BAB 30

Romance Completed 67139

                SEPASANG kaca mata hitam ditanggalkan daripada wajah lalu diselit pada poket bajunya. Bibir naik mengukir senyuman sinis. Pandangan dihalakan pada letupan yang berlaku di hadapannya sekarang. Tangan yang diseluk ke dalam poket dikeluarkan.

Iqbal melepaskan tawa kecil melihat api yang semakin marak. Terasa puas hatinya melihat semuanya berjalan lancar seperti mana yang dirancang. Tak sia-sia dia terbang ke Itali semata-mata untuk melihat Aiden mati di hadapannya sekarang.

Tetapi figura Adara yang sedang menangis membuatkan dia mula menyesal apa yang telah dilakukan oleh dia. Iqbal mengepal penumbuk. Matanya dipejam cuba memberitahu dirinya sendiri apa yang dilakukan oleh dia adalah perkara yang betul.

Bahawa dia perlu singkirkan Aiden untuk dapatkan Adara semula.

Iphone miliknya mula berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Jari meleret skrin telefon mengangkat panggilan tersebut.

“Is he gone?” Soal King daripada hujung talian. Iqbal melirik pada bangkai kereta mewah Aiden yang hampir terbakar sepenuhnya. Dia berjalan pergi dari situ apabila pihak polis mula mengerumuni tempat kejadian.

“Completely gone for good.” Iqbal berjalan melepasi beberapa orang yang berada di situ. Wajahnya ditundukkan. Kepalanya menoleh kembali pada tempat kejadian. Terfikirkan sesuatu.

“One more thing, why you have to kill him in front of Adara?” Soal Iqbal cuba memahami motif lelaki bertopeng itu. Wajah Adara yang menangisi pemergian Aiden seperti menghantui dirinya sekarang.

“Relax, I use the same way to kill someone before just like that. Kau tak rasa puas bila tengok Aiden mati? Bukan itu yang kau nak?” Soal King dengan nada yang tenang. Tangannya memegang sekeping gambar keluarga lengkap Adara sewaktu gadis itu masih kecil.

Gambar wajah bapa Adara, Tuan Zarul sudah dipangkah. Meninggalkan wajah Adara dan Puan Alyssa sahaja yang berada di situ. King meronyokkan gambar itu tanpa ragu-ragu lalu dicampakkan ke dalam tong sampah.

“Apa maksud kau, kau bunuh orang lain sama macam kau bunuh Aiden?” Iqbal menghentikan langkah. King tersenyum penuh makna walaupun tak dapat dilihat oleh Iqbal pada ketika itu.

“Kau akan tahu jugak satu hari nanti. Sama macam kau tahu identiti aku.”

Sebaik kata-kata itu dilontarkan oleh King, panggilan serta-merta ditamatkan. Iqbal berdecit tak puas hati dengan jawapan tersebut.

“Kejam.” Gumam Iqbal sendirian yang ditujukan kepada King. Sedangkan dia langsung tak tahu bahawa selama ini dia bekerja untuk pembunuh ayah Adara. Yang kini turut menjadi pembunuh Aiden dalam masa yang sama.

Telefonnya yang kembali berbunyi diangkat tanpa melihat pemanggilnya yang terlebih dahulu. Kedengaran seperti suara tidak cukup nafas daripada hujung talian membuatkan Iqbal mengerutkan wajah. Mata dikerling melihat nama pemanggilnya, Ray.

“Dani, Aris terlepas!”

?•????? ?????•?

Sejam sebelum letupan, 

    DAYYAN memapah Aris ke dalam keretanya. Dia langsung tak membuang masa sebaik mendapat panggilan daripada Irsyad bahawa Aris di belasah semasa menjalankan misi yang diberikan Aiden.

“Kau okay tak?” Soal Dayyan melihat wajah Aris yang penuh lebam.

“Never been better, call Aiden. ” Arah Aris menyandarkan badan pada seat kereta milik Dayyan. Rahangnya yang bergerak semasa bercakap membuatkan dia menahan sakit.

“Dani, dia dah rancang nak bunuh Aiden dekat sana. He's already on his way to Itali, Dayyan. Call Aiden!” Gesa Aris dengan nada yang dikeraskan. Dayyan serta-merta mendail nombor Aiden.

“Come on pick up. Pick up!” Dayyan mencuba menghubungi Aryan pula apabila nombor Aiden tak dapat dihubungi. Tangan menggenggam kuat stereng kereta. Selepas beberapa cubaan, panggilan disambungkan.

“Aryan, Dani on the way to Itali. Mana Aiden?” Soal Dayyan mahukan jawapan secepat yang mungkin. Dapat rasa perkara yang buruk akan berlaku.

“Aku tahu. What's wrong?” Aryan mencari kelibat Aiden. Pelik dengan nada cemas Dayyan dari hujung talian.

“Just where is him, Aryan!” Soal Dayyan kini yang mula meninggi. Aryan menjauhkan telinganya daripada telefon. Matanya tertancap pada figura Aiden yang berada di luar.

“Aiden, dia-” Kata-kata Aryan tak dapat dihabiskan apabila secara tiba-tiba kereta mewah Aiden kini meletup.

“Shit!”

?•????? ?????•?

       
     “AIDEN, no!” Rayu Adara memeluk tubuh Aiden di dalam pangkuannya. Kepala digelengkan beberapa kali tak mahu menerima kenyataan.

“I'm sorry.” Ucap Aiden mengelap air mata Adara. Tak mahu isterinya terus bersedih. Dia mengukir senyuman hambar.

“No, no, no! Kau dah janji takkan tinggalkan aku.” Raung Adara memeluk tubuh Aiden sekuat hati. Masih hangat pelukan mereka membuatkan Adara mengalirkan air mata. Tahu tak dapat merasakan kehangatan pelukan ini lagi.

“Shhh... I'm sorry okay? Don't cry, angel. I don't deserve you.” Pujuk Aiden lembut. Tangan Adara dibawa ke bibirnya. Menghadiahkan ciuman di situ. Adara memejam mata.

Tolonglah cakap ini semua mimpi.

“Aiden, please no...” Pilu nada Adara kini sudah tak sanggup menanggung rasa sebak yang membelenggu dirinya. Kebahagiaan dia yang seketika direntap secara paksa meninggalkan luka tak berdarah.

“Jangan lupakan aku.” Bisik Aiden pada telinga Adara. Suara garaunya kedengaran gemersik betul-betul membuatkan hati Adara retak seribu. Pelukan perlahan-lahan terlerai. Adara menarik kembali Aiden ke dalam pelukannya.

?•????? ?????•?

“Aiden, Aiden, no! Jangan tinggalkan aku please, no. Jangan please.” Adara menangis tanpa henti.

Tak lama kemudian, dia ditarik ke dalam pelukan seseorang. Wajah Adara dicium berkali-kali. Ubun-ubun Adara diusap lembut sebelum ditiup.

“Love, I'm here.” Satu suara yang cukup dikenali Adara berbisik pada telinganya. Tubuh Adara dipeluk cuba menenangkan Adara yang mengigil dari tadi. Meracau-racau dalam tidurnya.

“Sayang, aku ada. Look at me. I'm here.” Pujuk Aiden memujuk Adara membuka mata. Menyedarkan isterinya daripada mimpi buruk yang dialami Adara semasa dia merawat lukanya tadi.

“Aiden...” Panggil Adara penuh sebak apabila melihat wajah Aiden yang tidak lagi pucat seperti dalam mimpinya. Dia membalas kembali pelukan Aiden. Menyembamkan wajah pada ceruk leher suaminya.

“Aiden, aku ingat k--au. Kau mati.” Teresak-esak Adara kini cuba bercakap. Air matanya kini membasahi dada Aiden yang tidak berbaju. Masih terlayar lagi di fikirannya kereta Aiden yang meletup dan Aiden yang tidak bernyawa dalam pangkuannya.

“But I'm not dead, love. I'm still here with you. I survive. Just for you.” Aiden memeluk Adara. Ya dia selamat. Selamat daripada letupan yang dirancang oleh Iqbal. Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Nampaknya sangkaannya tak salah.

“Jangan tinggalkan aku lagi, please. Not even in my dream.” Ucap Adara benar-benar memaksudkan kata-katanya. Dia bersyukur dia hanya bermimpi. Walaupun kejadian letupan itu benar-benar berlaku dia tetap bersyukur Aiden terselamat.

“I'm not leaving you never. And if am, i will always find my way back to you, my love. Mark my words.” Aiden mengangkat wajah Adara. Mengelus pipi isterinya yang basah dengan air mata. Bibirnya didekatkan mencium pipi Adara di situ.

“Baby, I'm sorry you need to see the way I dead just like you father's. Iqbal. He's the one planned all of this.” Aiden melepaskan keluhan kecil. Tahu Adara terseksa kerana terpaksa melihat dia mati dalam keadaan yang sama Tuan Zarul, bapa Adara mati.

“Its not your fault.” Adara memeluk Aiden. Tak mahu Aiden menerangkan tindakannya. Dia percaya dengan semua yang Aiden buat hanyalah untuk kebaikan dia. Aiden tersenyum nipis.

“Sakit?” Tanya Adara apabila menyedari dada Aiden yang berbalut menutup luka daripada kejadian letupan itu. Aiden menggeleng kepala tanda menafikan.

“Seeing you cry is hurting me more than this, love. Don't worry about me, kitten.” Aiden mencempung tubuh Adara turun daripada katil. Membawa Adara ke dalam bilik air.

“Nak buat apa?” Tanya Adara ingin tahu. Tangannya memegang erat batang leher Aiden. Tak kisah dibawa ke mana asalkan ada dengan suaminya. Cukuplah apa yang berlaku hari ini membuatkan dia trauma berjauhan dengan Aiden.

“Basuh muka. Then, we sleep. Okay?” Aiden menurunkan Adara di atas kaunter singki bilir air miliknya yang besar. Adara mengangguk kecil.

“Aiden, macam mana kalau Iqbal buat apa-apa lagi?” Adara melirik pada Aiden yang sedang membasahkan sehelai tuala kecil. Takut dengan apa yang dilakukan Iqbal kepada Aiden berlaku sekali lagi.

“Dia tak tahu aku hidup lagi, sayang.” Jawab Aiden cuba menyakinkan Adara. Semuanya sudah dia rancang dengan teliti. Kematian dirinya hanya akan mengaburkan pandangan Iqbal untuk seketika. Sementara, dia mengenal pasti siapa identiti King sebenarnya.

Kejadian letupan tersebut akan diselesaikan oleh Aryan. Manakala, Dayyan dan Irsyad bersama Aris ditugaskan untuk mengawasi pergerakan Iqbal. Selebihnya, diserahkan kepada pihak polis untuk memburu Iqbal yang tertuduh dengan cubaan membunuh.

Semuanya dirancang dengan sempurna untuk membenarkan Aiden meluangkan masa dengan Adara lebih lama. Di samping melindungi Adara daripada King.

Aiden mengikat rambut panjang Adara menjadi sanggul. Getah rambut Adara yang selalu dipakai pada pergelangan tangannya digunakan. Usai itu, dahi Adara di cium.

Wajah Adara dilap dengan tuala kecil tadi. Rasa sejuk air tersebut membuatkan Adara terasa segar. Matanya kini kelihatan sembab kerana terlalu banyak menangis. Adara menutup muka.

“Biar aku buat sendirilah.” Ucap Adara malu. Aiden mengerutkan wajah. Dia menarik tangan Adara daripada menyorokkan wajah isterinya itu daripada pandangannya.

“But I want to see your face. You're still beautiful when you cry, hun. I love you.”

Aiden mencium kelopak mata Adara yang ditutup. Tangannya membuka kaki Adara memberi ruang untuk dia berdiri di situ. Tangan dililitkan pada pinggang Adara. Mengusap lembut pinggang Adara di sebalik baju t-shirt yang dipakai oleh isterinya.

“How do you feel?” Tanya Adara berbisik pada telinga Aiden. Tangannya yang dilingkarkan pada leher Aiden naik mengusap wajah tampan suaminya. Matanya tidak lagi berkaca. Tapi kini bersinar-sinar apabila berada dalam pelukan suami tercinta.

“Love, I feel you. You're my new favorite feeling right now.” Aiden menyengetkan sedikit wajah untuk mencium tangan Adara yang berada pada wajahnya. Adara mengulum senyuman.

Aiden merenung ke dalam anak mata Adara. Tangannya yang berada di pinggang isterinya menarik rapat lagi tubuh Adara merapat pada tubuhnya. Tangannya naik mengusap bibir merah milik Adara.

“What?” Tanya Adara apabila Aiden hanya diam tak berkata apa-apa. Bibirnya yang bergerak-gerak membuatkan Aiden tersenyum. Pandangan Aiden yang berada pada bibir Adara naik merenung ke dalam anak mata isterinya semula.

“I have a feeling, I'm going to love you forever.”

Updated! 10 chapter left<3 Love youu!

Share this novel

norsila
2022-03-11 10:10:24 

hisss ingat dah mati...hahaha klu mati rasa adara ganti aiden jadi mafia kojar iqbal mati2an..hahahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience