Bab 54

Romance Completed 207871

Sebaik sampai di hospital Dr. Dani telah sedia menunggu bersama pasukannya.

Intan diletakkan di atas stretcher dan ditolak masuk ke operating room.

Caden dan Carlos tidak dibenarkan mengikut sekali.

Dr. Dani sempat mengarahkan seorang jururawat supaya merawat kecederaan Caden.

"Maaf Cik, Dr. Dani minta saya rawat dan bersihkan luka" tegur seorang jururawat pada Caden.

Caden hanya diam tidak berkutik.

"Den, kau pergi rawat luka tu dulu. Aku ada sini tunggu" ucap Carlos pada Caden sambil menepuk perlahan bahu sahabatnya itu.

"Aku nak tunggu Afrina" balas Caden tak beriak.

"Cik, boleh tak kalau rawat di sini sahaja?" tanya Carlos sopan pada jururawat tersebut.

"Boleh, Cik tunggu sekejap saya ambil peralatan" kata jururawat itu dan terus berlalu untuk mengambil kelangkapannya.

"Aku yakin Intan kuat orangnya" pujuk Carlos pada Caden.

"Den, sini duduk dulu" panggil Carlos.

Kuat helaan nafas Caden lalu kaki melangkah menuju ke arah Carlos dan mengambil tempat di sebelahnya.

Tertunduk Caden menekur lantai hospital.

"Cik, saya rawat luka dulu" pinta jururawat tadi.

Setelah hampir lima belas minit, luka pada wajah Caden sudah di rawat dan dicuci.

"Okey, siap. Ada apa-apa boleh datang ke kaunter di sana ye" kata jururawat tersebut.

"Thanks" balas Caden dan Carlos hanya mengangguk.

Selepas jururawat tadi berlalu Caden bersuara.

"Kalau ikut hati aku, memang berkecai kepala Cleine tadi!" keras suara Caden.

"Buat apa kau nak kotorkan tangan untuk orang macam dia yang tak layak dipanggil manusia tu" balas Carlos pula.

"Kalau kau buat apa yang kau katakan tadi, boleh tak bayangkan apa jadi pada Intan?" sambung Carlos lagi.

Caden melurut rambutnya yang sedikit kusut ke belakang.

Kuat dengusannya.

"Kerana harta sanggup dia buat semua ni! Tak cukup lagi ke dengan harta papa yang melimpah ruah ni, tujuh keturunan pun makan tak habis!" geram nada Caden.

"Setiap manusia tak sama kehendaknya Den. Kita tak boleh nak samakan apa yang kita nak dengan orang lain" kata Carlos.

"Tapi aku bangga dengan kau tadi sebab tak mengikut kata hati dan tak termakan kata-kata Cleine" ucap Carlos lalu menepuk perlahan paha Caden yang nampak kusut wajahnya.

"Aku nak ke cafe, kau nak apa-apa tak?" soal Carlos yang sudahpun berdiri.

Caden hanya menggelengkan kepala.

"Aku pergi dulu, apa-apa call aku" kata Carlos.

Sebaik Carlos melangkah, Aniq, Syam bersama Tuan Rahman datang.

Tidak jadi Carlos mahu meneruskan niatnya tadi.

Caden yang nampak Aniq, Syam dan ayah Intan datang menghampirinya pantas berdiri.

Salam dihulur pada ketiga-tiga mereka, begitu juga Carlos.

"Intan macam mana?" soal Aniq pada Caden.

"Masih belum keluar" pendek sahaja jawapan Caden.

"Kau okey?" soal Syam pula.

Hanya anggukan kepala sebagai jawapan.

Tuan Rahman yang tadi hanya senyap di sisi Aniq bersuara.

"Kamu suami kepada Intan?" soal Tuan Rahman pada Caden.

"Ya, saya" jawab Caden.

Sungguh dia tidak menjangka akan bertemu ayah Intan dalam keadaan begini.

Tidak tahu apa yang patut dicakapkan atau dikatakan pada ayah Intan. Kelu lidah untuk berkata.

"Boleh saya bercakap dengan kamu sekejap?" soal Tuan Rahman.

"Boleh" sepatah Caden menjawab.

"Kalau begitu kita ke cafe. Aniq, Syam. Ada apa-apa perkembangan call saya segera" pinta Tuan Rahman.

"Baik Tuan" jawab Aniq dan Syam serentak.

Carlos pula hanya memandang Caden dan Tuan Rahman menghilang ke cafe.

"Terima kasih kerana beri kerjasama pada pihak polis" Aniq memulakan bicara.

"Memang itu yang sepatutnya" jawab Carlos lalu mengajak Aniq dan Syam ke kerusi sementara menunggu Intan.

"Macam mana dengan Cleine?" soal Carlos pada Aniq dan Syam.

"Banyak pertuduhan boleh dikenakan selain dari kes asal" kata Aniq.

"Maksud Tuan?" soal Carlos kurang jelas.

"Cliene boleh dituduh di bawah kesalahan melarikan orang, mendatangkan cedera parah, kurungan salah, ugutan dan cubaan rogol."

"Jika disabitkan kesalahan, tak kurang dari empat puluh ke lima puluh tahun jika hukuman dijalankan serentak" terang Syam.

"Saya harap tiada peguam yang mahu mewakili dia" luah Carlos pula.

"Cleine ditawarkan jaminan polis ke?" soal Carlos lagi. Bimbang jika Cleine akan melakukan sesuatu lagi selepas ini.

"Pertuduhan terhadap Cleine adalah hukuman berat, mahkamah tidak akan tawarkan jamin, Cleine perlu di hantar di penjara sementara menunggu perbicaraan" terang Aniq pula.

"Melisa?" soal Carlos

"Awak kenal siapa Melisa?" soal Syam pada Carlos.

"Saya tak pernah kenal, tadi adalah kali pertama saya melihat Melisa. Kenapa?" soal Carlos pula.

"Hm.. Rupanya dia kembar kepada arwah isteri saya" jawab Aniq.

Carlos hanya mengangguk. Tidak tahu bagaimana mahu meneruskan perbualan yang agak sensitif itu.

+++

"Saya minta maaf pada Tuan Rahman di atas tindakan saya mengahwini Afrina tanpa pengetahuan Tuan" ucap Caden sebaik duduk dilabuhkan di hadapan Tuan Rahman.

"Sejak bila kamu tahu dia pegawai polis yang sedang menjalankan tugas undercover?" soal Tuan Rahman tanpa membalas apa yang Caden katakan tadi.

Tegak sahaja pandangan mata Tuan Rahman memandang Caden.

Sungguh, cuak rasanya. Tidak pernah Caden rasa begini gementar.

Baru sahaja bibir mahu menuturkan kata, Tuan Rahman berkata lagi.

"Kamu kahwin dengan anak saya kerana cinta dan sayang atau ada agenda di sebalik?" soal Tuan Rahman lagi.

Caden di hadapan terkial-kial hendak menjawab soalan.

"Saya nak kamu ceraikan Intan sebaik dia sihat nanti" kata Tuan Rahman.

"Apa?" soal Caden terkejut.

"Saya tak sanggup melihat satu-satunya anak saya merana kerana melibatkan diri dengan orang business macam kamu."

"Saya tidak tahu apa lagi yang bakal jadi di masa akan datang. Saya tiada sesiapa lagi selain dari anak saya Intan. Saya tidak mahu masa depannya musnah jika terus bersama kamu"

"Saya harap kamu faham apa yang saya cakapkan ini."

"Tapi jangan sesekali ceritakan pada Intan" kata Tuan Rahman lalu terus berdiri meninggalkan Caden yang masih terkejut.

"Den, Intan dah keluar operating room" mendengar sahaja ayat Caden di telefon, pantas Caden mengatur langkah.

+++

Dr. Dani yang melihat Caden laju menghampirinya lantas berkata.

"Intan sudah stabil cuma.." tergantung ayatnya.

"Cuma apa?" soal Tuan Rahman.

"Er.. Maaf bertanya Encik ni siapa ya" soal Dr. Dani pada Tuan Rahman.

"Saya bapa kepada pesakit" jawab Tuan Rahman sambil menjeling Caden di sebelah.

Dapat Carlos rasakan ada aura yang tidak enak di situ.

"Buat masa sekarang Puan Intan stabil cuma dia dalam keadaan vegetative state atau kata lain koma. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan bagi mengetahui puncanya." terang Dr. Dani.

Terduduk Caden, terasa seperti dihempap batu.

Bukan sahaja Caden yang terkejut dengan berita yang disampaikan tapi seluruh yang ada di situ terkejut.

Tertunduk Caden, menitis air matanya.

Kenapa sayang.. Kenapa.. Rayu hati Caden

"Doktor, doktor bagitau saja berapa kosnya, saya akan bayar, yang penting anak saya sembuh kembali" pinta Tuan Rahman yang tadi terdiam kerana terkejut.

"Tuan, koma tiada rawatan yang khusus untuk penyembuhannya tapi walaubagaimana pun saya akan cuma sebaiknya" kata Dr. Dani.

"Terima kasih doktor" kata Tuan Rahman.

"Kalau tak ada apa-apa, saya beredar dulu. Puan Intan akan di tempatkan di bilik ICU sementara untuk rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke wad khas" kata Dr. Dani.

"Terima kasih doktor" ucap Aniq, Syam dan Carlos hampir serentak.

Sebaik Dr. Dani berlalu, Tuan Rahman terus menghampiri Caden dan mencekak leher bajunya.

"Ini semua salah kau! Kalau kau tak heret anak aku dalam perkara ni, benda ni semua tak jadi" marah Tuan Rahman.

Terkejut Aniq dan Syam di atas tindakan Tuan Rahman yang biasanya seorang yang soft spoken.

Caden hanya membiarkan sahaja tindakan Tuan Rahman kerana dialah punca ini semua terjadi.

Kalau dia tidak mengahwini Intan sudah tentu Intan tidak menjadi sasaran Cleine.

Tuan Rahman menolak Caden hingga terjelepuk jatuh ke lantai.

Pantas Carlos membantu Caden bangun.

Kuat Tuan Rahman mendengus dan terus meninggalkan tempat itu.

Kalut Aniq dan Syam mengekori Tuan Rahman.

"Apa aku dah buat Carl? Apa aku dah buat..." rintih Caden dalam pelukan Carlos.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience