BAB 11

Humor Completed 26855

Seminggu berlalu, aku beri Qisha peluang untuk dia mulakan hidup baru tapi hari aku dimasukkan ke hospital, Qisha muncul di wad kecemasan. Dia beritahu aku bertapa pentingnya aku dalam hidup dia dan dia tak mampu tanggung derita kerana kehilangan aku. Aku beritahu padanya yang aku tak mampu hidup lama dan wajahnya kembali suram tapi dia tetap ingin berada disisi aku.

Aku berjanji padanya yang aku tak akan mudah berputus asa tapi aku takut untuk mengakui yang aku makin lemah, aku dapat rasakan sel-sel dalam badan aku sudah semakin tenat. Pernah terjadi sekali, aku bangun dari tidur dan katil aku berlumuran dengan darah. Terus aku dimasukkan ke wad kecemasan, sel darah aku dah tenat. Samalah macam aku sekarang ni, lemah tak bermaya, macam mayat hidup… -Khalish.

“Khalish” suara bidadari itu berbisik di telinga. Khalish membuka matanya perlahan-lahan, cahaya matahari menyinari mata birunya itu.

“Hi beautiful” terus dia mengukirkan senyuman tatkala melihat wajah Qisha.

“Hi handsome” balas Qisha.

Khalish mengulas senyuman, dia menenyeh matanya yang kabur. Dia memandang pada Qisha yang sedang mengupas buah. Qisha hanya melemparkan senyuman.

Aku tahu saat-saat ini akan berakhir tapi aku takkan melupakan senyumannya yang manis ini… Khalish terus merenung wajah Qisha, seolah-olah ini adalah kali terakhir dia memandang gadis itu.

“Kenapa tengok macam tu? Jangan ingat aku tak perasan, aku cucuk mata kau guna pisau ni” Qisha mengancam Khalish. Khalish ketawa perlahan.

“Aku takut tak dapat tengok lagi muka kau” jawab Khalish membuatkan Qisha terkilan. Qisha tiba-tiba mengeras tubuhnya, matanya sudah berair. Dia memaksa dirinya untuk tidak menangis, hanya kedengaran dia sedu seperti budak kecil.

Khalish mengetap bibir, dia menyumpah dirinya sendiri kerana terlepas cakap. Sepatutnya dia menjaga perasaan Qisha, Qisha sekarang ini bukannya seperti Qisha yang dahulu. Qisha yang sekarang ini rapuh.Khalish bangun dari katilnya, dia bergerak ke sisi Qisha.

“Aku minta maaf Qisha, aku tak bermaksud nak buat kau menangis”

Qisha menggelengkan kepalanya, dia meraup wajahnya.Kelihatan cecair hening yang membasahi kelopak matanya. Hanya membayangkan Khalish sudah tiada disampingnya, tubuhnya bagaikan hilang fungsi dan jiwanya lemah.

“Aku tak dapat bayangkan hidup tanpa kau” rintih Qisha, dia menyembunyikan wajah di dalam tangannya. Khalish merangkul bahu Qisha, dia menggenggam lengan Qisha kuat untuk menyedarkan Qisha bahawa dia masih lagi disisi gadis itu, belum pergi ke mana-mana tapi susah untuk menyedar Qisha, Qisha terus membayangkan yang Khalish sudah tiada sedang Khalish hanya seinci jauh darinya.

Khalish mengangguk perlahan,dia sedar tiada apa yang mampu memujuk Qisha. Perlahan-lahan tangannya membelai rambut Qisha.

“Kalau jadi apa-apa pada aku, aku cuma nak kau tahu. Aku cintakan kau. Kau cinta pertama dan terakhir aku” bisik Khalish seolah-olah sudah hilang harapan. Qisha merentap tangan Khalish, dia menggenggam tangan Khalish erat.

“Jangan tinggalkan aku Khalish… jangan tinggalkan aku” Qisha sudah menangis dengan kuat. Khalish memandangnya dengan pandangan yang suka ditafsirkan, ketika ini dia hanya mampu mendiamkan diri dan menyapu air mata yang mengalir ke pipi Qisha dengan ibu jarinya.

Aku boyfriend yang teruk. Dia sedang menangis dan tiada apa yang aku mampu lakukan untuk buat dia berhenti.Maafkan aku Qisha…..

…..

Masa seolah-olah berjalan laju. Setiap kali jam menunjukkan pukul 10.10 tak kira pagi atau malam, Khalish akan menyanyikan lagu untuk aku, apa-apa saja lagu. Tapi yang paling aku suka bila dia menyanyikan lagu OST Teduhan Kasih, Hanya Aku nyanyian asal Hyper Act.Tapi paling aku tak suka bila dia menyanyi lagi If I die young, nyanyian asal Ke$ha. Sajalah tu, nak kena luku kepala tu.

Kalau aku tak fikirkan dia sakit, memang aku nak bagi penampar.Aku tak suka dia cakap pasal mati, aku tahu dia akan hidup lama dan kami akan bina mahligai bersama-sama suatu hari nanti.Ya, aku masih lagi berharap yang dia akan sembuh tapi apa yang aku lalui tak seindah mimpi kerana realitinya adalah mimpi ngeri untuk aku…… –Qisha.

“Qisha” panggil Khalish.

“Ada apa?” Qisha mengangkat wajahnya, memandang muka Khalish yang pucat.

“Aku nak minta kau buat something untuk aku” pinta Khalish, suaranya kedengaran lemah dan tidak bermaya.

“Aku akan buat apa saja untuk kau. Cakap je” Qisha mencuba untuk tersenyum tika ini tapi usahanya gagal, hanya matanya saja yang sudah bergenang dengan air mata.

“Aku teringin sangat nak minum kopi, boleh kau belikan untuk aku”

Qisha mengangguk kepalanya laju, dia mengambil dompetnya di dalam laci dan bergegas ke pintu. Khalish memandang Qisha untuk kali terakhir.Qisha berhenti dihadapan pintu, dia mengimbas ke arah Khalish untuk seketika.

“Aku cintakan kau Khalish” ujar Qisha dengan wajah yang bimbang. Khalish ketawa perlahan, dia hanya mengangguk.Akhirnya Qisha turut tersenyum apabila mendengar gelak tawa Khalish yang dirinduinya, dia melambai sebelum pergi.

Khalish sandar pada bantal, badannya terasa sejuk. Dia mengambil comforter dan menyelimuti seluruh tubuhnya. Ketika itu seorang budak perempuan yang tidak dikenalinya berdiri dihadapan pintu wadnya, budak perempuan itu sangat comel. Berambut pendek dan bermata biru gelap, dia sedang merenung ke arah Khalish.

“Adik sesat ke?” tanya Khalish. Dia bangun sedikit dari tempat sandarannya, Khalish menyuakan tangan ke arah budak itu.

“Nama saya Suri” ujar budak perempuan itu. Khalish mengukirkan senyuman.

“Abang nama Khalish. Marilah masuk sini”

Suri mengangguk kepalanya, dia berdiri disisi Khalish.

“Saya nampak ada ramai orang dalam bilik ini, sebab itulah saya datang tengok” ujar budak perempuan itu lagi. Khalish memandang ke sekeliling, bilik itu kosong sahaja. Khalish mengucap dalam hati, dia cuba untuk tenang tapi jantungnya berdegup dengan kencang ketika ini. Suri tersenyum nipis, dia menyentuh dada Khalish.

“Abang jangan takut, mereka orang baik. Mereka akan bawa abang ke tempat asal abang” Suri menggenggam tangan Khalish, senyuman manis terukir di atas bibirnya merah itu.

“Suri akan cari abang Khalish disana. Abang jangan takut, Suri akan doakan abang. Tak lama lagi Suri akan sertai abang” Suri mengesel pipinya pada tangan Khalish. Khalish mengangguk lemah, dia cuba untuk mengulas senyuman tapi otot-ototnya diwajahnya bagaikan sudah tidak mampu digerakkan lagi, dia hanya menggariskan senyuman nipis.Sekali lagi Suri menghadiahkan senyuman untuk Khalish sebelum dia meninggalkan wad itu.

Sudah tiba waktu untuk aku….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience