Bas Dari Neraka

Horror & Thriller Series 22056

Pandangan kosong aku merenung kedai kedai di depanku yang masih tutup kerana jam baru menginjak enam pagi. Kebanyakkan kedai di sini dibuka pukul lapan ,dan ditutup seawal pukul sembilan setengah,almaklumlah,tempat ini tempat panas. Selalu terjadi kes rompak dan curi.Pasti susah mahu cari makan,adalah sesetengah kedai yang tutup lambat,tapi itulah,tidak pula orang ramai pergi ke kedai itu.
Biasalah,manusia. Kalau ada,tak dihargai,bila hilang barulah tercari-cari.

Suasana di stesen bas ini juga lengang. Ibarat pekan dilanggar garuda,ibarat bilik darjah anak anak yang baru dilanda amarah guru besar.

Entah apa yang aku cari pagi pagi begini. Bukan rasa sejuk ini,bukan rasa sunyi ini.

Aku mencari semula apa yang aku hilang pada hari keramat itu. Apa yang aku hilang?

Aku hilang fikiran warasku dan ketenanganku.

Masih ingat kisah pembaiki kasut itu? Aku hanya tersentuh meja di mana kasut kasutnya disusun tempoh hari dan aku dapat tahu pengalaman yang paling ditakutinya. Ingat tentang kisah Aliya terjumpa makhluk lengkap berkaki dan bertangan tetapi tidak seperti manusia biasa?Aku terpegang tangannya tempoh hari.

Begitu juga dengan orang lain,semua tempat yang aku sentuh,semua orang yang aku terlanggar,kisah yang paling ditakuti mereka terus bergerak masuk ke dalam otak aku. Pada mulanya aku takut,sangat takut,kerana apa yang mereka paling takuti,segalanya,setiap perincian,setiap perasaan mereka masuk ke dalam sel sel otak aku dan aku merasakan perkara sama yang mereka rasa.

Bahkan aku perlu menanggung trauma yang lebih banyak kerana aku sentuh ramai orang. Dalam otak aku,beratus ratus fobia menggunung dan menunggu masa untuk aku jadi gila.

Dan ini semua kerana kejadian itu,bas sial itu.
Hari itu,kaki aku melangkah laju mengejar rakan rakanku yang telah pergi terlebih dahulu meninggalkan aku yang lambat bersiap kerana tudung aku buat hal pada malam itu.

Tudung tak guna!

Aku tidak bisa salahkan mereka,kelas akan bermula tiga puluh minit lagi,kalau mereka menunggu aku,pasti mereka bakal telat juga.

Aku benci kelas malam,aku lebih rela bangun awal pagi daripada perlu menghadiri kelas selepas pukul 7 petang.

Lebih kurang dua ratus langkah berlari,kaki aku sampai di deretan kedai di depan kampus,kedai kedai semua telah ditutup,aku hairan.Jam baru menunjukkan pukul 7.30 malam. Kenapa kedai kedai ini semua tidak beroperasi?

Stesen bas lengang.

Sahlah rakan rakanku telah pergi meninggalkan aku terlebih dahulu. Biasanya jika pelajar degree tidak bercuti,stesen bas ini sentiasa penuh,namun sekarang mereka sedang bercuti,mungkin kerana itu ia lengang.
Aku duduk di kerusi panjang di bawah bumbung stesen bas itu. Kegelapan menyelubungi kerana lampu di atas kepalaku malap.Terlalu malap jika kau tanya aku.

Yang kedengaran hanya bunyi angin deras yang membawa kesejukan menyentuh bahagian kulitku yang terdedah. Paling menghairankan ialah tiada bunyi lain. Tiada lansung.

Bahkan pakcik pegawai keselamatan di pondok keselamatan pun tidak kelihatan. Bahagian dalam pipiku digigit resah.

Telefon di dalam kocek dicapai untuk menelefon rakan rakan yang tergamak meninggalkan aku. Namun,hampa. Talian tiada.

Bar di sisi atas telefonku tiada lansung,menandakan yang aku tidak mampu berhubung dengan sesiapa pun pada waktu ini.

Pelik.

Sudah berapa lama aku mengambil bas di sini,hari hari. Tidak pernah pula sampai tiada lansung talian.

Aku menghentak hentak kaki perlahan,tabiat aku bila aku takut dan gementar. Tidak mampu dibuang walau betapa susahnya aku mencuba. Pernah sekali aku bergaduh dengan rakanku kerana tidak sengaja menghentak kaki begitu di dalam dewan peperiksaan sehingga dia tidak mampu berfikir.

Saat itu,kedengaran bunyi bas dari hujung jalan.Kuat benar bunyinya,tidak seperti selalunya. Barangkali perlu dihantar servis.

Sabaik ia berhenti didepanku,bunyi deruman enjinnya memenuhi suasana. Ibarat harimau yang menunggu mangsanya mendekatinya supaya ia boleh terus melompat dan menerkam mangsanya itu.

Ya,bas itu bertindak sama seperti harimau itu. Ia mahu memakan aku dan segala waras otak aku yang masih tersisa. Aku yang ibarat seekor arnab yang naif cepat cepat bangun dan masuk ke dalam bas yang penuh itu.
Ramai orang berdiri,dan ramai juga yang duduk. Otak aku ligat berfikir,daripada mana mereka ini naik?

Kampus lama ini ialah hentian pertama bas ini, jadi di mana orang orang ini naik?

Saat itu,aku tidak mahu membuat diriku lebih takut,lagipun,apa yang perlu ditakutkan? Apa sahaja yang menakutkan tentang bas yang hari hari aku naik untuk berulang alik ke kelas?

Apa saja yang menakutkan?

Aku berjalan hingga ke belakang bas dan duduk di kerusi kosong. Mereka yang lain langsung tidak menoleh memandang aku,perhatian mereka tertumpu ke hadapan. Mungkin masing masing sudah penat,menanti masa untuk pulang dan bertemu tilam yang dirindui.

Tidak lama selepas itu,bas bergerak meninggalkan stesen bas itu.

Mata aku katup rapat. Aku penat,sangat penat. Terlalu banyak tugasan aku perlu siapkan sebelum akhir bulan ini dan terlalu banyak kelas aku perlu hadiri. Belum bercakap tentang ujian dan kuiz lagi. Otak aku rasa berat,jikalau orang lain boleh melihat betapa beratnya otak aku,pasti kepalaku kelihatan berat sebelah.
Rasa mengantuk memnuhi fikiran sebelum kedengaran bunyi suara anak kecil di depanku.

“Cak!”

Mata aku terbuka sepantas kilat kerana terkejut.
Rupa rupanya suara anak kecil yang hanya mahu bermain.Rambutnya lurus panjang ke pinggang dan matanya kecil dengan senyum yang manis,menampakkan barisan giginya yang kecil.

“Hai adik,mana ibu awak?”Aku menyambut tangan kecilnya yang mahu memegang tanganku. Dia diam sahaja. Bas bergerak laju dan berhenti tiba tiba menyebabkannya mahu terjatuh ke belakang.
Mujur aku sempat menyambutnya sebelum terjatuh.

“Adik,meh duduk.Bas laju ni.” Aku menarik tangannya dan mengangkatnya duduk di atas ribaku.

Harap harap ibunya tidak memarahi aku kerana mengambil anaknya secara tiba tiba,aku hanya risau dia terjatuh jika dibiarkan berdiri.

Tawanya meladak ketika aku memeluknya dari belakang kerana merasa geli dan mengelus rambut lembutnya selepas itu.Tangannya yang kecil bermain main dengan tanganku yang lebih besar. Jari telunjuknya yang kecil dilalukan di atas garisan garisan tanganku,ibarat penilik nasib.

Setelah kuamati,rupanya budak ini anak salah seorang pelajar luar negara yang meneruskan pembelajaran master di university aku. Ibu dan ayahnya selalu membawanya naik bas ini setiap pagi kerana mereka boleh menghantar anak mereka di taska di university kami sebelum mereka pergi ke kelas.

Ibu bapanya selalu dicemburui aku kerana mereka begitu tabah.Membesarkan anak di luar negara,ketika masih belajar pula tu. Ketika itu baru aku teringat nama anak kecil mereka.

“Himawari?” Aku menyebut nama budak perempuan berdarah jepun itu. Dia berpaling dan tersenyum padaku. Benarlah namanya Himawari. Aku pernah berbual dengan ibu bapanya sebelum ini tentang dia.
Bila difikirkan semula,mengapa ibu dan ayahnya membawa dia naik bas malam ini? Taska telah ditutup pukul enam petang tadi.

Aku mengagak yang ibu bapanya tiba tiba perlu ke kampus kerana masih ada kerja perlu dilakukan di fakulti.Si kecil itu terus terusan bermain dengan tapak tanganku.

Dia melalukan tangannya dan menulis huruf ‘m’ dan ‘a’. Bijak juga dia ini rupanya. Kemudian dia menulis huruf. ‘t’ dan ‘i’.

Mati?

Aku tersentak.Himawari baru sahaja mengeja perkataan ‘mati’di atas tangan aku. Aku tertawa,dalam banyak banyak perkataan melayu,perkataan ini juga yang dibelajari olehnya. Boleh jadi juga ia cuma kebetulan,mustahil dia belajar perkataan itu sebelum perkataan perkataan lain.

“Kamu nak kakak mati ke,Himawari?” Aku bertanya dalam tawa,berjenaka.

Dia tersenyum dan mengangguk sekali,dengan wajah naif. Mataku terbeliak. Biar betul budak ni.

Dia kemudiannya turun dari ribaku dan hilang dalam gerombolan orang-orang yang berdiri dalam bas tersebut.

Liur aku telan dalam sunyi yang pekat itu,tiada bunyi orang berbual bual seperti selalunya. Tiada bunyi radio klasik yang selalu dipasang pemandu bas. Yang kedengaran hanyalah bunyi nafasku yang laju.
Aku memandang ke luar tingkap,hari sudah menjadi gelap,tiada lagi cahaya samar samar senja tadi. Jam menunjukkan pukul lapan malam. Ah,aku sudah lambat ke kelas!

Ini semua salah tudungku yang tidak mahu betul.
Aku mulai menyesal kerana naik bas ini, rasa tidak sedap hati memenuhi rengkung,seperti sesuatu yang buruk bakal terjadi.

Pada saat itu bas berhenti dengan secara tiba tiba lalu aku terjatuh di atas lantai. Aku mengaduh sakit kerana impak yang kuat ke atas tangan dan lututku.

Aduh,sakit dapat,malu pun dapat. Mukaku terasa panas kerana semua orang pasti sedang melihat ke arah aku sekarang.

Aku mendongak dan tidak disangkakan,tiada siapa pun sedang memandang aku. Mereka kekal merenung ke depan,tiada apa yang terjadi.

Aku menunduk semula,biar betul mereka tidak dengar aku jatuh.

Tangan aku saat itu terasa basah,aku memang kuat berpeluh ketika resah. Namun yang membasahi tanganku saat ini bukannya peluh.

Tetapi darah.

Darah yang amat banyak keluar dari bawah setiap kerusi di dalam bas itu, mebanjiri lantai di mana aku sedang melutut.

Aku menjerit sekuat kuat hati aku seperti orang gila dan terus berdiri,darah tadi mula membanjiri sehinggalah ia menutup kakiku hingga ke buku lali.

Bas tetap bergerak dan orang orang di depanku tidak menoleh walau seorang pun. Pemanduan pemandu bas itu menjadi tidak terkawal dan aku terjatuh semula di kerusi tempat aku duduk tadi.

Badan aku mengigil dan aku menutup mata rapat rapat. Darah ialah fobiaku nombor satu,aku akan buat apa sahaja supaya aku tidak perlu melihatnya.

Mustahil,mustahil. Ini semua musthail. Aku dah gila. Aku dah gila. Bau darah tadi semakin kuat dan sudah naik sampai ke betis.

“Tolong!! Darah!!”Aku menjerit tanpa mempedulikan lagi apa yang orang bakal cakap. Aku hanya mahu keluar dari bas ini,ini semua gila!

Aku bangun dari kerusi untuk keluar daripada bas itu namun saat itu, darah yang banyak turun membasahi aku dari bumbung bas tersebut. Badan aku basah dengan darah.

Pandangan aku kabur,kerana darah,dan kerana air mata. Aku menangis sekuat kuatnya, Tuhan sahaja tahu betapa takut aku saat itu.

Aku kuatkan diri berjalan ke depan walaupun bas bergerak dengan amat laju dan bergerak ke kiri ke kanan seperti orang gila yang mengendalikannya.

Tidak semena mena orang orang yang semuanya berdiri tegak tadi menarik aku supaya aku tidak bisa maju ke depan. Wajah mereka semua pucat tidak berdarah,dan mata mereka terbeliak merah. Marah yang aku ingin meninggalkan mereka.

Aku menjerit dan merentap tanganku,aku tidak peduli lagi tentang kesakitanku,aku hanya ingin lari dari sini.
Wajah wajah ini,ialah wajah wajah yang aku pernah lihat.Namun sudah lama tidak aku temui. Himawari juga begitu, sudah lama sebenarnya aku tidak melihat dia dan ibu bapanya.

Seperti budak itu tahu aku sedang berfikir tentangnya,dia muncul di depanku.

“CAK!”

Dia melompat dan bergayut di tengkukku membuatkan aku hilang imbangan dan terjatuh di atas lantai.

Kini, aku terbaring dengan darah membanjiri sepenuh badanku,yang kelihatan hanyalah wajahku. Pada waktu ini,mereka semua merenungku yang sudah di bawah lalu mereka membuka mulut, memuntahkan darah dari dalam badan mereka ke atas aku.

Tangan aku angkat untuk menutup muka dan darah yang banyak tersebut masih dengan banyak menghujani aku ibarat hos air yang dibuka laju.

Aku mula rasa pitam.

Dalam hatiku meminta tolong siapa sahaja yang bisa mendengar saat ini.

Detik itu,Allah mendengar doaku lalu bas tersebut terhenti sekali lagi dengan tiba tiba dan aku terlontar ke hadapan ,benar benar di sebelah tempat pemandu bas.

Aku toleh ke kanan aku dan betapa aku rasa seperti mahu pengsan kerana tiada siapa yang sedang memandu bas tersebut. Hanya stereng yang bergerak gerak.

Aku menekan butang untuk membuka pintu depan berkali kali namun ia tidak befungsi.Nafas aku menjadi laju dan aku jadi sukar untuk bernafas apabila gerombolan penumpang di dalam bas itu bangun dan bergerak ke arah aku.

Tidak pernah aku bayangkan perkara sebegini akan terjadi pada aku, yang perkara sebegini akan membunuh aku.

Aku menoleh ke cermin depan dan tertulis perkataan ‘MATI’ dengan tulisan berdarah.Aku sudah habis akal, aku mesti keluar dari tempat neraka ini.

Suara dalam otakku muncul dan menyuruh aku menendang pintu depan sekuat hati.

Aku pun dengan kakiku yang tidak kuat mana menendang pintu depan berkali kalai sambil mata memandang mereka semakin mendekat denganku.
Himawari berlari ke arah aku dan bersiap sedia untuk menyerang lagi sebelum kakiku akhirnya memecahkan cermin di pintu depan.

Dalam otakku saat itu tidak terfikir pun aku bakal mati jika terjun dari bas yang berjalan kerana aku tidak mahu mati di tangan makhluk makhluk ini.

Aku terjun dan segalanya galanya menjadi senyap dan gelap.

Aku membuka mata dan aku berada di stesen bas tadi. Seperti tiada apa terjadi.

“Woi Una! Kenapa kau tak pergi kelas tadi??”Kawan kawan aku yang baru turun dari bas berjalan kea rah aku dengan wajah hairan.

“Ha?”Aku bertanya keliru.

“Kau okay tak ni,muka kau pucat.”Seorang dari rakanku memegang pipiku yang sejuk. Dia kemudian menarik dan membuka telapak tanganku.

Di tapak tanganku terlihat jelas tertulis perkataan ‘MATI’.

“Una,kau tak okay ni.Jom balik.”Mereka menarik aku bangun untuk pulang.

Mereka tidak pernah tahu yang aku tidak pernah pulang selepas itu. Aku tidak pernah merasa tenang selepas itu kerana semua yang aku sentuh boleh membawa aku ke tempat yang aku tak mahu.

Sebulan selepas itu aku dapat tahu salah satu bas universiti kami jatuh ke dalam gaung.Salah seorang mangsanya ialah Himawari.

Beberapa hari kemudian,gadis jepun itu datang dalam mimpiku, dia memberitahuku yang aku ialah utusan kegelapan.

Kerja aku di dunia ini ialah untuk merasakan kegelapan dalam hati semua orang dan sebarkan pada semua orang supaya mereka tahu kegelapan itu wujud.

Kalau aku menolak,aku mati.

Kerana itu aku menulis cerita cerita ini untuk kamu semua baca.

Nama aku Una dan aku pengutus kegelapan.

Share this novel

Atan Bio
2019-09-22 21:53:59 

Cerita yg menarik, membuatkan saya mahu terus membaca.


NovelPlus Premium

The best ads free experience