BBL - 1

Romance Completed 25438

Bukan Bunga Larangan

Engkau bukanlah bunga larangan,
Kerana itu aku mengintaimu,
Engkau bukanlah bunga larangan,
Kerana itu aku mendekatimu,
Engkau bukanlah bunga larangan,
Kerana itu aku menaburkan cintaku,
Engkau bukanlah bunga larangan,
Kerana itu aku menyuntingmu,
Biar beribu kumbang yang mengintaimu,
Akan aku pertahankan cintaku kepadamu,
Agar cinta kita bersatu,
Dan akan aku jadikanmu bunga yang terlarang,
Keranamu adalah milikku selamanya….

~ Luth Anaqi & Naura Mikayla bersatu kerana cinta…


Bab 1

Naura perhatikan sekeliling sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi yang agak jauh dari keriuhan majlis ini. Terasa bingit telinganya apabila muzik yang terlalu kuat menjadi latar belakang majlis ini.

Mata memerhati tetamu yang hadir ke majlis ini yang terdiri dari golongan muda seperti dirinya.
Hanya berbeza dari segi pemakaian saja. Majlis ini merupakan majlis sambutan hari jadi anak kepada tuan rumah banglo ini iaitu Sandra. Tuan rumah adalah golongan orang kaya dan ternama. Jadi tidak hairanlah majlis ini di buat secara besar dan sangat meriah tetapi tersangatlah sosial.

Majlis ini berlangsung meriah. Tetapi ada beberapa perkara yang tidak menyenangkan pada pandangan mata Naura. Ada sesetangah tetamu bersentuhan antara satu sama lain. Berpelukan antara lelaki dan perempuan. Ada yang menari mengikut irama muzik yang di dendangkan. Muzik yang rancak.
Dah rasa macam duduk di luar negara pula! Kelakuan mereka itu tanpa segan silu seperti tiada pegangan agama. Dah tak tahu halal dan haram. Huh!

Naura alihkan matanya dari melihat perkara-perkara begitu. Walaupun begitu matanya sesekali mengerling melihat tingkah laku tunangnya yang juga turut berdiri di dalam kelompok mereka di sana. Tunangnya itu juga tidak segan silu untuk menyentuh dan merangkul pinggang beberapa kenalan perempuannya.

Perempuan ok!

Cemburu?

Oh! Tidak!

Kolot?

Pun tidak!

Perasaan cemburu tidak hadir dalam hati Naura ketika ini. Yang ada hanya perasaan kesal dan terkilan kerana tunangnya sendiri langsung tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Sesuka hati ingin bersentuhan. Ini yang Naura sendiri nampak pada pandangan umum dan dalam majlis khalayak ramai.

Bagaimana pula perangai tunangnya itu di belakangnya?

Hal itu yang Naura fikirkan sejak tali pertunangan mereka bersatu. Ketika itulah sikap buruk tunangnya itu tersingkap satu demi satu. Bukan dia mencari keburukan bakal suaminya itu kerana dia tahu setiap manusia tidak sempurna dan tiada sesiapa pun yang sempurna!

Keluhan terbit dari sela bibir Naura.

Pandangannya berada tepat pada tunangnya Hakim yang sedang berbual rancak dengan kawan-kawannya tanpa mempedulikan tentang dirinya ini yang duduk keseorangan di dalam majlis yang tidak kena pada jiwanya. Dia sendiri tidak kenal dengan sesiapa pun dalam majlis ini.

Kehadirannya di sini kerana Hakim yang beria mengajaknya untuk menemani ke majlis ini, tetapi alih-alih dirinya di tinggalkan begini saja. Keseorangan! Huh!

Pandai-pandai bawa diri setelah bersalaman dengan pemilik rumah banglo ini tadi. Oleh kerana itu, Naura membawa diri dan duduk di kerusi ini tanpa di temani sesiapa pun. Hanya memerhati gelagat tetamu yang datang.

Majlis sangat meriah dengan golongan muda-mudi yang bergelak ketawa di sana sini. Lelaki dan perempuan bersentuhan dan berpelukan seperti negara barat. Budaya barat yang terbawa-bawa sehingga mempengaruhi budaya negara kita.

Andai bukan Islam tidak menjadi masalah, tetapi tetamu majlis ini kebanyakannya yang beragama Islam kerana melalui nama yang di perkenalkan oleh Hakim tadi.

Bosan sudah menguasai diri.

Naura pandang pada meja yang terhidang makanan secara bufet itu. Makanan yang terhidang pun tidak membangkitkan seleranya. Naura hanya mengambil segelas air oren saja untuk menjadi penemannya kala ini. Menghilangkan tekak yang haus.

Air oren di teguk sesekali. Hati berkira-kira untuk balik. Malas untuk berada di majlis seperti ini. Bukan dirinya kolot tetapi ini bukan dunia Naura. Bukan gaya hidupnya begini.

Naura keluarkan telefon miliknya dari beg silang di sisinya. Naura mahu memesan perkhidmatan grab untuk pulang. Dia tahu kalau dia mengajak Hakim pulang, pasti lelaki itu tidak akan menurutinya dan akan membantah nanti. Nampak Hakim begitu seronok dalam majlis ini. Naura tidak mahu mengganggu Hakim yang nampak sangat seronok melayan kawan-kawannya.

Selesai saja memesan grab car dan menutup aplikasi itu, Naura meneguk air oren yang masih lagi bersisa sebelum dia bangun dari kerusi ini. Dia ingin berjalan keluar dari kawasan rumah ini sendirian. Dia akan memaklumkan kepada Hakim apabila dia dalam perjalan pulang nanti. Kalau dia memberitahu sekarang pun, bimbang akan membuat mood Hakim berubah. Dia kenal Hakim yang mempunyai sikap baran itu.

“Hai…sorang je?”

Tegur seorang lelaki kepada Naura.

Naura berkalih apabila ada satu suara lelaki yang datang menegurnya. Tanpa sempat membalas lelaki tadi terus menarik kerusi di depan Naura dan duduk tanpa meminta izin. Naura hanya perhatikan saja lelaki itu yang sudah pun duduk di depannya. Naura tak jadi untuk bangun apabila lelaki tadi seperti ingin berbual dengannya. Kalau bangun, nanti di katakan biadap pula.

“Ops! Sorry! Lupa nak tanya tadi…Boleh saya duduk?”

Lelaki tadi tersengih. Sengaja memancing Naura untuk berbual.

“You dah duduk dah kan? So, please…”

Balas Naura dan tahu lelaki itu sengaja untuk berbual denganya.

“Okay! By the way I’m Afiq and you are Hakim’s fiance, right?”

Tebak lelaki yang bernama Afiq itu bersama senyuman terukir di bibirnya.

“Hrmm…Yup. Yes I am.”

Balas Naura singkat. Malas untuk melayani.

“So, kenapa you tak join dia orang kat sana tu? Kenapa duduk sini sorang-sorang?” Tanya Afiq lagi.

Dia ingin berbual dengan gadis yang berada di hadapanya ini. Dari tadi lagi dia melihat gadis ini duduk bersendirian tanpa teman. Dan dia kenal gadis ini sebentar tadi setelah Hakim memperkenalkan kepadanya ketika sampai di sini.

“Malas! Dah ramai sangat kat sana. Kat sini tak ada orang, jadi I pilih di sini je.”

Balas Naura. Lebih kepada kebenaran.

“Hrm… You mesti tak suka majlis macam ni kan?”

“Hrm… Lebih kurang la…”

Balas Naura dengan jujur. Memang itu kebenarannya. Dia tahu Afiq ingin berbual dengannya. Boleh la layan sekejap sementara tunggu kereta grab sampai.

“You tak makan ke? Banyak makanan atas meja kat sana tu....”

Afiq menoleh ke arah deretan makan yang terhidang dia tas meja sana.

“Tak… Cukup la dengan jus oren ni.”

Naura angkat gelas yang dah kosong itu.

“Hrm…kalau I boleh sakit perut dengan air oren tu…”

Afiq ketawa halus sambil sentuh perutnya.

“Itu you, tapi bukan I…”

“Ya…selalunya perempuan suka minum masam-masam macam ni… Nak kurus katanya.”

“Eh! Ye ke? Boleh kurus ke minum oren ni? Jus oren ni manis sebenarnya. Kalau kata nak kurus tu, silap la kot…Hrmm…”

Naura buat-buat berfikir sambil sentuh gelas oren yang kosong itu.

Mereka berdua ketawa bersama. Afiq pandai mengajak Naura berbual sesekali ada yang lucu dan membuatkan Naura dan Afiq ketawa. Hanya perbualan mengenai jus oren dan segala huraiannya sahaja membolehkan mereka nampak sangat mesra.

Hal ini mencuri perhatian Hakim yang tadinya ralit melayan kerenah beberapa orang perempuan di kelilingnya.

“Excuse me, gilrs. I’ve to go.”

Hakim terus saja meninggalkan kelompok itu dan berjalan ke arah kerusi yang Naura duduk bersama Afiq. Walaupun jauh kedudukan kerusi itu tetapi kemesraan mereka berdua telah menarik perhatian Hakim ketika ini. Panas!

Dari jauh dia nampak Naura dan Afiq bergelak ketawa bersama. Mudah saja gadis itu melepaskan tawanya pada orang lain. Tapi kalau dengan dirinya sendiri, Naura umpama kaku!

Seolah tiada perasaan. Sehingga sekarang Hakim masih belum berjaya tawan hati Naura yang sudah pun menjadi tunangannya itu. Dan sekarang hatinya sakit apabila melihat Naura dengan senang hati bergelak ketawa bersama Afiq. Senyum dan tawa Naura nampak ikhlas dan mereka nampak mesra!

“Sayang!”

Panggil Hakim dan merapati Naura yang rancak berbual dengan Afiq.

Kedua-duanya menoleh ke arah Hakim yang sudah pun berdiri di sebelah Afiq dan terus menarik kerusi untuk duduk. Mata Hakim menatap terus ke bola mata Naura. Naura yang tadinya tersenyum terus saja mati segala senyumannya apabila Hakim muncul di depan matanya.

Entah kenapa Naura tidak selesa dengan kehadiran Hakim. Senyuman di bibirnya terus mati.

“Rancak kau orang sembang. Sembang pasal apa? Boleh aku join?”

Soal Hakim sambil terangkat sebelah keningnya.

Soalannya lebih terarah pada Afiq. Dan Afiq faham sangat dengan sikap Hakim. Riak wajah Hakim juga sudah berubah.

“Saja berbual kosong je…”

“Huh? Berbual kosong sampai boleh bergelak ketawa? Biar betul kau Fiq?”

Terangkat kening Hakim apabila dia ajukan soalan itu pada Afiq. Dan menoleh pula pada Naura di hadapanya. Naura hanya diam dan tidak ada tanda-tanda untuk menjawab soalannya. Naura malas melayan sikap Hakim yang seperti mengongkong dirinya. Nak kongkong, tapi dirinya di biar sendirian tadi.

“Come on la, Hakim. Yang kau nak emo sangat kenapa? Tunang kau duduk sorang-sorang je kat sini. Jadi aku tolong temankan je…sementara kau sibuk dekat sana tadi.”

Sindir Afiq tenang.

Hakim tegakkan tubuhnya dari penyandar kerusi.

“Dia tunang aku!” Tegas nada Hakim berkata.

“Ya! Aku tahu dia tunang kau… Aku tak buat apa-apa pun dekat dia. Cuma borak kosong je. Yang kau nak melenting dah kenapa, Kim?”

Balas Afiq tak kalah tegasnya.

Naura hanya memerhati dua lelaki di hadapanya itu tanpa rasa untuk membela diri. Dan memang betul apa yang Afiq sampaikan. Mereka berdua hanya berbual kosong tanpa topik.

“Kim, kau dah bawa tunang kau masuk majlis ni dan kau biarkan dia sorang-sorang macam ni. Yang kau peluk perempuan sana, peluk perempuan sini. Yang tunang kau, kau biar je… Aku tak faham la kau ni Kim. Tunang punya la cun kau biar je. Hoi, kalau kau tak nak, kau bagi aku je. Aku tahu cara nak jaga dia dengan baik.”

Afiq berkata dengan nada tenang. Senyum sinis terbit di sudut bibirnya.

“Kau…..”

Belum sempat Hakim berkata habis, ada seorang perempuan datang duduk di atas riba Hakim. Tiba-tiba jer….

Naura terkejut. Afiq pula pandang dengan senyum senget di bibir.

Perempuan itu adalah Sandra. That Birthday girl!

“You….”

Sandra merangkul leher Hakim tanpa berasa ingin bangun pun dari riba Hakim dan sedikit merengek.

“Sandra, what are you doing? Please stand up!” Hakim seperti menolak tubuh Sandra yang berada di atas pahanya.

Raut wajah Hakim sedikit berubah apabila Hakim nampak Naura menatapnya.

“Sandra….”

Hakim cuba mengelak apabila Sandra membelai pipinya.

“Kim…please….tommorow night? Promise me?”

Sandra seperti menuntut janji pada Hakim.

Naura yang tadinya tenang dan sekarang sudah rasa ingin menangis. Beginikah sikap Hakim? Secara terang-terangan Hakim tunjukkan padanya. Di depan matanya pula! Hakim dah melampau ni!

Allah! Kuatkan hati ini!

Naura tahan api yang baru saja mula membakar. Dia tahu mungkin ini adalah kebenaran yang Allah ingin tunjukkan padanya.

Astaqfirullahalazim!

Naura berulang kali beristiqfar di dalam hati memujuk hati untuk bersabar. Bersabar lagi dan lagi!
Hakim pandang Naura dengan rasa bersalah. Dia tahu pasti Naura tidak suka dengan apa yang di lihatnya. Hakim masih mencuba mengelak dari Sandra.

“Sandra…Please stand up…. Okay I promise!”

Hakim cuba menabur janji pada Sandra agar Sandra cepat bangun dari ribaannya. Dia lebih pentingkan Naura ketika ini. Melihat dari air muka Naura yang berubah mendung, dia tahu pasti Naura terasa hati dengan sikapnya ini. Silap dirinya juga!

Naura meluat dengan aksi kucing gatal di depan mata terus menolak kerusi ke belakang dan bangun. Naura capai beg silangnya. Belum sempat melangkah, namanya di seru.

“Sayang! You nak pergi mana?”

Hakim terus saja menolak tubuh Sandra dan bangun untuk mengejar langkah Naura yang langsung tidak pedulikan panggilannya tadi.

Sandra pula sudah mencuka wajahnya kerana di tolak oleh Hakim begitu saja. Sakit hatinya apabila Hakim lebih mementingkan tunangnya itu.

“I nak balik, Hakim. Dah lewat sangat ni.”

Jawab Naura kepada Hakim apabila Hakim berjaya mengejarnya dan menghalang langkahnya.

“Naura, please… Masih awal lagi kan?”

Hakim mendekati Naura dan ingin menyentuh kedua belah bahu Naura tetapi Naura menepisnya.

“Hakim… I cakap, I nak balik! I tak minta you ikut balik dengan I. You boleh duduk kat sini tak nak balik pun tak pe, Hakim. I tak kisah pun!”

Naura berkata dan mula mengatur langkah.

Sandra tayang muka menyampah pada Naura sambil tangannya bergelayut manja di lengan Hakim.

Manakala Afiq ketawa sinis pada Hakim yang terkedu dengan balasan Naura. Sempat lagi Hakim menjeling ke arah Afiq.

“Habis tu you nak balik dengan siapa Naura? Kita datang sekali kan tadi.”

Hakim memintas langkah Naura setelah menolak perlahan tangan Sandra dan berdiri di hadapan Naura yang sedang laju melangkah meninggal tempat ini.

Naura terpaksa berhenti melangkah.

“Sayang…please…. Bagi I setengah jam je lagi. I tengah tunggu kawan I lagi sorang. Dia belum sampai lagi. Please sayang….” Hakim sedikit merayu.

Naura pandang Hakim di hadapannya. Tunangnya itu memang terlalu kacak. Tak hairanlah kalau dia menjadi rebutan gadis-gadis. Tapi dia tak hadap dengan ketampanan seorang lelaki bernama Hakim Naufal. Ketampanan seorang Hakim Naufal tidak berjaya membuat dirinya selesa dan selamat andai berdua dengan Hakim. Malah Hakim tidak pernah berjaya tawan hatinya sehingga kini.

“You boleh stay sini, Hakim. I tak suruh you ikut I balik pun!”

“Tapi..….”

Naura dah semakin malas melayan kerenah Hakim. Dia mengatur langkah dengan laju walaupun Hakim menghalangnya. Beberapa kali Hakim memaut lengannya tetapi Naura menepis. Naura tidak suka Hakim sentuh dirinya sesuka hati.

Kebetulan pula kereta grab yang di tempah sudah tiba di luar sana. Makin laju Naura mengatur langkahnya. Dalam hati dia ingin keluar dari tempat ini dengan segera. Dia ingin menangis sesungguhnya. Sakit hatinya saat tunang sendiri berlaku curang dengannya. Entah apa janji yang Hakim taburkan untuk Sandra sehingga perempuan itu menagih janji. Tuhan!

Naura melajukan langkahnya apabila dia nampak kereta grab di luar sana.

“Sayang!”

Hakim menarik lengan Naura. Naura terkejut lalu menepisnya.

“Eh! Lepaslah Hakim! I bukan macam perempuan-perempuan tu untuk you sentuh sesuka hati!”

Naura sudah hilang sabarnya apabila Hakim sesuka hati menyentuhnya walaupun sentuhan tadi hanya pada lengan bajunya. Perkara sedemikian tidak boleh di biar, pasti akan berulang lagi.

Hakim terkejut dengan sikap Naura yang bertukar menjadi kasar dan dingin. Hakim mengangkat kedua belah tangannya tanda tidak akan menyentuh lagi.

“Okey! Okey! I’m so sorry, sayang… Naura! Balik dengan I. Kejap I masuk jumpa dia orang kejap. Tunggu I, Naura!”

Hakim menahan pintu kereta dari di tarik oleh Naura.

“Hakim, please let me go!”

Naura berkata dengan nada sebal. Dia rimas! Dia rasa ingin meraung saja ketika ini!

Naura berkeras dan berjaya membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam perut kereta dan terus menekan butang kunci tanpa mempedulikan laungan namanya dari Hakim. Hakim menepuk cermin kereta tetapi sikit pun Naura tidak simpati. Hatinya panas!

Kereta grab itu mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah banglo itu apabila Naura meminta pemandu itu dengan segera meninggalkan tempat ini.

Naura menarik nafas lega. Berat keluhan yang terbit dari sela bibirnya. Kelopak matanya mulai panas di genangi air mata. Sekali Naura kelipkan mata air mata yang sudah memenuhi kelopak mata itu membasahi pipi mulusnya. Berkali-kali di kesat tetap basah pipinya kerana air matanya tidak mahu berhenti. Naura biarkan saja air matanya itu mengalir.

Sampai kering.

Pedih dan nyilu hatinya dirasakan saat ini. Kenapa harus jodohnya yang begini? Andai dapat dia memilih pilihan hidupnya, Hakim tidak akan pernah ada dalam senarai pilihan. Andai calonnya itu mencecah ke angka seribu, dia akan pastikan nama Hakim tidak akan tersenarai pun. Dan andai dalam dunia ini sudah pupusnya makhluk yang bernama lelaki, dia tidak akan pilih Hakim. Tidak!

Allah! Benarkah ini jodohnya….

Andai benar jodohnya, maka baik-baiklah rumahtangga yang bakal di bina nanti. Dan berharap Hakim akan berubah menjadi suami yang baik.

Andai dia bukan jodoh yang Engkau tetapkan, jauhkan dia dari hidupku ini.

Naura berdoa di dalam hatinya sambil merintih hiba terkenangkan nasib diri yang tidak tahu hala tujunya lagi. Hanya berdoa dan berserah kepadaNya.

Keluhan terbit dari bibir Naura. Dia tenggelam dalam kesedihannya seketika sebelum tersedar lalu berulang kali beristiqfar. Dia harus redha dengan takdir yang telah Allah aturkan untuk dirinya. Tak perlu menyalahkan takdir yang telah tertulis.

Tidak henti lidahnya beristiqfar dan air mata yang tadinya laju membasahi pipi kini sudah beransur kering dalam kelopak matanya. Naura mengesat pipinya sehingga kering.

Hati yang tadinya seperti ribut kini beralun tenang setelah dia kembali mengingati Allah.

Subhanallah!

Kita hanya mampu merancang, yang menentukan hanya Allah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience