Hana terjaga daripada tidur. Mesti Qilla yang baringkan aku ni! Fikir Hana. Dia tersenyum. Dia memandang Qilla yang asyik dengan novel. `Qilla'. Panggilnya perlahan. Aku memandang. `Ehh Hana! Bila sedar? Langsung aku tak perasan! Ujarku. `Mana kau tak perasan! Asyik sangat dengan novel tu'. Balas Hana. Aku tersengih. `Ada nak gi mana-mana ke malam ni? 'soalku. `Kau tak payah nak keluar.. Kau tu masih pening'. Balas Hana. Aku yang mendengar tersenyum. `Kau tu.. Tak payah risau sangat! Aku okay dah! Lepas kau urut and aku tidur.. Aku dah rasa okay dah'. Balasku. Bohong! Aku masih terasa pening dan loyar sampai sekarang. Tapi aku tak sampai hati! Aku tahu yang Hana ingin berjalan! `Betul ni? 'soalnya. `Yup'. Balasku pendek. Hana terdiam seketika. `Tadi.. Si Khairul dan Hafi ada bagitau.. Malam nanti keluar makan'. Balasnya. `Makan? Jom! Jom! Aku dah lapar dah ni! Lagipun ni dah nak malam and nak masuk maghrib dah! Jom! Kita siap-siap'.balasku. Aku saja buat muka tak sabar. Aku tahu yang Hana masih tidak yakin dengan aku! Hana memandangku. Agak-agaknya betullah si Qilla dah okay. Gumam Hana dalam hati. `Okay'. Balas Hana. Aku tersenyum. `Aku masuk bilik air dulu'. Ujarku lalu membuat gaya berebut dengan Hana yang sudah berdiri. Aku sudah masuk bilik air. Hana mengetap bibir. Geram! Dia kembali ke katil. Aku di dalam bilik air memuntahkan segalanya secara perlahan. Aku tidak mahu Hana dengar. Aku memandang cermin yang sedia ada. Pucat! Ya. Muka aku pucat! Tanpa membuang masa aku terus mandi. Beberapa minit kemudian aku keluar dari bilik air. Hana memandangku. Aku hanya tersenyum kepadanya. `Dah! Gi mandi! Tak yah nak pandang aku je kerjanya'. Ujarku. Hana tersengih. Tanpa membuang masa Hana terus masuk ke dalam bilik air. Aku hanya menjeling sekilas. Aku mengurut dadaku yang terasa loyar. Aku memulakan solat. Hana keluar dari bilik air. Dia melihat Qilla masih solat. Dia duduk atas katil sementara menunggunya habis solat. Pucat! Hanya itu Hana katakan bila dia melihat muka Qilla. Aku yang sudah habis solat dan perasan Hana memandangku, pantas aku hampirinya perlahan-lahan. Suka termenunglah dia ni! Gumamku dalam hati. Aku menampar perlahan pipi Hana. Tersentak Hana. `Ehh Qilla.. Bila kau habis? Soalnya sambil tersengih. `Semalam'. Sindirku. `Tulah.. Termenung lagi.. Dah.. Solat cepat'. Ujarku. Hana tersengih lagi sebelum mencapai telekung yang aku letakkan di atas lantai. Dia terus menunaikan solat. Tiba-tiba handsetku berdering. Aku pantas mengangkat. `Hello! 'sergah Khairul. Aku mengurut dadaku sambil menjauhkan sikit handset dari telinga. Jantan tak guna! Ngumpat aku dalam hati. Aku mendekatkan handset kembali. `Takde adab erk kau ni.. Nasiblah aku takde sakit jantung.. Kalau tak aku dah... Aku terhenti apabila bantal hinggap di mukaku. Aku menjeling Hana. Hana mengetap bibir. Geram! Aku tahu itu. Tapi bila masa minah habis solat? Soalku dalam hati. `Kalau tak aku dah apa? 'soal Khairul. Terbehenti pulak minah ni! `Takde apalah! Lupakan! Ha.. Yang kau call aku kenapa? Asal tak call buah hati kau?' soalku. Aku hanya tersengih bila Hana makin menjeling geram ke arahku. Dengan pantas aku memasang pembesar suara supaya Hana dapat dengar.`Aku dah call dia dah.. 5 kali dia call.. Asal Hana tak angkat? 'soalnya. Aku menjeling Hana. Kini Hana pula yang tersengih. `Dia tengah solat.. Ni pun dia baru habis.. Tengah baca doa'. Balasku. Saja aku menambah. `Ooo.. Ha ni! Aku call kau and Hana ni.. Korang dah siap belum? Aku dengan Hafi dah gerak ni'. Balas Khairul. `Bye Khairul.. Jumpa nanti'. Balasku. Aku segera mematikan talian. Aku memandang Hana. Tanpa sebarang bicara, kami tergesa-gesa bersiap. Setelah siap kami pantas keluar. Khairul dan Hafi sudah berada di bawah ketika kami turun. Mereka keluar dari kereta. Aku terhenti. What? Baju sama lagi! Ni dah macam dah dirancang je! Gumamku dalam hati. Hana menoleh ke arahku. `Kau apahal Qilla? Tertiba berhenti'.ujar Hana. Aku menggeleng kepala. Kami terus berjalan menuju ke arah mereka yang sudah menunggu kami sambil berpeluk tubuh. `Sorry lambat'. Ujar Hana. `Mesti bersiap sakan tu'. Balas Khairul. Kami hanya tersengih. Aku memandang Hafi. Muka dia masih lebam! `Dahlah.. Jom'. Ajak Khairul. Kami masuk kereta serentak. `Besok kita keluar kol baper?'soalku setelah kereta meluncur laju. ``Ikut suka koranglah.. Aku tak kisah'. Balas Khairul. `Kita balik dalam 10 lebih lah macam tu'. Balas Hana pula. `Okay'. Ujar aku dan Khairul serentak. Aku menjeling Hafi. Dia hanya diam sambil berpeluk tubuh. Aku mengeluh. Hana perasan itu. Tapi dia hanya diam. Sekali lagi aku dan Hana terkejut! Khairul bawak kat kedai makan mewah lagi! `Jom.. Kita makan lu'. Ajak Khairul. Kami keluar dari kereta dan kami serentak menuju ke kedai itu. Kami duduk di tempat yang agak tersorok. `Lepas ni.. Kita nak gi mana? 'soal Hana setelah kami memesan makanan. Belum sempat Khairul menjawab tertiba orang menegur `Maaf.. Ni Qilla kan?' soalnya. Aku menoleh apabila namaku disebut. Aku temangu seketika. `Adam! Kau buat apa kat sini? 'soalku terkejut. Aku terus berdiri. Adam tersenyum. `Ni sapu tangan awak ke?' soalnya sambil menunjukkan sapu tangan. Aku yang melihat pantas mengambilnya dari tangan Adam. `Err.. Thanks'. Ucapku. Aku masukkan sapu tangan ke dalam poket seluarku. `Welcome.. By the way.. Saya kat sini dengan Nizam.. Nizam kat hotel lagi.. Saya turun dulu.. Lambat pulak dia.. Rasa nak pukul pun ada'. Balasnya sebelum tergelak. Aku hanya tersenyum. Aku memandang mereka yang sedang duduk. `Ehem'. Berdehem Nizam. `Ha datang pun! 'ujar Adam. `Pandai kau yer? Siap cakap nak pukul aku lagi'. Balas Nizam sambil menepuk bahu Adam. Adam tersengih. `Aku gurau jelah'. Balasnya. Nizam hanya menjeling. Dia memandangku dan yang lain. `Bila sampai? 'soalnya. `Semalam'. Jawab Hana pantas. Nizam mengangguk. `Okaylah.. Kami gerak lu.. Jumpa nanti'. Ujar Adam pula. Aku kembali duduk setelah mereka hilang. Makanan pun sudah sampai! Aku makan terus. Namun tidak lama apabila aku perasan ada yang memandang. Aku mengangkat muka. Aku memandang Hana, Khairul dan Hafi silih berganti. `Apahal korang? 'soalku. Aku kembali menyuapkan makanan. `Kau dengan Adam ada apa-apa ke?' soal Khairul. Aku terhenti. `Takde. Just kawan biasa'. Jawabku selamba. `Rapat sangat'. Ujar Hafi perlahan. Aku memandangnya yang duduk di hadapanku. `Kau ni apahal? 'soalku. `Dah.. Dah.. Jangan nak gaduh kat sini pulak.. Makan sekarang! Tak elok gaduh depan rezeki!' ujar Hana. Aku hanya diam. Aku menjeling Hafi sekilas. Keadaan senyap. `Aku tunggu kat luarlah '. Ujarku. `Lagipun aku dah habis makan.. Spoil mood aku je duduk kat sini lelama'. Sambungku. Mereka hanya mengangguk. Aku bangun dan segera beredar. Khairul menyiku lengan Hafi yang sedang makan. Hafi terhenti. `Apa? 'soal Hafi kasar. ` Apahal kau cakap macam tu tadi?' soal Khairul. `Cakap apa? Lagipun betulkan apa yang aku cakap tadi? Rapat! 'balas Hafi geram. `Kalau rapat pun kenapa? Kau jealous?' soal Hana pula. Hafi terdiam. Dia terus menyuap makanannya tanpa memperdulikan Khairul dan Hana. Hana dan Khairul menggeleng. Ego! Deduanya ego! Setelah habis makan, Hafi memandang Hana dan Khairul. `Aku keluar dulu'. Ujar Hafi. Tanpa menunggu balasan, dia terus bangun dan meninggalkan mereka. Hana yang melihat menelan air liur. Aduh! Hafi! Qilla! Asal tinggalkan aku dengan Khairul! Dahlah malu aku tak habis lagi sebenarnya! Gumam Hana dalam hati. Aku duduk termenung di atas bangku yang disediakan. Aku buntu. Kenapa? Kenapa Hafi cakap macam tu? Kini.. Kepalaku berasa sakit kembali. Aku memegang kepalaku. `Ehem'. Dehem seorang. Aku memalingkan wajahku. `Hafi! Kau buat apa kat sini? Mana Hana dengan Khairul? 'soalku. Aku sedikit terpempan apabila Hafi duduk di sebelahku. Tertiba hatiku berdegup kencang. `Aku dah habis makan.. Khairul dengan Hana.. Aku biarkan deme dating berdua'. Ujarnya sambil tersengih. Aku hanya tersenyum. `Ermm.. Qilla.. Sorry'. Ujar Hafi. `Sorry? Untuk apa? 'soalku. `Untuk yang tadi.. Dan yang hari tu'. Balas Hafi. Dia memandangku. `Takpelah.. Aku tak kisah pun'. Balasku sambil tersenyum. Hafi membalas senyuman itu.`Bosan aku kat sini'. Ujar Hafi. Aku hanya diam. `Hana.. Aku nak tanya kau boleh? 'pinta Hafi. Dia kembali memandangku. `Tanyalah'. Balasku. `Kau.. Kau.. Betul ke.. Takde hubungan.. Dengan Adam? 'soalnya. Hatinya tidak tenang dari tadi. Aku yang mendengar tersenyum seketika. `Betullah.. Aku tak ada apa-apa pun dengan dia.. Aku anggap dia just kawan je'. Balasku. `Tapi kenapa dia panggil kau `Saya'? 'soalnya lagi. Dia masih memandangku. Aku hanya menjongketkan bahu. `Mybe dia suka kau'. Balas Hafi sambil tunduk. Hati dia sakit. `Kalau dia suka aku pun.. Aku takkan pilih dia.. Sebab hati aku dah dimiliki '. Balasku. Aku memandang Hafi yang tertunduk. Hafi yang mendengar tersentak lalu mengangkat wajahnya memandangku. `Siapa?' soalnya. `Kenapa kau nak tau? 'dugaku. `Aku kan kawan kau.. Dari dulu lagi.. Takkan aku nak tau pun tak boleh'. Balas Hafi. Aku tersenyum tawar memandangnya. `Siapa? 'soalnya lagi. `Adalah hamba Allah tu.. Tapi dia tak tahu pun aku minat kat dia.. Aku suka dia tanpa dia sedar'. Balasku. Hafi! Takkan kau masih tak dapat tangkap lagi! Hafi mengangguk. Dia kembali memandang ke hadapan. Seketika dia melihat langit. `Je kau tengok awan tu.. Cantik kan? 'Ujarnya. Aku melihat. `Yup.. Memang cantik'.balasku. Aku menjeling Hafi sekilas. `Cantik macam kau'. Ujar Hafi perlahan. `Haa? Apa dia? Aku tak dengarlah'. Ujarku. `Takde apa.. Aku just cakap yang aku suka warna biru seperti awan dan langit'. Balasnya. Maafkan aku Qilla! Aku hanya mengangguk. `Ehem'. Dehem seorang. Kami memandang serentak. Hana! Khairul! `Wahh!! Sweetnya korang! 'usik Khairul. `Apa bendalah kau Khairul.. Dah habis dah datingnya? Ujarnya. Ambik! Kenakan aku lagi. Aku yang mendengar tergelak kecil. Aku suka melihat muka Hana merah! `Dah.. Korang dah?' soal Khairul lagi. Nak kenakan aku konon! Haktuihh! Hafi menunjuk penumbuknya. Khairul tersengih. `Dah.. Jom balik'. Ujar Hana pula. Dia menarik tanganku yang sedang duduk untuk berlalu dari situ. Aku hanya menurut. Hafi dan Khairul saling berpandangan sebelum mengejar mereka yang semakin jauh. `Oii Hana! Perlahan sikit! 'ujarku separuh menjerit. Hana memandangku. Dia tersengih. Dia memperlahankan langkahnya. `Kau okay tak? Takde rasa pening?' soal Hana. `Takde dahlah.. Aku dah sihat dah.. Takde rasa pening lagi'. Balasku. Aku tersenyum memandang Hana. Hana! Kalau kau nak tahu.. Aku memang terasa pening yang teramat sekarang! Tapi biarlah.. Biarlah aku pendam sendiri. Ujarku dalam hati. Kami terus berjalan menuju ke kereta Khairul. `Laju sangat korang berjalan! Macam lintah! 'ujar Hafi. Dia termengah - mengah. Begitu juga dengan Khairul. Aku dan Hana hanya tersengih. `Dah.. Jom masuk'. Ajak Hana. Kami masuk serentak.
Share this novel