Bab 1

Romance Series 113896

"Arghhh!! Hantu kak limah.... "

Bergegar rumah dengan jeritan tersebut.
"Tap" bunyi dahi dijentik.

"Adoi, sakit la mak. Apa jentik-jentik dahi orang ni. Ingat budak sekolah ke?"
Ucap Yus sambil bangun duduk dan menggosok dahi.
"Huarghh... Sedapnya menguap"
"Hah, elok sangat la tu, menguap dah macam beruang. Mana la lelaki nak masuk meminang kalau macam ni. Anak dara tua la nampaknya.. "
Bebel mak sambil menarik langsir tingkap bilik.

"Anak dara apa matahari atas kepala pun tak bangun lagi ni?. Dah la menjerit mengalahkan mak lampir. Dah bangun. Cepat mandi lepas tu turun bawah tolong mak masak. Tengah hari ni kan kita nak buat makan-makan sambut hari jadi Along".

"Dah tua-tua pun nak sambut birthday lagi."
Membebel-bebel mulut aku sambil dengan malas bangun dari katil menujuk ke bilik air.

"Ha, mandi tu sila lama-lama ye"
Perli mak sebelum tutup pintu bilik.
Adeh...

Siap mandi aku keluar dari bilik air dan menujuk ke almari pakaian untuk bersiap dan turun ke bawah. Hm.. Hari ni hari sabtu, mak dengan abah nak buat makan-makan sempena hari lahir Along ke-35 tahun. Hahahaha... Dah tua dah. Katanya Along dgn Kak Ida sampai dalam pukul 1 petang. Along dengan Kak Ida dah berkahwin lebih kurang 3 tahun tapi masih belum mempunyai cahaya mata. Bila aku tanya, Along selalu cakap, dia muda lagi dan belum puas honeymoon. Poodah, perasan muda padahal sikit lagi nak masuk 40 tahun.

"Woi makcik, dekat setengah jam tak siap-siap lagi, ko mandi ke ko baru nak korek telaga cari air?"
Huh! Ni lain tak bukan si Amy la ni, satu-satunya adik lelaki yang kepala biol. Sibuk jerit-jerit dari luar bilik tidur aku. Dia mmg macam tu, celik mata je tak sah kalau tak bergaduh dengan aku.

"Eh, tak yah jerit-jerit macam anu tersepit boleh tak, orang dah siap la. Sibuk"
Sambil buka pintu bilik dan keluar. Amy dengan bercekak pingang elok tunggu depan pintu bilik.

"Ko ni kan kak, bila la nak berubah. Muka dah cantik, badan dan slim tapi ya rabbi perangai... Jahanam. Malang la siapa yang kawin dengan ko ni kak"

"Eh, ko tepi sikit, yang dok terpacak dengan pintu bilik akak dah macam security tak bergaji ni apahal. Tepilah nak turun bawah"
Elok Amy ke tepi, terus aku tarik seluar track yang dipakai hingga nampak seluar dalam dan terus lari turun ke bawah.

"Makkkk......!! "

"Hahahahahaha... Padan muka, sapa suruh sibuk. Uwekk"
Kataku sambil jelir lidah pada Amy.

"Apanye Amy, tadi Yus dah macam tarzan pencen menjerit, yang kamu ni pulak dah kenapa nak jadi tarzan jugak. Pening la mak dengan korang ni."

Berdentum-dentum bunyi kaki Amy berlari turun tangga.

"Akak ni, ada tarik seluar orang. Bongok!"

"Kau la bongok. Dah la nama macam perempuan Amy. Elok la sangat, muka macam artis kPop."

"Suka suki ko je ek kak cakap orang nama pompuan, wei, lelaki pun ada la nama Amy, tu Amy Search tu lelaki, bengong"

"Eh, korang ni kan kucing dengan anjing surrender tau tak dengan perangai korang macam ni. Dah, Adik tak payah nak mengada sangat, tu tolong basuh pinggan dan lap. Nanti nak letak makanan senang. Yus, tak payah nak seronok sangat, ni tolong kupas bawang, halia dengan ubi kentang ni. Kupas semua. Mak nak tengok Abah kamu kat luar tu kejap. Abah kamu tu pun tah apa yang dibuatnya, senyap je kat luar tu. Orang suruh siram pokok, tah apa dibuatnya. Dah pukul berapa dah ni. Nanti Along dengan Kak Ida sampai, makanan tak siap lagi".
Marah mak sambil berjalan meninggalkan meja pulau di dapur menuju ke ruang tamu di hadapan untuk melihat abah di luar.

Along dengan Kak Ida tinggal Shah Alam. Kak Ida bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Majlis Bandaran Shah Alam. Manakala Along pula seorang Pegawai Kanan Polis berpangkat ASP di IPK Selangor dalam cawangan Jenayah Judi dan Maksiat tak silap aku. Along ni bukan nak cerita sangat pasal kerja dia, katanya rahsia kerajaan. Sikit-sikit rahsia kerajaan. Tau la polis. Walaupun seorang Pegawai Polis, Along tak de la garang sangat dengan adik-adik cuma mungkin tegas dan disiplin.

Ahli keluarga sebelah mak ada juga yang berkerja unit beruniform sama la ahli keluarga di sebelah adik beradik abah. Macam mak, abang mak Pak Long Zaki dan Pan Ngah Suib dua-dua merupakan bekas anggota tentera.

Bagi keluarga sebelah abah pulak, Pak Teh Amri seorang Navy dan Pak Su Asyraff pulak seorang anggota polis. Pak Teh tak silap aku lagi 2 tahun nak bersara, manakala Pak Su pulak masih muda lagi tak silap umur 40an macam tu. Pak Su ni kerja dia lain sikit, tak silap aku UTK. Tah aku pun tak paham sangat. Bila diaorang berbual tu, aku angguk-angguk je la walaupun tak faham.

Tiba-tiba

'Pap'
Sejuk muka aku. Siot... Kain basah!!

"Amyyy!!! Ko ni dah kenapa. Gila?."

Aku ambil bawang besar yang masih belum kupas, terus aku baling ke arah Amy yang dok tersengih-sengih dah macam beruk dapat bunga.

'Kelepuk' bunyi kena dahi

Bertepuk tangan aku. Ha, ambik kau. Sapa suruh baling kain basah kat muka aku.

"Wei, apa ni kak, sakit la."

"Sapa suruh kau baling kain basah kat muka akak, ambil balasan"

"Orang panggil dia la. Dekat sepuluh kali panggil tak dengar-dengar. Tu je la caranya. Dok buat kerja pun boleh berangan"
Merah padam muka Amy. Sakit agaknya. Sapa suruh cari pasal. Aku kalau terkejut, ikut sempat je ada apa kat keliling, memang kena la.

"Nak apa panggil akak?. Orang tengah sibuk kupas bawang, sibuk nak kacau"

"Kupas apanya, dari tadi dok sebijik tu tak abis-abis. Berangan tak sudah-sudah. Orang nak tanya, akak cakap hari tu nak mintak teman nak service motor. Nak pergi bila?"
Jawab Amy sambil mengutip bawang yang dibaling tadi sambil menggosok dahi. Merah jugak dahi meletop kena bawang.

"Sakit ke? Sorry la, akak tak sengaja. Kau la sapa suruh buat akak terkejut"
Kesian pulak kat Amy. Aku mengambil kain lap tangan yang ada di atas meja pulau lalu bergerak ke arah Amy yang berada di sinki dapur.

"Sian adik akak, meh akak tuam. Sorry ek. Tak sengaja. Kau pun satu, dah tau akak ni kan juara Taekwando tiga tahun berturut-turut kat U dulu, lagi mau try. Akak memang tak boleh terkejut-terkejut ni"

Aku ambil kain tadi lalu letak pada penutup periuk nasi elektrik yang masih panas dan tuam ke dahi Amy.

"Ye, ok. Habis tu jawapannya mana?"

"Jawapan apa pulak, soalan pun takde"
Pelik aku. Soalan tak de mana nak datang jawapan.

"Tu la, bila orang cakap berangan tak mengaku. Pasal service motor tu la... Adoi kakak aku ni. Makin sakit dahi orang ni tau."

"Oh.. Hahahaha.. Yang tu. Hm.. Kita pergi Isnin ni la, tapi kena awal sikit. Buka kedai kita terus pergi, akak takut lambat. Lagi pun petang-petang selalu hujan"
Jawab aku sambil terus menuam dahi Amy.

"Kalau gitu biar je la orang yang bawa service motor tu. Akak pergi kerja naik kereta je. Kereta akak kan ada"

"Ala... Jalan jem la. Bercinta tau nak sampai opis tu"

"Pernah ke?"
Soal Amy.

"Pernah apa?"
Soal aku pelik.

"Bercinta?"
Jawab Amy sambil tunjuk muka minta penampar.

"Kau ni kan dik.. Saja je kan"
Nak main-main sangat, ambik kau. Aku tonyoh kain tadi di tempat bengkak. Menjerit-jerit Amy tambah sakit. Aku apa lagi lari la. Dah jadi kejar-mengejar keliling meja pulau tu dengan jerit pekik. Padahal dua orang je pun.

"Lailahaillallahh.... Budak-budak ni. Eh, mak suruh korang buat apa tadi.?"

Tu dia pencen Pengetua sekolah dah datang dengan cekak pinggang siap.

"Korang ni kan. Dah besar panjang pun perangai macam budak-budak. Nanti korang."

Alamak...

'Sap, sap'

Ambik kau. Libasan rotan oleh Yang Berbahagia Puan Tini pada kedua-dua anaknya yang sedang berlari berkejaran di dapur.

"Ampun mak. Ok ok.. Kita orang sambung buat kerja"
Dah macam sembah patik sembah tuanku dah tangan kitaorang pada mak.

Kalau korang nak tau, rotan ni adalah senjata yang paling bahaya di dalam rumah ni. Walau pun kita orang dah besar-besar tapi kalau ada buat salah. Memang melekat la rotan ni, kalau tak tapak tangan, kat punggung. Fuh! Menyengat kalau kena.

"Dah, cepat tolong apa yang patut. Nak dekat pukul dua belas tengag hari dah ni. Cepat. Tinggal ayam masak ros je lagi. Lepas tu semua naik mandi, tukar baju. Nanti Along dengan Kak Ida sampai. Kita makan sama-sama.

Seperti yang dirancang. Along dan Kak Ida sampai dan kita orang makan bersama-sama sambil berbual-bual. Yang banyak buat hal, macam biasa la budak Amy ni. Ada je benda yang nak jadi bahan lawaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience