Sarah lemah memandang rumahnya. Kaki yang melangkah terasa berat. Tika ini hanya satu dalam hatinya meyakinkan lelaki itu untuk putuskan pertunangan mereka.
Sesiapa pun lelaki itu dia nekad.
"Assalamualaikum." Sarah memberi salam apabila tiba di depan rumahnya. Kelibat emaknya dicari.
"Waalaikum salam. Baru sampai ya. Tunggu apa lagi kat depan tu. Mari masuk cepat. Jangan nak tercegat kat situ," kata emaknya. Tangan emaknya di raih dan disalam. Kemudian dicium walaupun hatinya sedang gundah gulana.
'Emak ni tak nampak ke aku buat muka sedih tak nak kahwin ni. Dia ceria je. Mentang-mentanglah nak terima menantu. Menantu pilihan hatinya pula tu.
"Ayah kat mana?" Sarah mencari kelibat ayahnya pula.
"Ke bendang la. Oh ya, cakap fasal bendang ni, tadi tunang kamu ada datang. Dia nak berjumpa dengan kamu. Dia kata di atunggu kamu kat pondok depan bendang tu. Tempat kamu berdua selalu main dulu. Kamu pasti tahu katanya," kata emak menyampaikan pesanan yang ditinggalkan kepadanya. Tenang aja emak menitipkan pesanan tu kepada Sarah.
Huh? Kenapa nak jumpa kat situ pula. Siapa pulak dia ni sebenarnya? Bila masa main sama masa kecil dulu? Dahlah banyak kenangan kat pondok tu.
"Iyalah mak. Biar dia tungggu. Sarah nak letak beg pakaian dulu dalam bilik. Dalam fikirannya dia menyusun ayat sebaik mungkin agar tidak melukakan hati lelaki iu. Tak terlintas dalam fikirannya siapa gerangan lelaki yang dimaksudkan sebagai tunangannya itu.
Pondok tempat dia bermain sewaktu kecil dulu semakin uzur nampaknya. Dulu kenangan di ondok ini tidak apa-apa baginya tetapi apabila tiba di pondok ini sebentar tadi hatinya tba-tiba terusik. Kenapa pula?
Syafiq yang memerhati dis ebalik pohon rendang tadi memerhatikannya dari jauh. Bibirnya dah mengoyak senyuman sinis.
Sarah ralat. Sudah lama dia sampai tetapi bayang lelaki itu tetap tak muncul. Rasa geram mula bercambah sedikit demi sedikit. Mulutnya dah mula terkumat-kamit memaki lelaki itu yang belum muncul sejak dia sampai tadi.
Syafiq keluar perlahan dan berdiri di belakang Sarah. Menarik nafas sedalam mungkin.
Kut'rima suratmu, t'lah kubaca, dan aku mengerti
Betapa merindunya dirimu, akan hadirnya diriku
di dalam hari-harimu, bersama lagi
Kau bertanya padaku, kapan aku, akan kembali lagi
Katamu kau tak kuasa, menahan gejolak di dalam dada
yang membara menahan rasa, pertemuan kita nanti
Saat kau ada disisiku
Semua kata rindumu semakin membuatku, tak berdaya
menahan rasa ingin jumpa
Percayalah padaku akupun rindu kamu
Ku akan pulang, melepas semua
kerinduan, yang terpendam
Kau tuliskan padaku, kata cinta, yang manis dalam suratmu
Kau katakan padaku, saat ini, ku ingin hangat pelukmu
dan belai lembut kasihmu, takkan kulupa s'lamanya
Saat bersama dirimu
Kangen, Dewa 19
Sarah terharu. Berkaca matanya menahan air mata yang mahu mengalir. Rupanya Syafiq yang masuk meminang. Dia sendiri lupa untuk bertanyakan nama tunangnya kepada emak. Semuanya gara-gara cuak kerana hatinya sudah dimiliki Syafiq dan rindu yang semakin menebal sejak Syafiq menghilangkan diri.
Air mata yang ditahan, jatuh juga. Lagu yang dinyanyikan untuknya itu mengusik perasaan. Seperti zaman kanak-kanak mereka.
Mata mereka bertaut sesama sendiri. hanya untuk sekali ini biarlah mata mereka yang berbicara. Bibir mereka menguntum senyuman yang sepertinya tidak akan pudar. Rahsia hati yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Cuma hati mampu merasa.
Ada cahaya bahagia di mata kedua-duanya.
"Saya cintakan gadis Kay Poh ci ni kerana dia amat istimewa di mata saya. Sudikah kiranya awak melengkapi hidup saya sebagai isteri dan mengulang semula kenangan bahagia lalu menjadi abadi," kataSyafiq terus terang sekali gus melamar Sarah sendiri.
Kata-kata itu mendayu lembut masuk ke dalam telinga Sarah dan terus ke hati.Tersenyum bersama air mata yang mengalir kerana rasa bahagia.
Share this novel