bab 11

Romance Series 4366

setelah fendy mengambil kembali kunci itu, dia meletakkannya kembali kedalam album,dia bukan tak nak bagi tau tu kunci apa, tapi dia sendiri pun tak tau, yang dia tau kunci tu ibu dania yang bagi kat dia, okay senang cerita macam ni, fendy ni dulunya orang susah, jadi family dania yang tolong dorang, fendy ni seorang yang rajin, sewaktu berumur 7 tahun, ibu dania memberikannya kunci itu, katanya, kunci tu boleh buka sesuatu yang dapat menentukan hidupnya, sampai sekarang, tak ada satu barangpun yang boleh dibuka dengan kunci itu, tengok pada bentuknya sahaja sangatlah unik, memang tidak didapati di negara ini, mungkin satu dalam seribu

tiba-tiba, dia teringat akan rantai berkunci milik dania, dia terus berlari keluar dari bilik lalu masuk ke bilik dania, cun! tak ada orang! fendy pun mencarinya di merata-rata tempat malangnya tidak jumpa, tiba-tiba, ada seseorang menyapanya

"carik apa kat bilik aku ni? "tanya dania

"aku.... aku... aku kemas sikit kat bahagian tepi-tepi ni, teruk eh kat situ, berhabuk habis, sampai merah hidung aku bersin-bersin dari tadi, tepi lah! "kata fendy lalu terus keluar

"haih, pebende lah yang hamba Allah tu cari agaknya, baik aku tidur"kata dania lalu memanjat ke atas tilam empuknya

-
- -

"hmm, aku rasa bukan kot, sebab kunci ni nampak besar sikit kalau nak dibandingkan dengan mangga yang kat rantai dia tu"kata fendy lalu melelapkan matanya

keesokannya, dania dan fendy duduk di dalam rumah berdua kerana cuti sekolah manakala aunty dan uncle pula pergi ke banglo CEO Daud Rahmat, ada hal penting katanya, memang berdua je lah remaja tu dalam rumah

"weyh, ambikkan remote TV tu, jauh lah"kata fendy kepada dania

"setahu aku, challenge aku tu masih berbaki sehari, so kalini aku nak kau ambikkan biskut kat atas peti ais "jawab dania sambil berlajar di atas sofa manakala fendy pula duduk di lantai

"hish! sehari pon berkira lah kau ni pompuan! "katanya lalu mencapai biskut yang berada di atas peti ais itu

"ambik tu! sumbat sepeket dalam mulut kau biar tercekik pastu mati baru aman hidup aku! "kata fendy geram

"uhuk uhuk! " dania batuk

"weyh, kau okay tak? nak aku ambikkan akir? "tanya fendy prihatin

"air"kata dania sambil memegang lehernya

"nah-nah, minum slow-slow, nanti tersedak "kata fendy lagi

"terima kasih kuli"kata dania tenang, Amboi pandai kau bergurau, tak kena langsung dengan tempat ya!

"k.. ka.. kau.. kau okay je? maknanya tadi... "

"saje main-main sekali sekala, boring lah kalau serius je selalu, lagipun aku akan balik 2 bulan lagi "kata dania sedikit sedih

"elok lah tu kau balik! tak payah menyemak walaupon aku tau 2 bulan tu lama lagi! "

"hmm"jawab dania sambil tersenyum

-
- -

sesampainya di sekolah, tangan dania ditarik oleh myza

"ape bende lagi yang awak nak pagi-pagi buta macam ni myza?"tanya dania sambil menggosok-gosok matanya yang masih mengantuk

"awak tau? kat sekolah ni ada budak hot baru!! "kata myza lagi

"jantan ke betina? "tanya dania sambil meletakkan begnya di atas meja lalu terus duduk dan meletakkan kepalanya di atas beg sekolah mewahnya

"awak fikir dia tu babun ke nak panggil jantan betina? btw dia lelaki, so hot!!! "

"dia dah datang belum? dia masuk kelas mana? "tanya dania malas

"dia dah datang & sekarang dia masuk kelas kita!! tak silap saya beg dia yang kat belakang awak tu!! Best lah awak eh, kene kepit ngan lelaki-lelaki yang handsome-handsome ni!! "kata myza teruja

"tapi bukan ke dayana yang duduk kat belakang ni? "tanya dania pelik

"ouh ye, dia baru je pindah sekolah harini, lupa pulak nak bagi tau awak pasal tu"kata myza sambil menayang gigi putihnya yang tersusun elok

"ha?! tapi dia pinjam saya punya......

"buku sejarah? "tanya satu suara yang menyapa mereka dari belakang, baru sahaja dania mahu pandang ke belakang, dania dikejutkan dengan nama

"haris idham !" kata myza, dania terdiam lalu tanpa memandang ke arah belakang dia terus menarik tangan myza

"kenapa ni?"tanya myza

"ikut je lah"kata dania sedikit tegas

"haris? takkan lah, untuk apa dia datang sekolah ni? siap sama kelas lagi tu! dayana pun tiba-tiba pulak pindah sekolah, apa benda semua ni?! "tanya dania dalam hati, hati yang sentiasa ceria itu. mendung seketika hanya kerana satu nama iaitu haris idham!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience