part 10

Romance Series 235507

ya allah sakitnya.ayu berdoa semoga allah permudahkan urusan bersalin walaupun tanpa fendi disisi. "abang fendi ,sayang sakit sangat!"ayu masih lagi bertahan sakit .ayu redha jika fendi tak bersama dengannya.

"puan ,ok bersedia untuk melahirkan kembar 3 ni.!" ayu menganguk kepala .
"saya bersedia doktor.!" malam ni puan kena stat puasa sebelum kita masuk bilik bedah .ayu menangis dan berkata terima kasih doktor tolong bantu saya.kalau ada apa2 masalah kawan saya ada menunggu diluar.

ayu tak mengetahui bahawa sebenarnya fendi ada di Jepun urus perniagaan bermasalah di sana.

di luar bilik bedah aziz dan ani setia menunggu ayu.
"adik!"
"ya abang,adik tunggu disini abang nak solat hajat untuk ayu sekejap.
kalau ada apa2 adik telefon ya!"

aziz berlalu pergi ke surau hospital.aziz duduk di sejadah menunaikan solat hajat buat ayu semoga allah permudahkan urusan bersalin ayu.selesai sembahyang hajat telefon aziz berbunyi.

"kring! kring! ya hello adik!"
"abang !" cepatlaa datang doktor ada nak bincang dengan abang ni.
"okey abang datang sekarang!"

aziz berjalan tergesa-gesa ke dewan bedah.di lihatnya ani mundar mandir di pintu bilik bedah,
"assalamualaikum!" doktor maaf lambat saya ada disurau tadi.
"waalaikummussalam encik aziz!"
saya nak bagitahu kemungkinan selepas pembedahan ni.ada macam2 kesan sampingan .tapi kita doakan yang baik2 untuk puan ayu.
jadi jika ada sebarang kemungkinan berlaku keatas puan ayu .diharap encik aziz dan keluarga bersabar ya?"

tandatangan disini,saya nak masuk bilik bedah segera.aziz tandatangan penjaga ayu.
aziz risau sahabat baiknya bertarung nyawa untuk melahirkan baby's .kesian kat ayu ada suami tapi tak tahu berada dimana.ada family takut nak bagitahu dah berkahwin.nasib ayu demi keluarganya sanggup dia hadapi segala hinaan orang terhadapnya.

kebanyakan kawan pejabat tak suka kat ayu kerana bagi mereka ayu perempuan sundal mengandung tiada suami.hanya Aziz yang tahu segalanya tentang sahabat baiknya.

setelah 4 jam berlalu doktor keluar bagitahu ayu selamat dan baby pun selamat tapi baby lelaki dan perempuan terpaksa masuk NICU kerana masalah pernafasan .hanya satu baby yang sihat wa'afiat.
aziz dan ani tersenyum gembira kerana sahabat baik mereka selamat.

aziz seperti diamanahkan dia telefon penguam ayu untuk maklumlan ayu sudah bersalin dan masih di dalam bedah.

setelah siap menelefon penguam .aziz dan ani berehat disurau berdekatan sementara tunggu ayu pindah ke wad biasa.

ayu telah di pindahkan ke wad biasa .ayu sedar dari tidurnya dia lihat ani dan aziz masih lagi berada di katilnya.ani dan aziz urus baby lelaki yang sulung ,kedua adik kembar masih di rawat NICU.
"aziz!" kau dah telefon penguam ke?"
"eehh ayu kau dah sedar!"rehatlah kau nak minum ke?"kata aziz.
"kau jangan bimbang semua aku dah urus esok penguam datang jumpa kau untuk ambik anak kau .

"aziz bawa anak aku ,nak peluk dia !"ani membawa anak sulung ayu berikan pada ayu .ayu tersenyum gembira bila lihat puteranya miliki wajah suaminya.dia gembira dan ayu berbisik pada ani dia ingin menyusukan anaknya.ani memberi isyarat supaya aziz keluar dari bilik untuk bagi peluang ayu menyusukan anaknya buat pertama kali.

ayu merenung mata anaknya,sambil membelai pipi gebu anaknya.."fahmi !" nama itu disebut .esok anaknya terpaksa diserahkan pada majikannya.itu janji yang di tandatangan bersama.dia lihat tanda lahir dilengan anaknya."fahmi jadi anak yang soleh untuk kedua ibubapa fahmi nanti.mummy akan doakan semoga fahmi jadi anak yang taat pada agama dan kedua ibubapa nanti.

rasa sayu dan tak sanggup berpisah dengan anaknya .ayu menangis terisak-isak kalaulah dia orang senang tak akan sekali pun dia sanggup bagi anaknya pada orang yang dia tak kenal.walau macamana susah ayu akan ikhtiar sendiri .tapi apakan daya kontrak dengan penguam majikannya sudah tertulis dia terpaksa berpisah dengan anaknya fahmi.

walaupun nama rasmi belum di daftarkan tapi panggilan fahmi buat anak sulungnya.esok penguam akan datang dengan ibu angkat anaknya . walaupun ibu angkat anaknya tidak tahu bahawa anak yang ditumpangkan telah gugur.yang diberikan adalah anaknya yang sah.tapi demi janji dia sanggup.

pada pukul 6.30 pagi flight dari U.S sampai .penguam zita dah menunggu di airport .
"assalamualaikum puan !" puan dapat anak lelaki puan!"tahniah puan zita dah jadi ibu .ya!allah allhamdulillah najib.

"jom cepat sikit najib !" saya dah tak sabar nak lihat wajah anak saya.ikut muka saya ke muka suami saya ?"

saya rasa ikut tuan fendi puan!" ya ke!!! alaaa tak sabar rasa.nak jumpa anak saya..jom kita ambik penerbangan terus ke sana .
"jom puan!"
zita yang dah tak sabar melihat wajah anaknya.zita mengeluarkan telefon bimbit nya terus call fendi di Jepun.

Hubby !" hello hubby !

"assalamualaikum!" kata fendi
"waalaikummussalam , hubby !!! anak kita dah lahir dapat anak lelaki ."betul ke!"

ya!allah syukurnya alhamdulillah ! hubby ada 2 bulan lagi kerja diJepun.nanti hubby balik k.l .jangan lupa hantar gambar kat hubby gambar anak kita sayang!"ok hubby nanti sayang call nanti.sayang pergi dulu assalamualaikum!"

zita yang tersenyum lebar lepas ni dia akan selalu bersama suaminya.dia tak akan berpisah lagi dengan suaminya.anak lelaki pulak tu.anak yang mama dan papa dia mahukan cucu lelaki.pewaris peniagaan nya.dalam keadaan tersenyum senyum zita rasa bahagia sangat hari ini.inilah saat paling bahagia buat zita.

sampai sahaja di hospital anaknya diambil di peluk di cium betulah wajah anaknya ikut wajah suaminya salin tak tumpah ikut wajah daddy.
"najib kau tambahkan lagi 50k untuk ibu tumpang tu.terima kasih kepadanya sebab baby sihat !"

"baik puan!" sambil hulurkan cek bernilai 50k kepada najib.
zita terus membawa baby ke bilik vip untuk rawatan baby baru lahir .baby ditahan di wad selama satu minggu.

setelah baby sihat zita membawa baby pulang kerumahnya.mama dan papanya sangat gembira dengan kehadiran cucu kesayangan.
mentua zita juga sangat gembira bila dapat tahu zita sudah melahirkan cucunya.

ibu mentua zita melihat wajah cucunya terus tersenyum."apa nama yang zita nak letak pada cucu tokmi ni?"
farhan mommy!"mohd farhan bin mohd afendi " kalau macam tu tokmi panggil farhan kan baby !" kata mentuanya.zita memandang wajah tua mama dan ibu mentuanya yang sangat kegembira dengan kehadiran cucu mereka.terima kasih allah kerana dapat gembirakan orang tuanya.

farhan anak anak mama ,sambil senyum zita memeluk anaknya.tiba-tiba anaknya menangis ,zita kalut hendak membuat susu baby dengan susu tepung."eehhh zita kenapa tak kasi susu badan ?" kata mentuanya.
"betul tu!" mama setuju kenapa tak bagi susu badan?"
"mama,ibu...air susu zita tak ada tak keluar .sebab itu bagi susu tepung .

oooh macam tu!" kalau baby farhan ok dengan susu tepung tak apalah nak buat macam mana tiada rezeki farhan untuk hisap susu badan mamanya sendiri!" kata mentuanya.

zita yang mendengar kata2 mentuanya terasa hati .tapi di diamkan saja.mama dan ibu mentuanya sedang tidurkan farhan .mereka berebut untuk tidurkan cucunya.

zita menghantar gambar2 anaknya buat tatapan suaminya di jepun..kini usia farhan sudah 2 bulan baby farhan yang bambam .setiap malam bila terjaga mamanya terlebih dahulu yang bangun buatkan susu buat cucu.zita disuruh tidur dan rehat sahaja.

fendi akan balik esok untuk berjumpa keluarga tercinta.fendi sangat bahagia kerana mempunyai seorang anak lelaki yang di idamkan.fendi membeli berbagai pakaian jenama mahal buat isteri zita dan anaknya.rasa tak sabar nak berjumpa dengan isteri dan anak lelakinya .

Di airport intan dan najib masih menunggu ketibaan boss mereka encik fendi yang baru pulang dari jepun.

"boss!"
"boss sini!" panggil intan pada fendi yang tercari2 mereka berdua."selamat kembali boss!" kata najib dan intan.

"hantar saya kerumah lusa saya masuk kerja.saya nak rehat sebab letih sangat hari ini!"rindu nak jumpa buah hati kat rumah !" kata fendi pada najib.

"boss nampak tak sabar nak jumpa puan !"hahaha perli intan.

"kau ni mengada-ngada intan kalau kau pun sama ,kalau dah berbulan tak jumpa laki kau!" kata fendi sambil ketawa.

fendi tersenyum bahagia .kini hidupnya lengkap dengan fami
ly tercinta.daddy dan mama serta anak comey baby farhan.kebahagian yang di cari selama ini.sudah sempurna dimatanya.

NOTE... minta maaf lambat up date di atas kesihatan tak mengizinkan. dari sini bermulanya kisah hidup ayu dan anak2 ,isteri di atas kertas juga isteri yang tak di cintai oleh suami juga kisah fendi dan zita yang saling menyanyangi antara satu sama lain.bagaimanakah zita menghadapi saat hatinya hancur bila tahu fendi ada isteri lain.kita tunggu cerita seterusnya.. .slow update terima kasih yang bagi coin untuk adik721.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience