Rate

Bab 1 My lovely Secret Wife

Romance Completed 278225

Anis Umairah Muhaimin, seorang gadis berkaca mata tebal yang selalu bertenggek di hidungnya yang mancung. Berumur 17 tahun dan bersekolah di sekolah swasta Sekolah Menengah Uthman (SMU) dan kerap berada di perpustakaan untuk membaca buku dan menghabiskan masanya yang kosong disana.

Jika pelajar-pelajar seusianya suka berdandan dan memegang handphone yang modern, dia lebih suka terlihat natural dan seadanya. Anis Umairah hanya mempunyai handphone sekadarnya yang hanya boleh digunakan untuk menerima telefon atau pesanan ringkas. Jika rakan-rakannya suka memakai baju yang lebih menonjol, berbeza dengan Anis Umairah suka memakai pakaian yang lebih tertutup dan labuh. Tidak ada yang istimewa dari sosok Anis Umairah kecuali selain otak yang bijak dan cair.

"Anis, ke pejabat guru sekarang ya? Cikgu Farah panggil."

Anis langsung mendongak dan mengalihkan pandangannya dari buku sejarah yang ada didepannya. Suara pengawas perpustakaan memanggilnya membuatnya harus pergi. Dengan cepat, dia menuju ke meja petugas agar buku yang dibacanya boleh dipinjam dan dibawanya pulang kerumah.

Anis bersiap untuk keluar dari perpustakaan tersebut, mencapai beg galasnya yang ada diatas meja.

"Jangan lama-lama, nanti Cikgu Farah marah."

"Memangnya Cikgu Farah panggil untuk apa ya?" Tanya Anis pelan.

"Mana la aku tau anis, tanya aku pulak? Pegi la jumpa orangnya." Jawab Soleh pengawas perpustakaan tersebut sambil mencatat buku yang Anis pinjam.

"Okay, Anis pergi dulu." Anis terus keluar dari perpustakaan berjalan menuju ke pejabat guru yang dimaksudkan.

Pejabat guru berada jauh dari perpustakaan, jadi ia akan memakan waktu untuk sampai kesana. Anis adalah seorang pelajar yang bijak dalam semua mata pelajaran kecuali subject sukan. Anis jarang mendapat nilai A dalam subject tersebut, selalunya Anis akan mendapat nilai C, sekadar lulus sahaja. Setelah sampai dipejabat guru, Anis mengetuk pintu dan menuju ke meja Cikgu Farah. Cikgu Farah adalah guru subject sukan disekolah Anis.

"Cikgu Farah panggil Anis ke? Ada boleh Anis bantu?"

"Oh eya Anis, Cikgu nak anis bantu Cikgu hantar barang-barang ni dekat bilik sukan ye." Arah Cikgu Farah pada Anis.

"Baik Cikgu." Sambil mengambil perkakas sukan tersebut.

Okay, lepas tu kamu terus masuk kelas ye. Tak lama lagi pelajaran pertama akan mula."

"Baik Cikgu, Anis pergi dulu." Anis tersenyum lalu pergi meninggalkan ruang guru dan menuju bilik sukan. Setelah selesai menghantar peralatan sukan, Anis terus bergegas untuk kembali ke kelasnya.

Tiba-tiba matanya terlihat sebuah kereta merah yang memasuki perkarangan halaman sekolah. Warnanya yang menonjol membuat siapa pun yang ada di perkarangan sekolah tersebut akan ikut melihat.

Teriakan histeria dari murid-murid perempuan yang berkumpul ditepi perkarangan sekolah langsung terdengar saat pintu kereta merah tersebut terbuka. Terlihat seorang lelaki membuka pintu, lalu turun dengan perlahan. Matanya menatap tajam halaman sekolah, lalu menutup pintu kereta. Dia berjalan memutari keretanya lalu membuka pintu sebelah pemandu, lalu duduk disana seperti menunggu seseorang.

Teriakan pelajar makin kencang, saat melihat lelaki tersebut keluar dari keretanya dan berjalan ke perkarangan sekolah. Beberapa pelajar saling senggol menyenggol lengan sambil tersenyum malu-malu. Namun langkah lelaki itu terhenti saat melihat Anis yang tidak memperdulikan keberadaaannya.

"Eh, kamu!" Teriak lelaki itu pada Anis yang makin menjauh. "Oi, kamu yang bercermin mata tebal!"

Langkah Anis terhenti saat merasa dirinya sahaja yang memakai cermin mata tebal saat itu. Lalu Anis menunjuk dirinya menggunakan jarinya pada dirinya sendiri.

"Eya, kamu sini!"

Anis mendekat dan membetulkan letak cermin matanya yang melorot.

"Iya encik, ada boleh saya bantu?" Tanya Anis pelan.

"Boleh tunjukkan dimana letak pejabat pengetua sekolah?" Sahutnya sambil mengambil fail-fail yang ada didalam keretanya.

"Oh iya, pejabat pengetua sekolah ada di sebelah sana." Anis menunjuk sebuah bangunan pejabat, yang baru sahaja Anis kunjungi.

Lelaki itu melirik name card dan menyebut dalam hatinya "Anis Umairah". Lelaki itu melihat penampilan Anis yang sederhana dari atas sampai ke bawah. Sebuah buku sejarah yang ada ditangannya, menandakan dia memang seorang kutu buku.

"Okay kamu boleh pergi." Katanya sambil berjalan menuju kearah pejabat yang dimaksudkan.

"Handsome tapi sombong, minta tolong tapi ucap terima kasih pun kedekut." Ucap Anis yang masih dapat didengar oleh lelaki itu.

Lelaki itu berbalik ingin melanggar Anis tapi sayang, Anis sudah pergi yang menyisakan dendam dihati lelaki tersebut.

"Awas saja kamu, dasar cupu!" Lelaki itu menahan kesal, lalu berjalan cepat ke pejabat , tak ingin membuang masa.

Encik Burhan, pengetua sekolah langsung mempersilakan lelaki itu masuk saat terdengar pintu diketuk.

"Selamat pagi Cikgu, saya Adib Umair yang akan bertugas di Sekolah ini."

"Silahkan duduk, Cikgu Adib Umair. Terima kasih kerana melapor diri lebih awal dan memilih mengajar di tempat ini." Encik Burhan menghulurkan tangan yang disambut Adib dengan sopan.

"Sama-sama cikgu. Jadi, bila saya boleh start mengajar?" Tanya Adib sopan.

"Kalau esok macam mana? Kebetulan disini kekurangan guru mata pelajaran matematik." Jawab Cikgu Burhan pada Adib.

Adib Umair tersenyum.

"Baik, tidak masalah. Esok saya akan datang semula."

Pembicaraan berlanjut, Encik Burhan menceritakan selok belok keadaan sekolah sampai saat ini. Sementara Adib mendengarnya dengan jelas dan teliti, tak ingin ketinggalan satu berita pun.

"Ohya Cikgu, tadi saya bertemu dengan Anis Umairah. Dia tingkatan berapa?"

"Oh Anis Umairah pelajar tingkatan 5 sains, dia pelajar terbaik disekolah ini. Selalu mendapat ranking 1 dalam semua mata pelajaran. Satu-satunya murid yang masuk ke sekolah ini melalui program biasiswa. Dia dapat masuk sekolah ini pun kerana dapat biasiswa penuh dari yayasan." Terang Cikgu Burhan dengan detail.

"Menarik." Senyuman tersungging menghiasi wajah Adib.

Setelah selesai melapor diri dan meneliti penerangan pengetua, Adib Umair pun segera keluar dari pejabat pengetua setelah menyerahkan fail yang tebal kepada Cikgu Burhan.

Adib keluar dari pejabat guru semasa bell loceng rehat berbunyi. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas masing-masing menuju kantin sekolah yang disediakan.

Adib Umair menuju ke kereta dengan berwibawa yang menjadi tatapan kagum dari murid-murid perempuan disitu.

Anis tidak memperdulikan keberadaan Adib, ia hanya sibuk membaca buku yang sentiasa menjadi temannya.

Hari itu Anis balik kerumah seperti biasa, dia akan balik kerumahnya dengan menggunakan bas sekolah.
Tidak seperti murid-murid yang lain, ada yang menunggang motosikal atau dijemput oleh drebar peribadi.

Malam itu, Umi dan Abah Anis membawa Anis Umairah ke butik untuk membeli pakaian yang mewah. Anis merasa pelik, selalunya mereka akan ke butik membeli pakaian sekiranya ingin menghadiri majlis rasmi, jamuan makan atau menyambut hari raya.

"Umi, kita beli baju untuk apa?"

"Anis ikut jer cakap Umi ye, jangan banyak tanya. Ini untuk kebaikan Anis juga." Jawab Umi sambil tersenyum manis.

Anis mengerutkan keningnya.

"Biarlah." Batinnya berbisik.

Adib Umair Al-Baihaqi, seorang guru baru yang mengajar disekolah swasta Sekolah Menengah Uthman (SMU) dan mempunyai karakter bersahaja. Berpewatakan tegas dan ramah, menjadi idola pelajar-pelajar dan guru wanita disekolah tersebut. Telah dijodohkan oleh kedua orang tuanya dengan pelajarnya sendiri tanpa pengetahuan mereka berdua. Anis Umairah Muhaimin, seorang pelajar nerd yang bersekolah disekolah swasta Sekolah Menengah Uthman (SMU) disebabkan biasiswa. Bukan pelajar popular kerana lebih suka menyendiri, daripada berkumpul dengan teman-temannya. Bagaimana rencana perjodohan ini, adakah Adib Umair akan menerima Anis Umairah sebagai calon isterinya atau akan menentang habis-habisan? Jom kita semak sama-sama.

Share this novel

mia kadir
2022-10-10 12:00:42 

saya yang salin, anak saya baru umur 10 tahun. maaf ya. ibunya yang salin.

mia kadir
2022-10-10 11:55:04 

irhamwafiq tu nama ank saya, email guna nama anak

Che Da(Ayunifalin)
2022-09-27 16:43:06 

novel ini karya Irham Wafiq atau miakadir? bikin keliru


NovelPlus Premium

The best ads free experience