BAB 4 - STFF - 6 KAKAK

Romance Completed 233692

"Dia tuduh Esya ada affair dengan daddy, tu sebab Esya boleh bertahan kerja kat Faliq Corporation." Celah mummy selamba.

"Auch! Sakitlah! Adui! Adoi! Ish! Sa...kit! Apasal semua nak marah, pukul Aus ni?" Ok, dengar tak... 6x bunyi... Auch, sakitlah, adui, adoi, ish, sa...kit! Hah! Kiralah sendiri... 6 orang kakak... 6 jenis cubitan...

"Macamana kami tak marah... Aus tuduh perempuan suci tu macam-macam..." Sampuk kak teh.

"Tak baik, dik... Esya tu bukan orang sebarangan." Tambah kak uda.

"Ya, Aus... Esya tu baik sangat." Kak chik menambah lagi. Ok, cukuplah 6 orang kakak bersuara.

"Kot ya nak marah Aus... Takkan kena 6 orang sekali... Kalahlah Aus, 6 lawan 1... Nampaknya sebabkan Esya, semua nak marah Aus... Semua nak salahkan Aus... Yelah, Aus salah... Aus naik dulu. Nak tidur..." Rajuk Aus...

"Sorry, sorry, adik along sayang... Janganlah merajuk... Ni saja je ni nak bermanja dengan alongkan sebab dah lama tak jumpa ni..." Pujuk kak long.

"Mengadalah tu... Manjakan lagi... Dah 27 tahun dah kot... Nak manja apanya... Sepatutnya umur macam adik ni, dah patut jadi suami orang, ada anak..."

"Nak buat macamana... Kakak-kakak manjakan sangat... Tu sebab jadi lembut..."

"La... Nak salahkan kami pulak... Dah mummy daddy sibuk sangat... Takkan senang-senang nak letak adik kesayangan along ni kat orang lain... Dibuatnya Aus kena dera, sia-sia je nanti..."

"Hah, elok sangat... Kalau mummy cakap semua nak backing Aus... Sebabkan korang... Aus takde orang nak... Sebab apa? Ni, sebab Aus lembut."

"Ish, macam tu pulak. Aus bukannya lembut sangatpun... Takdelah macam pondan... Ok je along tengok..."

"Yelah tu... Kalau sesekali terkejut pun menjerit macam perempuan... Tu nak cakap macamana?"

"Ala mummy... Rilekslah... In shaa Allah, ada tu nanti... Sape aje yang tak sukakan lelaki hemsem, banyak duit macam Aus ni..."

"Eh, kak ngah... Aus tak suka kalau perempuan tu suka kat Aus sebab duit, a big no! Silap haribulan botak kepala Aus... Sikit-sikit nak duit... Sikit-sikit nak duit... Oh, pease...!"

"Amboi, demand...! Tak padan dengan awak tu yang lembut..."

"Kak Chik ni... Aus tak lembutlah..."

"Kalau tak lembut, kenapa belum ada girlfriend lagi...?"

"Bak buat macamana... Belum ada jodoh..."

"Mummy, susah-susah... Kahwinkan aje dengan Esya... Secretary Aus tu... Senang cerita..."

"Ikutkan hati mummy, memang itu cadangan mummy... Mummy memang dah lama nakkan Esya jadi menantu mummy.... Tapi, Esya tu susah sikit... Sebelum ni, pernah juga daddy mummy nak kenenkan Esya dengan Aus... Tapi Esya menolak..."

"Tapi, itu cerita lama, mummy... Dua tahun lalu... Ni sekarang, cubalah... Mana tahu rezeki Aus dapat kahwin dengan anak mat saleh... Esya tu cantik Aus... Kak lang berkenan sangat..."

"Betul... Kak teh pun suka tengok Esya... Ayu je... Sejuk je mata memandang, kan?"

"Kak uda pun... Last kak uda jumpa masa majlis persaraan daddy hari tu... Cantik sangat Esya... Suara pun sedap... Takkan Aus tak terpikat..."

"Yelah, dik... Cubalah pikat Esya... Lengkap hidup adik beristerikan Esya tau... Mesti anak-anak adik nanti cantik, comel ikut baka Esya..."

"Ish, jauhnya fikir... Aus tak terfikir sampai sana pun..."

"Jangan lambat sangat... Nanti gigit jari... Esya tu cantik... Melepas nanti..."

"Berani ke Aus... Baru kerja sehari je dah kecilkan hati Esya... Nasib baik, Esya tu cekal orangnya. Kalau orang lain tentu dah cabut..."

"Lain kali jangan buat macam tu... Tak salah nak bertanya... Tapi, ada caranya... Salah main sergah macam tu je... Lagi-lagi berkaitan hati dan perasaan ni... Bahaya. Perempuan ni, kalau dah sekali terluka... Sampai bila pun dia akan ingat, tau..."

"Kak long tak kisah adik nak dengan siapapun, asalkan perempuan tu baik budi bahasa, sopan santun, bukan kaki pengikis... Dan yang paling penting, menghormati mummy daddy... "

"Along doakan Aus ya... Aus dah cuba, cuma belum ada rezeki je lagi..."

"In shaa Allah... Doa banyak-banyak... Ada jodoh Aus nanti..."

"Thanks along, kak ngah, kak lang, kak teh, kak uda, kak chik... Aus sayang semua..."

"Kamipun sayangkan Aus..." Pelukan bahagia 7 beradik... Mummy dan daddy sekadar menjadi pemerhati melihat keakraban 7 beradik itu. Memang tidak dinafikan Aus memang rapat dengan kakak-kakaknya... Sedari kecil, merekalah yang menjaga Aus... Habis sahaja mummy berpantang dan kembali menjadi setiausaha daddy, kakak-kakaklah yang menjaga Aus, satu-satunya adik lelaki yang mereka ada.

*************************

"Esya, masuk bilik saya..."

"Baik, tuan..." Esya melangkah masuk ke bilik Double F dengan not dan pen yang tidak pernah terlepas dari pegangan tangannya.

"Ada apa-apa untuk hari ni?"

"11 pagi tuan ada meeting dengan lembaga pengarah di bilik mesyuarat 1 berserta dengan lunch. 2 petang, tuan ada mesyuarat dengan bahagian kewangan dan yang terakhir, perjumpaan tuan dengan Datuk Syukri di sini..."

"Anything else?"

"Takde tuan... Setakat ini sahaja..."

"Emm, meeting nanti, awak ikut sekali ke?"

"Dengan lembaga pengarah, ya... Mesyuarat dengan bahagian kewangan, Cik Rania yang akan temankan tuan."

"Rania... Kenapa bukan awak?"

"Memang kebiasaan, tuan. Mesyuarat kewangan, Cik Rania akan ambil alih tugas saya..."

"Emm, kalau saya nak awak yang masuk meeting, boleh...? Saya tak rasa saya kenal kenal dengan Rania, tu... Lagipun, segala kewangan syarikat, awak dah terangkan pada saya... Cuma, saya nak awak ada sekali meeting nanti. Boleh ya, Esya..."

"Err, saya cuba tanyakan Rania dulu..."

"Baik..."

"Esya... Awak tahukan, malam minggu nanti ada dinner syarikat Datuk Syukri di Hotel Imperial..."

"Ya, saya... Saya tahu... Dan tuan salah seorang tetamu yang dijemput khas..."

"Saya tahu... Cuma... Saya perlukan teman mengiringi saya ke majlis makan malam tu..."

"Tuan nak saya carikan teman untuk tuan?"

"Ya..."

"Nanti saya tanyakan Rania atau Fiona..."

"No...! Saya nak awak temankan saya..."

"Tapi, tuan..."

"Esya... Saya tak suka pada penolakan." Esya menghela nafas.

"Baik, tuan. Saya akan mengiringi tuan nanti. Ada apa-apa lagi, tuan?" Aus menggeleng.

"Saya keluar dulu..." Esya melangkah.

"Err... Esya..."

"Ya, tuan..."

"Maafkan saya..." Esya mengangguk seraya melepaskan senyuman manisnya. Bergetar jantung Aus melihat senyuman manis Esya.

'Adakah aku jatuh cinta pada Esya...'

Kesibukan seharian di pejabat membuatkan Esya terlupa dengan kejadian double F melukakan hatinya. Esya profesional... Soal peribadi ditolak ke tepi.

"Esya..."

"Ya, tuan..."

"Boleh tolong sekejap..."

"Ya..."

"Saya perlukan pendapat awak..."

"Untuk...?"

"Mummy saya nak kenalkan saya dengan seorang perempuan, anak Datin Zahrah..."

"Jadi?"

"Saya kurang selesa sebenarnya..."

"Kurang selesa?"

"Saya sebenarnya dah banyak kali dating dengan perempuan... Maksud saya, makan malam... Temujanji... Dan kebanyakkannya semua diaturkan mummy dan kakak-kakak saya... Dan selalunya, akan berakhir dengan kekecewaan..."

"Saya kurang faham..."

"Dorang tak berkenan dengan saya sebab dorang cakap saya nampak lembut. Saya... Nampak lembut ke Esya?"

"Tuan nak saya jujur ke?"

"Ya..."

"Sejujurnya tuan tak nampak lembut pun... Mungkin ada ketikanya, dorang perasan dari cara tuan pegang cawan, terkejut... Atau mungkin dari cara bercakap... I'm not sure... Tapi, friendly speaking... Saya tak nampak sangat dari mata kasar... Tapi, cara tuan terkejut... Itu jelas..."

"Tadi awak cakap saya pegang cawan..."

"Ya... Kebiasaan lelaki pegang tangkai cawan begini, dengan kelima-lima jari... Tapi, tuan menggunakan dua jari, cara perempuan..." Jelas Esya sambil menunjukkan cara double F memegang tangkai cawannya.

"Saya... Saya memang cepat terkejut..."

"Tuan tukar caranya. Jangan menjerit. Sebaliknya cuba sebut... Nama-nama Allah ke berzikir ke... Atau just sebut Allahuakhbar..."

"Takpe... Saya dah janji dengan Tan Sri akan bantu tuan menukar karakter tuan menjadi lelaki sejati..."

"Awak... Awak akan tolong saya, Esya...?"

"Saya janji."

"Thanks Esya..."

"Sama-sama tuan..."

"Err... Esya, malam esok jangan lupa... Awak dah janji nak jadi partner saya, kan?"

"Maaf, tuan. Saya lupa sangat... Ok, kita jumpa kat sana ya... Saya drive sendiri..."

"No! Saya akan jemput awak. Nanti awak share location awak..."

"Tapi..."

"Esya, please...Saya dah banyak kali cakapkan... Saya tak sukakan penolakkan..."

"Baik, tuan..."

***************************

Seperti yang dijanjikan... Sejam sebelum majlis makan malam gala syarikat Datuk Syukri di Hotel Imperial, miliknya...

"Esya, saya dah sampai kat kondo awak..."

"Saya turun sekarang..."

'Dasyhat... Kondo ni bukannya murah... Yelah, ada parents kaya-raya... Tentu tak jadi masalahkan?'

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam... Masuk Esya."

"Terima kasih, tuan..."

"Wow! Awak nampak cantik sangat malam ni..."

"Err... Saya biasa je tuan..."

"Tak... Malam ni awak luar biasa sangat... Saya suka tengok awak dengan pakaian ni... Sesuai sangat dengan tubuh badan awak yang langsing... Saya rasa bertuah sangat malam ni..."

"Tuan ni... Saya biasa je tuan... Takde apa yang istimewa pun..."

"Awak suka sangat merendah diri Esya. Honestly, saya rasa tercabar berada kat sebelah awak ni..."

"Tuan fokus pada pemanduan ya... Nanti terbabas pulak..."

"Err, ok, ok... My bad!" Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 15 minit menjadi setengah jam akibat gurauan double F mengusik Esya.

"Kita dah sampai... Come..."

"Terima kasih, tuan..."

"Wow... What a lovely couple... Sampai juga Tuan Fattah..." Tuan Fattah menyambut huluran tangan Datuk Syukri.

"Alhamdulillah... Terima kasih datuk atas jemputan..."

"Awak, Esyakan... Secretary Tan Sri Faliq?"

"Ya, Datuk... Sekarang ni Tuan Fattah dah ambik alih jawatan Tan Sri, jadi Esya menjadi secretary untuk Tuan Fattah..."

"Emm... Melepas saya... Saya baru nak ajak Esya kerja dengan saya..."

"Sorry, datuk..."

"Hahaha... Sorry, Esya... Eh, come Tuan Fattah... Enjoy yourself..."

"Thanks a lot, datuk..." Esya mengiringi Aus masuk ke ballroom yang diterangi dengan gemerlapan lampu-lampu neon yang berwarna-warni.

Esya sebenarnya kurang senang dengan pandangan mata Datuk Syukri... Bukan Esya tidak kenal dengan Datuk Syukri... Renungan tajam Datuk Syukri seolah-olah bisa tembus, dapat di lihat sehingga ke dalam pakaian Esya... Dasar gatal...

"Esya, come... Ini tempat kita... Silakan..." Tegur Fattah seraya memandang ke arah meja yang tertulis nama Tuan Fattah Firdaus.

"Terima kasih tuan..."

"Err, Esya... Boleh kita selfie...?"

"Sure..."

"Come... Rapat sikit dengan saya... Kita ambik gambar bersama..." Entah kenapa jantung Esya berdegup kencang... Wangian maskulin dari minyak wangi milik Aus menusuk ke kalbu...

Rupanya, jantung Aus juga berdegup kencang... Wangian Chanel No. 5, yang Aus pasti milik Esya, benar-benar menusuk ke kalbu Aus... Rasa bergetar tulang rusuk Aus.

"One, two, three..." Klik!

"Eh, cantiknya... Nanti tuan wassup kat Esya ya..."

"Emm, ok..." Tersenyum lebar Aus melihat gambar mereka berdua yang kelihatan cukup cantik dan nampak secocok sangat...

Sedari tadi sepasang mata, memerhatikan Esya dari jauh... Air kencing syaitan diteguk rakus...

Melihat Esya keseorangan, lelaki misteri tadi mendekati Esya...

"Hai... Saya Datuk Irfan..." Tangan dihulur.

"Hai... Datuk... Maaf Datuk." Tangan dimasukkan ke poket seluar.

"Awak seorang?"

"She's with me, Datuk Irfan..." Terkejut sedikit Datuk Irfan selepas disergah Fattah.

"You must be, Fattah Firdaus... Anak Tan Sri Faliq... Kan?"

"Yes, I am..." Tangan dihulur.

"Welcome to the club..."

"Thanks a lot, Datuk..." Fattah menyambut huluran tangan Datuk Irfan.

"See you later..."

"You ok, Esya?"

"Saya ok, tuan... Tapi, saya tak suka bau Datuk Irfan... Oh, gosh! Smelly..."

"Biasalah Esya... Saya pun pelik, kalau makan malam datuk-datuk ni perlu ke air kencing setan tu...?"

"Entahlah tuan... Pokok pangkal, hati kita... Take it or leave it..."

"Maafkan saya, Esya. Saya tinggalkan awak sorang-sorang."

"Takpe tuan... Benda ni biasa bagi saya... Sebab tu, saya tak berminat nak join makan malam macam ni..."

"Sorry again..."

"It's ok, tuan...I'm fine..."

"Wow... Fattah Firdaus anak Tan Sri Faliq Farhan..."

"Ya, Datuk Sharifah Shazlina Syed Al-Yahya... Anything datuk..?"

"Huh tak sangka... You pun ada kat sini sekali..."

"Datuk...?"

"You bukan sesiapa pun, kenapa you boleh ada kat sini...?"

"Saya..."

"She's with me, Datuk... Any problem with that?"

"Dengan you...? Maksudnya, budak ni secretary you sekarang"

"Yes... Any problem?"

"Hahaha... Tak sangkakan... Tak dapat bapak, anak pun jadi..."

"Apa maksud datuk?"

"Hei perempuan! Kau ingat aku tak tahu ke perangai perempuan macam kau ni... Kau tak dapat goda bapak dia, anak dia pulak jadi mangsa!"

"Datuk, watch you mouth! Jangan cakap sebarangan..."

"Saya tak macam yang datuk katakan... Saya bekerja makan gaji dengan ikhlas... Kenapa saya nak goda Tan Sri dan Tuan Fattah?"

"Aku tak percaya... Perempuan licik macam kau, takkan puas dengan seorang lelaki... Tentu mak kau pun macam tu!"

"Datuk boleh cakap apa sahaja... Datuk boleh hina saya, tapi bukan ibu bapa saya... Saya tak tahu apa salah saya... Sampai datuk benci sangat dengan saya..."

"Memang aku benci dengan perempuan murah macam kau! Dari mula kau datang dengan Faliq Farhan... Aku dah benci kau... Sangat-sangat!"

"Datuk... Apa masalah datuk ni! Kami tak kacau datuk pun... Datang-datang nak sergah orang.... Datuk tak diajar mak bapak datuk ke supaya menghormati orang lain!" Berdesing telinga Datuk Shaz disindir begitu.

"Kurang ajar kau kan! Berani kau...!"

"Ya, saya berani sebab mempertahankan maruah seorang perempuan seperti datuk yang sewenang-wenangnya datuk perlekehkan! Datuk tak malu ke?"

"Shaz! Apa yang bising-bising ni?"

"Datuk Syukri... Saya minta maaf... Saya takkan datang lagi majlis Datuk kalau perempuan gila ni ada... Such a jerk! Mari Esya..."

"Fattah..."

"It's ok, Datuk... Thanks for the lovely dinner..."

'Lovely dinner... ? Minum pun tak sempat...'

"Shaz, what have you done? I dah cakapkan jangan bawak masalah you sampai ke sini... Ini majlis I, Shaz... Dahlah, you pergi balik... I tak rasa you diperlukan di sini... You dah malukan I, Shaz! Baliklah...!"

"By the way datuk... Jangan samakan semua perempuan macam madu datuk... Sepatutnya datuk cari kelemahan diri apa yang menyebabkan suami datuk cari lain... Ternyata suami datuk membuat keputusan yang tepat... Adios datuk..." Aus melangkah laju sambil menarik tangan Esya yang sedang tersedu-sedan menahan tangisan.

Semua mata tertumpu pada Datuk Shaz yang berubah riak wajahnya, menahan amarahnya selepas dihina Fattah. Tak pernah selama ini dia dihina sebegitu rupa... Nah, ambik ubat... Sewenang-wenangnya Fattah Firdaus menyekolahkan Datuk Shaz...

Selesai terawih, kita update satu lagi story... Khas untuk para readers... Nak kecak Datuk Shaz tak?Tuan Fattah backing Esya... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience