BAB 02

Action Series 6386

Setelah beberapa tahun kemudian...

Hancur berkecai hati Darris apabila surat yang ditinggalkan oleh Fazneeta sampai ke kornea matanya.

Dia tidak menyangka bahawa Fazneeta mengambil keputusan untuk melarikan diri hanya kerana tidak mahu berkahwin dengannya. Mesipun pinangannya ditolak, dia tak perlu mengambil keputusan untuk melarikan diri.

Air mata seorang lelaki akhirnya tumpah jua. Puas ditahan dan disekat namun tak dapat juga dibendung apabila sakitnya sampai ke dasar paling dalam.

Sekali lagi... gumam Darris perlahan.

"Darris..." Darmawati menyentuh bahu anak lelakinya.

"Ris tak sangka Neeta sanggup larikan diri." air liur ditelan.

"Maafkan mama, Ris. Ini semua salah mama. Mama dah runtuhkan rumah tangga anak dengan menantu mama. Kita sekarang pun tak tau Ayra dekat mana. Darris, maafkan mama sayang..."

Sekali lagi keluhan dilepaskan. Mata dipejam rapat.  Wajahnya diraup kasar sebelum kedua-dua orang tuanya dipandang silih berganti.

"Ni cincin makcik pulangkan balik."

Mata Darris memandang sebentuk cincin yang dibeli untuk melamar gadis itu meskipun hatinya tidak rela mengahwini perempuan lain selain isterinya. Dia sedar dirinya adalah suami. Isterinya sudah lama menghilang lama selepas terjadinya kejadian malam itu.

"Ris tak salahkan mama. Ris dah mengalah. Ris nak cari balik isteri Ris. Andai kata Neeta tak muncul dalam hidup Ris, Ris dah bahagia sekarang dengan kehidupan Ris yang dulu. Ris jahil. Ris memang tak layak untuk Neeta. Salah Ris. Ris berdosa apa yang Ris dah buat dekat Ayra dulu." luah Darris. Air matanya tetap mengalir membasahi pipi.

"Maafkan saya makcik. Ris cuma ikut kehendak mama selama ni untuk rapatkan hubungan dengan Neeta sedangkan Ris tau Ris dah ada isteri. Ris cuma anggap Neeta tu sebagai adik saya sama macam Hanis."

Cintanya tak pernah luput meskipun wanita yang dicintai telah hilang dari pandangan. Apa khabar Nuhayra sekarang?

Farhanis hanya cuma berdiam. Kadang-kala dia cemburu. Mengapa dia tidak dapat mencuri hati Darris seperti yang dilakukan oleh Nuhayra dan Fazneeta dulu?

Senyuman kelat terlukis di wajah Darris.

"Bukankah ianya satu kenangan yang indah untuk dimenungkan?" jawapan selamat meluncur dari bibir Darris.

"Abang, kenangan tu dah berlalu bertahun lamanya. It's time for you to forget her. You deserve someone better, abang..." sudah lama Farhanis menyimpan rasa terhadap abang sepupunya walaupun cintanya pernah ditolak sejak dulu.

"Hanis masih tak boleh lupakan abang? " Darris menoleh mencari wajah kejujuran yang bakal keluar dari mulut Farhanis.

"Yes, I still love you. " Farhanis mengakuinya.

"Samalah dengan abang. Abang masih cintakan isteri abang." pandangan dihalakan ke wajah kedua-dua orang tua mereka.

"Tapi sampai bila? Ayra dah hilang, abang!" nada Farhanis sedikit tinggi.

"Mind your words, Hanis. Ayra tu masih isteri abang! Kalau perlukan masa seumur hidup untuk lupakan Ayra, abang sanggup."

Perasaan cinta dan kesetiaan yang wujud dalam hati Darris benar-benar ikhlas.

Setiap degupan jantungnya dihela dengan harapan agar dapat bertemu dengan Nuhayra semula. Nilai wanita itu terlalu tinggi sehingga tidak terpalit sedetik pun untuk Darris mencintai gadis lain.

Meskipun kehadiran Fazneeta, punca rumah tangganya runtuh dulu. Tapi hatinya tidak pernah berubah untuk mencintai gadis lain selain Nuhayra.

"Macam mana Hanis tak mampu lupakan abang. Begitulah abang tak mampu lupakan Ayra. Untuk Hanis, carilah lelaki lain yang mampu bahagiakan Hanis tapi bukan abang. Cukuplah abang sayangkan Hanis sebagai adik abang."

"Pahit nak telan kenyataan itu."

Darris menarik senyuman. Wajah Farhanis ditatap. Raut lembut Farhanis membuatkan rasa kasihan mengalir dalam tubuhnya. Biji halkumnya bergerak saat air liur ditelan.

"Terimalah hakikat dan Hanis akan temui kebahagiaan Hanis sendiri."

"I hope so."

Segalanya akan terlerai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience