LAST....

Drama Completed 85759

Empat tahun berlalu...

Eva Natasha masih disini..
Di pulau yang menyimpan beribu kenangan bersama Daim Akli.

Damia Everlyn yang sedang bermain di gigi air dipandang penuh kasih. Anak itu sudah berumur empat tahun. Dan ketika nyawa Damia ingin dicabut oleh Zizie, dia langsung tak mengerti apa-apa.

Eva sendiri pun tak mahu membuka kisah duka itu. Biar ia tersimpan erat di hati kecilnya.

“Sekejap je rasa masa berlalu kan..”

Eva toleh kearah Clara yang sedang menghala ‘mini portable fan’ ke wajah anak lelakinya yang berusia dua tahun.

Zakuan, satu-satunya anak hasil perkahwinan Clara dan Firman sedang lena tidur di atas pangkin setelah penat bermain sebentar tadi.

“Ye la.. anak-anak kita pun dah membesar.”

Kali ni pandangan Eva beralih pada Farina yang turut berjuntai kaki bersebelahannya.

Mata Farina turut lurus memandang anak lelaki yang sebaya dengan Damia sedang sama-sama menyimbah air laut ke diri masing-masing.

Ah.. budak-budak masih tak tahu erti kehidupan sebenar. Buka mata ingat nak main je hingga mata terlena kembali.

Dua hari yang lepas, Mereka bertiga sepakat untuk bercuti di pulau dimana kisah bahagia Eva bermula.

Firman dan Hairul pun tak membantah, malahan mereka ada sama mengekori isteri kesayangan masing-masing.

“Mama! Cee my elbow. Bruise.”

Mata Eva menangkap Damara Elvina tergedik-gedik berlari kearah pangkin. Segera dia turun dan berdiri tegak menunggu anak keduanya menghampiri.

Damara cebik bibir bila tubuh montelnya makin menghampiri Eva.

Segera Eva bercangung tubuh apabila Damara mendekati. Lengan kanan anak kecil itu diambil perlahan sebelum anak mata hazzelnya jatuh pada kesan biru disiku anak perempuanya.

“Macamana boleh lebam ni?.”
Dahi Eva dikerut seribu lapis. Mata tajam anaknya dipandang. Sebiji mata si papa Damara.

“Mara belajar siyat.”

Eva raup wajahnya sekali. Bicara pelat Damara membuatkan hidung kembang kempis tahan marah.
“Abang!!!”

“Ah sudah.. volcano bakal meletus lagi..”
Farina terkekeh suka lantas memusing wajah memandang Clara yang masih menyua ‘ mini portable fan’ pada anaknya.

Clara angkat kening, setuju dengan kata-kata Farina sebelum bibirnya turut mengorak senyum.

“Ye sayang...”

Eva pandang cemburut pada wajah suaminya yang berlari anak menghampiri dia yang sudah mendirikan tubuh.

“Sayang dah cakap, Mara masih kecik, hold dulu nak ajar dia silat. Tunggu la dia besar sikit.”

Kali ni suami Eva pula buat muka shrek, dahi dikedut beribu.
“Mana ada abang ajar dia silat.”

“Kalau tak ajar kenapa sampai biru siku Mara?”
Eva cekak pinggang. Mata terus menatap suaminya yang mencangkung sambil menilik tubuh Damara.

Geram rasanya bila Sang suami tak habis-habis nak turunkan pesaka silat gayung panglima ulung pada keturunanya.

“Bukan papa yang ajar, kakak yang ajar Mara mama.”

Kali ni mata Eva diangkat memandang Damia yang tergedek-gedek berlari kearah mereka.

“Kau ni Eva.. cuba siasat dululah siasat dulu..”
Senyum di bibir Farina masih terus mekar. Perangai rakannya baiknya tak pernah berubah.

Eva mengelus rambut panjang Damia yang melepasi bahu dan sedikit basah terkena air laut.
“Kenapa kakak ajar Mara silat? Dia kan kecik lagi.”
Ton yang tadi macam bunyi guruh dilembut ketika bersuara pada Damia.

“Papa cakap kena ajar silat dari kecik, baru lah boleh jadi kental macam papa”

Eva sendeng wajah menghadap suaminya yang sudah berdiri tegak mendukung Damara.

Kening si suami diangkat-angkat menandakan dia benar-benar tak bersalah.

Okay..
Kali ni Eva makin rasa sakit hati. Kedua tangan dicekak ke pinggang, mata tajam suaminya dilawan.
“Abang la yang beria-ria ajar si kakak silat. Tengok sekarang dia pulak nak turunkan ilmu tu pada Mara.”

“Sayang.. bukan abang la.. Kakak memang nak abang turunkan ilmu kat dia.”

“Ha ah, kakak yang nak belajar silat dari papa, mama jangan marah papa”
Damia datang merapati suami Eva sebelum pinggang papanya dipeluk.

Bibir Eva merengus kuat.
“Sama je anak beranak, keras kepala. Kalau dah kata dia, kata dia la.”

“Eh ley, kau lupa ke kakak Mia ikut perangai kau Eva? Kau dulu pun keras kepala, mati-mati nak belajar silat. Puas Im pujuk untuk halang kau.”

Kali ni semua mata memandang Daim Akli.

“Sayang bini la katakan, sikit je bini terluka satu kampung boleh dihamuk!”
Hairul yang turut melangkah ke pangkin menambah ayat isterinya menyebabkan yang lain pecah tawa.

Sama seperti kejadian 4 tahun yang lalu....

“Eva..”
Daim menyentuh pipi isterinya.
“Abang nak dengar sayang panggil abang dengan panggilan ABANG..”

Suara Daim yang semakin lemah meningkat sayu dihati Eva.
“Abang.. sayang cintakan abang.. jangan tinggalkan sayang..”

Bertimba-timba air keluar di tubir mata Eva melihat Daim yang terus kaku. Mata lelaki itu terpejam rapat.
Tangan kecilnya mengoncang-goncang bahu Daim yang masih diriba.

‘Emergency team’ yang terdiri dari doktor dan staf hospital berlumba-lumba menghampiri Eva yang terus memangku suaminya.

Sungguh Eva masih tak bersedia jika Daim meninggalkan dia. Harapan untuk bahagia 10 tahun yang lalu bagai terbang tanpa sempat dikejar.

Kenapa harus berakhir seperti ini?

“Abang.. please... jangan tinggalkan sayang.. sayang tak boleh hidup tanpa abang.. bangun bang.. bangun..”
Eva terus mengoncang bahu Daim. Dahi lelaki itu berkali-kali dicium. Muka dan wajah Daim dibawa erat kedada. Eva belum sedia menghadapi semua dugaan ni.

“Im! Bangun! Aku taknak hidup tanpa kau! Aku taknak besarkan Mia tanpa kau! Bangun aku cakap! Bangun!”
Kali ni tubuh Daim digoncang lebih kuat. Eva hampir hilang pedoman.

Doktor dan staf cuba menenangkan keadaan Eva. Namun dia tak perduli. Bagaikan orang gila, Eva menjerit dan merayu agar Daim kembali sedar.

“He still breathing but his pulse going weak.”
Salah seorang doktor lelaki mencangkung dan meletakan dua jarinya di sisi leher Daim.
“Put patient on stretcher and alert blue code now!”

Arahan doktor lelaki itu membuatkan semua staf mengangguk!

Eva melihat Daim diangkat diatas troli panjang dan dia turut bangun kerana Eva sendiri tak pasti keadaan suaminya.

Lengan Daim masih utuh dirantai jemari Eva.
“Im! Aku kata bangun! Tolong jangan tinggalkan aku..”
Suara Eva makin mendayu. Dahi Daim dicium lagi.

“Sa... sa.. sayang...”

Eva angkat muka. Mata Daim yang terbuka dipandang kedu.

“A.. abang dah cakap kan.. ja.. jangan panggil aku kau lagi..”

Sempat?

“Daim Akli!!!!”
Eva mendirikan tubuhnya pantas! Wajah pucat Si suami dipandang.

“Sshh..”
Daim meletakan jari terlunjuknya di kedua bibir Eva.
“Kuat sangat suara sayang ni.. sampai sakit telinga abang dengar.”
Suara Daim masih lemah. Namun tetap ditutur juga.

“Im...”
Sekarang Eva nak nangis atau nak marah?

“Puan Eva.. saya bawa Encik Daim ke emergency dulu ye.”
Doktor lelaki tadi meminta izin setelah dilihat Eva masih tak lepaskan lengan Daim.

Perlahan Eva melepaskan lengan kiri Daim sebelum membisik ditelinga lelaki itu.
“Siap abang lepas ni.”

Seraya Eva menjauhkan tubuh dari ‘strecher’ Daim. Anggota hospital terus menolak Daim namun lelaki itu sempat melirik kearah isterinya sebelum melempar senyum walaupun payah.

Darah yang keluar akibat tikaman sudah hampir membeku bila doktor lelaki itu menekan kuat bahagian luka dengan gauze putih yang besar dan tebal.

Daim tak sakit ke?

Hurgh! Daim bukan malaikat yang takde deria sakit. Sakitnya akibat tikam dari Zizie membuat seluruh urat sarat dia mengembang. Peluh tak henti keluar dari setiap liang roma.

Namun Daim seorang pesilat yang memegang bengkung Merah Jurulatih, sewaktu dia hampir menamatkan pelajaran silatnya. Tok guru yang mengajar sempat menurunkan ilmu ketahanan dalam diri dia.

Dari ilmu itu, Daim mampu merawat kesakitan organ dalamannya dengan cara mengawal pernafasan serta menumpukan perhatian pada sesuatu perkara sahaja.

Dan sewaktu ditikam oleh Zizie tadi, Dalam diri Daim hanya menumpukan untuk terus mengepam jantung mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida secara sekata.

Segala tutur kata Eva dapat didengar, namun dia tetap menumpukan perhatian hingga akhirnya mata terbuka bila mendengar Eva makin merintih duka.

Daim bersyukur, wajah Eva masih dapat dilihat.. sesungguhnya dia pun takut jika dia wajah itu hilang sepenuhnya.

Daim juga tak mahu tinggalkan Eva saat bahagia baru mendatang. Memang Daim tak boleh nak lawan kuasa tuhan. Namun jika peluang itu ada, dia takkan sekali-kali persiakannya.

“Eva... “

Mata Eva yang terus memandang Daim yang semakin jauh ditolak ke bahagian kecemasan kini menoleh pandang pada Dahlia di tepinya.

Anak kecilnya yang didukung wanita itu ditatap sayu.
Kepala Damia di elus lembut..
“Papa selamat sayang...”

Dahlia yang mendengar suara lembut anaknya tanpa sedar menjurai air mata. Dia juga terkejut jika benar Daim tinggalkan Eva serta cucunya.

“Eva.”

Kali ni Eva angkat wajahnya dan memandang kedepan. Seorang doktor lelaki menghampirinya
“Haikal..”

Doktor Haikal ingin senyum namun dek kerana terlalu marah, ekpresi wajah ditahan.
“Are you okay Eva? I’m sorry for this scene. My staf never being alert. I tak sangka perkara ni boleh berlaku pada anak you.. Sorry sangat-sangat.”

Bibir Eva mengorak senyum. Dia pun tak sangka boleh jumpa Doktor Haikal, bekas suami Hidawati.

Eva amat kenal dengan Hidawati kerana mereka sering menjayakan ‘Fashion show’ atau menjadi tetamu untuk mana majlis bersama.

Dari situlah dia mengenali Haikal .

Hidawati salah seorang model terkenal negara yang pernah mengempar dunia seni bila mempunyai skandal dengan seorang jurugambar ketika dia masih isteri Haikal.

Manakala suaminya pula berkahwin secara senyap-senyap dengan seorang jururawat bernama Akira Ayu hingga mencetus kisah sandiwara pada Haikal untuk memilih antara Hidawati atau Akira.

Tapi jodoh itu sudah kententuan. Sesiapa pun takkan dapat menyangkalnya.
Kini Haikal bahagia bersama pilihan hatinya.

( Kalau nak tahu lanjut kena baca kisah CINA BUTA )

“ I’m okay Haikal.. “

Doktor Haikal mengangguk laju kepada Eva lantas memusingkan tubuhnya kearah dua orang jururawat yang mengekorinya.
“Nurse! Faster! Take the baby and push in the ward!”

Terkoncoh-koncoh dua orang jururawat itu mengambil bayi Eva dan memasukannya ke dalam baby court.

Eva menghampiri baby court yang sudah menempatkan anaknya.
Damia dilihat merekot lembut sebelum tubuh kecil itu dibaring sempurna dan kembali memejam mata. Kejadian tadi mungkin menganggu tidurnya sebentar.

Eva senyum.
Wajah Doktor Haikal kembali dipandang.
“My mom akan follow anak i ke ward. I nak pergi emergency unit, tengok Husband i.”

Doktor Haikal mengangguk faham.
“Its okay Eva. I will make sure this incident not be happen again.. i’m deeply sorry Eva.”

Eva mengangguk lantas mengoyak senyum dibibir. Sebenarnya hati Eva belum lega selagi suaminya masih berada di kecemasan. Dia perlu segera kesana.

Doktor Haikal turut membalas senyuman Eva, rakan seni bekas isterinya.
Sedang hatinya juga membara bila mendapat panggilan dari jururawat yang menyatakan seorang bayi di wad jagaannya hilang.

Apa lagi tergesa-gesalah Doktor Haikal keluar dari ‘On Call Room’ nya dan menuju ke nursery.

Dua hari ni dia ditugaskan mengetuai rawatan untuk pesakit di nursery. Ditambah pula dengan terpaksa kerja atas panggilan menyebabkan sudah lebih 24 jam dia tak pulang kerumah menghadap wajah Akira Ayu, isteri kesayanganya.

Ah! Rindunya dengan Kira..

Setelah memerhati belakang Eva yang melangkah pergi, Doktor Haikal kembali menoleh ke arah dua orang jururawatnya.
Bibir nipis diketap sebelum pandangan tajam dilemparkan.
“Apa lagi you all tercegat tu! Cepat bawa baby Eva ke wad. And! After shift i want you two fill incident report form and submit to me by today!”

Terkoncoh-koncoh kedua-dua jururawat tersebut menolak ‘Baby court’ yang diletakan Damia. Dalam hati menyumpah-nyumpah dengan sikap Doktor Haikal.

“Apahal Doktor Haikal nak marah-marah sangat sejak akhirnya ni? Bukan ke 2 minggu lepas dia baru balik dari honeymoon kat Thailand ke?”

Jururawat bernama Mel mencebik bibir mendengar omelan rakan kerjanya. Hati dia turut perit.
“Kalau dah moddy macam tu apa lagi. Si Akira tu pregnant la.”

“What? Pregnant lagi? Lajunya.. siapa bagi tahu kau?”
Rakan sekerja Mel membesarkan biji matanya.

“Siapa lagi, Dian la bagi tahu. Dia kan best friend Akira.”
Sekali lagi Mel mencebik bibir bawahnya hingga terkeluar dari wajah. Geram sangat!

“Oi! Apa lagi korang borak tu! Cepat lah tolak baby Eva. Sampai wad, terus bawa ke treatment room. Saya nak tengok keadaan dia! Kalau nampak dia trauma! Siap la you all berdua!”

Aisey men!!
Giler garang Doktor Haikal ni!
Aishh!
Makin laju dua jururawat itu menolak baby court diekori oleh Dahlia.

Eva sampai ke Emergency Unit. Daim dimasukan ke zon merah, dimana ia untuk menempatkan pesakit yang kritikal.

Doktor memberi penjelasan bahawa Daim perlu dibedah segera bagi mengeluarkan pisau yang menikam didada lelaki itu.

Mujur pisau yang tersusuk tidak mengenai organ yang terdekat iaitu hati, jika tidak, pembedahan mungkin akan menjadi rumit.

Buat masa sekarang ni Daim diberi ubat tidur dan bernafas menggunakan mesin pernafasan bagi tujuan merehat lelaki itu.

2 jam pembedahan dijalankan, Daim akhirnya dikeluarkan dari bilik pembedahan sebelum dimasukan ke unit rawatan rapi.

Hanya sehari sahaja selepas pembedahan mengeluarkan pisau yang tertikam didada lelaki itu, Daim akhirnya sedarkan diri dan dapat bernafas seperti biasa tanpa memerlukan bantuan oksigen.

Rasa syukur Eva panjatkan, jika public menyatakan selamatnya Daim dari maut kerana keajaiban, maka Eva sangat-sangat mengakui itu semua.

Bagi Eva peluang kedua ni dia takkan sia-sia kan lagi. Eva mahu bahagiakan Daim sebagaimana dia bahagia bersama lelaki itu.

Tamat sudah kejadian empat tahun yang lepas...
Semua itu mimpi hitam yang Eva sendiri cuba lupakan..

“Nasib baik tak jadi apa kat kau Im.. kalau tak author novel ni dah kena maki cukup-cukup sebab hero diorang mati”

Semua pandangan melekap pada Clara.

Dan...
Krik... Krik...Krik..Sebentar

Sebelum masing-masing faham dan menyembur tawa memecah bunyi ombak memukul pantai.

******

Tiga buah keluarga berkumpul, mengundang riuh di rumah kayu milik Daim.

Rumah itu dibina 2 tahun yang lepas berdekatan dengan rumah Pak Chot.

Sengaja Daim membina sebuah lagi rumah di pulau ini untuk dia dan Eva bercuti jika kelapangan.

Daim juga mahu ada kenangan yang ditinggalkan kepada anak cucu tentang pulau telah menyimpan seribu kenangan terindah antara dia dan Eva...

Bunyi ‘generator’ sedikit membingitkan malam.. namun bila diselang bunyi ombak, keadaan dirasa agak tenang.

Daim telah membawa ‘generator’ dari seberang untuk menghidupkan elektrik di rumahnya kerana pulau tersebut masih tidak mempunyai bekalan elektrik dan air.

Mesin itu dikongsi bersama bagi menyalurkan elektrik ke rumah Pak Chot. Hanya dengan cara ini sahaja rumah mereka berdua dapat diterangi lampu tanpa menggunakan lilin atau pelita.

Bagi bekalan air pula.
Daim mengajikan pekerja untuk membuat ‘Air Boring’ (telaga tiub) dengan mengerudi punca air dari bawah tanah dan mengepam keluar menggunakan mesin pam yang dijana dengan minyak petrol.

Inovasi yang Daim bawa ke pulau ini menjadi sebutan penduduk disini. Malahan anak perempuan Pak Chot yang jarang pulang pun sudah kembali ke rumah.

“Tak sangka kau terfikir nak bina rumah dengan menyediakan kelengkapan seperti kat bandar.”
Hairul menghembus asap rokok Dunhill ke luar tingkap di ruang tamu.

Setakat ni lelaki itu sahaja yang masih melekat dengan bahan larangan itu. Manakala Daim pula dah lama berhenti.

“Aku banyak consult ngan member-member lain sebelum ambik keputusan nak bina rumah kat sini.”
Daim menyilang kakinya duduk di kerusi kayu.

Sementara Firman yang baru keluar dari bilik menghenyakan punggung bersebelahan adik iparnya.

Daim berpusing kearah Firman. Kening kiri diangkat berkali-kali.
“Awal kau masuk bilik Man.. aku ingat tak keluar dah tadi.”

Hairul yang masih berdiri di tingkap menyembur gelak sambil terus menghembus asap tar ke ruang udara malam.

“Biasalah Zakuan, kalau nak tidur cari aku dulu.”
Firman turut senyum sambil fikiran menerawang pada anak lelakinya.

“Zakuan cari kau ke atau Kak Clay yang taknak berenggang ngan kau.”

Kali ni Daim pulak menyua tawa apabila mendengar omelan dari Hairul.
“Aku setuju Rul!”.

Kepala yang tidak gatal digaru laju oleh Firman. Nak marah lebih-lebih takut dikata sentap pulak. Padahal memang betul pun dia masuk bilik sebab nak tidurkan Zakuan. Anak lelakinya sedikit cembeng lebih-lebih lagi bila nak tidur.

“Dah la wei.. merah dah muka abang ipar aku ni!”
Daim masih menghabiskan baki tawanya sambil pandangan silih ganti antara Hairul dan Firman.
“Rul anak kau tidur dalam bilik belakang tu ke?”

Soalan Daim menyebabkan Hairul berpusing tubuh, rokok yang sudah pendek digenyeh ke tepi tingkap kayu sebelum dibuang kedalam astray kaca di meja kopi.
“Anak bujang aku tidur dalam bilik aku la.. bilik belakang tu dah jadi port anak dara korang.”

Daim dan Firman saling berpandangan.
Anak dara yang dimaksudkan oleh Hairul itu adalah Damia dan Olivia.

Firman turut membawa Olivia sekali ke pulau ni setelah dipujuk oleh Clara sedangkan Olivia masih perlu kesekolah.

Clara tak mahu berpisah lama dengan anak tirinya yang sudah menjangkaui usia 9 tahun. Malahan Olivia amat manja dengan Clara.

“Nampaknya kau kena mintak Rina lahirkan anak dara pulak la Rul, boleh jadi kawan dengan Mia dan Via.”

Mendengar kenyataan Daim, Hairul menapak menghampiri rakanya sebelum menyinggahkan punggung bersebelahan Daim.
“Wei.. cuba kau bagi tip sikit bro, macamana kau boleh laju sangat dapat anak? Tak sampai dua tahun Mia keluar, bini kau dah buntingkan Mara. Bagitahulah cara, lagipun aku teringin nak anak perempuan ni.”

Daim teguk air liur, takkan lah perkara ni pun nak cerita bagai.

“Tak susah Rul. Kau kena selalu bergaduh dengan Rina, baru lah mudah bini kau pregnant lagi. Kau tengok la adik ipar aku ni, sehari tak gaduh tak sah. “
Firman buat jelingan maut kearah Daim.
Hah.. tadi kenakan aku ye..

Hairul menjengah leher kearah Firman yang berada bersebelahan Daim.
“Ooo macam tu ke tip dia? Kena praktik ni”

“Korang jangan nak praktik sebarangan! Silap-silap gaduh terus, aku taknak tanggung”
Daim menyilang kedua tangannya kedada.
Muka diangkat sombong, kaki kanan disilang kembali atas kaki kirinya.

“Tapi aku respect la kat kau Im. Kau boleh tahan dengan Eva dari sekolah lagi. Nasib baik Eva tak jadi kahwin dengan Lukas.”

“Cinta bro, cinta..”
Daim tepuk bahu Hairul. Kening kiri diangkat tinggi.

“Dah takdir kau dengan Eva, Lukas tu mungkin persinggahan untuk uji kesetiaan korang. Clay cerita dengan aku, Eva pernah datang jumpa dia masa korang dipaksa kahwin. Eva cerita yang dia sendiri teruja bila dapat kahwin dengan kau walaupun dalam keadaan terdesak. Aku pun dapat tengok dalam hati kau memang setuju sangat bila dapat berkahwin dengan Eva. Cuma korang berdua ni terlalu ego. Masing-masing nak menang. Kalau tak kerana kesilapan Lukas mungkin kau tak kahwin dengan Eva sekarang ni.”

Daim melepaskan nafas panjang.. kepala diangguk berkali-kali mengiyakan leteran abang iparnya.

Disini terselah sifat Firman yang lebih matang. Dan mungkin sebab tu, Clara boleh bahagia dengan dia.

Daim juga ingin berterima kasih dengan Lukas, kerana lelaki itu sanggup membantu dia walaupun Daim pernah mengambil Eva secara paksa dari lelaki itu.

“Mmm.. sebut pasal Lukas, baru ni Akilah datang jumpa aku kat cafe mintak persetujuan aku untuk kahwin dengan Lukas.”

Hah?!
Kedua lelaki dikiri dan kanan Daim serentak memandang lelaki itu.

“Lukas dan Akilah nak kahwin? Bila diorang bercinta?”

Daim angkat bahu dengan soalan Hairul.
“Aku tak tahu bila, tapi Lukas memang rapat dengan Kilah, start dia bantu untuk lepaskan Kilah dari penjara.”

Teringat cerita 4 tahun yang lalu, selepas semua yang terlibat dalam kes pembunuhan pemandu bot, Zack bersama konconya dipenjara selama 20 tahun.

Akilah juga dikenakan penjara selama 5 tahun kerana bersubahat.

Namun Lukas membantu dan menjadi peguam untuk Akilah menyebabkan Kes Akilah dibicara secara semula.

Dan nasib menyebelahi wanita itu apabila hanya dikenakan penjara selama enam bulan, memandangkan Akilah telah membantu dan dia turut tercedera teruk.

Keluar dari penjara, Akilah menyambung semula pengajiannya yang tertangguh, itu pun sebab dia dapat merayu dari pihak universiti.

Dan sejak itu, Daim banyak membantu Akilah sehingga wanita itu berjaya menamatkan pengajiannya sehingga dapat bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat di bandaraya.

Hubungan Daim dan Akilah semakin rapat sehingga wanita itu mendapatkan kebenarannya untuk berkahwin, kerana Akilah sedar, dia tak punya sesiapa melainkan rakan-rakan baik abangnya.

Namun berkenaan hubungan Lukas dan Akilah, sungguh Daim tak tahu apa-apa.

“Ni mesti kes Lawyer jatuh cinta ngan client kot. Habis apa kau cakap dengan Akilah?”
Hairul merapatkan tubuhnya pada Daim. Dia ingin kopek bawang Holland atau istilah lain membawang.

Hello.. bukan perempuan je yang tahu membawang okay.. lelaki pun dua kali lima..

“Aku takde hak nak halang, lagipun Lukas tu baik sebenarnya.. Cuma dalam kerja dia terlalu tegas, yang aku takut penerimaan mama ngan papa dia pada kilah. Harap mereka dapat terima Kilah seadanya.”

Kedua-kedua lelaki mengangguk kepala mendengar kata-kata Daim.

“Semua orang ada kisah silam, lagipun kita tahu bukan kehendak Kilah nak lakukan semua ni.”

Hairul mempersetujui kata-kata Firman, sambil menokok ayat lagi.
“Tengok Kilah pun bukan calang-calang. Rupa dah macam artis korea, cakap lemah lembut je. Kerja pun sedap. Rugi kalau Lukas abaikan dia.”

“Aku setuju apa yang kau cakap tu Rul. Makin Kilah dah kerja makin lawa aku tengok dia bro. Macamana la Lukas tak melting.”
Daim sengih menampakan barisan giginya..

“Ye la kan.. montok beb..”

Daim terangguk-angguk lagi mendengar tambahan ayat dari Hairul sebelum masing-masing menyembur gelak.

Firman hanya mampu menggelengkan kepala.

“Siapa yang montok?”

Sudah....

Ketiga-tiga bapak budak serentak mengangkat kepala dan memandang Eva yang sedang bercekak pinggang merenung mata tajam Daim.

Hairul merapatkan bibirnya dicuping telinga Daim sebelum bersuara.
“Bro, valcano kau dah sampai. Aku masuk bilik dulu ye”
Seraya ayatnya tamat. Hairul terus mendirikan tubuh dan berjengkit-jengkit lari menuju kebiliknya.

Firman garu kepala melihat Hairul dah bangun, apa lagi.
Tubunya turun didirikan dan melangkah pantas meninggalkan pasangan yang bakal meletuskan gunung berapi untuk kali yang entah keberapa.

“Sayang tanya, perempuan mana yang abang cakap montok tu?”

Daim menbangunkan tubuh dan mendekati isterinya, lengan kecil wanita itu cuba diraih namun Eva cepat mengelak.

Jelingan dari hujung mata diberikan oleh Eva sebelum kakinya melangkah meninggalkan Daim dan terus masuk kebilik.

Merajuk lagi...

Daim kendur bahu, bibir ditepuk berkali-kali menyesali bicaranya sebentar tadi.

Bukan sengaja nak puji Akilah melebih. Dah dasarnya lelaki suka memandang perempuan, tapi tak semestinya dia ada hati dengan Akilah. Wanita itu sudah dianggap seperti adik kandungnya sendiri.

Masalahnya sekarang Daim Akli mempunyai isteri yang level cemburunya 10/10.
Pantang salah sikit bercakap, memang Eva akan kaitkan dengan perempuan lain.

Langkah dipanjangkan masuk kedalam bilik, pintu ditutup. Daim memandang Damara yang sudah memulas tidur diatas tilam.

Mata diangkat memandang Eva yang berdiri memeluk tubuh menghadap jendela kayu yang dikuak besar.

Kaki menghampiri isteri tercinta. Belakang wanita itu dipeluk. Eva menepis. Namun Daim tetap menguatkan pelukannya sehingga isterinya berhenti mengelak.

Bibir dirapat pada sisi leher Eva yang tekuak dari rambut.
Cup.
Satu ciuman hinggap untuk cuba meredakan hati isterinya.
“Maafkan abang sayang.. kitaorang bukan cerita pasal perempuan lain, tapi pasal Kilah. Abang tak cakap lebih-lebih, Rul tu yang cakap Kilah montok.”

“Kilah montok abang nampak, sayang ni abang tak nampak sebab tak montok lagi kan.”

Daim mengemaskan pelukan tubuh Eva. Sisi leher isterinya dicium lagi.
“Siapa kata isteri abang tak montok, sayang lagi montok mengalahkan anak dara tau. Sebab tu abang suka ehem dengan sayang waktu lampu terbuka.. abang dapat lihat semua keindahan body sayang”

“Im!”
Eva pusing tubuh. Dada suaminya ditampar sekali sebelum sudut mata menjeling lelaki itu.

Daim tangkap tangan kecil Eva sebelum meletakan ke tengah dadanya.
“Eva.. lelaki ni memang zahirnya suka pandang wanita, kecuali kunyit la. Tapi kami pandang bukan dengan nafsu atau cinta. Setakat pandang sekali takkan beri makna apa-apa sayang. Lain la abang pandang Eva berjam-jam lamanya. Itu dah lain maknanya..”

Eva dongak wajah memandang kenyitan dari mata tajam suaminya.
“Huh! Sweet talker.”

“Sweet talker?”
Daim membasahkan bibir atasnya kemudian mengulum goda.
“Abang tak rasa pun mulut abang manis, cuba sayang rasakan untuk abang.”

Muka Daim ditunduk dan bibirnya didekat kepada si isteri, namun pantas Eva menolak dada lelaki itu.
Tubuh kembali dipusing menghadap kelam malam diluar jendela.
“Abang mesti letih kan dengan sikap sayang yang selalu je cemburu buta.”

Kepala Daim digeleng laju. Kedua lengang merangkul tubuh Eva sebelum melekapkan dada pada belakang wanita itu.
“Abang tahu sayang cemburu sebab sayang terlalu cinta kan abang.”

Jemari kecil Eva mengelus urat hijau yang timbul di lengan suaminya. Nafas dihela panjang.
“Sayang betul-betul tak boleh hidup tanpa abang. Masa sayang ingat abang bersama Farina, hidup sayang tak menentu. Setiap hari sayang menangis sebab tak dapat abang. Sayang cuba dekat dengan Lukas pun sebab sayang cuba lupakan abang. Tapi tak boleh, hati sayang sakit selagi bukan abang yang jadi milik sayang. Peritnya saat tu hanya tuhan yang tahu. Sayang hanya nak kan abang, sayang taknak lelaki lain untuk jadi hak sayang.”

“Ye yang.. abang tahu. Abang yang salah sebab lambat menarik sayang menjadi hak abang sepenuhnya. Kalau dapat diputar kembali masa, abang nak bersama sayang lebih awal.”

Eva menggelengkan kepalanya laju.
“Sayang taknak masa diputarkan kembali sebab kita tak tahu waktu tu abang akan bersama sayang atau tidak. Kalau boleh sayang nak masa ni dihentikan supaya kita boleh terus bersama tanpa apa-apa halangan lagi. Cukup segala duka yang kita tanggung. Sayang nak terus bahagia seperti saat ini.”

Daim meletakan dagunya pada bahu kiri Eva. Pelukan dierat lagi.
“Jadi.. abang rasa tak perlu lah kita gaduh hal-hal kecik macam ni. Kita berdua makin tua. Masa tak panjang untuk bersama. Biar lah sayang dan abang terus merasai saat bahagia ni”

“Sebab sayang nak kita terus rasai saat bahagia ni la, sayang keluar kacau abang tengah berborak tadi”
Eva bersuara tanpa rasa bersalah.

Sengaja dia menidurkan Damara lebih awal dan menunggu Daim masuk kedalam bilik.
Nak dekat sejam menunggu, suaminya masih juga terus berborak di ruang tamu.
Nak panggil macam tu je takut tak dikatakan tak hormat tetamu.

Taktala dia keluar, terdengar Daim, Firman serta Hairul bercerita pasal Akilah. Apa lagi, Eva cari lah alasan untuk menamatkan perbualan 3 lelaki itu. Nasib Daim mengekori masuk bilik.

“Jadi.. Sayang sengaja marah sebab nak paksa abang masuk bilik?”

Eva kembali memusingkan tubuhnya dan mendongak memandang Daim.
“Kalau sayang tak paksa abang masuk, sampai pukul berapa abang nak berborak?”

“Nakal sayang ni.”
Jari terlunjuk Daim menyentuh hujung hidung Eva sebelum menyengih lebar.
Dia pun sebenarnya tak sabar nak masuk bilik tapi takkan nak bangun je bila Hairul dan Firman ada diluar.

“Abang tak suka sayang nakal?”

Sekali lagi Daim mengorak senyum.
“Make sure sayang nakal dengan abang je tau.”

Eva memandang wajah suami tercinta dengan sudut matanya. Pintu jendela yang terkuak ditutup kembali sebelum tubuh dibaringkan bersebelahan Damara.

Daim turut merebahkan badan dan berbaring dibelakang Eva yang mengiring memandang anak perempuan mereka. Pandai Eva atur kedudukan mereka diatas tilam.

Jika rumah di bandar, Damara akan tidur di katil kecilnya sendiri bersebelahan katil Eva dan Daim. Tapi di pulau ni, anak perempuan itu tidur bersama mereka diatas satu tilam.
Mujur Damia tak tidur bersama. Kalau tak penuh tilam ni.

Jemari Eva mengelus siku anak kecilnya yang masih kebiruan.
“Kesian kat Mara, masih lebam. Abang lah ni ajar sangat Kakak silat. Tengok sekarang dia nak ajar pulak si Mara.”

Aisshh masih tak habis lagi ke marah siang tadi?

Lengan kanan Daim merangkul pinggang Eva sebelum lengan kirinya diselit kebawah kepala Eva menyebabkan wanita itu berbaring atas tanganya.
“Sorry lah sayang.. abang memang ajar kakak, tapi abang tak pernah suruh kakar ajar Mara pulak. Sayang pun tahu Kakak yang selalu beria-ria nak suruh abang turunkan ilmu abang pada dia. Abang tak paksa pun”

Eva diam, dia mengakui sikap Damia yang agak boyish sedikit. Namun tetap patuh pada arahan dia dan Daim.

“Sayang tak perasan ke Kakak tu banyak ikut sikap sayang. Kasar, lagi-lagi kalau dengan lelaki. Bukan nak berlembut.”

“Apa pulak abang nak samakan sayang dengan Kakak?”
Eva mencubit lembut lengan Daim yang berada di pinggangnya. Bibir diketap geram.

“Betul lah.. Kakak tu kasar, tapi manja dan yang paling ketara. Kuat cemburu. Tu semua bukan perangai sayang ke?”
Lagi sekali Daim menyakat sang isteri. Suka melihat wajah cembung Eva.

“Sayang manja dan cemburu bertempat tau.”

“Yeke cemburu bertempat..”

Ni lah sikap Daim. Isteri dah elok dia pula sengaja tambah bara.

“Dah la kalau abang tak suka sikap sayang, abang tidur kat luar!”
Lengan Daim cuba diangkat dari pinggangnya namun lelaki itu makin kuat memeluk.

Kali ni dada si suami mengesel rapat dengan belakang Eva. Makin menambah sakit di hati perempuanya.

“Walau mata abang tertutup sekali pun, abang takkan pernah lupa untuk menyanyangi sayang.”

Jeda...

Eva mendiamkan aksinya sebelum lengan Daim ditarik mengeratkan lagi pelukan lelaki itu.

Dia tak suka Daim cakap pasal kematian. Walau Eva tahu setiap manusia akan menghadapinya. Namun saat ni Eva masih tak sanggup nak hadapi kesedihan itu.

“Nanti abang cakap dengan kakak supaya dia tak ajar lagi Mara bersilat.”
Daim cuba mengubah kembali percakapan mereka kerana dia sedar Eva paIing takut jika bercerita tentang kematian.

Mungkin trauma empat tahun lalu masih terasa dihati wanita itu.

“Sayang pun rasakan Mara tak sama seperti kakak, dia agak lembut sikit. Sayang fikir silat tak sesuai untuk dia.”

Kepala Daim diangguk laju mengiyakan ayat Eva. Sesungguhnya dia amat berterima kasih kepada wanita ini.

Keputusan Eva meninggalkan dunia seni tak sia-sia apabila kedua anak perempuannya dijaga elok oleh si isteri.
“Apa kata kita dapatkan anak lelaki pulak lepas ni, boleh abang turunkan ilmu abang kaw kaw kat dia.”

Eva memusingkan tubuh menghadap si suaminya. Kening dikerut seribu.
“Abang ingat nak dapat anak lelaki atau perempuan ni macam pilih ikan kat pasar ke? Senang-senang pilih jantina?”

“Sayang.. ikan kat pasar tu pun kita takkan kenal jantan atau bertina.”
Daim menongkat dagu Eva supaya memandang anak matanya.
“Abang dah dapat tip dari Pak Chot untuk dapatkan anak lelaki. Jom kita cuba.”

“Mengarut abang ni!”
Sekali lagi Eva menampar dada kekar suaminya yang berlapik t’shirt kapas.
Ada ke belajar tip macam tu dengan orang lain? Tak malu ke laki aku ni!

Daim mendekatkan wajahnya pada muka Eva.
“Pak Chot cakap dia guna cara macam tu la nak dapat kan Bidin. Jom la sayang.. kita cuba.. mana tahu betul-betul dapat anak lelaki.”

“Abang ni...”
Pantas Eva menyorokan wajahnya pada dada Daim.
Pipi dah rasa panas.

“Sayang jom la...”

Kepala Eva yang masih melekat di dada Daim digeleng laju.

“Sayang...”

Eva senyum.. kalau dah Daim buat suara garau romantik macam ni. Memang tak la Eva lari. Makin nak merapat pun ada.

Perlahan wajah didongak kembali, mata kuyu Daim ditatap. Makin lemah batin Eva dibuatnya.

T'shirt kain kapas yang dipakai oleh Daim diselak hingga ke pangkal bahu lelaki itu. Otot enam milik suaminya yang masih kental dielus perlahan.

Sentuhan jemari kecil Eva makin membuatkan seluruh urat Daim mengembang. Laju tubuh Eva ditarik kedalam dakapannya.

Namun laju juga Eva menolak.

Pelik...

Sekali lagi Eva menarik T'shirt Daim hinga ke pangkal leher.
Tak menyempat laki aku ni!

Jari Eva menari dari tengah abdomen perlahan ke atas hingga menyentuh parut sebesar tujuh sentimeter yang melintang di dada kanan suaminya.

Rasa pilu menjala dihati setiap kali parut itu disentuh. Kerana parut itu la yang menyelamatkan Eva dan Damia dan kerana parut itu la menyebabkan Daim terpaksa menanggung kesakitan.

"Masih sakit ke bang?"

Daim mencapai jemari Eva di dada kanannya lantas mengelengkan kepala.
"Parut ni tanda Cinta abang pada Eva dan keluarga kita. Ia takkan terasa sakit selagi sayang masih disisi abang."

Eva mengangguk perlahan sebelum merapatkan bibirnya pada dada kanan Daim dan mencium lembut.
"Eva akan sentiasa berada disisi Im selamanya.."

Kepala Daim turut diangguk perlahan.
Dekat dengan Eva macam ni mengembangkan lagi salur darah utamanya.
Sentuhan Eva bisa mengugurkan jantung yang sedia berlari marathon.
Ditambah pula dengan suasana malam serta bunyi ombak yang menjadi lagu balada membuat hati Daim makin tak keruan

"Sayang.. Lupakan kisah tu, malam ni kita try petua Pak Chot ye."

Eva menyimpul senyum.
“Apa petuanya?”
Perlahan mulutnya bertanya walau jantung dah menderu laju.

Bibir atas Daim dibasahkan sebelum senyuman terukir. Dagu Eva diangkat sekali lagi menghampiri wajahnya.
“Sayang ikut abang ye..”

Makin lebar senyum Eva sebelum bibirnya dipagut laju oleh bibir suami tercinta membuatkan dia lemas sekali lagi di pulau yang penuh kebahagian ini..

Tamat....

Thank you pada yang sudi membaca kisah Buddy vs Hubby ni.
Sebenarnya kisah ni wee nak tulis simple je, no action, no conflict , no drama air mata.

Masuk bab 9 dan 10 wee twist cerita dan buat watak Zizie sebagai antagonis yang btul2 kejam.

Padahal mula cerita, Zizie tu cuma watak sampingan je nak bagi citer ni ada unsur humor.

Tapi wee sedar wee punya lawak hambar.. So dari pikir scene lawak trus la wee buat action plus drama yang konon2 suspend skit..
^_^

Ape pun thank you sekali lagi pada yang sudi membaca, yang sudi mengomen (Sorry kalau ada komen yang tak dibalas) and thanks again to silent reader.. wee apprecite sangat korang walau korang tak penah komen.

btw..
Ada sesetengah novel yang wee dah hide kan sebab wee xnak plagirism berlaku.
Sorry kalau ada yang tak sempat membaca.

tq

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience