BAB 3

Drama Completed 291

Pada hari yang kunantikan itu, aku diperkenalkan dengan peserta projekbibliotherapy yang aku maksudkan.

Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang menjadi penghuni wad pediatrik.

Dalam ramai kanak-kanak yang menjadi peserta projek, aku mengenali seorang kanak-kanak perempuan.

Namanya Lishanti dan dia berumur lima tahun.

Kasihan sungguh aku melihat dia yang sedang bertarung dengan penyakit kanser yang dihidapinya.

Kesan kemoterapi yang dijalaninya membuatkannya botak dan lebih kurang sama dengan penghuni wad pediatrik itu — lemah dan tidak bermaya.

Apa yang menyebabkan aku tertarik untuk mengenali Lishanti ialah personalitinya yang senantiasa ceria, terutamanya dalam sesi bibliotherapy kendalianku.

Orang yang baru mengenalinya pasti terhibur dengan keletahnya sehingga terlupa bahawa dia pernah berjuang antara hidup dan mati suatu ketika dahulu.

Dengan pendekatan sebegitu, aku dan pustakawan lain yang terlibat mengharapkan agar penderitaan dan kesakitan yang mereka alami sedikit sebanyak berkurang.

Itulah tekadku dalam menjayakan projek ini.

Pengalaman sewaktu bersama Lishanti dan kanak-kanak yang lain memang menyeronokkkan dengan keletah mereka yang sentiasa menghiburkan.

Akan tetapi, tingkahlaku Lishanti membuatkan aku hairan.

Sikapnya tidak seperti yang digambarkan oleh Doktor Lam, pakar yang menyelianya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience