dhia.

Hari sudah menginjak malam. Persandingan Radiah dan Zaiful berjalan dengan lancar. Mereka menginap di bilik hotel yang dimilikki keluarga Iqbal.

"Kenapa pulak rindu? You kan dengan I hari ni."

"Tapi I tak nampak you pun. You asyik sibuk layan tetamu. Sebab itu I rindu dengan isteri I."

"Well, I'm here."

Iqbal merangkul pinggang Dhia. Sesekali dia mencium embun-embun isterinya.

"I teringat kembali masa persandingan kita." Iqbal berkata dengan lembut. "Cepat je masa berlalu, dah dua bulan you jadi isteri I." sambung Iqbal lagi.

"Dan ini dua bulan yang paling bahagia sekali dalam hidup I." Dhia berkata. Dhia meletakkan kepalanya di atas dada Iqbal.

Pelukkan suaminya membuat dia rasa selamat.

"Kalau I tahu kahwin ni best, dah lama I carik you dan kahwin dengan you."

Dhia senyum manis mendengar kata-kata suaminya. Walaupun beribu-ribu kalinya mendengar kata-kata cinta dari Iqbal, hati Dhia tetap berbunga dan jantungnya tetap berdegup kencang.

"Sayang, thank you. Sebab sudi berkenalan dengan I. Thank you tak putus-putus cuba melembutkan hati I. You adalah lelaki pertama dan terakhir di dalam hati I." Kata-kata romantik Dhia membuat Iqbal tersenyum lebar.

"Dear, I tak sabar nak mulakan famili I dengan you. Tak kiralah kita kat Singapore ke KL ke, yang penting, you dan bakal anak-anak kita ada bersama. Kita cipta bahagia yang selama ini kita cari."

Iqbal bertentang mata dengan Dhia. Masing-masing tersenyum bahagia. Semua kisah semalam mereka diletak tepi. Mereka sekarang mahu melayari bahtera bahagia, bersama. Hingga Jannah. Amin.
--

EXTRAAAAA
"Bertenang Dear! Breathe!"

"I tak boleh bertenang! Sakit Sakit!"

"Ouhhhhhhhhh Dhia you're squeezing my hand too much!"

"KHAIRUN IQBAL SAKIT ITU SECIPUT JE KALAU NAK BANDINGKAN SAKIT YANG I ALAMI NI!"

"Puan, sudah tiba masanya. Saya perlu puan ambil nafas dalam-dalam. Saya kira sampai tiga saya nak puan tolak sekuat mungkin! 1 2 3!"

"ARGGGGGHHHHHHHHHHHHH"

"Bagus puan, lagi! 1 2 3! Encik saya perlu beri kekuatan pada isteri encik!"

"Sayang breathe, breathe and push!"

"ARGHHHHHHHHHHH IQBAL THIS IS ALL YOUR FAULT!"

"Puan one last push!"

"ARGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!"

Dhia terhenti kepenatan. Dia terdengar tangisan bayi yang sungguh nyaring. Seluruh badan Dhia terasa penat dan lemah sangat. Tetapi matanya asyik memandang bayi sedang dibersihkan jururawat. Bayi itu nampak sungguh putih and penuh dengan debu-debu.

"Puan, tahniah, puan dapat anak lelaki."

Dhia menyambut bayi itu lalu dipeluk erat. Ini anak aku ke? Ini bayi yang aku kandung selama sembilan bulan? Ya Allah, indahnya anugerah mu. Ya Allah! Dhia menangis kegembiraan.

"Sayang..." Iqbal memanggil. Dia turut asyik memandang bayi itu. "Sayang, ini, ini anak kita?"

Dhia mengangguk. Dia memandang suaminya yang amat dicintai. "Abang, we made this."

"Terima kasih sayang. Terima kasih." Iqbal semakin hiba. Dia bertalu-talu mencium dahi isterinya.

Dhia memberi bayi itu kepada Iqbal untuk diazankan.

Dhia memerhatikan bayi itu di dalam pelukkan Iqbal. Ya Allah, terima kasih kerana kau panjangkan umur ku untuk melihat keindahan ini. Ya Allah, akan aku jaga bayi ini bagai nyawa aku sendiri.

Dhia semakin ngantuk. Kepenatan tadi semakin dirasa. Mata Dhia mula kuyu. Ya Allah, Alhamdulilah.

~

"Mohamed Khairun! Ibu kan dah suruh kemas! Sekejap lagi ayah dah nak balik. Kitakan nak makan kat restoran favourite Khai." Suara Dhia tegas mengarah.

Muka Mohamed Khairun bertukar masam.

"Khai, sekejap lagi kan kita nak makan. Nanti ibu belikan Khai ice-cream nak?"

Muka Mohamed Khairun yang tadi muram kembali ceria. Bukan susah hendak pujuk anak kecil berusia tiga tahun ini. Dhia sudah kenal benar dengan perangai anak sulungnya.

"Ibu! Khai nak bawak patung ni boleh?" tanya Mohamed Khairun dengan lembut. Dhia tersenyum memandang patung yang menjadi mainan kegemaran anaknya.

"Kenapa Khai suka sangat patung godzilla ni?"

"Sebab ayah cakap godzilla ni boleh protect ibu. Ayah kata kalau ayah tak ada, Khai kena jadi kuat macam godzilla ni."

Dhia tersenyum mendengar celoteh anaknya. Pada mulanya Dhia hanya membeli patung ini untuk berjenaka. Sehingga kini Iqbal masih belum menonton filem Godzilla. Siapa sangka patung ini boleh menjadi patung kegemaran anaknya. Bapak dengan anak sama aja.

"Assalamualai'kum!" Suara suami kedengaran di luar rumah.

"Yay Ayah dah balik!"

"Wah happynya anak ayah ni!"

"Ayah ibu nak belikan Khai ice-cream!"

"Wah boleh ayah mintak sikit?"

"Tak boleh. Khai dah janji nak share dengan godzilla."

Iqbal melepaskan tawa. "Ayah pun godzilla tau."

"Kenapa pulak ayah godzilla?"

"Ibu selalu panggil ayah godzilla. Ayah kuat! Tapi ayah boleh lagi kuat kalau Khai share ice-cream Khai dengan ayah."

Iqbal memandang wajah anak kecil itu yang berkerut-kerut. Hatinya gembira melihat kecomelan anak nya.

"Hmm boleh lah. Kita share tiga orang. Khai, Ayah dan godzilla."

"Habis ibu tak ada?"

"Ibu tak boleh. Nanti adik dalam perut ibu sejuk!" Mohamed Khairun berkata dengan serius.

Dhia hanya mampu tersenyum. "Dah lah, pergi ambil kasut. Kita dah nak keluar ni."

"Okey ibu!" Mohamed Khairun dengan lincah berlari ke rak-rak kasut.

"Hi encik godzilla," Dhia menegur sambil menyalam suaminya.

"Hi beautiful." Iqbal membalas sambil merangkul tubuh Dhia. Perut Dhia yang sudah mula membesar berada di antara mereka.

"I missed you. And our babies."

"I missed you too."

Iqbal tersenyum bahagia. Haiiiiiiiiiiiiiiii bestnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience