Bab 45

Drama Completed 35637

"Kau nak pergi mana sebenarnya?" Tiara melepaskan tangan Hadirah selepas mereka berdua keluar daripada dewan.

"Aku nak mintak kau teman aku pergi tandas. Takut lah aku nak pergi sorang-sorang. Dah lah malam, tandas dia jauh pulak tu. Tapi! Aku tak tahu pulak yang Abang Hadi ada dengan kau. Kalau aku nampak dari jauh, tak ada aku pergi dekat kau"

"Ah, tak ada apa-apa lah. Tadi pun aku dah tak ada benda nak cakap dengan dia. Ni, Farhan mana?" Tiara mencari kelibat Farhan.

"Dia tengah borak dengan siapa entah. Lantak dia lah. Jom lah cepat pergi tandas. Aku dah tak tahan nii" Giliran Hadirah pula yang menarik tangan Tiara.

Mujur sahaja Tiara tidak tersungkur jatuh kerana Hadirah menarik tangannya dan berjalan dengan laju.

"Aku tunggu dekat luar lah" kata Tiara sebaik sahaja mereka berada di hadapan tandas wanita.

"Okey. Nah, kau pegang beg aku. Kau jangan tinggalkan aku pulak!" Hadirah menghulurkan beg tangannya dan masuk ke dalam tandas.

Tiara mengeluarkan telefon pintar nya daripada dalam beg tangannya. Sementara menunggu Hadirah, dia bermain dengan telefon nya.

Sedang dia bermain telefon, dia merasakan seperti ada bayang-bayang orang yang berjalan ke arah itu. Lantas, dia mengangkat kepalanya untuk melihat siapakah gerangan itu.

Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat wajah orang itu. Rafiq Izuddin!

Yang lebih mengejutkan lagi, Rafiq berjalan ke arah nya dan berhenti di hadapannya.

"Ermm, Tiara kan?" sapa Rafiq dengan mesra.

Dup dap dup dap, jantung Tiara berdebar. Tiara dapat rasakan yang jantungnya berdegup dengan sangat laju.

Tiara merasakan seperti ada sesuatu yang tersekat di kerongkong nya yang menyebabkan dia sukar untuk menjawab pertanyaan Rafiq itu. Tetapi, dia tetap memaksa dirinya untuk bersuara.

"Haah. Saya Tiara" jawab Tiara dengan gugup. Riak wajahnya cuba dikawal agar tidak kelihatan terlalu terkejut.

"Ha! Nasib baik betul. Sebab tadi abang nampak Tiara masa dekat dalam dewan. Abang try ingat nama Tiara. Abang try punya try, muncul nama Tiara dekat otak abang" Senyuman yang terukir di wajah Rafiq membuatkan hati Tiara lemah. Tempurung lutut nya seakan-akan sudah bertukar dengan jeli.

Kata-kata yang diungkapkan oleh dia dalam hati semasa dia melihat Rafiq di dalam dewan sebentar tadi seolah-olah dia tidak pernah berkata begitu.

Lidah Tiara menjadi kelu dan tidak tahu mahu balas apa. Jadi, dia hanya menguntumkan senyuman sahaja.

"Tiara buat apa dekat sini? Dekat depan tandas ni?" Mata Rafiq melihat ke arah pintu tandas wanita yang tertutup.

"Ouh, Tiara tengah tunggu kawan. Dia ada dekat dalam" Tiara menunjukkan beg tangan Hadirah kepada Rafiq.

Hadi dapat rasakan yang dia sudah berjalan hampir sekeliling satu dewan itu. Tetapi dia tetap tidak menjumpai Hafiz.

"Mana pulak dia ni pergi melencong? Tengah-tengah ni lah dia nak hilangkan diri. Dah satu kerja pulak aku kena mencari dia" bebel Hadi perlahan supaya tidak didengari oleh orang lain. Nanti tidak pasal-pasal dilabel tidak siuman.

Selesai mencari di dalam dewan, Hadi mengambil inisiatif untuk mencari di kawasan luar dewan pula. Sesekali dia melihat telefonnya, kalau-kalau Hafiz ada menghantar nya mesej tetapi tidak ada.

Dia tahu tiada gunanya untuk dia menelefon Hafiz kerana sebelum majlis bermula tadi, dia dan Hafiz sudah menetapkan telefon pintar mereka berdua dalam 'mode silent'.

Jadi, kalau dia telefon Hafiz sampai beratus kali sekalipun kalau Hafiz tidak melihat telefonnya, memang tiada guna.

Semasa Hadi sedang sibuk dan gigih mencari Hafiz, lain pula yang menyapa pandangan nya. Sesuatu yang sangat tidak dijangkanya.

Hadi mengetap kuat gigi nya. Dia menyimpan telefon pintar nya di dalam poket blazer dan perihal Hafiz dilupakan nya dahulu.

Apa yang penting, apa yang berada di hadapannya waktu itu.

Dari jauh dia dapat melihat Tiara dan Rafiq berbual mesra. Tanpa berlengah lagi, tempat yang Rafiq dan Tiara sedang berdiri dituju nya. Memang tidak dia mahu biarkan sahaja Rafiq, buaya darat berbual bersama dengan Tiara.

"Tiara ni dah lupa ke pasal Rafiq? Senang betul ya dia ni lupa yang Rafiq ni buaya jadian. Mentang-mentang Rafiq tu handsome, tapi handsome aku lagi, dia lupa yang dia pernah tinggalkan plastik tisu dalam kereta aku sebab sedih sangat" bebel Hadi dalam hati.

"Rafiq!" sapa Hadi dengan gembira yang dibuat buat.

Sapaan Hadi yang tiba-tiba itu membuatkan perbualan Tiara dan Rafiq terhenti. Pandangan mereka berdua dihala ke arah sumber suara yang memanggil nama Rafiq.

Terbuntang luas mata Tiara apabila melihat Hadi berada di sebelahnya. Tercengang sebentar dia jadinya.

"Apa benda dia ni buat dekat sini? Potong line betul lah. Baru nak bersembang dengan Abang Rafiq" omel Tiara dalam hati.

Hadi mengerling sekilas ke arah Tiara yang berada di sebelahnya dan memandang Rafiq di hadapannya.

"Eh, Hadi. Kau buat apa dekat sini?" Rafiq menjawab dengan nada suara yang mesra. Tidak pasti sama ada dia berpura-pura ataupun sebaliknya.

"Aku saja jalan-jalan. Tiba-tiba ternampak pulak kau dekat sini dengan Tiara. Itu yang aku tegur kau tu. Sebab dah lama aku tak borak dengan kau"

Tiara memandang ke arah lain. Dia sedang menahan geram dengan Hadi. Ikutkan hati nya, ingin saja dia memijak kasut Hadi.

"Dia bawak Nia datang sini boleh pulak. Aku nak sembang sekejap dengan Abang Rafiq dia sibuk nak jugak sembang. Tak guna kau Hadi" kata Tiara dalam hati.

"Oh, kau kenal Tiara?" tanya Rafiq sambil memandang Tiara.

"Kenal. Kenal sangat. Dia ni pun budak law jugak" Hadi menoleh kepalanya ke arah Tiara.

Dia memandang Tiara dengan harapan Tiara dapat memahami perkara yang berlegar di fikiran nya iaitu, "kenapa kau bercakap dengan dia?" Dan "macam mana kau boleh bercakap dengan dia?".

Tetapi dia tahu, Tiara tidak akan dapat faham perkara itu.

"Ouhh" jawab Rafiq pendek. Dia masih lagi kekal tersenyum.

"Kau datang sini... Siapa ajak?" Hadi tiba-tiba mendapat satu idea.

"Prof Yusuf yang ajak aku. Kau tahu lah kan, aku rapat jugak dengan prof"

Baru sekarang Tiara tahu mengapa Rafiq boleh berada di situ. Dia ingin bertanya sendiri pada Rafiq tetapi tidak sempat kerana Hadi datang secara tiba-tiba.

"Haah, betul tu. Kau rapat dengan prof. Erm, kau datang sorang je ke? Kau tak bawak girlfriend kau? Apa nama dia? Rania? Yes, i think Rania. Kau tak bawak?" Ya, itu dia! Sedas Hadi bagi!

Tiara yang sedari tadi memandang ke arah lain, sekilas pandang wajah Hadi di sebelahnya sebelum dia melihat Rafiq di hadapannya.

Dia juga ingin tahu apa jawapan yang akan diberikan oleh Rafiq kepada persoalan Hadi itu.

Hadi pula menunjukkan riak wajah selamba badak nya.

"Ouh, Rania" Senyuman di wajah Rafiq pudar sedikit.

"Aku dengan dia dah break up. Yeah, mungkin kitaorang berdua tak serasi. Tak ada jodoh" jawab Rafiq dengan tenang.

"Betul tu apa yang kau cakap" Hadi mengiyakan kata-kata Rafiq itu sedangkan dalam hatinya dia memang sudah sedia maklum yang Rafiq itu buaya darat.

Tepat pada masanya, Hadirah keluar daripada tandas.

Disebabkan dia sedang membetulkan tudung nya, dia tidak tahu akan kehadiran dua orang jejaka di situ.

"Tiara, jom. Aku dah si..." Hadirah menelan air liur nya dengan pantas saat dia melihat siapa yang berada di hadapannya.

Bukan sekadar Abang Hadi tetapi sekali dengan Abang Rafiq! Jejaka hangat universiti juga selain Hadi!

Lidah Hadirah menjadi kelu kerana pandangan Rafiq dan Hadi terarah kepadanya. Tiara yang faham dengan situasi Hadirah itu lantas bersuara.

"Hadirah, kau dah? Okey lah Abang Rafiq, Tiara pergi dulu. Bye. Jom, Hadirah" Tiara menarik tangan Hadirah buat kali kedua dan meninggalkan Rafiq dan Hadi di situ.

"Abang" ulang Hadi dalam hati dengan nada meluat.

Saat Tiara dan Hadirah sudah hilang daripada pandangan, Hadi memandang Rafiq yang berada di hadapannya.

Kini dia tinggal berdua sahaja dengan Rafiq. Ada kata-kata yang ingin dia katakan pada Rafiq tetapi ditahannya. Dia tidak mahu mempunyai masalah dengan sesiapa di universiti itu.

Tiba-tiba, Hafiz muncul entah dari mana. Hadi yang sememangnya daripada tadi mencari Hafiz terus memanggil nya.

"Hafiz!" Hafiz berpaling ke arah suara yang memanggil namanya. Dia melihat Hadi sedang berdiri bersama dengan Rafiq.

"Apa ke gila mamat ni tiba-tiba pulak bersembang dengan Rafiq. Dah kenapa?" bisik Hafiz perlahan.

"Okey, lah Rafiq. Aku gerak dulu. Aku sebenarnya tengah cari Hafiz, pastu tiba-tiba ternampak kau. Itu yang aku datang tu" Hadi menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dan disambut oleh Rafiq.

"Okey, Hadi"

Setelah Rafiq berkata begitu, Hadi berlalu pergi ke arah Hafiz.
//
"Tiara! Baik kau cakap betul-betul dengan aku! Macam mana Abang Hadi boleh ada dekat situ tadi? Tapi Abang Hadi tu dah biasa dah. Masalahnya, macam mana Abang Rafiq pun boleh ada dekat situ?! Rafiq Izuddin! Macam mana dia boleh bersembang dengan kau dengan Abang Hadi? Malu aku diaorang berdua pandang aku masa aku keluar tandas tadi" kata Hadirah sejurus selepas mereka memasuki dewan.

Tiara hanya memandang Hadirah dengan pandangan yang selamba dan menjawab.

"Panjang cerita dia, Hadirah. Dah lah, kau abaikan je benda tu. Anggap yang kau tak pernah tengok tadi tu" Malas dia mahu memanjangkan perkara-perkara seperti itu. Baginya, perkara itu tidak penting.

"Masalahnya Tiara! Kalau yang ada dekat depan dengan sebelah kau tu setakat kawan Farhan, aku tak hairan. Tapi, yang depan dengan sebelah kau tu 'most wanted guy' universiti tahu tak?" Hadirah masih lagi bersungguh-sungguh menyuruh Tiara untuk ceritakan apa sebenarnya yang terjadi.

"Hadirahku sayang. Aku malas nak cerita, nanti ada masa aku cerita. Sekarang ni, mana Farhan? Aku nak balik lah" Tiara melihat-lihat di sekeliling dewan itu untuk mencari Farhan.

"Hello, Cik Tiara. Kau ingat ni kenduri kahwin? Lepas makan boleh balik sesuka hati? Tunggu lah sampai majlis ni betul-betul habis. Kau tak dengar ke apa Abang Akmal cakap sebelum sesi makan tadi? Ada persembahan penutup daripada orang yang istimewa. Kau tak nak tahu ke siapa orang tu?"

"Aku tak tahu pun tak apa" Tiara menjawab dengan nada tidak kisah.

"Dah, jom kita duduk. Orang semua dah masuk dewan balik dah. Hah, itu Farhan"

Farhan duduk di sebelah Hadirah. Hadirah berkata pada Tiara untuk bersama-sama mengambil gambar selepas majlis tamat sebelum Akmal si pengacara majlis naik ke atas pentas.

"Baiklah, seperti yang saya katakan sebelum kita semua makan tadi, akan ada satu persembahan penutup daripada seseorang yang istimewa. Mesti korang semua tertanya-tanya kan siapa dia?" Akmal memandang wajah semua orang yang sedang duduk di meja di hadapan nya.

"Okey, saya bagi hint lah sikit siapa dia. Ada dua orang yang buat persembahan tapi seorang tu main gitar lagi sorang menyanyi. Yang menyanyi ni, orang dia tinggi, handsome, tak silap saya semua orang kenal. Warna baju dia pakai malam ni, ops! Saya tak boleh bagitahu"

Tiara yang pada mulanya sedang bermain telefon pintar nya kerana tidak berminat dengan apa yang dikatakan oleh Akmal, terus memandang ke hadapan setelah Akmal berkata tentang baju penyanyi itu.

"Saya rasa ada yang dah boleh teka kot. Tak apa lah, kita tak payah nak berteka-teki lagi. Tapi saya nak mintak semua orang untuk bangun boleh?"

Selepas semua yang berada di dewan itu bangun, Akmal menyambung.

"Okey! Lagu yang akan disampaikan oleh penyanyi ni adalah Imagination. Penyanyi asal ialah Shawn Mendes. Katanya, lagu ni dia ada maksudkan seseorang. Jadi, tanpa membuang masa, saya menjemput Ikhwan Hadi dan Hafiz untuk naik ke atas pentas. Bukan Hafiz Suip tapi Hafiz Nazri. Dipersilakan"

Saat nama Hadi disebut, kedengaran bunyi sorakan kecil daripada pelajar perempuan yang berada di situ.

Nia juga terkejut seperti pelajar perempuan yang lain kerana sepanjang dia bersama Hadi tadi, Hadi tidak katakan pada dia tentang persembahan itu.

Ramai pelajar perempuan sudah keluarkan telefon pintar mereka untuk merakam video Hadi. Iya lah, bila lagi mereka dapat melihat Hadi menyanyi. Dapatlah mereka menunjuk sedikit kepada pelajar lain yang tidak datang ke makan malam itu.

Kecuali Tiara. Dia masih lagi terkejut dan terpinga pinga.

"Hadi?"

Hadi dan Hafiz naik ke atas pentas. Hafiz membawa gitar bersama-sama nya. Hafiz duduk di atas kerusi manakala Hadi berdiri.

Sebaik sahaja mendengar bunyi petikan gitar daripada Hafiz, Hadi mula menyanyi.

"Oh, there she goes again
Every morning it's the same
You walk on by my house
I wanna call out your name

I wanna tell you how beautiful you are from where I'm standing (Hadi melirik ke arah Tiara yang membuatkan Tiara terkedu)

You got me thinking what we could be 'cause
I keep craving, craving, you don't know it but it's true
Can't get my mouth to say the words they wanna say to you
This is typical of love
Can't wait anymore, I won't wait
I need to tell you how I feel when I see us together forever

In my dreams you're with me
We'll be everything I want us to be
And from there, who knows?
Maybe this will be the night that we kiss for the first time
Or is that just me and my imagination?

We walk, we laugh, we spend our time walking by the ocean side
Our hands are gently intertwined
A feeling I just can't describe
All this time we spent alone, thinking we could not belong to something so damn beautiful

So damn beautiful (Buat kali kedua Hadi melirik matanya ke arah Tiara)

I keep craving, craving, you don't know it, but it's true
Can't get my mouth to say the words they wanna say to you
This is typical of love

I can't wait anymore, I won't wait
Need to tell you how I feel when I see us together forever
In my dreams, you're with me
We'll be everything I want us to be
And from there, who knows?
Maybe this will be the night that we kiss for the first time
Or is that just me and my imagination? (Whoa, oh)

Imagination (whoa, oh, whoa, oh)
Imagination (whoa, oh)

(Whoa, oh, whoa, oh, whoa, oh, ooh)

In my dreams, you're with me
We'll be everything I want us to be
And from there, who knows?

Maybe this will be the night that we kiss for the first time
Or is that just me and my imagination
I keep craving, craving, you don't know it, but it's true
Can't get my mouth to say the words they wanna say to you"

Mendayu sahaja suara Hadi mengakhiri lagu itu.

Tepukan gemuruh diberikan sebaik sahaja lagu yang dinyanyikan tamat.

Tiara tidak tahu mahu beri reaksi apa. Apa yang penting, jantungnya berdegup dengan sangat laju ketika itu.

Pandangan Hadi padanya sebentar tadi membuatkan hatinya tidak keruan.

"Tiara! Kau ni dah kenapa?" bisik hati Tiara.
//
Tiara yang sedang melihat-lihat gambar yang baru diambil nya bersama dengan Hadirah mengangkat kepalanya saat dia mendengar ada suara memanggil namanya.

Dia melihat Hadi sedang berjalan ke arah dia.

"Kau balik dengan siapa? Nak aku hantar kau?" Hadi seolah-olah terlupa yang dia perlu menghantar Nia pulang ke rumah.

Belum sempat Tiara membuka mulutnya, muncul satu suara daripada belakang Hadi.

"Er, Hadi. Jom lah kita balik. Maybe awak terlupa yang awak kena hantar saya balik" kata Nia dengan ketawa yang dibuat-buat padahal dalam hatinya sedang panas membara kerana mendengar pelawaan Hadi kepada Tiara sebentar tadi.

Tiara mengetap bibirnya. Dia memandang Hadi kemudian memandang Nia.

"Tak payah. Aku balik dengan Farhan. Kau hantar lah dia balik. Hadirah— maksud aku Farhan tengah tunggu aku. Aku balik dulu" Sengaja Tiara menekankan nama Farhan dengan nada yang sinis.

Tanpa menunggu jawapan daripada Hadi, Tiara melangkah pergi dengan laju. Selaju yang boleh supaya dia dapat menjauhkan diri daripada Hadi dan Nia.

Hadi ingin memanggil Tiara tetapi melihatkan Nia berada di situ, dia tidak jadi untuk memanggil Tiara. Hadi menghela nafas sebelum mengajak Nia pulang.

thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorryyyyy for late update :(:(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience