Bab 13

Short Story Series 16005

"Deyna Uqasha! Lagi seminit kau tak keluar bilik memang aku tinggal kau sorang-sorang."jerit Hazirah di hadapan pintu rumah.

"Sabarlah tudung aku tak jadi lagi!"jerit Deyna juga.

"Tudung tu kejap lagi dalam kereta kau boleh perbetul la. Cepatlah lambat gerak lambat sampai Penang." harini memang hari jerit sedunia.

"Selagi aku tak keluar membebel saja kaukan." jeling Deyna sambil mengangkat beg baju.

"Iyalah nak tunggu tuan puteri seorang ni siap alamatnya malam kejap lagi belum tentu boleh gerak." sindirnya sambil tangan sibuk mengunci pintu rumah.

"Jom" ajak Hazirah. Sampai sahaja ditempat parking kereta Hazirah bersuara.

"Siapa drive dulu."

"Akulah." balas Deyna. Dengan bacaan bismillah kereta pun bergerak.

Dalam ralit memandu, radio memasang lagu peluang kedua. Hazirah yang berada di sebelah sudah tidur.

Maaf, kerna aku pun terluka
Pintaku hanya
Peluang kedua
Rasa cinta
Darimu

"Layakkah aku dapat perluang kedua dari kau encik crush." gumam Deyna perlahan. Haish mood sendu dah datang. Tanpa sedar matanya sudah berkaca-kaca dan bila tersedar dari itu cepat Deyna menghapuskan air mata itu dari terus mengalir. Dia mengetuk perlahan kepalanya.

"Kenapa nak nangis lagi ni. Move on Deyna. Mungkin dia bukan jodoh kau. Lupakan semuanya. Nanti kalau terlebih sedih orang dah malas nak baca." bisik Deyna perlahan. Cukuplah dia dah tak mahu sedih.

Jumpa sahaja RnR Deyna berhenti disitu sekejap.

"Rah kau nak makan ke pergi tandas ke?" Deyna terus menggerakkan Hazirah. Alang- alang sudah berhenti.

"Aku nak pergi toilet. Kau nak ikut?" tanyanya sebelum keluar.

"Tak tapi tolong belikan jajan." Deyna menunjukka sengihan comelnya.

"Yalah. Kunci pintu." katanya dan terus menutup pintu tanpa sempat Deyna mahu bersuara. Deyna membuka telefon tetapi tiada sebarang mesej.

Dan nama yang paling atas ialah
Encik crush.

Deyna tersenyum dan dia tahu dia tak berhak nak benci kerana Aidil Haziq sendiri pun tak tahu perasaan Deyna terhadapnya. Dia saja bongok tak bagitahu lepastu sedih sorang-sorang. Deyna terdetik mahu stalk instagram Aidil Haziq.

"Sorry. Where did you go?". Story instagram Aidil Haziq.

Wait Deyna terkaku. Siapa yang dia cari? Dalam ralit dia memikirkan itu cermin kereta diketuk dari luar.

"Nah jajan kau. Tak nak tukar lagi ke?"tanya Hazirah yang baru masuk kereta

"Kejap lagi la. Aku dah lama tak drive jauh."

Dalam masa 4jam dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang Deyna sahaja yang drive kereta. Sampai sahaja di perkarangan rumah Deyna serta mematikan enjin terus mereka keluar dari kereta.

"Assalamualaikum." kuat Deynanmemberi salam.

"Waalaikumsalam." balas seorang wanita yang berumur.

"Ehh Ya Allah budak bertuah ni dah awat hang balik tak bagitahu ni. Nasib ibu dengan abah tak jadi keluaq." bebel mak Deyna sambil memeluk Hazirah. Ehh siapa anak dia yang sebenarnya ni. Anak dia ada dekat sebelah je.

"Orang nak buat surprise tu yang tak telefon habaq tu."kata Deyna sambil memeluk erat maknya.

"Emm dialah hang buat ibu tak dak kat rumah memang hang terconggok kat depan pagaq ni." kata Puan Haslina sambil menarik tangan Deyna dan Hazirah masuk ke dalam rumah.

"Abah mana ibu." terus Deyna tukar topik. Tak nak kena bebel.

"Abah hang pi kedai. Sat lagi balik la tu." Puan Haslina terus berlalu ke dapur.

"Assalamualaikum." dengar orang memberi salam. Masuklah lelaki yang sudah berumur iaitu abah kepada Deyna

"Waalaikumsalam." balas mereka perlahan.

"Bila Qasha balik? Ibu tak bagi tau apa pon." tanya abah pelik. Antara ibu dengan abah, ibu lagi kasar sebab asal kedah tapi abah memang dari Penang.

"Baru je. Saja tak bagitau nak buat suprise." tutur Deyna sambil tersengih.

"Balik ni tak mau pi makan nasi kandaq?"abah ni macam tau saja Deyna dah craving nasi kandar tu.

"Malam ni pergi dengan Rah. Abah nak ikut." tanya Deyna. Boleh la dia belanja ibu dengan abah.

Abah menggeleng. "Abah dah selalu makan." sajalah tu modal nak kenakan Deyna sebab kerja jauh-jauh.

Sedar tak sedar lagi 3 hari saja lagi mereka berada di Pulau Pinang. Dan sekarang Deyna tengah melepak dengan Hazirah di Batu Feringghi.

Hembusan angin pantai menyapa lembut wajah Deyna yang termenung memikirkan nasib yang telah ditentukan. Mungkin sampai sini sahaja misinya kerana semakin diteruskan semakin hatinya terluka tanpa disedari oleh orang lain kerana ditutupi dengan senyuman.

"Aku dah cakap kau terlalu berharap dengan benda yang belum tentu akan jadi hak milik kau." kata Hazirah sambil tangannya tidak berhenti bermain pasir.

Deyna mengeluh "kau bukannya tak kenal aku macam mana selagi aku tak dapat apa yang aku nak selagi tu aku akan dapatkan. Walaupun orang akan kata aku ni obses terlebih." kata Deyna sambil matanya melihat air laut yang tenang itu.

"Suka hati kaulah benda dah jadi baru kau tau nak nak putus asa dengan kau punya misi entah apa-apa tu." selepas bercakap Hazirah bangun sambil menepuk belakangnya yang penuh dengan pasir.

"Kau nak beli apa-apa tak? Aku nak pergi kedai hujung sana tu boleh aku beli dekat kau sekali." Hazirah berkata lagi selepas menyarung kasutnya.

"Belikan aku air apa-apa nanti aku bayar balik dekat kau." balas Deyna sambil melihat orang yang lalu lalang. Sikit pun dia tak pandang kawan dia itu.

"Tak apalah aku belanja kau yang tengah sedih ini sampai kawan sendiri pun tak pandang. Bye." balas Hazirah terus berlalu pergi tanpa sempat Deyna balas apa-apa. Deyna hanya tersengih.

Beberapa minit kemudian Deyna masih lagi termenung memikirkan apa yang berlaku.

"Salahkah aku cuba nak dapatkan hati kau wahai encik crush. Bukan sehari tau aku taruh perasaan aku tetapi bertahun-tahun." mengeluh sekali lagi Deyna sampai tidak sedar yang air matanya hampir menitis.

Tiba-tiba

"DEYNA UQASHA MY CIK TERBANTUT!!!."

Seseorang memanggil nama Deyna dengan kuat sehingga menarik perhatian orang lain.

Pusing sahaja Deyna terus terkedu dengan apa yang dilihatnya.

TBC..
Follow and Comment to unlock new chapter.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience