Bab 27

Romance Completed 78326

“Kau yakin ke kau nak teruskan plan kau ni Luq? Aku rasa kau lupakan jelah niat kau tu untuk siasat keluarga Gia apa semua. Lagipun, Gia dah bagi warning kan pasal tu? Kita stop jelah Luq…” sejujurnya dia agak seram dengan ugutan Danial tadi tapi Luqman pulak dah berani menjawab! Haih!

“Aku akan teruskan jugak. Aku tak kisah dengan ugutan abang dia tu. Dalam masa yang sama, aku mampu untuk balas dendam pada Gia. Selagi kes Dariya tak selesai, selagi tu aku takkan bersenang hati dengan dia.”

“Kau gila ke Luq?!”

“Tak.”

Tok! Tok! Tok! Pintu rumah penginapan yang diduduki mereka diketuk dari luar. Kuat pulak tu ketuk pintu! Siapa pulak yang datang sini malam-malam macam ni?
Luqman memberanikan dirinya ke muka pintu lalu pintu dibuka. Gia sedang berdiri di hadapannya sekarang ini.

Gia menolak Luqman masuk ke dalam lalu pintu ditutup.

“Kau buat apa datang sini?”

“Luqman! Saya nak bagi amaran dekat awak! Jangan pernah sesekali awak masuk campur hal perihal keluarga saya!”

Luqman menjongketkan kening sebelah kanan. Langsung tak hirau dengan amaran Gia.

“Kau tengok muka aku ni macam aku kisah ke?”

Gia mengetap bibirnya. Menahan geram. “Boleh tak kali ini awak dengar cakap saya?!”

“Why should I?”

Kali ini Luqman betul-betul mencabar kesabarannya.
“Kalau awak rasa nak hidup selamat, awak cuba mess with my life! Saya bukan cakap kosong tau Luqman!”

Luqman ketawa kecil namun kedengaran sinis pada pendengaran Gia. “Then, I will try!”

“Luq! Apa ni? Janganlah macam ni. Kita dengar jelah cakap Gia ni,” Idham mula tak senang hati dengan perlakuan terlebih berani Luqman.

“Aku nak tengok sejauh mana sangat dia boleh buat macam-macam dekat aku,” ujar Luqman penuh dengan nada sombong.

“Jangan cakap yang saya tak warning awak tau, Luqman!” Gia beredar keluar dari rumah penginapan Luqman dan Idham. Panas hati dia dibuatnya. Kenapalah Luqman keras hati sangat ni?!

“Luq! Kau sedar tak apa yang kau dah buat? Aku rasa Gia tak main-main dengan apa yang dia cakap. Dia dah warning kau Luq! Kenapa kau masih berkeras hati lagi nak main dengan api?” sejujurnya dia betul-betul tak faham dengan perangai Luqman yang satu ini.

Sejak kematian Dariya, Luqman tak lagi macam dulu yang masih lagi boleh bertimbang rasa tapi sekarang? Dah berubah banyak sangat. Hati batu dan keras kepala. Perangainya yang dulu dah hilang. Aku faham mungkin dia tak puas hati lagi kerana kematian Dariya masih lagi tak dibela tapi tak bermakna Luqman boleh buat sesuka hati je sekarang ini apatah lagi kalau berkaitan dengan nyawanya sendiri.

“Aku nak tengok sejauh mana dia boleh ugut aku…”

Idham menggelengkan kepalanya. Ikut suka kaulah Luqman! Jangan pulak lepas ni kau menyesal sudah!

“KAU pergi mana malam-malam macam ni?” Gia ditegur sebaik saja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Tak payah tengok muka pun dia dah tahu gerangan yang menegurnya sekarang ini.

Gia memandang Danial yang sedang berdiri di hadapannya sekarang. Tanpa menjawab pertanyaan Danial, dia berlalu pergi namun lengannya pantas dipegang Danial.

“Nak apa?!” Gia merungkaikan pegangan Danial pada lengannya. Matanya tajam menikam tepat kepada Danial.

“Kau tak payahlah nak sombong dengan aku sangat. Kau kena ingat ehhh kalau bukan sebab aku yang tolong kau, kau takkan senang macam ni sekarang. Silap-silap kau dah ada dalam jail.”

“Ingat aku kisah sangat ke hah dengan pertolongan kau?! Aku lebih rela duduk dalam jail dan hilang reputasi aku dari hutang budi dengan kau! Kau kena ingat ehhh Danial! Kau jangan ingat sebab kau dah tolong aku, kau boleh buat sesuka hati dengan aku! Aku takkan pernah tunduk dekat kau dan aku nak warning kau jugak! Kau jangan pernah apa-apakan Luqman!”

Ayat terakhir Gia membuatkan Danial ketawa besar.
“Hahahaha! Kau ingat aku kisah ke? Well, itu bergantung kepada dia jugak kalau dia tak ganggu-gugat kedudukan aku.”

“Apa-apa pun kau jangan ganggu hidup Luqman!” usai berkata, Gia pantas mengorak langkah menuju ke biliknya. Tapi dia tahu Danial takkan duduk diam je. Dia kenal perangai Danial macam mana.

Telefon Gia berdering. Panggilan dari Maya. “Hello.”

“Hello Gia. Kau jadi balik ke esok?”

“Jadi. Kenapa?”

“Tak ada apalah. Aku nak ingatkan kau pasal event lusa ni. Aku sure kau tak lupa kan?”

“Ya aku tak lupa. Esok pagi aku bertolak balik. Lagipun aku tak tahan duduk sini lama-lama.”

“Orait…anything just give me a call.”

“Ok Maya. Bye,” Gia mematikan panggilan. Dia merebahkan badannya di atas katil. Satu-persatu benda bermain dalam kepalanya sekarang. Pasal keselamatan Luqman…plan jahat Danial lagi. Haih! Serabutnya kepala aku!!!

“Hey…kenapa muka serabut je ni?” Vitalika menghampiri kakaknya yang berbaring di atas katil dengan muka yang ketat habis.

“Entahlah Vi…bila fikirkan balik benda yang dah jadi ni, stress pulak akak dibuatnya.”

“Dahlah tu…jangan stress sangat. Nanti berkedut muka tu…” usik Vitalika.

“Ya…good joke,” Gia hanya tertawa kecil.

“Vi tahu akak kuat. Kalau akak tak kuat, takkanlah akak mampu bertahan sampai sekarang kan? Akak jangan risau. Apa pun yang jadi Vi akan sokong akak dari belakang.”

“Thank you Vi…” Gia menghadiahkan senyuman kepada Vitalika. Walaupun begitu, kepalanya masih lagi tak lepas dari memikirkan keselamatan Luqman

“Vi…akak nak tanya something boleh?”

“Nak tanya apa?”

“Vi menyesal tak dengan apa yang Vi dah pernah buat dulu?”

“Maksud akak?”

“I know you know what I meant Vitalika…” Vitalika mengukirkan senyuman kecilnya. Dia faham apa yang kakaknya cuba maksudkan. Waktu lalunya dahulu dengan Danial.

“Benda dah jadi pun akak. Nak menyesal pun dah tak guna.”

“Vi tahukan Vi tak payah buat pun semua benda tu. Akak tak sukalah Vi korbankan diri Vi semata-mata untuk akak.”

“Benda kecik je akak. Dahlah…tak payah cakaplah pasai ni lagi. Benda dah jadi pun so we need to move on. Apa yang penting sekarang ni Vi selalu ada dengan akak.”

Gia bangun dari pembaringannya lalu memeluk Vitalika.

“Kalau akak rasa menyesal, Vi tak pernah rasa menyesal dengan apa yang dah jadi sebab apa? Sebab dengan bantuan akaklah Vi dapat sambung belajar. Kalau bukan sebab akak, Vi takkan sampai ke tahap ni.”

“Itu tanggungjawab akak Vi. Lagipun, memang akak dah janji dengan diri akak sendiri yang akak akan bantu Vi even susah ataupun senang. Tapi, apa yang dah berlaku antara Vi dengan Danial memang akak tak boleh terima Vi.”

“It’s okay akak. Vi ok…”

Mr. Scott Padilla diam-diam curi dengar perbualan antara Gia dan Vitalika. Apa yang terjadi sebenarnya antara Vitalika dan Danial? Ada sesuatu ke yang mereka sembunyikan dari pengetahuannya dan itu ke puncanya Vitalika keluar dari rumah. Nampaknya dia kena cari tahu pasal ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience