BAB 9

Romance Series 3318

Satu persatu pakaian kotor yang belum sempat dicuci dimasukkan ke dalam beg bagasi bersaiz sederhana miliknya setelah dilipat kemas. Pakaian yang kotor itu akan dicucinya sejurus dia sampai ke rumah. Bakul kain yang telah kosong dimasukkan kembali ke dalam loker kosong lalu loker tersebut ditutup. Bagasi ditariknya ke hadapan almari loker miliknya. Tudung sekolah disarungkan ke kepala. Almari loker dikunci. Dia berjalan menuju pintu, suis kipas dimatikan sebelum dia keluar daripada bilik.

Persekitaran asrama perempuan kian lenggang kerana hampir semua pelajar asrama sudah bergerak balik ke rumah masing-masing. Bag bagasi ditarik lagi setelah dia menutup pagar asrama. Dia melangkah perlahan di koridor menuju gerbang utama sekolah yang agak jauh daripada asrama puteri.

Dia mengeluh perlahan. Mengingatkan dia kali terakhir bertemu Noah adalah pada hari dia confess. Dia masih bingung sama ada confession dia tu Noah terima atau tak. Noah terima dia sebagai girlfriend atau kawan? Sebab Noah tak cakap dengan jelas. Dia nak jumpa dan tanya dengan Noah, dia malu. Jangan ingat dia dah confess dekat Noah tu dia tak malu, hakikatnya adalah dia sangat sangat malu beberapa jam selepas dia confess.

Langkahnya terhenti mengingatkan perangai tak tahu malunya dan aksi berani mati confess dekat senior most wanted. Kalau peminat-peminat Noah tahu memang nahas dia. Dia ketap bibir sambil hentak kaki. “haish!”

“Kau…okey?”

Ivy angkat kepala pandang arah suara yang bertanya padanya.

………….

Dia melangkah keluar daripada perkarangan surau sekolah yang letaknya berhadapan dengan perkarangan asrama puteri. Langkah kakinya terhenti di hadapan surau tatkala matanya menangkap Ivy yang baru sahaja keluar daripada pagar asrama sambil mengheret bagasi miliknya.

Dia kemudian melanjutkan kembali langkah kakinya berjalan di hadapan dan tidak jauh daripada jarak Ivy. Dahinya berkerut sedikit apabila Ivy tidak memanggil namanya seperti yang selalu gadis itu lakukan ketika bertemu dengannya.

Dia menoleh ke belakang memandang Ivy, yang ternyata berjalan sambil kepala yang menunduk. Dia kembali memandang hadapan melanjutkan jalannya. Koridor yang mereka lalui sangat senyap begitu juga dengan perkarangan sekolah yang lengang, kerana waktu balik sekolah sudah berlalu hampir tiga jam. Hanya bunyi gesekan roda bagasi milik Ivy dan derapan kasut milik mereka berdua yang kedengaran.

Suara hentakan kaki dan dengusan milik Ivy memecah hening membuatkan dia menghentikan langkah. Dia berbalik badan memandang Ivy, “Kau…okey?”soalnya ragu. Risau kalau Ivy tiba-tiba kena sampuk entiti penjaga sekolah yang tidak dapat dilihat wujudnya. Apalagi suasana sekolah yang sangat sunyi dan kosong, sangat menyokong hipotesisnya.

Dia membongkok sedikit, mencuba untuk melihat wajah Ivy yang masih menundukkan kepalanya. Kalau betul Ivy kena sampuk, cuma ada dua pilihan sama ada dia terus pecut lari, atau cuba baca ayat kursi untuk halau entiti halus itu.

“ekhem..bismillah…” Dia baru sahaja hendak memulakan bacaan ayatul kursi tatkala melihat Ivy mengangkat kepala memandangnya.

“Senior Iman!” Dia menghela nafas lega. Hampir gugur jantung. Nasib tak ada scene munafik kat tengah-tengah koridor ni.

………

Ivy melanjutkan langkah seraya mengheret bagasi miliknya mendekati Iman. “Lama tak jumpa, senior belum balik lagi? Dari mana?”soalnya.

“Dari surau tadi, pinjam tandas surau kejap. Tandas sekolah mati air, cikgu bagi notis sebelum balik tadi yang air mati petang ni. Tinggal tandas surau ja air ada lagi,”jawab Iman. Jenuh juga dia berlari tadi daripada blok kelas mereka ke surau semata-mata nak lepas hajat yang dah di hujung nak keluar. Tak sempat tunggu balik rumah.

“Oh, senior ada kelas tadi? Lambat balik..”

“Haah, ada kelas tambahan add maths lepas ni terus balik, Noah dah tunggu dekat pagar.”

“Ohh..”

…………..

Noah jungkit sebelah kening memandang ke arah Iman dan juga Ivy yang jalan berdua. Keduanya terlihat rancak berbual seolah tak perasan dia yang berdiri terpacak menahan panas matahari.

“Lambat!”ketusnya.

Iman tayang sengih. “ Jarak ke sini dari tandas surau jauh tau, sebab tu lambat.”

Noah masih diam pandang Iman, lalu matanya jatuh pada tangan Iman yang masih menggenggam pemegang beg bagasi Ivy.

“Beg siapa kau bawa tu?”soalnya lagi. Suaranya terdengar serius membuatkan Ivy yang mendengar rasa seram sejuk. Cuaca panas tambah lagi Noah kena tunggu lama sebab tu Noah macam nak naik angin, fikirnya.

“Beg saya..”jawab Ivy walaupun soalan itu bukan tertuju padanya.

Noah pandang Ivy sekilas sebelum pandang Iman kembali. “jom balik.”

Dia berlalu menuju motosikal miliknya yang terparkir di tempat parkir motor.

“Senior Noah marah ke?” soal Ivy risau.

Iman senyum, “tak marah. Jangan risau. Kau dah ada yang jemput?”

“Ada, dah tunggu kat luar. Saya balik dulu.” Ivy ambil bagasi miliknya daripada Iman. Tadi, Iman tolong bawakan bagasi dia, dia segan juga tapi dah Iman pelawa banyak kali. Dia bagilah Iman tolong bawakan.

“Tapi, betul senior Noah tak marah?”tanyanya lagi sekali.

Iman menggeleng sahaja. Ivy mula melangkah menuju gerbang.

“Dia merajuk.”ujar Iman sambil senyum lagi.

“Bye, junior!”laungnya sedikit kuat membuatkan Noah yang berdiri di sisi motosikalnya memandang ke arahnya.

Iman melangkah mendekati Noah yang masih memandangnya. Senyuman tidak luput menghiasi bibir Iman. “ Kenapa pandang aku macam tu?”soalnya mengusik.

Noah tolak helmet ke perut Iman sedikit kuat buatkan Iman terbatuk kecil, lalu dia memasang helmetnya sendiri dengan mata berkalih mengikuti langkah Ivy yang sedang berjalan menuju ke arah sebuah kereta proton yang diparkir di luar gerbang sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience