12

Other Completed 76851

PERJUMPAAN dengan pihak pembekal berjalan dengan lancar. Usai perbincangan, Ehsan dan Natrah melawat ke kilang-kilang percetakan dan pembuatan kain batik. Banyak yang Natrah pelajari melalui lawatan satu hari itu. Segala maklumat dicatatkannya di dalam buku nota. Setelah itu, mereka ke dewan perkahwinan di mana Natrah berpeluang melihat sendiri pelbagai jenis contoh hiasan dan segala macam yang berkaitan dengan perkahwinan.

Natrah seronok melalui pengalaman seperti ini. Dia dapat menyaksikan sendiri segala-galanya terbentang di depan mata. Kini barulah dia mengerti maksud kesempurnaan yang sering disebut-sebut oleh Ehsan.

"Happy?" tebak Ehsan setelah melihat wajah gadis itu tak lekang dari senyuman.

"So muchhh!!" sahut Natrah dengan wajah comelnya itu. Mahunya tak happy! Dah puas lihat itu ini, dia dapat makan percuma yang serba mewah lagi. Dapat pulak ilmu yang berharga dari orang-orang yang berpengalaman. Yuhuu, memang rezeki dia!

Senyuman manis terlakar pada wajah bengis itu. Pertama kali dia merasa gembira keluar bertugas. Dan itu semua gara-gara Natrah!

"So what did you learn today?" tanya Ehsan. Enjin kereta sudah dihidupkan. Mereka sudah bersedia untuk meninggalkan tempat itu dan kembali ke hotel.

Natrah mengeluarkan buku notanya dari dalam begnya. Dia membelek helaian demi helaian buku nota itu dan mula membaca di hadapan Ehsan.

"Wait.."

Bicara Natrah terhenti gara-gara Ehsan.

"Awak catat semua info tadi dalam note ni?"

Natrah berasa hairan. Ada yang pelik ke?

"Iya. Kenapa bos?"

"Kenapa tak guna tablet? Ipad ke?"

"Bos sindir saya ke apa ni?" Wajah Natrah cemberut. Tahulah dia tak sekaya Ehsan. Mana mampu dia nak beli benda alah tu. Beribu pulak harganya. Baik dia buat makan je duit tu!

Kereta Perodua Aruz sewaannya telah bergerak meninggalkan tempat itu.

"Bila pulak saya sindir awak? Nope, I did not mock you. I asked you" jawab Ehsan. Serius.

"Saya tak kayalah macam bos! Mana nak cekuk duit beribu beli benda tu? Saya guna note book ni pun dah okey. Asalkan saya selesa" terang Natrah lagi.

"Tapi saya tak selesa"

Natrah mengerut dahi. Dah kenapa pulak dia yang tak selesa? Natrah yang guna, dia yang terasa! Aneh!

"Awak tu pekerja saya. One of the TK Corporation Company's staff. TK Corporation! Semua orang tahu yang company saya mewah. Kaya-raya. But my staff used this kind of..."

"Salah ke?" cantas Natrah dengan wajah bengangnya. Suka betul si Ehsan ini merendah-rendahkan orang lain! Huh!

"Salah tu taklah. Cuma..."

"So tak salahlah saya guna benda ni" potong Natrah lagi dengan harapan perbincangan mereka tentang topik "buku nota" itu bakal berakhir.

Ehsan senyum sinis. Natrah pantang betul dicabar. Ada saja hujahnya melawan bicaranya.

"Let me finish my words, please" Ayat terakhir Ehsan lebih kepada merayu.

"Okey" Natrah mengalah dengan senyuman mencuka di wajah.

"You know me well, right? I am a perfectionist person! Dan saya tak suka tengok benda-benda yang tak menyenangkan hati, walaupun untuk perkara yang remeh. Salah satunya adalah buku nota awak tu! Awak bekerja dengan saya, so semua benda kenalah sempurna. Buku nota... it's such an old fashioned, you know? Zaman sekarang orang dah tak guna dah benda manual macam ni. Orang pakai auto"

Natrah terdiam sesudahnya. Malaslah dia nak menjawab. Dia jemu dengan sikap Ehsan yang tak habis-habis dengan kesempurnaan itu. Di dalam fikirannya, dia tak habis fikir. Masakan lelaki yang penuh karisma dan penuh sempurna itu tidak ada cacat-celanya? Jika ada yang berkata, 'ya Encik Ehsan takde cacat-cela' Natrah rasa mata orang itu harus diperiksa! Kerana sudah terang lagi bersuluh sikap Ehsan itu menjengkelkan dan itulah cacat-celanya. Huhh!

"So kesimpulannya, saya tak nak tengok awak guna benda alah ni lagi!" Ehsan menekankan ayatnya itu.

Natrah mengunci mulut. Sudah kehabisan idea untuk berkata-kata. Lantak kaulah malaun! Yang baca manuskrip ni nanti aku, bukannya engkau! Eeee menyampahnya!

LAMA Datuk Elias merenung gambar perkahwinannya bersama Atilia di dalam album berwarna merah itu. Gambar itu bukanlah seperti gambar perkahwinan yang lain, yang wajah tampak bahagia dan tersenyum atau saling berpelukan antara satu sama lain. Riak gembira itu terpancar jelas pada wajah Atilia, tapi tidak pada dia.

Dipaksa kahwin gara-gara Datin Jenny tidak mampu memberikan zuriat untuk keturunannya, dia sempat tersepit di antara keluarga dan cinta. Dia begitu cintakan Datin Jenny. Mereka bercinta sejak dari bangku sekolah lagi. Bahkan Jenny begitu setia di sisi sehinggakan wanita yang kaya-raya itu sanggup menolak puluhan lamaran dari lelaki lain sedangkan ketika itu, kewangannya belum stabil sepenuhnya. Namun amanat keluarga yang inginkan zuriat memerangkapnya dengan Atilia untuk berkongsi hidup.

Dia tidak pernah mencintai Atilia. Dan untuk bersama wanita itu merupakan suatu idea gila yang pernah dia laksanakan. Namun apakan daya. Tuan Kassim begitu berkuasa sehingga tiada sesiapa berani ingkar akan arahannya.

Walaupun dalam keterpaksaan, dia harus terpaksa melukakan hati wanita yang dicintainya itu demi sebuah amanat! Menyesal? Iya, kerana tatkala mengetahui Atilia sudah mengandungkan benihnya, hati lelakinya benar-benar hancur. Dia tidak pernah ingin wanita itu hamil akan zuriatnya. Bahkan khabar tersebut menjadi racun dalam hidup Datin Jenny. Hidupnya berubah murung sejak Atilia mengandung kerana segala perhatian hanya tertumpu pada Atilia.

Datuk Elias mengeluh panjang. Seketika, dia terbayang-bayangkan wajah Eirfan. Anak yang tak pernah dianggap itu baginya suatu malapetaka. Sejak dari Eirfan lahir sehingga kini, tidak pernah sekalipun dia memeluk atau memberikan layanan baik kepadanya. Dia bencikan Eirfan kerana wajah itu mengingatkannya kepada Atilia.

Wajah yang kepenatan diraup kasar. Kemudian, kedengaran keluhan lagi dari bibir itu. Sejak dia berkahwin dengan Atilia, Tuan Kassim mula mempercayainya. Dan semenjak Atilia melahirkan zuriatnya, segala kepercayaan itu semakin berkembang sehinggakan separuh daripada saham syarikat adalah miliknya. Pun begitu, 30% dari saham tersebut masih milik Eirfan.

Dia harus mengatur strategi untuk menghapuskan Eirfan daripada keluarga dan syarikatnya. Dan saham milik Eirfan juga harus dimiliki. Tiba-tiba dia teringat akan pangsapuri yang dimiliki atas namanya dan Atilia. Dia tahu Eirfan sangat menyayangi pangsapuri tersebut kerana itu adalah satu-satunya kenangan yang dia ada bersama Atilia.

Dia harus melakukan sesuatu ke atas pangsapuri itu. Eirfan tidak boleh memilikinya. Dan pangsapuri itu harus menjadi miliknya seratus peratus tanpa ada jejak dari Eirfan. Dan jika dikira-kira, rasa-rasanya pangsapuri mewah itu mampu mencecah jutaan ringgit.

Senyuman sinis terlakar pada wajah itu. Dia tahu apa yang harus dilakukan. Dan sudah agak lama dia ingin melakukan itu tetapi selalu sahaja mendapat tentangan. Kini, dia akan pastikan semuanya berjalan lancar!

LAPANGAN TERBANG Sultan Haji Ahmad Shah sesak dengan deretan manusia yang datang dan pergi. Suara operator yang memaklumkan penerbangan seterusnya pula menambahkan lagi bunyi bising di ruangan itu.

Lama Natrah berdiri di tengah-tengah kesibukan laluan orang ramai. Dia terkejut saat Ehsan mengkhabarkan yang mereka akan menaiki kereta untuk kembali ke Kuala Lumpur. Alasan Ehsan, dia terlupa untuk membeli tiket penerbangan mereka.

Dan kini, mereka terpaksa menunggu di situ kerana pemandu Ehsan belum lagi tiba. Kaki Natrah sudah naik lenguh kerana dari tadi berdiri sahaja. Dia tidak sabar untuk pulang. Dia rindukan tilam bantalnya di rumah sana. Yang pasti, tidak akan ada gangguan lagi dari Ehsan.

"Lama lagi ke nak kena tunggu ni bos?"

Mendengarkan pertanyaan dari Natrah, jam di tangan dikerling.

"In 20 minutes! Jammed teruk kat KL. Awak pun tahu kan jalan kat KL macam mana"

Natrah diam. Memanglah dia tahu jalan di Kuala Lumpur sana bagaimana. Kerap sangat terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Disebabkan itulah dia lebih selesa menggunakan skuter buruknya itu untuk pergi dan balik kerja. Senang untuknya menyelit di antara kereta.

"Sorry" ucap Ehsan dalam suara yang mengendur. Dia tahu Natrah kepenatan dan semuanya gara-gara dia!

Wajah kesal Ehsan ditatap dalam kekeliruan. Dia tak salah dengar ke? Lelaki berwajah bengis dan sangat mementingkan ego itu sedang menuturkan kata maaf dengannya. Sorry? Sorry? Natrah seakan tak percaya dengan apa yang didengarinya. Dia mimpi ke atau baru menang loteri?

"Sorry sebab terlupa nak booked tiket!" sambung Ehsan lagi. Dia benar-benar kesal akan perbuatannya itu. Tetapi sebenarnya dia memang sengaja tidak memesan tiket penerbangan mereka kerana ingin berdua dengan gadis itu. Jika mereka kembali ke Kuala Lumpur menggunakan jalan darat, ianya memakan masa lebih kurang dua jam lebih. Jadi dia mempunyai masa untuk lebih mengenali gadis itu.

"Takde hallah bos! Nak buat macam mana. Benda dah jadi. Tapi jangan salahkan saya kalau saya tertidur dalam kereta" Awal-awal lagi Natrah sudah memberi amaran. Jangan haraplah dia nak duduk berbual dengan Ehsan kerana saat ini matanya lebih memerlukan rehat. Charging time!

Senyuman Ehsan mati tiba-tiba. Laaa tidur? Namun tiba-tiba bibirnya mengulum senyum nakal. Dia jadi teringat akan kejadian di dalam kapal terbang dua hari yang lepas. Di mana Natrah ketiduran di bahunya. Dan yang menggelikan hati, Natrah sempat meninggalkan kesan ke atas bahunya. Apalagi kalau bukan air liurnya! Pun begitu, dia tak sampai hati pula nak kejutkan gadis itu.

"Ohh awak nak buat macam yang berlaku dalam kapal terbang ke?" usik Ehsan dengan senyuman nakal masih bersisa.

Natrah mengerut dahi. Tidak memahami, dungu!

"Awak memang jenis tidur mati ke? Tak tahu apa yang berlaku sekeliling awak masa tengah tidur? Masa dalam flight?"

"Ada ke orang tidur hidup kat dunia ni? Dah dapat peluang tidur, tidur jelah!" sindir Natrah pula. Tetapi apa yang dalam kapal terbang? Aduhh, dia benar-benar tidak tahu apa-apa!

"Awak tahu tak, awak tidur dekat bahu saya. Dah tu, tanpa izin saya, awak tinggalkan air liur awak kat situ"

Alamakk! Wajah Natrah merona merah. Aduhh! Itu betul-betul memalukan. Ishh, kenapalah mesti berlaku dengan Ehsan jugak?

Ehsan sembunyi senyum. "Tu, Bentley saya dah sampai. Dah jom! Lepas ni, kalau nak tidur sekalipun, tolong jaga-jaga dengan air liur awak tu!"

"AKU tak setuju dengan idea kau!" sergah Tuan Kassim dengan raut wajah yang menakutkan. Nafasnya turun naik, seiring dengan amarah yang kian menguasai diri. Jika dia tidak mampu mengawal diri, pasti wajah anaknya itu sudah menjadi sasaran.

Datuk Elias mendengus kasar. Dia sudah agak dengan reaksi dari ayahnya. Namun dia sudah tekad. Dan untuk tekad yang satu itu, dia takkan sesekali berganjak. Tamparlah, bunuhlah, sepak terajanglah dia. Dia sudah tak peduli lagi.

"Apartment tu masih atas nama Yas. Jadi Yas ada hak nak buat apa saja!" tegas Datuk Elias lagi, tidak mahu mengalah.

Menerima sikap degil akan Datuk Elias itu, Tuan Kassim segera palingkan wajah. Dan wajah anaknya itu ditatap tajam.

"Memang masih atas nama kau! Tapi apartment tu jugak masih atas nama Atilia. Dan kalaupun Atilia dah takde lagi, kau jangan pernah lupa dan abaikan darah daging kau yang jugak punya hak ke atas apartment tu!"

Senyum di wajah Datuk Elias terlakar. Namun sekejap saja. Digantikan dengan riak dendam yang sudah lama dipendam.

"Anak pungut tu?"

"Anak pungut tu anak kau Yas! Kenapa kau nak nafikan hak dia sebagai anak kandung kau?"

Suara Tuan Kassim sudah mengendur. Betapa dia sesali akan sikap Datuk Elias itu. Dendamnya pada Atilia masih bersisa. Dan kini, dendam tersebut dilepaskan ke atas Eirfan. Kasihan Eirfan! Dia tidak tahu apa-apa. Hanya menunggu penuh sabar kasihnya bakal terbalas oleh keluarga ini.

"Memang! Memang dia anak kandung Yas. Tapi anak yang lahir tak lebih dari sekadar puaskan nafsu. Yas tak pernah jangka ibu dia akan lahirkan dia. Dari dulu lagi, Yas selalu bagitau Atilia untuk gugurkan kandungan dia. Yas tak nak ada zuriat dengan Atilia. Tapi perempuan tu degil. Sekarang, anak dia kena tanggung akibat kedegilan dia. Jadi jangan salahkan Yas!"

Suara Datuk Elias sudah terjerit. Sakit di hati bukan kepalang lagi saat mengingati kejadian itu. Puas dia pujuk, bahkan merayu kepada Atilia agar digugurkan kandungannya. Namun Atilia tetap memilih untuk meneruskan kandungan yang tak pernah dia ingini.

Mendengarkan omongan Datuk Elias, segera Tuan Kassim mengucap panjang sambil mengurut dada. Betapa ceteknya pemikiran anaknya itu. Tak fikir dosa pahala langsung! Mana agaknya keimanannya selama ini? Ya Allah!

"Dan ayah takde hak nak halang Yas untuk jual apartment tu. Budak Eirfan tu tak berhak satu sen pun ke atas harta Yas!"

Tersentak Tuan Kassim mendengar bicara angkuh Datuk Elias itu. Dia mengurut dada sambil menarik nafas dalam-dalam. Namun nafasnya terasa seakan tersekat di hujung sana. Tak menunggu lama, Tuan Kassim terus rebah di atas lantai marmar rumah agam itu.

"Atok!!" jerit Eirfan dari jauh. Rupa-rupanya Eirfan sudah menguping perbualan mereka dari tadi. Dia segera mendapatkan Tuan Kassim dan memapah tubuh itu.

"Ayah!" Datuk Elias kaget saat melihat keadaan Tuan Kassim yang sudah pengsan itu. Namun lebih terkejut dengan kehadiran Eirfan di situ.

"Apa yang Datuk dah buat pada atok saya?!"

Menyeringa wajah Eirfan ketika itu. Datuk Elias memang kejam, sekejam-kejam manusia yang pernah ditemuinya!

WAJAH Eirfan sudah lencun dek air mata. Dari tadi, dia berdoa agar Tuan Kassim dilindungi Allah dan berharap agar tiada apa-apa berlaku kepadanya. Dia sayangkan atoknya. Sejak dia kecil lagi, hanya Tuan Kassim yang tulus menyayanginya. Saat dia diherdik, dicaci oleh Datuk Elias, Tuan Kassimlah yang membelanya. Dan dia betul-betul tidak bersedia untuk kehilangan lelaki tua itu.

"Ini semua salah kau! Kalau bukan sebab kau, ayah aku takkan masuk ICU! Engkau ni memang pembawa malang tahu tak?!" jerkah Datuk Elias. Dia berdiri di hadapan Eirfan yang sedang duduk di atas lantai itu.

Melihatkan wajah Eirfan, hatinya sakit. Terlalu banyak kebencian yang mendalam terhadap anak yang tak pernah dia inginkan itu.

Eirfan hanya membatukan diri. Dia sungguh penat dan tidak sanggup untuk berdebat dengan Datuk Elias. Dia hanya ingin tenang dan menanti akan keputusan doktor.

"Dari dulu lagi I suruh you buang budak ni. You tak dengar cakap I. Sekarang tengoklah apa dah jadi" rungut Datin Jenny, menyesali sikap suaminya yang pandang enteng akan permintaannya.

"I tahulah! I menyesal simpan budak ni. Bukannya bawak tuah, malang tak habis-habis!"

Eirfan menekup kedua telinganya rapat-rapat. Dia sudah tersedu-sedan. Pedih hulu hatinya mendengar setiap butir bicara mereka. Dosa apa yang telah dilakukannya sehingga ayah kandung sendiri membenci dan tidak mengakuinya? Ya Allah, dia benar-benar tidak kuat. Dia rapuh!

"Kalau sesuatu jadi pada ayah aku, kau tengoklah nasib kau nanti!" ugut Datuk Elias seraya berlalu dari situ. Datin Jenny sempat mencebik ke arah Eirfan sebelum mengatur langkah membontoti suaminya.

DATIN JENNY memandang Datuk Elias tak berkelip. Dia kaget saat menerima berita kemasukan Tuan Kassim ke hospital sebentar tadi. Lantaran itu, dia bergegas ke hospital bersama suaminya. Dari tadi, dia asyik memikir akan sesuatu. Sesuatu yang sudah semestinya menguntungkan mereka dan mengukuhkan lagi kedudukan Ehsan di dalam TK Corporation.

Dia harus mengambil kesempatan di atas peluang ini. Segalanya sudah tersedia di hadapan mata. Jika dia mensia-siakan kesempatan ini, tidak mungkin mereka punya peluang ini lagi nanti. Apatah lagi dengan keadaan Tuan Kassim yang disahkan koma oleh doktor sebentar tadi, peluang itu tampaknya semakin cerah dan seakan memihak kepada mereka.

Tangan Datuk Elias dielus lembut. Empat mata saling bertentangan. Lama. Kemudian, sebuah senyuman terlakar di wajah Datin Jenny.

"You.. you tak rasa ke yang kita boleh buat sesuatu mengenai perkara ni?" Datin Jenny memulakan mukadimah. Lembut dan penuh santun.

Kening Datuk Elias terangkat. Dia tidak memahami maksud bicara itu. Setelah dikhabarkan oleh doktor akan keadaan Tuan Kassim yang koma, hatinya bagaikan disayat sahaja. Dia tahu dia bukan anak yang terbaik namun melihat Tuan Kassim terbaring lemah tak berdaya, hati nuraninya cukup terusik.

"Since your dad is in coma now, why don't we use this chance to get rid off that kid? Eirfan?"

Dahi Datuk Elias berkerut. Dia buntu. Blur!

"I tahu you tengah sedih sekarang ni dengan keadaan ayah you. Tapi ni satu keuntungan buat kita. Kita boleh gunakan peluang ni untuk usir Eirfan dan padamkan nama dia dari pemegang saham. You faham kan maksud I?"

Datuk Elias terdiam. Lama dia mencerna kata-kata isterinya itu. Setelah agak lama memikirkannya, akhirnya dia mengangguk lemah. Dia kini tidak mampu hendak memikirkan apa-apa lagi. Yang pasti, jiwanya terlalu goyah!

"I penat. I truly am!" adu Datuk Elias.


"You need rest. And I'll do the rest. Okay?" Kepala Datuk Elias diletakkan di atas bahunya.

Terangguk-angguk Datuk Elias dengan omongan isterinya.

Datin Jenny mengulum senyuman sinis. Ada sesuatu yang telah direncanakan. Dan yang pasti, Eirfan pasti tidak mampu berbuat apa-apa kerana tulang belakangnya yakni Tuan Kassim sudah tidak berfungsi lagi!

MELIHAT sekujur tubuh itu terbaring lesu di atas katil dengan wajah yang pucat, hatinya sedih dan sebak. Dia tidak pernah tahu Tuan Kassim selama ini menderita sakit jantung dan paru-paru berair. Yang dia perhatikan selama ini lelaki itu kelihatan kuat dan gah. Rupa-rupanya sedang menanggung seribu kesakitan dalam diri.

Tangan Tuan Kassim yang dililit dengan wayar disentuh perlahan. Digenggam. Air matanya jatuh lagi. Oksigen pernafasan dipasang ke mulutnya. Dapat Eirfan dengar bunyi helaan nafas Tuan Kassim.

"Maafkan Eirfan, tok! Maafkan Eirfan kalau kehadiran Eirfan keruhkan keadaan dan sakitkan hati banyak pihak. Eirfan mintak maaf. Eirfan betul-betul mintak maaf. Eirfan tak sanggup nak kehilangan atok. Atok jangan tinggalkan Eirfan" Berkali-kali bibir itu mengucap kata maaf. Sedu-sedannya dari tadi jelas kedengaran.

Jika dia kehilangan Tuan Kassim, itu bererti dia sudah kehilangan seluruh ahli keluarganya. Kerana Tuan Kassimlah punca dia masih kekal di rumah agam itu. Dengan harapan di hati yang kewujudan dia akan disedari dan diterima oleh semua orang. Cepat atau lambat.

"Atok. Eirfan tak kuat. Eirfan lemah! Eirfan tak tahu macam mana nak teruskan hidup kalau atok takde. Eirfan goyah tok! Eirfan betul-betul buntu! Betul ke Eirfan cuma bawak malang dalam kehidupan semua orang? Betul ke tok? Kalau betul, Eirfan pun tak mintak nak lahir ke dunia ni! Sakit rasanya bila ayah kandung sendiri buang kita padahal dialah tempat kita bergantung harap. Eirfan tak kuat tok! Ya Allah!"

Eirfan mengadu dalam keesakannya. Sampai bila dia harus bertahan dengan semua ini? Sampai bila kehadirannya dianggap pemusnah? Sampai bila dia akan digelar sebagai anak perampas? Sampai bila? Dia betul-betul sudah tak sanggup. Dan kini, dia juga bakal kehilangan satu-satunya kenangan dari arwah ibunya kerana dia tahu, Datuk Elias sudah berencana untuk menjual pangsapuri tersebut. Ya Allah, rasa dicucuk-cucuk sakit ini!

PAGI itu keadaan terasa kelam dan gelap walau cahaya matahari sudah tegak munculkan diri. Keadaan yang riuh dari sekeliling tidak mampu memenuhi rasa kosong dan sunyi hatinya ketika itu. Semalam setelah menghabiskan masa di hospital, Ehsan datang membawa satu lagi berita sedih buatnya.

"Tengah hari ni ada meeting dengan pihak pemegang saham. Kau kena datang. Dan kena bersedia, mental dan fizikal!"

Seusai mengungkapkan itu, Ehsan berlalu tanpa menjenguk Tuan Kassim atau menyapa lelaki tua itu.

Eirfan mengeluh panjang. Dia tahu maksud mesyuarat itu. Bahkan dia sudah lama bersedia, sejak dari dulu lagi. Dia juga sedar kalau Datuk Elias dan Ehsan memang merancang untuk membuangnya jauh dari situ. Jauh dari nama pemegang saham. Dan mungkin inilah peluang yang mereka punya sementelah Tuan Kassim saat ini sedang tidak berdaya.

Iya, dia sudah hilang segala-galanya. Dia sudah jatuh tersungkur. Dia sudah rebah. Dia kalah pada perjuangannya sendiri. Tetapi janganlah diambil hak pangsapuri itu dari dirinya. Itu saja satu-satunya kenangan dan tempat dia melepas rindu terhadap arwah ibunya.

Kenapa Datuk Elias kejam terhadap dirinya? Apakah kelahirannya menghalangi kasih sayangnya terhadap Datin Jenny? Jika itu masalahnya, dia bakal berundur sendiri. Atau menjadi penghalang kepada Ehsan untuk menerajui syarikat itu? Jika benar, dia juga bakal berundur dan menyerah. Kerana bukan itu yang diinginkannya. Dia tak pernah mengimpikan kekayaan ataupun pangkat besar seperti itu. Dia bertahan di situ semuanya kerana Tuan Kassim.

Dan kini, jika dia hendak melangkah pergi, dia juga bisa. Tiada yang akan menghalangi jalannya. Namun tegakah dia meninggalkan Tuan Kassim dalam keadaan seperti itu?

Eirfan gapai telefon bimbit dari atas meja. Nama Love ditaip. Hatinya meronta-ronta untuk menghubungi Natrah dan meluahkan segala-galanya. Tetapi dia malu. Dia segan. Dia takut jika dia menangis di hadapan gadis itu dan Natrah akan mentertawakannya. Dia belum siap dicop sebagai lelaki lemah. Sementelah selama ini dia berusaha untuk tampak kuat di hadapan semua orang.

Dan apakah tanggapan Natrah jika mengetahui statusnya? Dan hubungannya dengan TK Corporation? Bisakah Natrah memahami luka yang dipendamnya selama ini?

Ketukan di pintu mematikan khayalannya. Eirfan mengarahkan setiausahanya untuk masuk.

"Encik Eirfan, mesyuarat dengan pemegang saham dan ahli lembaga syarikat bakal bermula dalam 15 minit lagi. Encik Ehsan suruh encik ke bilik mesyuarat sekarang jugak"

Sonia memberitahu. Eirfan mengangguk lemah. Saatnya sudah tiba. Dia harus bersedia.

"Mesyuarat kali ni encik Ehsan adakan di pejabat dia. Tingkat 17" ujar Sonia lagi.

Kali ini, Eirfan kerut dahi pula. Kenapa mesyuarat diadakan di situ? Apa plan Ehsan sebenarnya?


"Okey. Thanks Sonia"

"ARA. Siapa secret admirer kau?" Azizah kepo di meja Natrah. Sejak pagi lagi, dia dan Hasma, bahkan staf yang lain tertanya-tanya gerangan penghantar bungkusan hadiah itu. Pagi-pagi lagi bungkusan berbentuk hati itu sudah landing di atas meja Natrah. Dan tiada siapa pun yang tahu siapa pengirimnya.

Natrah jongket bahu. Seketika, wajah Eirfan terbayang di tubir mata. Takkanlah dia? Hantar hadiah sebagai tanda berdamai ke?

Lama Natrah merenung kotak hadiah itu. Dia tak suka menerima hadiah, apatah lagi dari pengirim misteri itu. Siapa yang bermain-main dengannya?

"Takkan kau tak tahu nyah? Ke kau berahsia ea dengan kita orang?" Hasma menyetir pula.


"Ataupun ada lelaki dari Kuantan tu ikut kau ke sini senyap-senyap pastu hadiahkan kau benda ni?" Azizah meneka.

"Apa? Kau ingat ni macam cerita Hindustan? Kau terlanggar orang tu lepas tu jatuh hati? Lepas tu bagi kau hadiah dan tercari-cari siapa pengirim dia? Macam tu ke nyah?" tempelak Natrah pulak. Sengaja dia tekankan perkataan 'nyah' itu.

"Alaaa aku agak-agak je..." sahut Azizah dengan suara mengendur.


"Bukalah cepat hadiah tu! Kita orang tak sabar nak tahu apa dalam tu" gesa Hasma dengan wajah penuh teruja.

"Kalau dalam ni ada bom macam mana?" Natrah buat wajah serius.

"Kalau kau nak bodohkan Azizah, bolehlah. Ni Hasma Haji Mohenlah! Takkan tertipu punya! Cepatlah bukak" gesa Hasma lagi.

Azizah menjeling ke arah Hasma. Amboi, nama dia jugak yang kena petik!

"Ya ya! Kejaplah!" Natrah membuka bungkusan itu perlahan-lahan. Kotak berwarna merah jambu direnung lagi.

"Dia bagi kotak pink saja ke?" Azizah mencebik bibir.

"Tak. Ada benda dalam kotak ni" Hasma sentuh kotak itu. Berat. Tak sabar pulak dia nak tahu.

Natrah bukak pula kotak tersebut. Saat kotak itu sudah terbuka, dia kaget saat melihat isinya. Saat itu juga dia sudah tahu siapa pengirimnya. Dia mengeluh panjang.

"Wowww Apple Ipad Pro lah! Harga ni beribu-ribu tau? Siapa pengirim dia Ara?" tanya Hasma lagi. Tercengang dia melihat Ipad berwarna kelabu itu. Cantik dan eksklusif. Mahal pulak tu!


"Orang gila kot!" balas Natrah, geram. Dia tak sukakan hadiah ribuan harga seperti itu. Buang duit saja Ehsan membeli untuknya. Pasti dia akan kembalikan kepada lelaki itu. Yang peliknya, kenapa Ehsan membelikannya Ipad?

"Kalau betul dia orang gila, maksudnya dia orang gila yang kayalah! Fuu.. untung kau Ara! Senyap-senyap dah jadi buruan orang kaya" ujar Azizah pula.

"Hai. Can I see Natrah?" sapa satu suara dari arah belakang. Mereka bertiga menoleh dan kaget saat melihat figura yang sedang tersenyum itu.

Aliya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience