BAB 19

Humor Completed 78146

PAGI ini banglo tiga tingkat milik Dato Rais kecoh.
Adam dengan wajah sugul dan sedih.Dato Rais pula dengan muka merah menahan marah.Datin Mazni tiada riak bersalah.Julia pun begitu.

"Puas hati awak sekarang ni Maz!Saya dah cakap jangan campur urusan rumahtangga anak kita.Tapi awak degil.Nak juga ikut campur."tegang dan tegas suara Dato Rais.

"Jangan nak salahkan saya pula.Adam memang tak bahagia dengan perempuan tu.Abang tu yang tak nak nampak.Elok sangat lah dia pergi."jawab Datin Mazni.Dia tak akan mengalah untuk membiarkan Aisyah menang.

"Susah lah cakap dengan awak ni Maz.Semua orang tak betul.Awak saja yang betul.Saya rasa awak ada buat apa-apa pada Aisyah ni.Kalau tak,tak kan dia boleh pergi macam tu saja."
Geram dia dengan wajah bersahaja Datin Mazni.Tanpa riak bersalah.Yang Julia ni pun tak tahu malu pagi-pagi dah sampai ke rumah orang.

"Adam!kamu tak cuba cari Aisyah?ada kamu telefon dia?"

"Tak dapat baba.Adam pun tak tahu nak cari kat mana.Agaknya Aisyah dah balik ke Darul Sakinah.Adam nak pergi cari dia dekat sana."Adam segera bangun tetapi lengannya di sambar Datin Mazni.

"Adam nak pergi mana?Mummy tak akan benarkan.Perempuan tu dah tinggalkan Adam pun Adam masih nak cari dia lagi.Adam tak cintakan dia kan."

Datin Mazni menarik tangan Julia supaya berdiri di sebelah Adam dan mengisyaratkan Julia supaya memujuk Adam.Julia memeluk lengan Adam dan tersenyum.Adam merengus.Di tepis kasar tangan Julia.

"Adam jangan buat perangai boleh tak.Kenapa nak kisahkan perempuan tu lagi.Julia kan ada.Mumny dah tetapkan tarikh nikah Adam dan Julia hujung minggu ni.Adam tak boleh nak elak lagi.Julia pun dah bersedia untuk jadi isteri Adam."Datin Mazni bertegas.

"Mummy, tolonglah..jangan buat Adam macam ni.Adam dah cakap kan.. tak nak.Adam tak akan nikah dengan Julia!"bentak Adam geram.

Julia mendecit.Terang-terang Adam menolak dirinya.Bukan sahaja di depan Dato Rais tetapi di hadapan Adella dan Aidil.Malu dirinya.Seolah tiada harga diri.Ibarat pipi tersorong-sorong.Orang tak sudi buat apa nak melukut di tepi gantang.Lagi pun Julia tak kisah langsung lah kalau Adam tak nak dia.Berlambak lagi tengah beratur untuk dapatkan dia.Dia tak heran lah setakat Adam tu.

"Hei Adam!You ingat I ni kebulur sangat nak dekat you.Kalau tak sebab mummy you datang pujuk I,merayu supaya I berbaik balik dengan you.I pun tak ingin langsung nak datang sini.Ingat you tu hebat sangat sampai I nak kena melutut di kaki you.Pergi jahanam lah you!"hambur Julia sambil berdiri bercekak pinggang.

Semua mata tertumpu pada Julia.Tak sangka itu yang keluar dari mulut Julia.Selama ini mereka tak pernah nampak pun sisi Julia yang satu ni.Semuanya nampak elok.Tambahan di mata Datin Mazni.Semua pasal Julia elok belaka.Tiada satu pun cacat cela.

"Ingat I nak sangat kahwin dengan you.You ingat I tak tahu you ada skandal dengan Dato Richard.You pergi Tokyo pun sebab nak gugurkan kandungan kan.I pun tak hadap lah perempuan macam you ni."sinis Adam.

Julia agak terkejut.Macam mana Adam boleh tahu.Tak sangka rahsia yang dia simpan selama ini sampai juga ke pengetahuan Adam.Dah lama dia berhubungan dengan Richard.Lelaki lewat 50 an yang sudah beristeri tetapi berjaya menawan hatinya.Tanpa duga kasih yang bersulam akhirnya membuahkan hasil tanpa ikatan yang sah.Julia panik sebab dirinya masih terikat dengan kontrak modelling.Jadi dia ikut Ryan ke Tokyo.Nak pergi dengan Richard takut isterinya dapat tahu.Mahu tak mahu dia terpaksa juga menggugurkan kandungan dia.Dato Richard tu lebih kaya dan mewah dari Adam serta Dato Rais.Baik dia pilih Dato Richard.Dah tentu hidup sentisa mewah.Pasal bini Dato Richard pandai-pandai lah Dato Richard uruskan sendiri.Bagi Julia halal haram sendiri tanggung.

"Julia.Jangan buat mummy macam ni.Betul kah apa yang Adam cakap tu?"Datin Mazni masih tak percaya.

"Maaf mummy.Julia tak boleh kahwin dengan Adam."Terus Julia berlari keluar.Baik dia pergi sebelum banyak lagi rahsianya terbongkar.Rupanya Adam dah tahu banyak tentang rahsia yang tersimpan kemas selama ini.

"Julia!Julia!Julia!"panggilan dari Datin Mazni tidak diendahkan.Datin Mazni merungut kecewa.

"Puas hati awak sekarang.Dengar sendiri kan.Saya cakap langsung awak tak nak percaya.Dah lama Julia tu ada hubungan dengan Dato Richard.Awak tu yang tak nampak.Sibuk nak kejar si Julia tu."tempelak Dato Rais.Rasa puas juga di hati sebab selama ini isterinya tak pernah langsung nak dengar cakap dia.

"Awak jangan nak cakap buruk pasal Julia.Entah awak tu silap orang."masih lagi dia mahu menyokong Julia.

"Dah la mummy.Adam dah tak ada kaitan dengan Julia lagi.Sekarang Adam nak pergi cari Aisyah."

"Mummy tak benarkan Adam pergi!Apa yang perempuan tu buat sampai Adam masih ingat dekat dia.Mummy dah agak dia mesti buat benda tak elok dekat Adam."Masih lagi dia buruk sangka pada Aisyah.

"Maz! tak habis lagi ker.Biarlah Adam nak cari Aisyah.Itu kan isteri dia.Awak tu masih tak berubah dan suka buruk sangka pada orang.Aisyah bukan macam tu.Saya kenal sangat."pangkah Dato Rais.

"Abang tu yang buta mata.Dah masuk tiga bulan Adam dengan dia kahwin.Tapi masih tak mengandung.Mesti dia tu mandul.Tak boleh bagi zuriat.Sekurangnya Julia tu kita dah tahu boleh beranak."Ke situ pula perginya.

Datin Mazni masih tidak puas hati.Dia tetap nakkan Julia sebagai menantunya.

Aidil dan Adella hanya mampu jadi pendengar.Tak berani nak mencelah.Nanti silap menyampuk,mahu di marahi Dato Rais.Baba kalau dah marah memang susah nak sejuk.Sebab tu mereka berdua jarang dimarahi nya.

"Aisyah isteri Adam,mummy.Dah banyak dosa Adam pada dia.Adam abaikan hak dia sebagai isteri.Adam tak pernah sentuh dia."lirih suara Adam mengaku.

"Ya Allah.Kenapa Adam buat Aisyah macam tu.Apa salah Aisyah.Mana tanggungjawab Adam sebagai seorang suami.Baba tak tahu pula sampai ke tahap tu.Kalau baba tahu Adam siakan Aisyah baik Adam tak payah kahwin dengan dia.Baba ingat Adam dah berubah tapi baba tak sangka Adam aniaya Aisyah."Dato Rais kecewa.Terduduk dia di sofa sambil menggeleng kepala.Terbit rasa bersalah pada arwah Haji Hamid.

"Adam menyesal baba.Adam nak cari Aisyah.Adam nak tebus balik segala salah silap Adam pada dia.."Adam sedikit teresak.Menyesali atas perbuatannya.

"Mummy nak Adam ceraikan perempuan tu!'jerit Datin Mazni.Bergema seluruh genap ruang tamu bawah.Bibik di dapur semua menikus ketakutan.Mana taknya kalau Datin Mazni mengamuk kalah singa kelaparan.

"Astaghfirullahalazim Maz.Bawak mengucap!Tak baik runtuhkan masjid Allah.Allah murka pada orang yang runtuhkan rumahtangga orang lain."

"Mummy tak suka perempuan tu.Dia tak setaraf dengan kita!"jeritnya lagi.Adella segera bertindak menenangkan Datin Mazni.Dia menggosok belakang mummy nya supaya bersabar.

"Baguslah mummy cakap tu.Suruh Adam ceraikan Aisyah.Baik.Aidil yang akan kahwin dengan Aisyah."Tiba-tiba Aidil pula bersuara.Semua mata terbeliak dan terarah kepada nya.Mana tak terkejut tiba-tiba saja Aidil mengaku sesuatu.

"Apa Aidil cakap ni!?"Datin Mazni yang baru nak bertenang.Naik angin semula.

"Aidil akan jaga Aisyah.Untuk pengetahuan semua.Aidil dah lama kenal Aisyah masa belajar sama dulu.Masa tu kami masih muda lagi jadi Aisyah menolak.Tapi sekarang Aidil rasa masa yang sesuai untuk Aidil ambil balik hak Aidil."

"Hak apa Aidil?Aisyah tu kakak ipar kamu.Isteri abang kamu, Adam.Kamu jangan macam-macam."Dato Rais pula naik marah.Tak pernah dia marahkan Aidil selama ini.Tiba-tiba pula si Aidil ni masuk campur.Malah makin mengerohkan keadaan yang sedia kusut ni.Dahinya di picit.Makin berserabut dengan perangai isteri serta anak beranak.

"Baba ingat lagi tak masa tu.Aidil ada bagitahu nak kenal kan dengan seseorang.Tapi baba dan mummy menolak.Aidil kecewa sangat masa tu.Sebab tu juga Aidil bawak diri ke Australia.Pada hal hati Aidil dekat sini.Dekat Aisyah."luah Aidil apa yang terpendam selama beberapa tahun.

Memang betul masa tu Aidil ada nak kenalkan mereka dengan seseorang.Tetapi Dato Rais menolak kerana mahu Aidil habiskan pengajiannya dahulu.Dia tak mahu anaknya belajar separuh jalan.Biar ada kerjaya dulu baru lah bercinta.

"Maafkan aku,Adam.Kalau kau tak ada perasaan pada Aisyah,aku minta lepaskan dia dengan elok.Biar aku yang jaga dia.Dia perempuan yang baik."

Adam dah buntu.Aidil dan Aisyah ada hubungan sebelum ni.Kenapa dia tak tahu.

"NO!Mummy tak akan benarkan Aidil mahu pun Adam bawak balik perempuan tu sebagai menantu mummy!Mummy tak akan terima dia!"jerit Datin Mazni seperti naik hantu.
Geram pula dia bila Aidil masuk campur.Malah merumitkan lagi keadaan.Dia dah hampir berjaya singkir kan Aisyah keluar dari hidup Adam.Kini Aidil pula ada hati nak kahwin dengan perempuan tu.Memang dia tak akan benarkan!

Kenapa semua orang suka sangat pada Aisyah.Apa yang lebihnya Aisyah.Mula suaminya,lepas tu Adam sekarang Aidil pula.Lepas ni ntah sapa-sapa lagi.Darjah kebencian nya semakin mencanak tinggi.Rasa nak humban saja Aisyah ke laut biar dimakan dek ikan jerung. Semakin menambahkan kebencian lagi ada lah.Ingat kan dah berambus senang lah rancangan dia.Tapi makin terbelit kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience