"ABANG..Iris tak tahu nak cakap macam mana lagi.Iris rasa mama... mama macam lagi benci pada Iris."Sedih rasanya bila Puan Yasmin masih tidak dapat menerima dia sebagai menantu.
"Sayang.. jangan risau lah.Nanti lembut lah hati mama.Perlahan-lahan dia akan terima sayang."pujuk Harith lagi dan lagi...yang entah ke berapa ratus kali.
Sejak dua tahun ayat itu saja yang digunakan sumainya untuk memejuk hati Iris.Memang ada perubahan tapi perubahan yang makin buruk ada lah.Salah satunya sebab Iris Malaeka bukan calon menantu pilihannya.Tambahan hidup yang tidak sama taraf. Makin bertambah bertingkat-tingkat kemarahan dan kebencian Puan Yasmin pada Iris.
Sengaja Puan Yasmin mengungkit soal cucu pada Harith.Walahal pada hakikatnya dia lagi bersorok suka kalau Iris Malaeka mandul.Dia tak ingin cucu yang lahir dari rahim Iris Malaeka.Takut dapat cucu cacat.
"Abang rasa sampai bila mama boleh terima Iris?"keruh saja air muka Iris.Dan dia tahu jawapannya belum pasti atau sampai bila pun ibu mentuanya tidak akan pernah menerimanya.Kadang Iris rasa lelah tetapi disabarkan hati demi ikatan perkahwinan yang sudah lama terbina.
"Sayang...jangan fikir banyak sangat.Abang yakin lepas kita ada anak, mama akan terima sayang."Harith leretkan senyuman nakal sambil mengusap rambut Iris.
Iris hela nafas berat.Tak tahu sampai bila dia akan bertahan.Dia takut tak kuat lagi.Lebih lagi soal anak.Dia dan Harith tak pernah ambil sebarang perancang cuma rezeki anak bukan milik mereka lagi.
"Dari sayang fikir benda bukan-bukan..apa kata sayang layan abang...Dapat juga pahala."Harith kenyitkan mata buatkan Iris tersipu malu.Faham akan maksud suaminya.
Sementara itu,Puan Yasmin yang berada di luar bilik mencebik geram.Meluat mendengar gelak tawa anak menantunya.Bagi dia kebahagian mereka ada lah perkara yang dia tak boleh diterima.
Lebih-lebih lagi gelak tawa Iris Malaeka.Dia benci sesangat.Kalau lah dia ada kuasa magic,mahu dilenyapkan Iris terus dari hidup Harith.Dia tak boleh dan tak akan terima menantu dari keluarga yang tidak sama taraf dengan dia.Mana bolehkan burung pipit terbang bersama burung enggang.Dia kan burung enggang!
Hisy!tak boleh jadi ni.Aku akan cari jalan supaya perempuan tu keluar terus dari rumah aku!Biar dia berambus terus dari hidup anak aku!Tak apa kau tunggu..hari ni kau boleh lagi gelak gembira tapi.. lepas ni air mata saja yang akan menemani hidup kau!
Takdir pun tak memihak pada kau!Bagus sangat lah kau tak mengandungkan sampai sekarang.Kalau tak mana aku nak letak muka dapat cucu dari keturunan cacat!Dah la bapak tempang,silap haribulan cucu pun ikut cacat macam atuk dia!Eeeii tak mahu aku!Hei persetan kan lah!Tengok tuhan pun tak sebelahkan kau,Iris!Memang aku doa biar kau mandul!Tak boleh beranak lagi bagus.Senang kerja aku lepas ni!Puan Yasmin tersenyum jahat.
Aku ada rancangan baik punya.Kau tunggu saja lah lepas ni.Kau akan berambus terus dari hidup anak aku,Iris Malaeka!Dan Harith akan buang kau macam kucing kurap!Puan Yasmin menekup mulut.Ketawanya hampir pecah.Dia dapat bayangkan akan rancangannya itu.Yakin seratus peratus yang rancangannya akan berjaya.
Kesian Iris...
selamat membaca dan sabar menanti hingga ke akhir cerita :) salam sayang dari Sakura Leo :)
Share this novel