MAJLIS makan malam yang di adakan di lobi kelihatan sangat meriah walaupun hanya majlis makan malam yang sederhana.
Juwita sengaja mengenakan kebaya nyonya berwarna biru lembut. Rambutnya dibiar melepasi bahu. Wajahnya di make up nipis.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua hadirin sekalian. Bagi menyempurnakan majlis malam ini, saya ingin menjemput Ustaz Adha untuk membacakan doa." Rahmat selaku Emcee memulakan bicara.
Ustaz Adha naik ke atas pentas lalu membacakan doa agar majlis malam itu diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. Selesai bacaan doa, Rahmat mengambil alih semula tugasnya.
"Seperti yang kita semua sedia maklum, malam ini merupakan malam dimana Tuan Mansur akan memperkenalkan CEO baru sebelum beliau mula bersara dan pastinya ramai yang tidak sabar menunggu pengumuman ini." Rahmat mengukir senyum.
"Dengan ini, saya mempersilakan Tuan Mansur untuk naik ke atas pentas." Bergema tepukan gemuruh dari semua pekerja.
Juwita yang duduk disebelah Zailani sudah gementar. Haris hanya tersenyum memandangnya dari jauh.
"Chill okey." Zailani menggenggam erat jemari Juwita. Dia tahu betapa berdebarnya Juwita pada ketika itu. Juwita pula sengaja tidak berada dimeja VIP.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kamu semua yang masih setia bersama Tuan Mansur Sdn bhd. Berkat usaha dan kegigihan semua, kita berada ditahap sekarang." Tuan Mansur melepaskan nafas. Dia mengukir senyum memandang ke arah Juwita.
"Saya tak nak cakap panjang. Seperti yang semua maklum. Saya akan umumkan perlantikan CEO baru dan saya akan mula bersara." Ada sebak disebalik kata-katanya.
"Terima kasih semua. Saya sayang semua pekerja saya. Tak ada beza. Tanpa kamu semua. Saya bukan siapa-siapa. Tanpa kamu semua, syarikat ni tak mungkin berada ditahap sekarang. Jadi mari berikan tepukan untuk diri sendiri." Bergema sekali lagi bunyi tepukan gemuruh.
Itulah Tuan Mansur. Sangat merendah diri. Orangnya tidak sombong. Memang menjadi kesayangan para pekerja. Malah dia tidak lokek membantu pekerja yang ditimpa musibah.
Tuan Mansur menarik nafas panjang sebelum memulakan bicaranya.
"Saya pasti ramai yang beranggapan anak saya, Haris yang akan mengambil alih tugas saya. Tapi sayangnya, minat Haris bukan pada bidang ni. Apa pun, saya tetap mendoakan kejayaan anak saya. Pasti ramai tertanya siapakah pengganti saya. Dengan ini saya mengumumkan Juwita sebagai CEO. Diminta Juwita naik ke atas pentas."
Keadaan menjadi riuh seketika. Tiada siapa sangka Juwita bakal menjadi CEO Tuan Mansur Sdn Bhd.
Sempat juga telinga Juwita menangkap kata-kata yang tidak enak terhadap dirinya.
"Entah apa dia mandrem Tuan Mansur sampai dapat pangkat CEO."
"Jual badanlah tu sampai boleh jadi CEO. Tuan Haris tak jealous ke ye?"
Itulah antara kata-kata tak enak yang dia dapat dengar. Juwita tarik muka serius.
Juwita meraih tangan kanan Tuan Mansur lalu dikucup lama. Tuan Mansur tersenyum. Kepala Juwita dibelai lembut.
"Thank you for your speech Tuan Mansur." Juwita mengambil alih mikrofon. Tuan Mansur ketawa dengan kata-kata Juwita.
"Terima kasih buat semua yang hadir pada malam ni. Pasti ramai tertanya-tanya mengapa saya yang mengambil alih tempat Tuan Mansur dan bukannya Encik Haris." Juwita terdiam seketika. Keluhan kecil dilepaskan.
"Saya tahu sehingga saat ini, masih ada kata-kata yang tak enak keluar mengenai diri saya. Terlebih dahulu, sila berikan tepukan gemuruh kepada Tuan Zaitun Zalila Binti Tuan Mansur Shah, kakak kepada Tuan Mansur yang juga merupakan ibu saya." Sunyi seketika. Ramai yang terkedu dengan kenyataan Juwita.
Melihat kejanggalan yang berlaku, Zaitun segera naik ke atas pentas dan sekaligus mendapat tepukan dari pekerja mereka.
Juwita meraih tubuh ibunya ke dalam pelukan dan memberikan ciuman di pipi.
"Saya maafkan mereka yang berkata buruk mengenai diri saya. Semoga tiada lagi kata-kata tak elok yang keluar mengenai diri saya. Dan saya juga berharap kita boleh bekerja dalam satu team untuk sama-sama naikkan lagi nama syarikat. Mohon tunjuk ajar dari semua ahli lembaga pengarah memandangkan saya budak baru belajar."
Juwita pandang sekeliling. Dia perasan pandangan Zack padanya namun dia buat tak peduli. Dia tahu Zack masih tidak puas hati.
"Saya akhiri ucapan saya malam ini dan semua dijemput untuk menjamu selera." Akhirnya Juwita kembali ke tempatnya. sempat dia menghantar Zaitun ke meja VIP terlebih dahulu.
"You are great." Sempat Haris memuji sebelum Juwita kembali ke sisi Zailani.
Sampai saja ditempatnya, Nana dan Samad segera mengucapkan tahniah. Juwita hanya mampu tersenyum mendengar ucapan itu.
Baru saja ingin menjamah juadah yang terhidang, Zailani dihampiri oleh seorang wanita yang cukup jelita. Juwita mengecilkan matanya memandang wanita itu sedang berbisik sesuatu pada Zailani.
Tanpa sebarang kata, Zailani terus berlalu pergi bersama wanita itu. Juwita ketap bibir. Menahan rasa hati yang terbuku.
Cemburukah dia? Tapi mengapa? Hilang terus seleranya untuk makan. Jus oren di dalam gelas diteguk perlahan.
Tak sampai lima minit Zailani meninggalkannya, hadir seseorang bersama jambangan bunga ros. Juwita membungkam.
Ah sudah... apa pula ni? Dengan teragak-agak Juwita mencapai kad ucapan yang ada dijambangan bunga itu.
Tahniah Ju.
Love
Lan
Hampir Juwita menjerit. Jambangan bunga itu diambil. Tersengih dia melihat wajah Zailani disebalik jambangan itu.
"Suka?" soal Zailani seraya tersenyum. Juwita mengangguk. Mananya tak suka. First time terima bunga.
Majlis makan malam itu berlangsung sehingga jam 11.30 malam sebelum masing-masing beransur pulang.
"Esok tengah hari, Lan jemput Ju ye. Kita keluar jalan-jalan." Juwita hanya mengangguk lalu melangkah keluar sebaik saja mengucapkan terima kasih kepada Zailani.
Share this novel