18 Bahagia? Never!

Family Series 57531

Rhett Raffendy mundar mandir di dalam biliknya. Sejak balik dari kampung terpencil itu, otaknya tak berhenti bekerja. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

Rhett menghenyak punggung di salah satu sofa yang terletak di sudut bilik. Bebola mata tertancap pada benda yang dia letak di atas meja sofa. Sepasang kasut kulit tumit tinggi berwarna hitam saiz lapan.

Sudah bertahun kasut itu bersama Rhett tetapi sebelum ini cuma sebelah kasut. Lama juga dia cari pemilik kasut tersebut. Deila Araferro! Ya, gadis itulah pemilik sebenar sepasang kasut itu. Kerana peristiwa itu sudah lama berlalu, Rhett langsung terlupa.

Bagaimana dia jumpa pasangan kasut tersebut? Dia curi masuk ke dalam bilik Deila. Semua kerana dia mahu pastikan sesuatu. Tak mungkin dia menyerah pada takdir macam tu saja! Dia yakin Deila lebih muda berbanding dia. Kalau ikut perkiraan, anak arwah ibu Deila pasti beza setahun dari dia. Papa kahwin pada tahun yang sama selepas ibu Deila pergi. Itu pun selepas beberapa bulan ibu Deila pergi. Dia pula lahir pada tahun berikutnya. Jika benar Deila anak papa, pasti beza umur mereka setahun. Tak mungkin mereka lahir pada tahun yang sama kerana ibu Deila sedang mengandung ketika meninggalkan rumah nenda. Itu yang dia mahu pastikan.

Sebab itu gigih dia curi-curi masuk ke bilik Deila. Menyelongkar bilik gadis itu untuk mencari maklumat. Nak tanya opah, dia segan. Lagi pun, opah dah tua. Dia tidak mahu mendapat maklumat yang salah. Nak tanya Deila? Tak kot! Gadis itu pasti sedang berusaha mengelak dari dia.

Malangnya, lain yang dicari lain pula yang dia jumpa. Pertama kali melihat kasut itu di dalam laci almari pakaian Deila, dia sudah cam! Tambah buat dia yakin bila sebelah kasut itu tiada di dalam bilik Deila. Rhett bungkus dan tapau balik kasut itu untuk memastikan andaian dia tepat dan walla! Kasut itu memang sepadan.

Deila Araferro! Ternyata mereka sudah jumpa pertama kalinya di syarikat gergasi keluarganya. Satu-satunya gadis yang begitu berani menerbangkan kasut dan menghempuk belakang dia ketika dia pertama kali datang bekerja menggantikan posisi papa. Paling buat dia panas hati ketika itu, minah tu boleh blah macam tu je!

Rhett meraup wajah. Setiap kali memikirkan tentang Deila, rasa rindu mengasak, menggamit sukma untuk bertemu gadis itu! Rhett bingkas berdiri. Ada sesuatu yang perlu dia lakukan. Sempat melirik jam di pergelangan tangan sebelum kunci kereta disambar. Rhett bergegas keluar.

“Tuan, bukankah tuan cuti hari ni?” pembantu yang menyambut kehadiran Rhett di depan pintu pejabatnya bingkas bangun dan bertegur sapa dengan Rhett.

“Aisyah, saya mahukan fail semua calon temu duga yang saya kendalikan ketika hari pertama saya datang bekerja.”

Aisyah, wanita pertengahan umur yang sebelum ini berkhidmat dengan papa kemudian beralih kepada Rhett merupakan pembantu merangkap setiausaha presiden itu menggaru belakang kepala.

“Tapi tuan, saya tidak pasti sama ada fail itu masih disimpan atau tidak. Ia kan dah lama.”

“Saya tak kira. Awak pergi ke bahagian sumber manusia sekarang dan pastikan fail itu awak letak atas meja saya, now Aisyah!”

“B… baik tuan!”

Rhett menghenyak punggung di kerusi kerja dan menunggu kedatangan pembantunya dengan rasa tidak sabar. Berkali-kali dia melirik jam di tangan. Tak sabar mahu lihat maklumat Deila. Dia cari sampai ke pelusuk bilik Deila hari tu tetapi dia tidak jumpa apa-apa maklumat di situ. Mungkin semua dokumen penting disimpan di dalam bilik lain atau bilik opah.

Hampir setengah jam berlalu barulah Aisyah muncul semula membawa sebuah fail tebal berkulit keras. Rhett kelam kabut membetulkan postur tubuh dan memandang Aisyah yang sedang mengatur langkah menghampiri meja kerjanya dengan muka serius.

“Ini fail yang tuan minta.”

“Baik, awak boleh pergi.”

Rhett membuka fail tersebut dengan pantas sebaik saja pembantunya hilang di sebalik pintu. Satu persatu kepingan kertas di dalam fail diselak.

“Deila Araferro Binti Abdullah!” Rhett membaca sebaris nama yang tertera pada lembaran kertas yang dipegang. Rhett tersenyum pedih. Ada rindu bertandang tanpa dipinta. Sekeping gambar berukuran pasport itu dikoyakkan dari borang tersebut lalu Rhett bawa di depan matanya.

“Betul kata tok, kau cantik dan manis sekali, Del. Tak hairan saya dan papa dah terkena sumpahan kau dan ibu kau. Saya marahkan papa, tapi saya tak salahkan papa. Saya faham apa yang papa lalui kerana sekarang… saya sedang melaluinya.”

Rhett membuang keluh. Merenung gadis yang sedang tersenyum manis di dalam potret yang dipegang. Gambar itu dielus perlahan. Rasa rindu kembali menghurung, buat nafas jadi tidak teratur kerana sakit yang mulai menyucuk-nyucuk di dada.

Rhett cuba usir rasa itu dengan mengalih pandangan ke borang itu semula. Satu persatu maklumat dibaca. Tiba-tiba Rhett berdiri tegak, setegak tiang lampu di depan bangunan pejabatnya itu.

“I knew it!” Rhett menjerit sekuat hati sebelum berlari mengelilingi pejabatnya sambil terlonjak-lonjak.

“I knew it, I knew it, I knew it!!!”

Jeritan kegembiraan itu spontan terhenti apabila telefon bimbit di atas meja kerja berdering. Rhett buat tarian ballet, berpusing-pusing menghampiri meja kerjanya dengan sengihan hampir ke telinga.

“Babe, where are you?” Mendadak Rhett teguk air ludah. Wajah berubah jadi serius.

“Zara?”

“Ya, it’s me. You lupa ke? I minta you jemput I dekat airport kan? Mana you? Dah sejam I tunggu tau.”

Rhett tepuk dahi. Kesal dengan kecuaiannya. Sebab itu dia ambil cuti, mahu menjemput Zara Adelia.

“I’m on my way! Tunggu I datang!” Rhett menamatkan panggilan lalu bergegas keluar.

Selepas memarkir kereta, Rhett buru-buru keluar dan melangkah laju menuju ke lobi airport. Dari jauh, dia sudah melihat kelibat Zara yang sedang duduk melipat kaki di salah satu kerusi menunggu. Penampilan Zara jauh berbeza dengan Deila. Zara selalu tampil elegan dengan pakaian dari butik-butik terkemuka. Yang pasti, semua pakaian akan memperlihatkan bentuk tubuh persis model antarabangsanya itu. Zara sangat bangga dengan kecantikan yang dia miliki.

“Babe!” Zara melambai sebaik sahaja melihat kelibat Rhett menghampiri. Rhett tersenyum tawar.

“Kenapa you lambat? Jenuh I tunggu.”

“Maaflah, I ada urusan tadi. Semua beg tu…. You punya ke?” Terbelalak mata Rhett memandang bagasi-bagasi besar di sebelah Zara.

“Yup, I bawa semua barang-barang I. You tahu kan, I memang dah tak balik ke situ lagi. I dah janji dengan you kan?” Rhett terdiam. Dengan pantas, tangan bergerak menarik beg-beg besar Zara.

“Jom I hantar you balik. Yang selebihnya ni memang tak muat kereta I ni, kita suruh teksi jela hantar ke rumah you.”

“Mana-mana youlah, I ikut je.” Zara tersenyum riang lalu memeluk lengan Rhett dengan manja. Kepala dilentokkan di bahu Rhett.

“Zara… jangan buat macam ni, malu dekat orang.” Rhett menegur, kurang senang dengan sikap Zara. Gadis itu hanya tergelak manja.

“I rindukan you. Tak salahkan? Lagi pun kita dah nak kahwin.”

Rhett telan air liur dengan perit bila dengar kata-kata Zara. Entah mengapa, dia rasa kurang senang dengan kata-kata itu. Ah, dia sudah terlanjur memeterai janji bersama Zara. Bagaimana mahu undur diri?

“You nak terus balik ke? I hantarkan.”

“Alaaa, kita dah lama tak jumpa kan? Let’s spend some time together. Kita pergi makan, lepas tu menonton wayang dan ke mall. Bolehlah, I rindukan you.” Zara menggoncang lengan Rhett dengan manja. Rhett mengeluh perlahan. Dengan rasa berat hati, dia mengangguk.

“RHETT, duduklah dahulu.”

Beberapa hari kemudian, Rhett yang baru muncul di rumah setelah seharian berada di pejabat dipanggil oleh Dato’ Razif. Nampaknya satu keluarga itu sedang berkumpul di ruang tamu, seperti tengah menunggu kepulangan Rhett.

Rhett yang kelihatan letih itu memaksa diri untuk ke ruang tamu di mana semua ahli keluarganya tengah berkumpul. Papa, mama dan juga Tok Teh.

“Banyak kerja hari ni?” Tanya Dato’ Razif sekadar berbasa basi setelah Rhett duduk di sebelah Tok Teh, bertentangan dengan Dato’ Razif.

“Kerja dekat ofis tu tak pernah berkurangan, papa.” Keluh Rhett sambil melonggarkan ikatan pada tali lehernya.

“Ni, papa ada hal penting nak bincang dengan kau.” Rhett diam. Hanya kepala naik turun seakan memberi isyarat kepada papa untuk meneruskan bicara.

“Dato’ Zainal telefon papa tadi. Ianya berkenaan dengan anak daranya si Zara tu.”

Rhett menjatuhkan wajah. Ada rasa bersalah terbit dalam sanubari terhadap gadis itu. Semenjak kepulangan Zara ke tanah air, dia asyik mengelak untuk bertemu. Macam-macam alasan dia reka. Dia tahu Zara terluka dengan sikapnya.

“Keluarga Zara suruh kau masuk meminang, Rhett.”

Rhett masih kelihatan tenang. Sudah dia duga sebenarnya yang perkara itu pasti akan diketengahkan bila Zara kembali. Dia juga yang sibuk canang sana sini tentang hal itu dulu. Sekarang, dia rasa menyesal. Benar-benar menyesal.

“Papa, boleh tak kita tangguhkan dulu hal ini? Saya kena fikirkan tentang hal syarikat dulu. Banyak lagi…”

“Sekaranglah masa yang sesuai kau kahwin, Rhett. Nak tunggu apa lagi? Kang lari budak Zara tu balik ke luar negara kau juga yang putih mata nanti. Tok ni dah tua, Rhett. Kau janji sebelum tok pergi, kau nak bagi tok cicit kan?” Tok Teh tiba-tiba menyampuk. Rhett mengeluh perlahan.

“Bukan macam tu, tok. Saya akan kahwin, saya akan bagi tok cicit. Tapi, bukan sekarang. Saya nak…”

“Bukan sekarang jadi bila? Nak tunggu tok mati? Baru kau sibuk nak bawa cicit tok melawat kubur tok? Macam tu ke, Rhett?”

Rhett mendengus perlahan. Susah nak bercakap dengan tok dia ni. Sikit-sikit perkataan mati yang dijadikan senjata untuk mengugut.

“Tok!” Rhett mengeluh lalu memandang Tok Teh dengan air muka kurang senang.

“Dah… dahlah tu mak.” Dato’ Razif menyampuk, cuba menghentikan perbalahan antara Rhett dan Tok Teh yang hampir tercetus. Cukup memahami sikap keras kepala Rhett dan sikap tak akun kalah Tok Teh.

“Rhett… tak elok biarkan keluarga Zara tertunggu-tunggu. Lagi pun, kau dah janji nak masuk meminang sebaik sahaja Zara tu tamat belajar.” Dato’ Razif cuba memujuk dengan suara lembut.

“Ya, papa. Saya tahu dan saya masih ingat janji tu. Saya cuma minta sedikit masa. Beri saya sedikit masa papa. Saya kena… hati saya…” Rhett tidak mampu meneruskan kata. Bingkas dia bangun. Wajah menekur lantai. Tak mungkin dia bagi semua ahli keluarga nampak matanya yang mulai digenangi air itu.

“Tolong beri saya masa… please…” Dan Rhett bergegas pergi selepas berkata. Terpinga-pinga ahli keluarga yang ditinggalkan. Saling berbalas pandang dengan wajah kebingungan.

“Apa kena dengan budak tu?” Dato’ Razif bertanya hairan.

“Bergaduh dengan Zaralah tu. Biarkan jela budak tu. Nanti-nanti berbaik juga dua orang tu.” Isteri di sebelah menyampuk. Dato’ Razif mengangguk, turut bersetuju dengan pendapat isterinya.

Hanya Tok Teh yang diam membisu. Dalam otak, dia sudah merancang sesuatu. Mungkin inilah masanya dia pertemukan dua beranak itu. Di majlis perkahwinan Rhett nanti!

Dalam diam, Tok Teh menghantar seseorang ke perkampungan terpencil itu. Dia mula teringatkan cucunya yang malang itu. Besar keinginan Tok Teh mahu bawa cucu terbuangnya itu tinggal bersama dengan dia. Sekurang-kurangnya, dia tak kesunyian di rumah besar itu setelah Rhett berkahwin. Tetapi, dia tidak tahu bagaimana mahu terangkan kepada Razif tentang perkara itu. Tok Teh tidak mahu luka lama anak lelaki kesayangannya itu berdarah kembali.

Rhett Raffendy meneruskan kehidupan dengan lebih tenang apabila keluarganya tidak lagi mengungkit tentang perkahwinan dia dan Zara. Dia bersyukur bila kemahuannya difahami dan mereka tidak mendesak.

Tetapi, ternyata ketenangan itu hanya bertahan seminggu. Jiwa kembali berkecamuk apabila dia terima panggilan telefon dari Zara. Awalnya, Rhett hanya membiarkan. Tetapi bila panggilan tak berhenti, timbul pula rasa kasihan. Zara tak bersalah. Dia yang berubah!

“Babe, kenapa lambat sambut ni? You busy ke?”

“Ya, Zara. I tengah meeting.” Bohong Rhett tanpa rasa bersalah.

“Oh ya ke? Maaf, babe. I dah ganggu you. I cuma nak ucap terima kasih. Cincin yang you bagi ni sangat cantik. I love it! Thank you kerana tunaikan janji you pada I sayang.”

Berkerut-kerut wajah Rhett. Cuba memahami apa yang disampaikan oleh Zara.

“Cincin? I beri you cincin?”

“Yes, sayang. You hantar rombongan meminang I tadi. Don’t worry, I faham you sangat sibuk. Keluarga you dan keluarga I dah putuskan semuanya. Tarikh perkahwinan kita pun sudah ditetapkan. I akan urus semuanya. You tak perlu susah hati dan tumpukan je pada hal syarikat you. Tu je I nak beritahu, bye sayang. Sorry tau I dah ganggu you tengah bermesyuarat.”

Telefon bimbit terlepas dari tangan saat Rhett bingkas bangun dan berdiri tegak. Apa ni?! Dia tak pernah suruh papa masuk meminang. Ini melampau! Rhett berlari keluar dari bilik pejabatnya.

“Papa! Papa!!!”

Rhett menjerit dengan lantang sebaik sahaja sebatang tubuhnya berada di perut banglo mewah itu.

“Papa! Mama!”

Rhett menjerit lebih keras bila keadaan sekitarnya sunyi sepi. Tiada yang memberi respon seperti yang dia harapkan.

“Kenapa teriak-teriak ni Rhett? Kau ingat orang dalam rumah ni dah pekak ke hah?” Tok Teh muncul entah dari mana lalu memarahi Rhett.

“Mana papa, tok?”

“Papa dan mama kau belum balik.” Tok Teh menghampiri lalu memaut lengan Rhett.

“Ikut tok. Kita duduk dulu. Tok ada hal nak cakap dengan kau.”

“Tak, tok! Saya kena jumpa papa dan suruh dia batalkan perkahwinan tu.”

“Kau dah gila ke hah?! Tok tak benarkan kau buat macam tu. Kau jangan rosakkan rancangan tok ya! Majlis kau tu nanti adalah alasan paling kukuh untuk tok pujuk Del datang sini nanti. Tak mungkin dia tolak kerana kau tu satu-satunya darah daging dia. Tok perlu bawa Del sebelum Del tu kahwin dengan budak kampung tu!”

Rasa mahu pitam bila Rhett dengar kata-kata Tok Teh. Del nak kahwin? Nooo!!!! Dia tak benarkan, tidak sama sekali! Over my dead body!!!

“Cuba ulang tok. Del… nak kahwin?”

“Ya, Del nak kahwin Rhett. Tok ni seboleh-bolehnya nak Del kahwin dengan lelaki berketurunan baik-baik. Tok nak sangat pilih calon terbaik untuk Del tu. Tapi tula, si Murni tu bukan senang nak lawan. Berani betul dia marah orang suruhan tok? Dia kata Del bahagia dengan lelaki pilihan dia tu. Hish, menyampah tok!”

Rhett bernafas dengan kasar. Api cemburu terasa membakar seluruh tubuh. Tanpa sedar, Rhett genggam erat kedua-dua buku limanya.

Kau bahagia ke Deila Araferro? Sure bahagia? Never!

Kalau dia tak bahagia, tak mungkin Deila bisa bahagia, never! Itu takkan terjadi!

Tak tamat lg rupanya kisah dua ketul ni hehe...

Share this novel

norsila
2024-02-28 06:40:55 

aduhhh nk khawin dah bdk brdua ni...cmno nk brsatu...lom trukai lagi status dua ketul ni..huuu

Rahamah SpWsA
2024-02-27 23:37:35 

tak boleh tamat,,, selagi tak bersama makndakz


NovelPlus Premium

The best ads free experience