BAB 1

Romance Completed 82160

Cahaya rembang matahari menyebabkan kepalanya berdenyut - denyut. Nuha Qaisara mengayuh basikalnya perlahan - lahan setelah pulang dari sekolah. Ikutkan hatinya malas dia mahu pulang ke rumah, tapi apakan daya, dia tiada tempat lain yang boleh di bawa diri.

Tahun ni dia akan menduduki STPM. Sejak kematian ibunya dua tahun lepas, tiada lagi warna - warni kehidupannnya. Yang ada hanya kisah duka yang menjadi peneman hidupnya sehari - hari. Sejak ayahnya berkahwin baru dengan janda anak satu tahun lepas. Ibu tirinya tidak pernah bagi muka padanya. Tidak juga cuba menyayangi dirinya. Yang ada hanya caci maki yang menjadi makanan hariannya. Kakak tirinya juga mempunyai perangai yang sama. Suka mengherdik dan membulinya.

Nuha menongkat basikalnya di tepi pangkin bawah pokok mangga berhampiran dengan rumahnya.

"Haaa, balik pun kau, dari tadi aku tunggu. kenapa kau balik lambat? Kau nak orang dalam rumah ni mati kebulur ke apa", Kedengaran suara ibu tirinya melengking kuat.

Tersentak Nuha dibuatnya. Mana taknya bagi salam tidak, apa tidak, terus disemburkannya dia. Dahlah penat dia masih belum hilang lagi. Memang tak berperikemanusiaan betul, paling tidak bagilah dia sirap ais ke, sunquick oren ker, sejuk juga hati dia.

"Kak Maria kan ada, suruh lah dia masak, dari duk terbongkang aje kat dalam bilik tu, hasil pun tak de. Makcik pun dah tau lapar, kenapa tak masak dulu, Nuha kan sekolah, bukan pergi berjalan bersuka ria", Nuha menjawab geram. Memang dia suka melawan. Sejak ibu tirinya itu menghina arwah ibunya dulu, memang hilang rasa hormat pada wanita separuh abad itu. Yang ada cuma perasaan meluat dan menyampah di dalam dirinya kepada ibu tirinya itu.

"Dah pandai menjawab kau sekarang ekk? Dan pandai nak kurang ajar. Ni mesti ajaran dari ibu kau yang dah mati kat dalam kubur tu kan?..Hmmmmm.", Ibu tirinya masih tidak puas hati.

Malas nak bertekak macam orang hilang akal, Nuha mengatur juga langkah menuju masuk ke dalam rumah dan terus biliknya. Sekarang ni, biliknya adalah tempat yang paling aman dalam rumah itu. Nasib baik dalam rumah ini banyak bilik, jadi tiada yang dapat mengacau untuk merebut biliknya. Lagipun ayahnya dah berpesan kepada ibu tirinya semasa mula - mula mereka datang ke rumah itu agar tidak mengusik bilik anak tunggalnya ini.

Diabaikan ibu tirinya yang memandang tajam kepadanya. Dia masih berani sebab itu rumahnya bukan rumah mereka. Mereka yang menumpang kat sini. Bukan dia.

Selepas bersolat dan membersihkan diri, dia menapak ke dapur. Memasak untuk makan tengahari. Karang kalau tak masak mati kebulur pulak orang dalam rumah ni. Terutama badak air dua orang ni. Tau nak membesarkan badan aje. Buat kerja rumah malas.

Nuha yang memang tangkas di dapur, sekejap saja dah selesai semua hidangan. Dia sangat berterima kasih kepada arwah ibunya yang mengajarnya masuk ke dapur sejak dari kecil. Jadi tidak kekok. Setakat masakan kampung hanya di hujung jari sahaja.

Nuha memang akan makan terlebih dahulu setiap kali lepas memasak. Malas nak duduk bersama semeja dengan ibu tiri dan kakak tirinya itu. Nanti tak memasal ada yang takde selera makan.

Selesai menghidang lauk - pauk di atas meja, dia mengatur langkah menuju ke biliknya. Semasa melintasi bilik kakak tirinya, kelihatan kakak tirinya terjonggol di muka pintu bilik dengan rambut mengerbang macam hantu Kak Limah. 'Mesti baru bangun tidur,' desisnya perlahan. Dia buat - buat tidak memandang kakak tirinya, terus sahaja masuk bilik, mengunci pintu dan duduk diam - diam kat dalam biliknya.

Nuha bersiap - siap untuk ke tempat kerja, dia bekerja sambilan selepas waktu sekolah di kedai buku. Bermula jam 3 petang hingga 8 malam. Cukuplah untuk dia gunakan buat belanja sekolah dan beli keperluan sekolah. Dia tidak mahu menyusahkan ayahnya. Ayahnya hanya bekerja biasa sahaja sebagai buruh binaan. Sudah banyak beban yang harus ayahnya pikul.

Lagi dua bulan dia akan menduduki exam STPM. Selepas balik bekerja malam dia akan mengulangkaji pelajaran terlebih dahulu. Impiannya untuk masuk Universiti bagi mengubah nasib keluarganya. Dia mahu memberi kesenangan kepada ayahnya.

Nuha pulang dari kerja seperti biasa. Dia mengayuh basikalnya melalui jalan pintas, sebab itu jalan yang paling dekat untuk sampai ke rumahnya. Sejak peristiwa dua bulan lepas, perasaan takut sentiasa menghantui dirinya. Tapi dia terpaksa juga melalui jalan itu.

Sampai di rumah, dia menongkat basikalnya di tepi rumah, membuka kasutnya, dan terus masuk ke dalam rumah.

Cepat - cepat dia ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Selesai bersolat, Nuha mengambil sedikit masa untuk menelaah pelajarannya. Dia hanya berkesempatan untuk mengulangkaji pelajarannya pada waktu malam sahaja kerana pada waktu siang dia pergi kerja.

Baru hendak merebahkan tubuhnya di tilam, kedengaran pintu biliknya dibuka. Dia menoleh ke arah pintu biliknya itu.

Pap! baju beserta hanger dibaling tepat ke mukanya. Sengal rasa dihidungnya bila terkena hanger itu. Hatinya dah panas, tak de adab punya manusia. Dia menjeling tajam ke arah penampakan di hadapannya.

"Ni kau ironkan baju aku, aku nak keluar kejap lagi, cepat sikit bergerak buat kerja tu, kang kalau pakwe aku sampai kau tak siap iron lagi, kau kena." Kak Maria mengarah dengan kuasa vetonya. Macam orang gaji Nuha dibuatnya.

'Langsung tak difikirkan orang ni baru balik kerja ke, nak study ker. Takde akal punya orang.' Nuha bergumam di dalam hatinya. Hatinya dah berdongkol geram.

"Akak ingat Nuha ni orang gaji akak ker? akak dah seharian duk kat rumah, tak boleh iron sendiri. Sendiri nak pakai baju, sendirilah ironkan. Jangan jadi pemalas." Nuha bersuara melengking. Lantaklah nak jadi apa pun. Sesuka hati nak mengarah orang. Ni rumah dia, diaorang tu hanya menumpang jer. Dia membaling semula baju itu ke muka kakak tirinya.

"Siapa kakak kau? Kurang ajar kau ekk, berani kau sekarang melawan aku." Tengking Maria dan meluru ke arah Nuha.

Maria menarik rambut Nuha.

Pang!.....

Terteleng muka Nuha akibat tamparan itu. Nuha makin menggeram. Tangannya dah menggigil.

Pang!.....

Nuha juga menghadiahkan tamparan padu kepada kakak tirinya itu.

Mereka bergumpal dan tarik - menarik rambut.

"Apa bising - bising ni? Kau Maria kenapa masuk bilik Nuha?, bilik kau kat mana?", Terkejut kehadiran ayah terjonggol di muka pintu, disusuli kehadiran ibu tirinya berdiri di samping ayahnya.

"Ma..Maria..Emmm..Nuha yang buat Maria dulu. Di..Di..Dia yang mulakan dulu." Maria dah tergagap - gagap. Dipusingkan cerita. Harap ayah tirinya itu memenangkannya.

Nuha diam tak berkutip.

"Dah, kau Maria pergi masuk ke dalam bilik kau, aku taknak tengok kau kat bilik Nuha lagi." Arah ayahnya.

"Nuha, pergi tidur. Esok nak sekolahkan."
Arahan ayahnya dia ikuti, ayahnya bergerak menuju ke bilik, ibu tirinya yang tadi diam tak berkutik, berpaling kepadanya, menghadiahkan jelingan tajam buat Nuha. Nuha turun dari katil dan terus menuju ke pintu biliknya untuk mengunci pintu.

Hatinya sebal tiba - tiba. Kehadiran mereka bukan menyenangkan hatinya tapi lebih kepada menyusahkan. Sampai bila agaknya ayah nak simpan diaorang ni kat rumah mereka. Nuha beristighfar. Syaitan - syaitan dan mula menyucuk ke tangkai hatinya.

Happy reading semua. Harap tak jemu untuk membaca setiap karya - karya EL. -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience