BAB 14

Mystery & Detective Completed 29704

Aina merenung jauh memandang keindahan ciptaan Allah swt. Terasa hebat sekali malah hebat lagi keadaan di syurga nanti. Tapi entah pula bagaimana keadaan di neraka. Pasti mengerikan malah lebih buruk daripada segala ngeri di dunia ini. Malah, semestinya lebih ngeri daripada seksaan yang berlaku di hadapan matanya sendiri.

"Teringatkan Saiful lagi?"

Lamunan Aina terganggu. Dia mencari-cari suara tadi. Terlihat susuk tubuh badan yang kecil duduk bersebelahan dengannya. Huda. Tampak lebih manis daripada selalu bersama-sama tudungnya serta berbaju kurung.

Saiful. Sudah lama tidak mendengar khabar lelaki itu. Ayah kata, dia dimasukkan ke hospital bahagia demi mendapatkan rawatan. Tapi ada juga yang berkata dia dimasukkan terus ke lokap dan bakal menerima hukuman gantung sampai mati. Bukan Aina sudah tidak peduli akan Saiful. Namun, dia perlukan ketenangan. Begitu jua Fariza yang kini cuba mencari kehidupan baru. Huda pula tampaknya sudah mencari sinar cahaya keimanan. Aina sungguh bangga dengan Huda.

"Aina, janganlah terlalu benci akan Saiful. Kalau Huda, Huda terasa nak berterima kasih dengan dia."

Berterima kasih dengan seseorang yang telah menyeksa kita? Adakah Huda sudah tidak siuman? Aina memandang wajah Huda yang tersenyum dengan seribu satu tanda tanya.

"Mungkin betul, sebelum ni Huda cuma tutup aurat sebab malu nak tunjuk badan Huda yang dah cacat ni. Tapi lama-lama Huda rasa dah terbiasa pula dan dah mula tutup aurat kerana itu adalah suruhan-Nya, bukan kerana malu kepada manusia. Allah menghantar Aina kepada Huda untuk bagi kesedaran secara lembut tapi Huda tak nak dengar. Allah hantar pula Saiful. Adakalanya musibah itu mampu membangkitkan atau menjatuhkan manusia. Aina.. Saiful pada awalnya tegur Huda tapi Huda tak boleh terima. Huda memang silap sebab Huda ingat diri Huda je betul. Huda tak nak jadi hipokrit pada manusia tapi Huda hipokrit pada Allah. Mungkin kalau semua ni tak terjadi, Huda takkan sedar semua ni. Semua ada hikmah-Nya. Huda tak hormat pada diri Huda jadi orang lain pun tak hormat Huda macam Saiful tu. Tapi dia sangat hormat Aina dengan Fazira sebab korang hormat diri korang sendiri." Huda mengulas panjang.

"Menutup aurat bukan sekadar untuk dapatkan keredhaan-Nya. Tapi kerana ingin melindungi diri daripada manusia yang ada niat yang tidak baik kepada kita. Kita dapat elakkan fitnah dan pandangan yang tidak baik daripada kaum lelaki. Huda pun dah faham sekarang kan?" Aina pula berkata-kata.

Huda tersenyum manis. Aina pula membalas dengan senyuman yang lebih lebar. Akhirnya, Huda sedar kepentingan menutup aurat itu. Tapi entah berapa ramai lagi manusia di luar sana yang sependapat dengan Huda. Dan entah berapa ramai hamba Allah di dunia ini sedar bahawa hari yang dijanjikan semakin tiba. 'Ya Allah, Kau berikanlah hidayah kepada hamba-Mu ini.' desis hati Aina.

- Tamat -

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience