BAB 2

Thriller Completed 592

“Awal kau sampai?”tegur aku dalam nada menyindir.

Mona tertawa menampakkan lesung pipitnya. “Sorry late. Jamp masa nak datang tadi. Jangan marah ye.”

“Tak marah cuma geram saja.”jawab aku. Mona tertawa lagi.

“Dah lama tak jumpa kau. Apahal simpan rambut panjang macam tu? Tapi smart jugak. Macam Antonio Banderas.”puji Mona.

Aku hanya tersengih menerima pujiannya.

“So, kau nak pergi mana saja ni?”tanya Mona.

Aku menjungkitkan bahu. “Entah. Kau bawa saja aku tempat yang best-best dalam Melaka ni. Aku tak ada idea.”

“Kalau macam tu jom kita gerak sekarang. Naik kereta aku ke kau?”tanya Mona.

“Kereta aku.”jawab aku pendek.

Lantas kami berdua melangkah menuju ke arah Honda Civic yang diparkir tidak jauh daripada kafe tadi.

10.00 minit malam.

Hampir seluruh tempat di Melaka aku jelajahi dalam masa beberapa jam. Dari tempat yang aku tahu namanya sehinggalah tempat yang aku tak pernah dengar sama sekali. Walaupun agak letih tapi sebenarnya agak menghiburkan hati juga tambah-tambah dengan kerenah Mona yang agak gila-gila bahasa.

“So, kau rancang nak ke mana pulak ni?”tanya aku.

“Aku rasa dah semua tempat aku bawa kau pergi. Sekarang tinggal nak balik jelah. Kau tidur hotel mana?”tanya Mona.

Aku menjungkitkan bahu. “Aku tak tahu. Aku tak cari lagi.”

Sheery melopongkan bibirnya. “Kau datang redah saja? Dari tadi tak mandi? Patut aku bau tengik je.”

Aku tergelak kecil. “Kau kenal aku dari universiti. Aku mana pernah buat perancangan dalam apa-apa hal. Main redah je.”

“Redah pun agak-agak jugak. Pakai helmet lain kali.”tingkah Mona.

Aku hanya tergelak kecil. “Kebiasaan lama-lama akan menjadi tabiat. Tabiat akan sebati menjadi tingkahlaku.”

Mona mencebik. “Habis kau nak tidur mana malam ni?”

“Rumah kau boleh?”usik aku.

Mona mengepalkan penumbuknya dan menunjuk ke arah aku. Aku tertawa terbahak-bahak. Aku kenal dengan sikapnya. Meskipun berpakaian agak seksi tetapi dia pandai menjaga batas-batas pergaulan. Setahu aku dia bukan jenis sosial cuma suka berpakaian menjolok mata.

“Kita pergi makan dulu. Nanti lepas hantar kau pandai-pandai aku cari hotel dekat kawasan ni.”ujar aku. Tumpuan masih terarah kepada pemanduan.

“Ikut suka kau lah sayang oi. Mengantuk pulak aku rasa.”nyata Mona sambil menguap kecil. Matanya ku lihat agak layu.

Lantas kelajuan kereta aku tingkatkan supaya dapat menghantar Mona pulang dengan segera.

12.00 minit malam

Selesai menghantar Mona di kawasan Reggae Café, tempat dia memarkir kenderaan, aku memandu kereta berseorangan. Tujuan utama adalah mencari hotel. Sebenarnya dekat kawasan kafe itu bukannya tidak ada hotel cuma tak kena dengan selera aku. Aku bukannya demand sangat cuma aku pentingkan keselesaan dan lebih best kalau ada keindahan alam semula jadi yang berdekatan.

Sambil memandu aku melayan lagu di radio. Siaran Hot Fm menjadi pilihan. Lagu terbaru Akim berkumandang. Aku layan sambil menyanyi kecil mengikut rentak meskipun aku dapat rasakan ibarat langit dan bumi suara aku dan Akim. Aku tak pedulikan semua tu. Yang penting dapat mengubat kesunyian dan kebosanan memandu seorang diri. Mujur mata masih mampu celik meskipun tubuh terasa letih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience