DARI kejauhan dia terlihat figura yang di kenali di kawasan parking motorsikal itu dan dia mendekati gadis itu sambil tersenyum.
"Sophia?". Panggil Farid sambil memegang cermin sisi skuter Pia.
Pia yang mendengarkan namanya di seru terus berpaling ke arah tersebut.
Dia kaku memandang. Helmet di tangan itu segera di letakkan di atas riba.
Kenapa kau muncul depan aku lagi Farid ?
Sungguh hampir berjaya untuk dia mengusir bayangan lelaki itu dalam tidur dan jaga. Kini muncul lagi..menambah kepayahan untuk menghapuskan bayangan.
Pia menunduk. Malas mahu menatap wajah farid di hadapannya.
"Lama saya tak nampak awak, awak dah sibuk ke sekarang? bukan apa, lama juga tak datang ke sekolah. Budak-budak tu pun dah bertanya." Farid masih menanti respond dari Pia.
Bahasa isyarat Pia : Saya dah dapat kerja sekarang. Agak susah nak cari masa lapang untuk datang ke sekolah. Awak kirim salam tau dekat budak-budak tu. Saya minta maaf sebab lama tak datang sana.
Pia tersenyum pahit. Pembohongan yang di cipta untuk menyelamatkan dirinya dari terus terluka.
"Awak dah kerja? ouh patutlah... kerja di mana?"
Bahasa isyarat Pia : Dekat klang. Saya gerak dulu la. Maaf saya nak cepat.
"Tunggu". Farid memegang kejap kedua-dua cermin sisi moto skuter Pia. Dia merasa tidak berpuas hati dengan jawapan gadis itu.
"Awak mengelak dari saya ke?". Dahi Farid berkerut.
Pia menggeleng.
"Ye awak nak larikan diri dari saya sekarang ni. Banyak kali saya nampak awak cuba larikan diri tiap kali kita terjumpa." Farid merenung Pia dalam-dalam.
Ye ! buat apa aku nak jumpa kau lagi ? Kau tu hak orang. dah nak berkahwin.
Bahasa isyarat Pia : Tak la...awak yang rasa macam tu. Saya memang tak perasan yang dah banyak kali awak datang kedai ni. Mungkin saya kalut kot nak cepat-cepat balik. Tak nampak awak. hehe
Pia menggaru-garu belakang tengkuknya berasa janggal bila melihat riak wajah tidak puas hati daripada Farid itu.
"Awak tipu kan ? awak sebenarnya tahu kan yang saya dah bertunang?." Tanya Farid beriak serius.
Kenapa Pia melayannya dingin sebegini ? ... dia sungguh kecewa.
Pia melepaskan nafas berat. Dia memandang semula ke arah Farid.
Bahasa isyarat Pia : Saya tak selesa berkawan dengan tunang orang. Layanan awak terlalu baik untuk saya sehingga membuatkan saya salah faham dekat awak. Saya ni nampak cerminan seorang wanita. Pasti tunang awak tu tak nak wanita lain dekat dengan bakal suami dia kan? begitu juga awak.
Farid terdiam. Benarkah begitu ? Tapi sungguh dia ikhlas melayani Pia sebaik-baiknya. Perasaan itu hadir daripada lubuk hatinya tanpa berpura-pura.
"Saya ikhlas kawan dengan awak. Kenapa nak salah faham ? sejak awak datang ke sekolah meluangkan masa dengan budak-budak tu..saya seronok sangat. Saya sedih bila awak menjauh macam ni."
huh kawan ? cara kau layan aku lebih dari seorang kawan ! kalau tak aku takkan tersimpan harapan pada kau Farid !
Bahasa isyarat Pia : Saya tak mengelak dari awak. Saya kerja ! Susah ke awak nak faham ?
Pia merenung Farid menghantar pandangan kekecewaan yang lebat bertakung air pada tubir matanya.
Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku...
Bisikan terngiang-giang sebuah lagu yang menerpa halwa telinga secara tiba-tiba dan fikirannya dapat menghayati lirik itu sejak dua menjak ini yang persis dengan dirinya di hadapan farid itu.
Benarlah, salahnya bila menaruh harapan tinggi kepada yang tidak layak. Dia sedar dirinya tidak sempurna untuk meraih cinta dari Farid. Dia sedar diri. Terlalu sedar...
"Oii , lama lagi ke korang ni nak bertekak ? aku nak guna parking ni."
Tegur satu suara dari arah tepi membuatkan mereka berpaling serentak.
Erk ! siapa pulak ni ? desis hati Pia.
Seorang lelaki memakai baju batik bunga-bunga dan membonceng vespa lama sedang menongkat dagu kebosanan menonton drama di hadapannya itu.
Dan...mindanya menangkap perhatian sesuatu pada si gadis.
"Eehh kau lagi."
Jari telunjuknya tepat ke arah Pia.
Pia mengecilkan matanya cuba mengingat kembali siapa lelaki yang mengakui kenal dengannya ini.
"Eh..eh..buat-buat tak kenal kita pulak. Dah di sepak tin sampai terkena kepala kita...boleh tak ingat pulak. Tengok ni benjol pun ada lagi tau !" Kata lelaki itu menyindir Pia.
Alamak ! Kemudiannya peristiwa lelaki yang memarahinya di jalan tempoh hari terimau kembali di ingatan.
Aduh, jumpa lagi dia ni !
Bukan sekarang masa yang sesuai untuk dia melayan teguran lelaki itu. Ahh gerak jela dari sini ..
Serabut kepalanya saat ini dengan kehadiran dua orang lelaki yang timbul dan mengganggu keamanannya untuk ke kedai barangan alat tulis tersebut. Pia dengan segera beredar dari situ dan membuatkan kedua-dua lelaki tersebut bingung.
Farid hanya menghantar kepergian Pia dengan 1001 perasaan hampa.
JAKARTA 1:00 AM
DIRINYA bergerak perlahan-lahan bergerak ke arah pintu bilik setelah mendengarkan dengkuran kasar dari rongga hidung Aditya. Mencari ruang di dalam almari baju pada bilik sebelah dan masuk bersembunyi di dalam almari itu adalah tempat yang aman untuk dia melakukan hal tersendiri jauh dari gangguan Aditya.
Tablet di nyalakan dan dia tersenyum melihatkan ada update terbaru dari Senorita r. Laju tangannya menyentuh permukaan tablet tersebut.
Coretan hari ini : Bicara awan mendung
Aku berfikir,
awan itu akan kuat menahan beban yang di tanggung.
Tapi aku sebenarnya salah,
Kali ini, ia telah menunjukkan kesedihan bersama kenangan yang sebenarnya tak ingin ia lupakan.
-Senorita r-
Bellinda melepaskan nafas perlahan-lahan selepas membaca nukilan tersebut. Sedikit sebanyak dia terlalu membandingkan kesedihan dalam kehidupannya melebihi kesedihan orang lain. Adakah kehidupan dalam neraka yang di ciptakan oleh Aditya itu sangat parah melebihi kesedihan yang di tanggung oleh Senorita r ? mungkin penulis itu ada kesedihan yang besar dalam hidupnya tersendiri.
Ketahuilah kesakitan yang tak dapat di baca di dalam hati adalah lagi parah dengan kesakitan yang di usik melalui fizikal. Kenangan lama yang pahit itu akan menghantui setiap mimpi di dalam tidur dan jaga.
Seketika fikiran Bellinda terlayar mengingati detik indah bersama seseorang yang pernah dia ukirkan kesakitan di hidupnya.
2 TAHUN YANG LALU
Syed Iqwal menarik perlahan-lahan kayu yang di susun cantik oleh Bellinda di atas meja tersebut. Permainan blok kayu yang di susun tinggi secara stabil itu menjadi antara permainan wajib bagi mereka untuk meluangkan masa bersama.
Tiba-tiba pilihan blok kayu yang di tarik oleh Syed Iqwal merupakan pilihan yang tidak tepat bila kesemua blok yang di susun cantik itu roboh.
"Iq !!! tuh kan.. jatuh semuanya.. mainnya curang (tipu) tuh ." Bellinda merungut bila melihat kejatuhan bagunan mainan yang di susun itu.
Ketawa Syed Iqwal melihatkan wajah cemberut teman wanitanya.
"I dah cakapkan i tak pandai main tapi you paksa-paksa i jugak. Terimalah kejatuhan 'istana kayu' oleh Cik Bellinda"
Syed Iqwal berkata dalam nada perli.
"Iya..iya.. tapi hati-hati dong mainnya. Capek (penat) tahu aku nyusun(susun) ini semua."
"It's okay sayang...'istana kayu' you je yang runtuh. tapi cinta i pada you takkan runtuh." Matanya di kenyitkan pada Bellinda.
"Dasar kamu..kalau takut di cuekkin(palau) bikin masalah...ya ngomongnya(bercakap) pakei (guna) ayat manis-manis...terus !."
Telinga Syed Iqwal di tarik.
"Aduh...aduh..sakit sayang. You ni suka tarik telinga i. Kalau tercabut macam mana ? dah tak dapat nak dengar kata-kata sayang...rindu..cinta..daripada you nanti..
you tak sayang i ke ?" Ngadu Syed Iqwal manja sengaja di cebikkan mulutnya.
"Kamu sih, nyebelin(annoying) banget !" Bellinda mengusap-usap semula telinga Syed Iqwal yang memerah di tariknya tadi. Jatuh kasihan melihatkan wajah minta simpati di hadapannya itu.
Lalu tangan Bellinda yang berada di telinganya itu di ambil dan di cium lembut. Dia tahu Bellinda takkan sampai hati merajuk lama-lama.
Indah...semua kenangan yang lalu terlalu indah untuk di lupakan. Bagaimana dia buta hati tergamak menyakiti seorang lelaki yang terlalu mencintainya dalam lena dan jaganya ?
Bellinda memeluk kedua-dua lututnya membiarkan air mata jatuh laju membasahi bahagian tubuh yang di dakap itu.
"Iqwal......" nama lelaki yang terlalu dia rindu itu di sebut akhirnya dalam tangisan sendunya itu.
Srappp !
Pintu almari itu di buka dari luar. Kelihatan Aditya yang memagar tajam pandangannya ke arah wanita yang menikus ketakutan di dalam almari itu memandangnya.
"Jangan ..jangan.."
Terketar-ketar tubuh Bellinda cuba untuk berkata bila melihat senyuman sinis dari Aditya dan gerakkan tangan yang menghampiri kepalanya.
"Arghhh jangan..." jerit Bellinda bila rambutnya di rentap keras oleh Aditya untuk keluar dari almari tersebut.
"Lagi..lagi Iqwal..emang apa bagusnya sih dia ?".
Tanya Aditya sambil duduk bercangkug sambil mencengkam dagu Bellinda.
"Semarah apa pun dia ngak pernah nyakitin(sakiti) aku kayak(seperti) kamu !."
Jawab Bellinda memandang tepat dengan berani di ke arah Aditya.
"Ouh gitu ? Emangnya (rasanya) dia itu masih ingat sama lo(kau) ? ngak(tidak) ... Jadi ngak usah sok(pura-pura) kangen(rindu). Bazir waktu !" Ketawa besar Aditya membayangkan wajah Syed Iqwal.
"Kamu tuh bazir waktu kasi cinta plastik sama aku ! hari-hari nyiksa(seksa) aku terus-terusan... Bodoh amat !!"
Bellinda memarahi Aditya mengenangkan waktu di mana Aditya cuba untuk memikatnya demi kekayaan.
"Biarin(biarkan) ! aku tuh pengen(ingin) banget(sangat) kamu tuh mati ! Biar semua kesakitan aku di rumah ini berakhir ." Bellinda bagun dan menolak Aditya terjatuh ke belakang dan dia berlari keluar dari bilik itu.
"Goblok !!" Jerit Aditya lalu menepuk lantai bilik itu dengan perasaan marah dan bangun berlari mengejar Bellinda.
Lariannya sekencang yang boleh ke arah jalan. Tanpa sempat memakai kasut, tapak kakinya kuat mehanan pedih menapak atas ranting-ranting tajam sepanjang laluan di hutan itu.
Sesampainya di bahu jalan, dia tertunduk-tunduk mencari nafas kepenatan berlari dan dari jauh kelihatan ada pancaran cahaya dari sebuah kereta yang menghampirinya.
"Stop !!" Bellinda mehanan sebuah kereta yang kebetulan lalu di situ.
"Tolong saya Pak..saya di kejar penjahat ." Ujar Bellinda kepada lelaki yang memandu kereta tersebut.
Lelaki itu juga cemas bila tiba-tiba muncul seorang wanita yang kusut sekali keadaannya meminta bantuan di tengah-tengah malam itu sangat menakutkan.
"Iya.. buruan(cepat) naik." Kata lelaki itu dan membenarkan wanita itu untuk menumpangnya dan di tekan pedal minyak sekuat-kuatnya bila dia menyedari ada sosok manusia lain yang menghampiri mereka dari jauh.
Aditya hampir rebah bila dia tidak sempat menarik pintu kereta yang di naiki oleh Bellinda itu.
"Sialan ! Arghhh !!!".
Jerit Aditya di tengah jalan itu. Tidak sempat dia menghalang Bellinda yang sudah melarikan diri. Bagaimana jika Bellinda ke balai polis ? Apa yang dia nak buat sekarang? Habislah dia ... Kusut otaknya berfikir.
"Papa.....ya papa..gue(aku) harus nyari(cari) papa." Aditya teringatkan bapanya yang menjadi dalang dalam semua rancangan itu. Ayahnya juga harus bertanggungjawab.
Share this novel