Bab 64

Romance Series 80702

2 BULAN KEMUDIAN....

"SAYANG...ada orang nak jumpa." Kata Tuan Syed Iqwal yang muncul di muka pintu bilik bacaan itu.

Buku yang berada di tangannya itu di tutup perlahan. Dia memasang wajah hairan. Siapa yang datang pagi-pagi ni ?".

"Siapa ?".

Tuan Syed Iqwal tidak menjawab malah dia tersenyum dan memberikan ruang kepada tetamu tersebut.

"Hallo !" Tegur Bellinda riang di muka pintu tersebut.

"Bellinda ? wow..come in." Panggil Nurjihan seraya melambai ke arah Bellinda agar mendekatinya datang ke sofa yang sedang dia berehat itu.

"Kamu apa khabar ?." Soal Bellinda sebaik saja mereka meleraikan pelukkan.

"Alhamdulillah sihat. Cuma letih sikit. Awak macam mana ?". Balas Nurjihan dan mengusap perutnya yang hari demi hari membesar.

"Wah...gedek...moga sihat-sihat aja ya yang di dalam ini." Kata Bellinda merenung ke arah perut Nurjihan.

Nurjihan tidak lepas memandang Bellinda di hadapannya itu.

"What ?" Soal Bellinda bilamana dia terasa Nurjihan memberikan pandangan semacam serentak itu mematikan tawanya.

"Kamu tak jawab lagi soalan saya ?"
Mendengarkan pertanyaan yang di ulangi Nurjihan itu, Bellinda melepaskan nafas berat.

"Setiap penyakit itu pasti ada obatnya bukan ? Aku tuh cuma bisa hari-hari berdoa moga sakitku ini di angkat. Segala macam hal sudah aku coba dan bakal lagi coba. Kamu jangan khawatir dong, aku akan sihat untuk lihat bayimu nanti."
Balas Bellinda. Buatlah apa yang terdaya, hanya menjalani hari-harinya dengan penuh semangat.

Tangan Bellinda di genggam erat.

"Janji ya ?". Kata Nurjihan memandang wajah wanita ini yang terlihat seribu satu rasa kepahitan yang di tanggung pada nasib dirinya.

Bellinda tergamam. lantas cepat-cepat di kawal riak wajahnya. "Pasti, aku janji "

"Maafin aku ya, ngak bisa ketemu kamu sewaktu aku pulang ke Jakarta bulan lalu. Maafin aku juga, gara-gara aku dulu..kalian bertengkar. Aku ngak tahu bahawa Iqwal semarah itu sama kamu. Ngak seharusnya aku nyusahin kalian."

Nurjihan menggeleng bila mendengarkan luahan rasa bersalah dari Bellinda itu.

"Tak apa, saya dah lupa semua tu. Salah faham tu biasa. Yang penting awak tu selamat. Saya pun nak minta maaf sebab tak jaga awak betul-betul hari tu. Saya cuai."

"Ngak...ngak papa. Ngak usah lagi bahas salah kamu. kamu ngak ada salah. Justeru aku tuh berterima kasih kerana kamu udah banyak tolong aku, beri aku perlindungan, sudi jadi teman aku. Aku tuh bahagia banget loh. Ngak bisa aku gambarkan ke kamu."

Nurjihan mencubit manja pipi Bellinda. Baik sungguh gadis ini. Jika Bellinda tidak muncul di hadapannya kini dan hanya wujud di dalam cerita silam Tuan Syed Iqwal pasti Bellinda ini menyandang watak jahat di dalam pemikirannya.

Kemunculannya adalah untuk menuntut kemaafan dan kebahagiaan yang tertangguh untuk diri sendiri. Jalan ceritanya itu tidaklah begitu mudah, namun semangatnya tetap tidak pernah patah.

DARI kejauhan, Nurjihan tersenyum melihat seorang budak lelaki yang berada di dalam stroller yang sedang di agah oleh kedua ibu bapanya. Dengan melihatkan wajah comel budak lelaki itu yang sedang tertawa mengekek, dia membelai perutnya. Menunggu penuh kesabaran saat kelahiran anak itu. Penuh harapan berharap anak yang di kandung ini bakal sihat dan menjadi seseorang yang berguna untuk agama dan bangsa kelak. Amin..Ya Rab.

"Well...well, Look at you."

Terbangun Nurjihan bila melihatkan gerangan yang bersuara itu mendekatinya. Dia kegelisahan. Di perhatikan sekeliling, perutnya di pegang erat untuk melindungi.

"Kenapalah i tak perasan yang selama ini memang ada something fishy dekat you."
Puteri Qisya memandang Nurjihan dari atas hingga ke bawah.

"Hah, anak yang you kandung tu anak haram mana ? hasil scandal dengan lelaki kaya mana ? Name it, mana tahu i kenal ke..." Ejek Puteri Qisya memandang rendah status anak yang di kandung Nurjihan itu.

"Jangan cakap ikut sedap mulut ye Cik Qisya. Anak yang saya kandung ni sah taraf. Jangan nak hina-hina dia." Balas Nurjihan tegas.

"Woh..hoho..wow...garangnya you...i ingatkan gadis nerd macam you ni tak pandai nak melawan. Boleh tahan jugak you ni kan. Muka je nampak baik."

Tergerak sedikit Nurjihan kebelakang bila bahunya di tunjal kasar oleh Puteri Qisya. Nurjihan mengumpul kesabaran sepenuhnya.

"Hei, you dengar sini. You ingat i tak tahu yang you rampas tunang i dan you kahwin senyap-senyap dengan Iqwal. How dare you perempuan murahan ambil tunang i !." Tengking Puteri Qisya.

Nurjihan terdiam. Bukankah semuanya dah jelas ? apa lagi yang perempuan ini mahukan ?

"I nak you tinggalkan Syed Iqwal. Dia hak i. I akan rampas balik dari you yang tak layak langsung dengan dia. You jangan mimpi you nak hidup bahagia ! Urgh !!!."

Saat Puteri Qisya melampiaskan kemarahannya itu lalu dia berjalan melepasi Nurjihan dan sebelum itu dengan sengaja dia melanggar bahu Nurjihan dan menyebabkan Nurjihan hampir terjatuh.

"Sayang !". Hampir dia tergolek jatuh ke tangga di kawasan air kolam pancut di ruangan luar Kompleks membeli-belah itu dan di sambut baik oleh Tuan Syed Iqwal yang muncul tepat pada masanya.

"Qisya ! you nak cederakan isteri i ke ?! are crazy !." Marah Tuan Syed Iqwal menghentikan langkah Puteri Qisya.

"Yes ! memang i sengaja nak cederakan dia. She deserves it."

"Langkah mayat i kalau you cuba usik dia lagi." Tuan Syed Iqwal mengetap rahangnya.

"Hubby...sayang takut." Kata Nurjihan perlahan memeluk erat badan Tuan Syed Iqwal saat dia sempat berpaut ketika di selamatkan oleh si suami.

"Hey perampas ! kau jangan ingat hero kau datang...kau boleh tersenyum ye."

"Dia bukan perampas ! dia isteri i yang sah sebelum kita ikat kontrak bertunang Qisya ! Dia bukan perampas !."

Jatuh tas tangan yang berada di dalam pegangannya itu saat mendengarkan kata-kata Tuan Syed Iqwal.

"You..dah kahwin sebelum tu ?. I thought you... "

"Yes ! yes ! i dah berkahwin. Sepatutnya you sedar kenapa you tak boleh ingkar kontrak kita. You jangan nak play and jump to other situation untuk kita berkahwin. I won't agree."

"No ! you kena jugak kahwin dengan i. I don't care Syed Iqwal. You kahwin banyak sekalipun i tak peduli. I nak you !! tapi dia ni....Hey perempuan tinggalkan tunang i !!!." Jerit Puteri Qisya seakan-akan orang yang tidak waras.

"Tak mungkin. Dia suami saya. Dia ayah kepada anak ini. Tolong la Cik Qisya..terimalah hakikat. Dia bukan untuk Cik Qisya."

"Arghhh never !". Puteri Qisya berlalu pergi dengan penuh amarah. Ini adalah satu penghinaan untuknya bila ada kata penolakkan yang di berikan padanya.

Nurjihan menggigil. Rasa terancam melihat wajah bengis Puteri Qisya itu.

"Syuhh... it's okay sayang. Hubby ada....dah..dah...jangan takut." Di usap lembut belakang badan Nurjihan untuk menenangkannya.

NORA DIANA JADI BUALAN HANGAT DI DUNIA KEUSAHAWANAN INTERNATIONAL DI SINGAPURA.

Majalah Wanita hari ini itu menarik minatnya ketika dia melintasi meja setiausahanya dan melihat secara tidak sengaja di cover muka depan majalah tersebut.

"Susan, can you borrow me that megazine ? just for a while." Pinta Puteri Qisya.

"Sure, Here..take it." Balas Susan.

Puteri Qisya membawa majalah tersebut dan masuk ke dalam biliknya. Kopi yang di bancuhkan di pantry tadi di bawa bersamanya itu dan di letakkan di sisi meja. Helaian yang tertera tentang berita wanita usahawan berjaya itu terus di buka.

Puteri Qisya kembali cuba memanggil ingatan yang telah hilang. Seperti pernah dia melihat wanita itu di samping Tuan Syed Iqwal. Dahulu dia terlihat di akhbar tentang kemeriahan sambutan hari lahir wanita itu seperti yang papanya bertanyakan kepadanya. Di sangka Tuan Syed Iqwal hanyalah tetamu vvip pada majlis tersebut.

Butang intercom di tekan..

"Susan, tolong i cari maklumat sebanyaknya tentang Nora Diana a business women dari Singapore ni. A.S.A.P(As soon as possible) !"

Terdapat begitu banyak keraguan di dalam mindanya kini. Semua ini harus ada jawapan.

****

Dalam melayan kenikmatan petang bersama secawan kopi, dia sabar menanti gerangan yang berjanji untuk berjumpa dengannya.

"Sorry I'm late..Hai Puan Nora Diana. I'm Qisya." Tangannya di hulur pada wanita tua itu tanda sapaan yang mesra.

"Panggil je Puan Diana." Huluran tangan itu di sambut baik.

"So, apa yang you nak tahu tentang bisnes i." Soal Puan Diana memandang wanita muda di hadapannya itu

Puteri Qisya tersenyum. Kaca mata gelapnya di tanggalkan dan memandang Puan Diana.

"Maybe a little bit upset. I sebenarnya tak berminat sangat nak tahu tentang bisness Puan Diana. I'm more interested in your private life."

Tergelak Puan Diana bila mendengarkan kenyataan dari wanita ini. Ini semua mengarut.

"Kalau macam tu you buang masa i. It's my private life so I won't share it to random people."

"Anybody ? How about Syed Iqwal. Is he a random people yang Puan maksudkan juga ?".

Termati senyuman yang hadir dari sisa tawanya tadi.

"How do you know. Kenapa timbul nama Syed Iqwal pula ?".

"How do i don't know if tunang anak sendiri pun Puan tak kenal ? hmm..".
"I guess i kena pergi dulu. My schedule is busy."
Kata Puan Diana mula mencapai tas tangannya di atas kerusi kosong di sebelahnya itu. Bila katakan siapa wanita pelik ini, maka dia tahu siapa dia.

"Kenapa Puan tergesa-gesa nak balik ? Oh come on..Puan tak kesiankan saya ke ? I'll had to take immediate flight just to see you here. At least let we have a fun chit chat first." Kata Puteri Qisya seakan mahu menyindir.

"Okey now tell me what actually do you want ?". Puan Diana tidak jadi bergerak. Dia kembali menyandarkan badannya di kerusi dan merenung Puteri Qisya.

"Please pujuk anak Puan untuk berkahwin dengan i."

"What ? bukankah dah putus ? Then you nak apa lagi ?".

"No.. putus macam tu i tak boleh terima, and i tak akan terima."

Puan Diana berasa bimbang. Anak Megat Rusydi ini lain macam.

"Nonsense, dia yang nak berkahwin . kenapa i nak sibuk pulak ? no..dia dah ada isteri. I'm telling you if you masih tak tahu."

"Yes, i tahu. Tetapi Puan adalah his mother. I bet you pun tak suka perempuan miskin tu jadi menantu Puan kan ? I mean...look at we, hanya sepadan antara kerabat kita je. Perempuan yang jadi menantu Puan sekarang ni tak padan langsung." Kata Puteri Qisya dengan angkuh.

Puan Diana menggenggam erat tangannya. Dia sangat benci akan perbandingan darjat. Mendengarkan itu hatinya menjadi sakit.

"Dengar sini. Siapa pun yang jadi pilihan anak i.. i terima seadanya. And selama Jihan jadi menantu i, dia tak pernah buat apa-apa masalah. Sentiasa menyenangkan hati i. I nampak semua tu. And you, stop jadikan darjat, pangkat atau kekayaan seseorang untuk jadi ukuran. For you, carilah orang lain, jangan rosakkan rumah tangga yang sedia ada. I tak akan terima siapa-siapa pun untuk jadi menantu i selain dari Jihan ! I tak nak !".

Tidak menunggu lagi Puan Diana bergerak pergi meninggalkan Puteri Qisya yang tergamam dek kata-kata penolakkan daripadanya.

"Huh ! mak dengan anak sama je degil. Dua-dua reject aku ? ouh ! aku akan pastikan korang menyesal."

"NAH, baki nanti aku bagi bila kau dah siapkan kerja kau." Kata Puteri Qisya lalu menghulurkan sampul surat berisi sesuatu kepada lelaki di hadapannya itu.

Lelaki itu tersenyum lalu membuka sedikit lipatan sampul surat itu. "Kau nak aku buat apa dengan dia tu ?."

"Aku nak kau langgar dia sampai patah kaki. Tapi ingat. jangan sampai mati pulak. Kalau nak masuk ke dalam jangan heret aku."

"Heh ! kau berani buat berani la tanggung."

"Hey ! kau jangan nak cakap pandai dengan aku. Buat sudah kerja kau. Aku bayar kau mahal. ingat tu !"

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Ni gambar perempuan tu. Kau perhatikan muka dia betul-betul. Aku tak nak ada kesilapan." Kata Puteri Qisya.

Saat gambar itu bertukar tangan.... lelaki itu terkejut dan kembali tersenyum sinis.

****

Kereta di berhentikan di bahu jalan bila mereka melihat gerai buah-buahan. Tali pinggang di lepas.

"Sayang kata tadi nak asam kan ?". Tanya Tuan Syed Iqwal memandang wajah Nurjihan di sebelahnya.

"Haah nak. Banyak sikit tau hubby." Pesan Nurjihan.

"Ah, no no...tak boleh makan banyak-banyak. Sikit je hubby beli untuk lepas ngidam. Nak apa-apa lagi ?".

Nurjihan menggeleng dan tersenyum.. "Tu je."

"Yelah hubby pergi kejap. Ami nak apa-apa tak ?". Di pandang si ibu melalui cermin pandang belakang.

"Tak nak la."

Seketika, Nurjihan gelisah. Di lihat telefon bimbit suaminya tidak di bawa.

"Kenapa Jihan ?". Tanya Puan Diana melihat keadaan serba tidak kena itu.

"Ala tiba-tiba rasa nak mangga pulak. Macam mana ni, telefon Iqwal tak bawa."

"Lah yeke..tak apa la kejap ami turun pergi beli."

"Eh, jangan la ami. Biar Jihan je pergi. kejap tau." Terus di buka pintu kereta tanpa sempat di halang oleh Puan Diana.

Tanpa berlengah Puan Diana turut turun ingin mengekori Nurjihan bimbang keadaan dirinya untuk melintas di jalan yang sibuk itu dengan keadaan dirinya yang hamil.

PINNNN !

"Jihan !!!!" Jerit Puan Diana lantas berlari untuk ingin menyelamatkan Nurjihan bila mendengarkan bingitan bunyi hon dan melihat kenderaan jenis wira berwarna kelabu sedang bergerak laju menuju ke arah itu.

BAM !!

Tapi sudah terlambat. Jasad kedua-dua mereka terkulai layu di atas jalan raya itu. Plastik asam yang di beli oleh Tuan Syed Iqwal itu jatuh bila melihat kemalangan di hadapannya itu. Tentu sekali dia sangat mengenali kedua-dua insan yang di langgar itu.

"Ami....Sayang...Allahuakbar !!!." Dia menggigil melihat jasad yang terdampar di atas jalan raya itu di penuhi darah.

Nurjihan yang masih separa sedar itu melihat ke arah Puan Diana yang terbaring di sebelahnya itu.

"A....aaa..ami."...tangannya cuba menggapai Puan Diana. Setelah itu pandangannya gelap.

hai korng. esok adalah last chapter untuk DZ. Sabar tauuuuuu hihi ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience