"Pernah tak kita merancang nak buat sesuatu tapi tak jadi, cuba dan usaha untuk capai sesuatu tapi tak dapat.
Tahu sebab apa?
Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk kita. Mungkin bukan sekarang, tapi nanti.
Kita minta apa yg kita mahu, tapi Allah beri apa yg kita perlu."
Ariyana termenung. Kata-kata Aisyah, sahabat baiknya, masih bermain-main di fikiran. Haih, memanglah betul apa yang Aisyah katakan itu tapi...
"Abang pernah jumpa satu ayat ni dekat Group One Word Thousan Means dari Churros, terimalah apa yang telah terjadi. Memang mudah diucapkan berbanding melakukannya. Tapi sesiapa pun menyarankan orang yang terluka untuk dapat menerima kenyataan, kerana itulah yang mampu dilakukan supaya dapat terus jalani kehidupan." Suara garau tersebut berjaya menyetakkan aku dari terus berhenti mengelamun. Bibirku mula membentuk satu senyuman kecil yang hambar....
"Abang tak pernah kecewakan adik." Aku mula berpaling ke arahnya. "Terima kasih. Terima kasih sebab sentiasa ada dengan adik bila adik jatuh, adik susah, adik sedih, abanglah yang selalu ada kat sisi adik untuk membantu adik melangkah menerima kenyataan. Terima kasih abang. Adik sayang abang." Pelukan dieratkan lagi selepas abang mendengar tangisan kecil ku.
"Shhh... Jangan nangis please. Abang tak suka," katanya sambil mengesat air mataku menggunakan jari telunjuknya.
'Abang sayang adik. Adik kena kuat! Adik tak boleh nangis lagi dah! Adik kan dah besar,' ucapnya dalam hati.
Tiada ayat yang dapat ku keluarkan tapi hanya anggukan yang dapatku balaskan.
TO BE CONTINUE...
Share this novel