BAB 6

Drama Completed 320

Malam itu,tanpa bertangguh aku pergi menunggu Dudung di tangga blok
kediamanku. Perasaan sesal mula menyimbah diriku kerana memaki Dudung
siang tadi.Apakah mungkin Dudung tidak mahu berjumpa denganku hari ini.
Sedang aku dalam lamunan,mimpiku terhenti dengan bunyi semacam mengiau
atau lebih tepat lagi bunyi seekor kucing. Kelihatan Dudung datang
kepadaku dengan kaki empatnya.Itu sudah pasti kerana dia adalah seekor
kucing.

“Aku sudah faham keadaan sebenarnya.Engkau sudah melupakan aku.
Mulai dari saat ini aku tidak akan muncul dihadapanmu lagi. Terima kasih
kerana menjagaku selama ini.”Dudung terus berlari ke dalam semak
berhampiran lantas ditelan kepekatan malam.Dudung meninggalkan aku yang
dalam kebingungan. Ya! Aku kebingungan.

Itulah kali terakhir Dudung kulihat. Dia tidak muncul lagi selepas
itu,walau pernah ku cari merata tempat. Sehingga ke hari ini aku tidak
pernah menceritakan hal sebenarnya tentang Dudung kepada Syazlina
walaupun kadang-kadang hatiku memberontak untuk menceritakannya.

Syazlina pernah juga bertanya mengenai kucing peliharaanku. Namun
aku hanya akan menjawab..

“ Kucing peliharaanku sudah hilang tanpa jejak. Dia bewarna kelabu
kehitaman. Hitam seperti kepekatan malam sewaktu dia menghilangkan diri
membawa kesunyian bersamanya”

Persahabatan kadang-kadang menjadi sangat rumit untuk ditafsirkan
ertinya.Setiap orang mempunyai tafsiran yang berbeza mengenainya.Bagiku
sahabat akan ada setelah kita menempuh kepayahan mencarinya serta dalam
berjuta pilihan,dialah pilihan. Melihat kepada hati sahabat kadangkala
kita tidak akan menyangka yang sahabat kita menyimpan pelbagai maksud
tentang diri kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience