Bab 1

Romance Completed 53837

"Hidup ini ibarat sebuah jam yang sedang berdetik..Tatkala ia berhenti berdetik.. maka berakhirlah hidup seseorang insan di muka bumi ini. Tapi , Jika kita bernasib baik.. Hidup mesti diteruskan walaupun masih diberi peluang kedua. Gunakanlah sebaik mungkin.. Jangan pernah engkau sia-siakan nya."

Munirah Safiyah.. Siapa tak kenal.. orangnya sangat pintar dan bijaksana. Sekali namanya disebut.. Semua Mata terus memandang.. Otaknya yg bergeliga mengalahkan guru.. Fikiran yg laju sepantas kilat. Segala fakta dikeluarkan ianya akan membangkang. Walaupun begitu ia juga mempunyai hati kecil seorang remaja.. Memendam beribu Kasih sayang.. Tiada yg pernah memahaminya. Akal yg tinggi tak semestinya Hati di Sayangi. Begitu sukar untuk Irah tempuh semua ini.. Hidupnya seakan dipaksa walaupun tidak mahu. Bukan pilihan tetapi "paksaan manusia" semata-mata hendak mendapat darjat yg tinggi. Dunia ini ibarat cermin yg melihatkan semua kemewahan hidup manusia. Pelbagai watakan yg dapat kita lihat melalui semua jenis sifat manusia.. Sukar untuk ditafsirkan. syaitan yg bertopengkan manusia juga semakin menular dengan luasnya. Bukan disebabkan pengaruh manusia lain .. Tapi , Disebabkan hati yg busuk kian merebak tanpa apa penawarnya. Penawarnya hanya satu sahaja.. tidak memerlukan kajian sains dan kiraan2 matematik yang memeningkan kepala.. Manusia zaman era globalisasi ini .. sibuk mencari penawar yang tidak pernah wujudnya..Masing2 ini mendapat nama di peringkat dunia.. Penawar sekian lamanya telah wujud tidak pernah dikaji.. Allah Swt akan menarik balik kenikmatan yg diberi kepada orang2 yg selalu sombong Dan takbur kepada-Nya. Aku hanya insan biasa.. memerlukan secebis Kasih sayang di hati.. Ya hati kecilku ini... Menaruh segala simpati kepada semua manusia. mengapa.. mengapa harus aku...

Irah cepat makan ni sayang, Nanti lambat ke sekolah.. Kedengaran suara umi Sudah memenuhi ruang dapur. Baik umi.. Sahutku seperti hari2 biasa. Aku menutup diari kesayangannya ku dengan sehelai bulu ayam buatan manusia sebagai tanda buku.. Harini bermulanya segala permulaan yg baharu. Aku sudah menjadi pelajar kelas atas dan yang paling senior di dalam sekolah. Seperti pelajar sekolah yg lain. Asalkan tingkatan 5 mesti senior yg paling tinggi. Belum masuk U lagi, tak pasal2 kena pijak kepala dengan Budak2 degree.. hahaha itulah bahasa yg selalu aku guna bila Ada rakan2ku yg bajet senior . Umi, Selamat pagi.. Tegur Irah sambil bersalaman dengan uminya Puan Ruziah. Selamat pagi sayang.. Irah bersedia harini? Tanya Puan Ruziah dekat Irah. yeaaa. bersedia kot. Irah macam mana pun OK. Asalkan tak Ada paksaan jaa. Jawab Irah seakan memerli uminya. Owhh, baiklah kalau macam tu.. Irah makan dulu yaa. umi nak pergi kejutkan adik kamu tuu, belum bangun agaknya.. Kata Puan Ruziah lalu pergi dari meja makan itu.. Kalau Mikhail cepat jaa nak kejutkan.. Kalau aku belum tentu kejutkan. Tak pergi sekolah pon tak apa.. Alasannya.." Kamu tu dah pandai lainlah Si Mikhail ni perlukan bimbingan guru".. erggghh. membebel Irah sambil makan kuih karipap buatan uminya itu. Cepatlah Mikhail.. Aku dah lambat lahhh. Marah Irah selepas berjam lamanya menunggu Mikhail untuk pergi sekolah sekali. Bertuah Irah kerana lahir pada bulan januari.. dia mempunyai lesen motor untuk pergi ke sekolah sendiri. Ya lah.. aku datang ni.. Tak sabar betul.. Marah Mikhail sambil dimulutnya ada roti telur. Kau makan dulu Mikhail.. Pengotor betul. Nanti habis Kotor baju aku. Tambah Irah lagi. Mikhail Syamir merupakan satu-satunya adik bongsu Irah . Mereka hanya dua-beradik sahaja. Dia berumur 15 tahun..Tapi, ibaratkan seperti kucing Dan anjing. selalu bergaduh sesama sendiri tanpa mengira hadnya. Kau ni.. ada2 sajalah. semua tak kena. Dah arr cepatlah jalan.. nanti dua2 lewat padan muka. Arah Mikhail pula Selepas melihat Irah sibuk memerhatikannya. Erghh. sabar jalah ada adik macam kau. menyakitkan hati betul. Irah tanpa berfikir panjang ia pun memulas minyak dengan lajunya. Wehh gila ke haaa. kau nak Mati ke haa. Tak pasal dua-dua masuk kubur 1 liang lahad kang. tempir Mikhail dengan kuatnya. Hahaha. chill haa weii. Ni Irah lah. broommm. Semakin kuat minyak dipulasnya. Kelihatan laju saja motosikal jenama nouvo itu pecut.

Broomm.broom.. Fuhh sampai jugak akhirnya.. kata Irah dengan gembira. Oppp!!! Berhenti.. sila matikan enjin motosikal anda dan sila parking di tepi pagar . Arah Iqbal merupakan penolong ketua pengawas di sekolah mereka. Wehh , Qebal.. aku lambat .. 3 minit ja wehhh. Janganlah tulis nama aku.. Kata Irah selepas melihat jam di tangannya menunjukkan pukul 7.48 a.m. Alah Iqbal. come on lah.. takkan kau nak berkira kott. Kau bukan tak tahu Irah ni.. selagi kau tak lepas dia, selagi tulah kau kena layan dia. Menyampuk Mikhail di belakang Irah. Haahh, betul tu Qebal.. please. Kali ni jaa. Nanti aku.. haa aku lanjee kau makan... Please! Merayu Irah lagi.. Ishh yalah2. berasuah pula.. Kali ja tau. lepas ni jangan harap aku lepaskan korang berdua. Balas Iqbal selambernya. Yeahhh. Thanks Bro.. Mikhail parking moto Ni ahh. Aku masuk dulu.. Dah lewat ni. Kata Irah dekat Mikhail sebelum bergegas pergi ke Dewan. Weii weii. Aduh, bertuah punya kakak. Aku juga yg kena selalu. Munirah.. Munirah.. Brilliant girl. Kata Mikhail perlahan. Sejauh-jauh kebencian dia dengan Irah tetapi tertanam satu Kasih Sayang di dalam hatinya kerana Irahlah satunya kakak yg dia ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience