Rate

Cinta Bersatu Jua

Short Story Completed 3961

"Trisha Adriana! Ke sini cepat!" Tengku Arsyad Ariffin memekik dari pejabatnya memanggil pembantu peribadinya yang berada di meja kerjanya yang terletak di luar ruang kerja majikannya itu.
"Ya, Tengku. Ada apa?" Trisha masuk dengan kepalanya yang ditundukkan.
  Apalagi salahnya kali ini? Apa lagi kerjanya yang tidak bagus di mata Tengku Arsyad Ariffin? Arsyad selalu saja mengkritik kerjanya sedangkan dia melakukan semuanya dengan bersungguh-sungguh dan teliti. Sebagai pembantu peribadi Tengku Arsyad Ariffin, seorang usahawan terkenal dan merupakan pemilik Suria Holding, dia sangat teliti dalam kerjanya. Dia melakukan semuanya sebaik mungkin bagi memastikan apa pun kerja yang dia lakukan adalah yang terbaik.
"Kenapa tak beritahu yang aku ada temu janji dengan Dato' Mikail hari ni? Kau tahu tak sekarang dah pukul berapa, hah?!" Arsyad menempik meja kerjanya.
"Tengku, setiausaha Dato' Mikail tidak beritahu saya apa-apa pun. Dia mana ada buat temu janji dengan Tengku. Tengku sendiri tahu selama saya kerja dengan Tengku, pernah ke saya lalai mencatat apa-apa aktiviti mahupun temu janji Tengku?" Trisha membela diri.
"Impossible. Kalau setiausaha dia tak beritahu, kenapa tadi Dato' Mikail call aku kalau ada temu janji dengan dia tengah hari ni? Sekarang dah pukul 11:30, Trisha oii!" Arsyad benar-benar marah.
  Dato' Mikail ialah klien Arsyad. Mereka bekerjasama dalam sebuah projek perumahan.
"Maaf." Trisha sudah hampir menangis.
  Selama ini, meskipun Arsyad sering mengherdik dan menengkingnya, dia tidak pernah menangis. Paling teruk pun dia cuma menghentakkan kakinya ke lantai untuk melepaskan amarah dan geramnya terhadap majikannya itu. Kali ini, dia rasa mahu menangis kerana selama ini dia tidak pernah lupa mencatat apa-apa pun aktiviti dan temu janji Arsyad. Soal temu janji dengan Dato' Mikail, dia memang tidak tahu apa-apa.
  Sudah setahun lebih Trisha bekerja dengan Arsyad. Waktu itu, dia baru datang dari kampung. Dia hampir dicabuli oleh beberapa orang lelaki ketika Arsyad yang melalui jalan itu menyelamatkannya. Semenjak itu, dia tinggal di rumah Arsyad dan bekerja sebagai PA Arsyad. Jangan salah faham pembaca sekalian. Kat rumah Arsyad juga ada seorang pembantu rumah, Mak Jah dan suami Mak Jah yang bekerja sebagai pemandu Arsyad, Pak Mail. Jadi, mereka tinggal berempat di rumah agam Arsyad yang besar seperti istana.
"Sekarang, kau pergi atur semula temu janji dengan Dato' Mikail. Aku akan jumpa dia esok." Arsyad berkata tanpa memandang wajah Trisha.
  Trisha terus keluar dari ruangan Arsyad. Dia sempat menyeka air matanya yang bergenang di tubir mata, menanti masa untuk jatuh sahaja. Selepas siap mengatur semula temu janji dengan Dato' Mikail, dia beredar ke tandas. Di sana, dia menghamburkan tangisannya.
"Macam ada orang menangis. Siapa ya?" Suzy, akauntan Suria Holding kebetulan masuk ke tandas.
  Suzy melekapkan telinga ke pintu tandas.
"Aku memang tak tahu soal temu janji tu. Tengku kejam!" Trisha menggenggam tangannya, geram.
  Suzy segera beredar lalu memberitahu Arsyad. Dia takut jika Trisha melakukan sesuatu yang jauh dari jangkaan.
"Tengku, Sha menangis kat tandas. Dia ada cakap yang dia tak tahu apa-apa tentang temu janji. Temu janji apa, saya tak tahulah pula. Dia juga ada cakap Tengku kejam. Tengku ada marah dia ke?" Suzy memberitahu Arsyad.
  Arsyad segera pergi ke tandas perempuan bersama Suzy. Dia tidak tahu pula Trisha begitu sensitif hari ini. Selama ini, kalau dia mengherdik dan menengking Trisha, tak pula gadis itu menangis. Dia cuma melihatnya menghentak-hentakkan kakinya ke lantai. Geram barangkali.
"Trisha! Buka pintu ni." Arsyad mengetuk pintu tandas.
  Kebetulan tiada pekerja wanita yang lain di tandas itu. Jika tidak, sudah pasti Arsyad dianggap tidak menghormati privasi pekerjanya. Trisha yang mendengar suara majikannya di luar pintu tandas tersebut terus mengelap air matanya. Dia keluar dari tandas tersebut.
"Kau buat apa nangis kat dalam?" Arsyad bertanya kepada Trisha.
"Nangis? Buat apa saya nak nangis? Dahlah Tengku. Saya keluar dulu. Dah waktu makan tengah hari ni." Trisha tidak mahu Arsyad mengajukan lebih banyak soalan kepadanya.
  Arsyad terus mengekori Trisha. Dia ingin tahu juga sebab pembantu peribadinya itu menangis. Trisha sudah berjanji akan keluar makan tengah hari bersama Reza, pegawai sumber manusia di Suria Holding.
"What? Dia lunch dengan budak HR tu?" Terbeliak mata Arsyad melihat Trisha yang berjalan beiringan dengan Reza.
  Arsyad kembali ke pejabat. Dia menghempaskan punggung ke kerusinya. Dia berasa marah melihat Trisha berjalan bersama Reza. Hatinya seakan tidak rela Trisha keluar bersama lelaki lain.
"Oh my heart. Kenapa macam ni? Inikah namanya cinta? Ah, mana mungkin. Trisha cuma orang bawahan aku. Orang kampung pula tu. Mana sama level dengan aku. Tapi, kenapa aku seakan tak rela tengok dia keluar dengan Reza? Oh hati." Arsyad bingung.
  Pada petang itu, Arsyad pulang lewat. Dia menyelesaikan dulu kerjanya yang tertangguh tadi. Tadi, dia lupa akan kerjanya kerana terlalu memikirkan hatinya yang tidak rela Trisha bersama lelaki lain.
"Tengku, saya balik dulu. Tengku jangan balik lewat sangat." Trisha menjengulkan kepala di muka pintu pejabat Arsyad dan kemudiannya beredar.
  Arsyad segera mengemas fail dan dokumen di atas mejanya. Kemudian, dia segera mengekori Trisha. Dia ingin tahu Trisha balik dengan siapa. Betapa terkejutnya dia apabila melihat Trisha yang baru hendak masuk ke dalam kereta Reza.
"Trisha!" Arsyad memanggil Trisha.
"Ya, Tengku. Ada apa?" Trisha tidak jadi masuk ke dalam kereta Reza.
"Ikut aku!" Arsyad mengarahkan.
"Tapi, saya dah janji tumpang Reza." Trisha memandang Reza.
"Kita kan serumah? Sama jalan. Jom. Reza, kamu baliklah dulu." Arsyad menuju ke keretanya.
"Tengku, macam mana kalau Reza dengar? Tak ada orang tahu kita tinggal serumah tau? Tengku lupa ke?" Trisha mengingatkan Arsyad.
  Tiada seorang pun tahu Trisha tinggal di rumah Arsyad. Mereka tidak mahu ada kontroversi timbul yang tidak hanya akan mencemarkan reputasi Arsyad sebagai seorang usahawan berjaya dan terkenal serta mencemarkan maruah dan nama baik Trisha sebagai seorang wanita.
  Sudah hampir setahun Trisha tinggal bersama Arsyad tetapi tidak hanya berdua. Ada pembantu rumah, Mak Jah dan pemandu yang juga merupakan suami Mak Jah, iaitu Pak Mail. Beberapa bulan yang lalu, Arsyad telah menyelamatkan Trisha daripada lelaki-lelaki durjana yang mahu mencabul kehormatannya. Ketika itu, dia baru datang ke Kuala Lumpur. Dia merantau ke bandar besar itu untuk mengubah nasib diri dan sang ibu yang amat disayangi. Ibunya tinggal di kampung sendirian.
  Trisha merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Arsyad menawarkan jawatan pembantu peribadi kepadanya. Selama dia tinggal bersama Arsyad, telinganya sentiasa tegar menadah herdikan Arsyad dan dia tabah menghadapi sikap Arsyad yang panas baran.
  Keesokan pagi, Trisha datang awal ke pejabat. Setibanya di pejabat, dia berasa aneh dengan pandangan rakan kerjanya. Ada yang berkumpul dan berbisik sesama sendiri sambil sesekali menjeling ke arahnya. Semua diam tidak berkutik sambil memandang ke arah pintu utama. Seorang lelaki tua yang tampak segak dan wanita tua yang cantik bergaya datang.
"Siapa Trisha Adriana?! Maju ke sini!" Lelaki tua itu bersuara dengan lantang.
  Semua menghalakan pandangan ke arah Trisha. Trisha melangkah ke hadapan. Dia berdiri di hadapan lelaki tua itu dengan kepala yang ditundukkan. Dia tidak sanggup memandang wajah bengis lelaki tua itu. Wanita tua di sebelahnya pula tersenyum sinis.
"Jadi, kau perempuan jalang yang tinggal serumah dengan anak aku? Kau memang tak sedar diri kan? Kau tu tak setaraf dengan kami. Kau ibarat anjing kurap tepi jalan yang minta kasihan anak aku! Kau nak manfaatkan anak aku je!" Lelaki tua itu menghina Trisha.
"Apa maksud encik?" Trisha memberanikan diri mendongak memandang lelaki tua itu.
"Hei, perempuan sundal. Kau tak payah buat-buat tak fahamlah! Kau ada janjikan apa untuk Arsyad sampai kau boleh tinggal dengan dia?!" Perempuan tua di sebelah lelaki tua itu pula bersuara.
"Maaf, bukan saya nak bersikap kurang ajar. Semua tuduhan encik dan puan tidak benar sama sekali. Saya tidak pernah menjanjikan apa-apa kepada Tengku Arsyad." Trisha membela diri.
  Trisha merasa maruahnya diinjak-injak dan harga dirinya direndah-rendahkan. Seteruk apa pun herdikan dan tengkingan Arsyad selama ini, Arsyad tidak pernah menghinanya sebegitu teruk.
"Perempuan tak sedar diri!" Perempuan tua tadi bertindak memukul Trisha menggunakan beg tangannya.
"Aunty!" Arsyad terkejut dengan tindakan ibu tirinya itu.
  What? Lelaki dan perempuan tua itu ayah dan ibu Tengku? Apa salah aku? Macam mana mereka tahu? Trisha monolog dalam hati sambil mengelap darah yang keluar dari mulutnya yang terkena pukulan beg tangan wanita itu.
"Syad, dia ni nak manfaatkan kamu je. Lebih baik kamu tak berurusan dengan dia lagi. Dia tak layak tinggal bersama kamu." Ibu tiri Arsyad, Tengku Rina berkata.
"Layak atau tak dia tinggal dengan Syad, itu urusan Syad. Itu rumah Syad. Daddy dan aunty tak berhak sama sekali." Arsyad tidak menyukai Tengku Rina.
  Arsyad boleh dikatakan membenci ibu tirinya itu. Dahulu, Tengku Rina telah merampas ayahnya dari ibunya. Tengku Rina berkahwin dengan ayah Arsyad, Tengku Emir semasa ibu Arsyad masih sah isteri Tengku Emir. Semenjak menikah dengan Tengku Rina, Tengku Emir mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri pertamanya, Marisa dan anaknya, Arsyad. Tengku Emir tidak pernah pulang ke rumah lagi. Waktu itu, Arsyad baru berumur 18 tahun. Arsyad mulai menjinakkan diri dalam bidang perniagaan semenjak ibunya tidak mampu lagi memimpin Suria Holding kerana sering sakit. Semenjak itu, Arsyad mengambil alih Suria Holding. Dalam waktu yang sama, dia masih belajar dalam bidang perniagaan.
  Selama Arsyad masih belajar, dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah sendirian. Kadang-kadang, dia tiada masa untuk belajar. Urusan di Suria Holding menjadi keutamaannya. Dia tidak mahu Suria Holding jatuh seiring kejatuhan ibunya yang semakin kurang semangat untuk meneruskan hidup selepas bercerai dengan ayahnya. Semenjak itu, Arsyad membenci Tengku Rina. Tambahan pula, Tengku Rina telah beberapa kali mencuba untuk merebut Suria Holding darinya selepas kematian ibunya. Puan Marisa meninggal semasa Arsyad masih berusia 19 tahun. Pada waktu itu, Marisa sering ke luar negeri sehingga pada suatu hari dia menghilang. Arsyad mendapat khabar ibunya telah meninggal di Singapura dan dikuburkan di sana. Arsyad hanya dapat melihat kubur ibunya.
  Pelbagai rintangan yang telah Arsyad tempuhi mengajar dia erti kehidupan. Dia telah melihat manusia pelbagai ragam semenjak dia hidup sendirian. Ramai yang mencuba untuk menjatuhkannya tetapi dia tetap teguh berdiri.
Setelah tamat pengajiannya, Arsyad berjaya bergelar seorang usahawan berjaya. Arsyad berjaya tanpa bantuan ayahnya. Dia membeli rumah agam tempatnya tinggal sekarang juga dengan wangnya sendiri. Dia tidak pernah meminta bantuan ayahnya walau sekali. Sekarang, dia sudah berusia 22 tahun. Itu berarti, sudah 4 tahun dia berkecimpung dalam dunia perniagaan. Sudah tiga tahun dia sendirian tanpa ibunya.
  Sejujurnya, Arsyad amat merindui arwah ibunya. Ibunya tempat dia mengadu dan menagih kasih. Pak Mail dan Mak Jah sudah seperti ayah dan ibunya sendiri. Semenjak Trisha tinggal bersamanya, dia merasa rumah agamnya itu semakin ceria. Trisha menceriakan kawasan rumahnya itu dengan pelbagai jenis bunga.
"Syad, daddy dan mummy tak nak kamu kena tipu perempuan ni. We just want the best for you." Tengku Emir memandang Arsyad.
"Now, get out of my office!!! Jangan pernah hina dan rendah-rendahkan Trisha." Arsyad menghalau ayahnya dan ibu tirinya.
"Kau brainwash anak aku ke sampai dia macam ni?" Tengku Emir memandang Trisha pula.
"Tak payah nak salahkan sesiapa. Syad tak ada daddy sejak daddy tinggalkan mummy demi perempuan ni. Sebelum daddy nak judge sesiapa, daddy cermin diri daddy dulu. Aunty, aunty ada anak perempuan kan? Lebih baik jaga anak aunty sendiri daripada sibuk hal orang. Syad pandai urus hidup Syad sendiri. Now, get out!!" Suara Arsyad bergema dalam pejabat itu.
  Pekerja-pekerjanya yang lain terkejut mendengar suara besar dari pejabat bos mereka. Selama ini, Arsyad tidak pernah bersuara sebesar itu. Tengku Emir dan Tengku Rina segera beredar. Mereka tahu kebencian Arsyad terhadap mereka masih menggunung. Tengku Emir meninggalkan Puan Marisa dahulu kerana lebih memilih Tengku Rina yang kaya. Puan Marisa hanyalah seorang wanita kampung yang tidak sekaya Tengku Rina. Namun, atas usahanya, Puan Marisa berjaya menubuhkan Suria Holding. Dia menubuhkan Suria Holding beberapa tahun sebelum dia berkahwin dengan Tengku Emir.
"Kau okey tak?" Arsyad bertanya kepada Trisha yang melakukan kerja di mejanya.
"Okey." Trisha menyembunyikan bibirnya yang kelihatan sedikit bengkak hasil penangan beg tangan Tengku Rina tadi.
"Jom balik." Arsyad menarik lengan Trisha.
"Tengku, sekarang baru pukul 11 pagi tau." Trisha mengingatkan Arsyad.
"So what? I'm the bos. Cepat!" Arsyad mengambil dompet, telefon dan kunci keretanya.
  Trisha mengemas kertas-kertas yang berselerak di atas mejanya. Kemudian, mereka berjalan beriringan menuju lif untuk turun ke lobi. Semasa mereka melewati pantri, mereka terdengar suara orang berbual di sana.
"Trisha tu memang perempuan murahan ke? Macam mana bos boleh ajak dia tinggal bersama? Jangan-jangan dia perempuan simpanan bos."
"Kalau aku jadi Trisha pun aku nak. Bos tu hensem, kaya pula tu. Kau tak nak ke?"
"Aku? Mestilah nak tapi aku tak naklah sampai rela jadi perempuan simpanan."
  Arsyad masuk ke dalam pantri.
"Korang memang tak ada kerja lain ke selain bergosip? Sibuk sangat dengan masalah orang. Nak kena pecat? Kalau korang tak tahu apa-apa, tak payah nak menyibuk." Arsyad menengking Aina dan Sofi.
"Eh bos. Kami pergi dulu bos." Aina dan Sofi segera berlalu.
  Arsyad mengumpulkan semua kakitangan Suria Holding.
"Saya tak nak dengar apa-apa lagi tentang kejadian tadi. Jangan buat spekulasi tanpa tahu kebenarannya. Kalau korang berada di posisi saya, pasti korang akan melakukan perkara yang sama. Kalau ada yang berada dalam kesusahan, pasti kita tolong kan? Begitu juga saya. Kalau saya masih dengar ada yang berbicara tentang perkara ni, saya takkan ragu-ragu untuk pecat kamu semua. Faham?!" Arsyad tahu Trisha berasa amat malu dengan kejadian tadi dan sudah pasti berasa terhina kerana harga dirinya diinjak-injak.
"Baik, bos."
  Selepas itu, Arsyad dan Trisha beredar. Arsyad membawa Trisha ke klinik meskipun Trisha berkeras tidak mahu. Luka di tepi bibir Trisha diubati. Selepas itu, mereka pulang ke rumah. Arsyad tidak merasa mahu bekerja pada hari itu kerana otaknya serabut dengan masalah tadi. Trisha melabuhkan duduk di sebelah Arsyad selepas dia mengganti pakaiannya. Dia mengenakan blaus berlengan panjang dan seluar panjang yang agak besar dari badannya. Trisha tidak suka memakai pakaian yang ketat, menyesakkan nafas baginya.
"Tengku okey?" Trisha bertanya.
"Okey." Arsyad berbohong.
"Tengku tak kelihatan okey." Trisha beredar ke dapur.
  Trisha menyediakan makanan tengah hari. Dia memasak ikan patin gulai tempoyak kegemaran Arsyad, sup sayur campur dan sambal ikan bilis.
"Mana nasi?" Arsyad sudah melabuhkan duduk di kerusi meja makan.
"Ada. Kejap saya ambil." Trisha mengambil nasi.
  Arsyad makan dengan berselera sekali pada tengah hari itu. Selepas makan tengah hari, dia berehat di biliknya saja. Pada malam itu, Arsyad mengajak Trisha ke pusat beli-belah.
"Pilih mana yang kau suka." Arsyad berkata ketika mereka berada di sebuah kedai emas.
"Eh tak payah Tengku. Saya tak perlukan semua tu." Trisha menolak.
"Eh tak apalah. Anggap ni permintaan maaf dari aku. Sebab aku, kau kena hina tadi."
"Tengku, saya tak perlu semua ni. Lagipun, Tengku tak salah. Mungkin saya dah tak patut tinggal kat rumah Tengku. Saya akan cari rumah sewa secepat mungkin." Trisha tidak mahu ada masalah yang timbul lagi jika dia tetap tinggal di rumah Arsyad.
"No. Kau akan tetap tinggal dengan aku!" Arsyad beredar.
  Sudah hampir sebulan peristiwa itu berlalu. Trisha menghadapi semakin banyak masalah. Semakin ramai yang tahu dia tinggal di rumah Arsyad sampaikan ada yang menuduhnya mengambil kesempatan atas kekayaan Arsyad. Perkara itu juga sudah beberapa kali tersiar di majalah dan media sosial.
"Apa ni?!" Tengku Emir melemparkan sebuah majalah di atas meja kerja Trisha.
  Trisha hanya mampu mendiamkan diri dan menundukkan kepalanya. Sungguh, dia gerun setiap kali memandang wajah Tengku Emir. Wajah Tengku Emir yang bengis kelihatan menggerunkan baginya.
"Aku nak kau letak jawatan sekarang! Aku tak nak kau ada apa-apa hubungan mahupun kaitan dengan Arsyad lagi! Kau cuma parasit yang menumpang kesenangan anak aku! Kau tahu tak berita ni mencemarkan nama baik dan reputasi Arsyad? Sekarang, pergi!" Tengku Emir menempik meja Trisha sehingga bahu Trisha terangkat kerana terkejut.
  Trisha menaip surat peletakan jawatan. Selepas siap dicetak, dia meletakkan surat itu di atas meja Arsyad. Selepas itu, dia mengemas meja kerjanya. Kemudian, dia meninggalkan Suria Holding dengan sebuah kotak berisi barang-barangnya.
  Tak terasa sudah seminggu Trisha pergi. Semasa Trisha pergi, Arsyad tiada di pejabat. Arsyad berada di luar daerah untuk menguruskan sebuah projek. Trisha tidak pergi bersamanya kerana dia diminta untuk menyiapkan beberapa dokumen yang Arsyad perlukan. Trisha baru selesai menyiapkan dokumen-dokumen yang dipinta oleh Arsyad semasa Tengku Emir sampai.
  Arsyad terkejut apabila dia sampai ke pejabat pada hari Trisha meletak jawatan. Dia berasa aneh apabila melihat meja Trisha kosong. Dia semakin terkejut selepas membaca surat peletakan jawatan Trisha yang diletakkan di atas mejanya. Setibanya di rumah, dia memeriksa almari di bilik Trisha, kosong.
"Ahhhh, kenapa boleh terjadi macam ni?!" Arsyad duduk di atas katil Trisha, fikirannya serabut.
"Syad, tadi Ana tinggalkan surat ni." Mak Jah menyerahkan sepucuk surat kepada Arsyad.
  Arsyad segera membaca surat itu.
Tengku,
  Terima kasih untuk semua. Halalkan makan minum saya. Maafkan saya andai saya ada salah selama ini. Maaf sebab saya letak jawatan secara mendadak. Saya mengambil keputusan untuk letak jawatan sebab saya tak nak Tengku kena apa-apa masalah lagi. Cukuplah berita tentang kita yang tersebar selama ini. Saya tak nak nama baik Tengku semakin tercemar dan reputasi Tengku semakin tercalar. Saya minta maaf sekali lagi andai saya ada buat salah. Terima kasih atas bantuan Tengku selama ini.
  Arsyad melemparkan surat itu. Dia berasa sangat marah kerana Trisha membuat keputusan tanpa berbincang dengannya. Dia merasa ada sesuatu yang aneh dengan keputusan Trisha yang mendadak. Dia tahu nama mereka berdua sering menghiasi muka utama majalah dan berita hangat di media sosial.
  Trisha kini bekerja di sebuah kafe sebagai pelayan. Pemilik Star Cafe itu ialah seorang wanita tua, Tengku Safiya tetapi yang menguruskan kafe itu ialah cucunya, Tengku Haziq. Haziq ialah seorang yang peramah. Trisha tinggal di sebuah rumah teres yang disediakan untuk pekerja Star Cafe bersama beberapa orang pekerja wanita yang lain. Para pekerja lelaki pula tinggal di rumah teres yang bersebelahan dengan rumah teres pekerja wanita.
  Sebaik sahaja pulang dari kerja pada malam itu, Trisha membersihkan diri lalu berehat di kamarnya. Dia berbaring di atas katil.
  Apalah khabar Tengku sekarang? Pasti dia marah sangat bila aku letak jawatan secara tiba-tiba hari tu. Aku pun tak nak sebenarnya tapi demi kebaikan Tengku, aku harus mengundurkan diri. Tak tahulah macam mana hari-hari Tengku sekarang ni. Siapa nak urus pakaian dia? Siapa nak buat jadual untuk dia? Trisha berkata sendiri.
  Sebelum Trisha bekerja dengan Arsyad, Arsyad mengurus pakaian dan jadualnya sendiri. Namun, semenjak Trisha kerja dengannya, dia sudah terbiasa ada yang menyiapkan pakaiannya setiap pagi dan mengatur jadual kerjanya. Arsyad yang masih berada di pejabat berasa bingung dengan perasaannya. Di sisi lain dia ingin Trisha tetap bekerja dengannya. Di sisi lain, dia merindui Trisha dan di satu sisi lain hatinya tegas mengatakan bahawa Trisha bukan sesiapa baginya dan tidak layak dengannya. Adakah cintanya kepada Trisha akan kekal terhalang oleh darjat dan perbezaan taraf.
  Sudah setahun Trisha hidup sebatang kara semenjak kematian ibunya tahun lalu. Tengku Safiya sangat bersimpati terhadap Trisha. Dia sudah menganggap Trisha seperti cucunya sendiri. Haziq pula dalam diam menaruh perasaan terhadap Trisha. Pada suatu hari, Trisha terkena demam teruk kerana berhujan pulang kerja semalam. Jarak rumah dari kafe tidak jauh sangat. Namun, antibodi badannya yang agak lemah menyebabkan dia mudah jatuh sakit. Haziq sangat cemas apabila mendapat tahu bahawa Trisha sakit. Dia terus mengajak neneknya menjenguk Trisha.
"Ana okey tak? Dah makan ubat?" Haziq terus bertanya sebaik sahaja Tiara yang menjaga Trisha membuka pintu untuk mereka.
"Demamnya semakin teruk, bos. Dia tak nak makan ubat." Tiara memberitahu Haziq.
  Trisha memang tidak suka makan ubat sejak kecil lagi. Trisha sedang berehat di sofa ruang tamu semasa Haziq dan Tengku Safiya sampai.
"Ana, jom pergi klinik." Haziq risau dengan keadaan Trisha.
"Tak payah bos. Sekejap lagi okeylah ni." Trisha tidak mahu menyusahkan bosnya itu.
  Haziq terus mendukung Trisha ke keretanya. Dia masak benar dengan kedegilan pekerjanya yang juga merupakan wanita yang dia cintai itu.
"Bos!" Trisha menjerit apabila merasa dirinya sudah didukung.
  Tengku Safiya yang menunggu Haziq di kereta sudah tersenyum melihat gelagat cucunya itu. Dia tahu cucunya itu mencintai Trisha. Selepas Trisha mendapatkan rawatan di klinik terdekat, mereka pulang. Trisha berbaring di atas sofa ruang tamu. Haziq berpesan kepada Tiara agar memastikan Trisha makan ubat dan berehat secukupnya.
  Setelah beberapa hari, demam Trisha kebah dan dia mulai bekerja lagi. Walaupun Trisha masih baru di Star Cafe tetapi semua pekerja di sana menyenanginya. Dia seorang yang peramah, rajin dan baik. Namun, Star Cafe kian tidak mendapat kunjungan. Pelanggan yang datang semakin sedikit sehingga Star Cafe terpaksa ditutup. Trisha bekerja di rumah Tengku Safiya atas permintaan Tengku Safiya sendiri. Trisha bekerja sebagai penjaga Tengku Safiya yang semakin kerap sakit.
"Nenda, Fin datang ni." Kedengaran suara seseorang semasa Trisha sedang menemani Tengku Safiya di kamar.
"Ana, kamu pergi tengok siapa yang datang." Tengku Safiya menyuruh Trisha melihat siapa yang datang.
  Kedua-dua insan yang bertemu tanpa didua itu terkejut melihat satu sama lain.
"Tengku?"
"Trisha?"
  Arsyad tidak menyangka akan bertemu dengan Trisha di rumah neneknya itu. Dia datang untuk melawat neneknya itu setelah sepupunya Haziq memberitahunya keadaan kesihatan Tengku Safiya yang semakin hari semakin teruk.
"Kamu berdua dah saling kenal?" Tengku Safiya berjalan dengan bantuan tongkatnya.
"Dah, nenda. Dahulu, Trisha ni PA Fin. Dia buat apa kat sini?" Arsyad duduk di sebelah neneknya itu.
"Oh. Kenapa Ana berhenti kerja dengan Fin? Dia ada buat jahat kat Ana ke?" Tengku Safiya mengusik cucunya.
"Tak ada nenda. Tengku sangat baik terhadap saya. Cuma, saya nak cari kerja lain untuk tambah pengalaman." Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini. Aku terpaksa berbohong. Mana mungkin aku berkata yang sebenarnya jika kebenarannya itu akan merosakkan hubungan kekeluargaan Arsyad dengan ayahnya dan ibu tirinya yang memang sedia goyah.
"Trisha, aku nak cakap dengan kau sekejap." Arsyad bangun lalu beredar ke kolam renang di luar rumah.
"Nenda, Ana keluar dulu." Trisha mengikuti Arsyad.
"Aku nak kau jujur. Apa yang daddy cakap hari tu sampai kau tiba-tiba letak jawatan?" Arsyad bertanya kepada Trisha.
"Mana ada. Saya letak jawatan sebab saya nak cari kerja lain untuk tambahkan pengalaman saya. Tak ada paksaan dari siapa-siapa." Trisha tidak berani memandang Arsyad.
"Oh ya? Kalau macam tu, kenapa tak berani pandang aku bila kau bercakap?! Kau tak dapat nak bohongi aku, Trisha. Nampak sangat kau sedang berbohong." Arsyad senyum sinis.
"Mana ada bohong. Saya cuma takut tengok muka Tengku je." Trisha masih mahu berselindung.
"Trisha! Cakap yang sebenarnya! Aku tak nak semakin berasa bersalah sebab daddy yang paksa kau letak jawatan dan dia dah lemparkan tuduhan yang tidak baik terhadap kau!" Arsyad menarik lengan Trisha sehingga Trisha terdorong ke arahnya menyebabkan jarak antara mereka hanya beberapa sentimeter sahaja.
"Sa....sa...saya tak bohong, Tengku." Trisha merasakan jantungkan berdegup kencang apabila jarak mereka sebegitu dekat.
"Kau tergagap-gagap kenapa? Kau terpesona dengan ketampanan aku eh?" Arsyad menjongket-jongketkan bulu keningnya.
"Eh, mana ada. Dahlah, saya masuk dulu." Trisha menolak dada Arsyad.
  Arsyad bertindak menarik lengan Trisha. Trisha terdorong kuat ke arah Arsyad dan mereka sama-sama terjatuh ke dalam kolam renang di tepi mereka. Trisha memeluk leher Arsyad dengan erat kerana dia tidak pandai berenang.
"Ya Allah, Fin, Ana!" Haziq segera menggapai tangan Arsyad yang berenang ke tangga kolam renang itu sambil tangannya yang satu lagi memeluk Trisha.
  Arsyad segera menaikkan Trisha ke atas. Trisha terbatuk-batuk kerana tersedut air tadi.
"Are you okay?" Arsyad dan Haziq bertanya kepada Trisha serentak.
"Okey. Saya masuk dulu." Trisha segera beredar kerana pakaiannya yang kuyup menampakkan bentuk tubuhnya.
  Selepas selesai mengganti pakaiannya, Trisha menemui Arsyad semula.
"Sorry, sebab saya Tengku jatuh tadi." Trisha duduk di hadapan Arsyad.
"Eh, tak apa. Salah aku juga." Arsyad sudah mengganti pakaiannya yang basah dengan pakaian Haziq yang kebetulan sama saiz dengannya.
  Selepas itu, suasana menjadi sunyi. Mereka berasa tidak seperti biasa. Masing-masing merasa aneh dengan perasaan mereka pada waktu itu. Arsyad merasa detak jantungnya menjadi laju apabila berada dekat dengan Trisha, begitu juga Trisha. Mereka memegang dada mereka.
  Perasaan apakah ini? Kenapa jantung aku ni berdegup laju setiap kali berada dekat dengan Tengku? Aku jatuh cinta ke? Eh mana mungkin. Kami kenal tak sampai setahun pun. Tengku pula yang dia tahu herdik dan marah aku. Tak ada ramahnya langsung. Trisha menggeleng-gelengkan kepalanya, menafikan rasa di hatinya.
  Aku jatuh cinta ke? Ya, memang Trisha ni seorang yang baik, cantik dan sesuai dengan ciri wanita idaman aku tapi masalahnya dia bukan anak orang kaya. Kami tak setaraf. Apa orang kata kalau aku kahwin dengan dia nanti? Pasti orang ejek aku sebab kahwin dengan orang miskin. Tapi, dia kan cantik. Boleh jadi trophy wife aku. Pasti orang kagum sebab aku dapat isteri seperti dia. Ah, Syad stop it. Ni cuma perasaan kau. Arsyad menafikan rasa cinta kepada Trisha yang telah terbit di hatinya.
  Haziq memerhatikan kelakuan Arsyad dan Trisha dari jauh. Dia melihat kelakuan mereka yang kelihatan aneh. Sama-sama diam dan menggeleng-gelengkan kepala.
  Semenjak itu, Arsyad semakin kerap datang ke rumah neneknya. Dia berasa semakin ingin bertemu dengan Trisha. Dia merasa rindu jika sehari tidak bersua muka dengan wanita itu. Oh inikah cinta? Arsyad yakin dia tidak bertepuk sebelah tangan. Trisha sering menghindar setiap kali bertembung dengannya.
  Haziq berasa marah kerana Arsyad sering datang ke rumah. Kalau setakat nak jenguk nenda tak apa, tapi Arsyad sering mencari peluang untuk berbicara dengan Trisha, wanita idamannya.
"Fin, kau datang sini nak jenguk nenda atau nak jumpa Ana?" Haziq bertanya kepada Arsyad.
"Nak jenguk nendalah. Kenapa? Kau tak suka aku datang sini ke?" Arsyad senyum.
"Bukan macam tu. Cuma aku rasa pelik. Kau cakap nak jumpa nenda tapi kau jumpa Ana pula. Kau nak jumpa Analah kan?" Haziq tidak mahu berbasa-basi lagi.
"So, apa masalahnya? Kau bukan boyfriend Trisha kan?" Arsyad beredar selepas Haziq tidak berkata apa-apa lagi.
"Trisha! Sini!" Arsyad memanggil Trisha yang baru hendak menaiki anak tangga ke tingkat atas.
  Trisha bergegas menaiki anak tangga tanpa mempedulikan Arsyad. Arsyad menarik tangan Trisha dan menyebabkan Trisha tergelincir.
"Arghhhh" Trisha menjerit ketakutan.
"Hei, you're safe." Arsyad berkata kepada Trisha yang berada dalam pelukannya.
  Trisha memeluk Arsyad. Dia sangat takut. Dia takut dirinya terjatuh dari tangga dan dia akan mengalami kecederaan parah.
"Fin, Ana?" Tengku Safiya baru hendak menuruni tangga.
"Nenda." Arsyad menjauhkan diri dari Trisha.
"Kenapa macam tu?" Tengku Safiya maksudkan adegan Trisha memeluk Arsyad tadi.
"Macam tu? Apa?" Arsyad pura-pura tak tahu, tidak mahu memanjangkan cerita.
"Tak payah buat-buat tak tahu. Nenda nampak. Kamu jawab dengan jujur atau nenda kahwinkan kamu berdua?" Tengku Safiya mengugut.
"Nenda, tadi Tengku cuma nak bantu Ana. Tu je. Ana terpeluk dia sebab Ana takut. Ana ingat Ana jatuh dari tangga. Alhamdullilah ada Tengku tolong Ana." Trisha menerangkan kedudukan perkara sebenar.
"Betul? Fin tak buat yang aneh-aneh kan?" Tengku Safiya inginkan kepastian.
"Nenda, kalau Fin nak buat apa-apa kat Trisha, dah lama Fin buat sejak dia tinggal dengan Fin dulu lagi. Nenda tak percayakan Fin ya?" Arsyad bersuara kendur, seakan merajuk dengan neneknya.
"Yalah nenda percaya. Si Haziq tu bukannya kamu tak tahu. Dia suka sangat kat Ana ni. Katanya nak jadikan Ana ni isteri dia." Tengku Safiya memeluk bahu lalu mencium pipi Trisha.                                     
  Arsyad tidak menyangka dia akan bersaing dengan sepupunya sendiri dalam mendapatkan cinta Trisha. Trisha hanya memerhatikan Arsyad yang berlalu pergi dengan keretanya.
  Pada malam itu, Trisha bersendirian di gazebo. Dia memikirkan kata-kata terakhir sebelum Arsyad beredar tadi. Arsyad tidak mahu dia menjadi isteri Haziq? Mengapa? Adakah Arsyad turut menaruh perasaan terhadapnya?
"Buat apa sorang-sorang kat sini? Sejuk ni. Nanti selesema pula." Haziq menyarungkan baju sejuknya ke bahu Trisha.
"Nothing. Eh, tak apa. Saya masuk dulu." Trisha melepaskan baju sejuk Haziq dan beredar ke kamarnya.
"Ana, I love you." Haziq meluahkan perasaannya kepada Trisha.
"What?!" Ana terkejut dengan pengakuan cinta dari bosnya itu.
"Seriously, I love you. Saya jatuh cinta pada awak semenjak pertama kali kita jumpa di kafe." Haziq memegang kedua-dua tangan Trisha.
"Sorry Ziq. Saya tak tahu apa nak dijawab. Saya tak ada apa-apa perasaan pada awak. Saya pergi dulu." Trisha beredar ke kamarnya.
  Trisha kini bingung. Dua lelaki yang bersaudara mengejar cintanya. Dia tidak ingin Arsyad dan Haziq bermusuhan kelak kerana dirinya. Trisha meremas rambutnya dengan kuat. Dia betul-betul runsing. Sesusah ni ke orang jatuh cinta?
  Keesokan harinya, Trisha menemani Tengku Safiya ke salon. Tengku Safiya telah meminta beberapa orang pekerja salon itu untuk mengubah penampilan Trisha. Rambut Trisha yang lurus digelungkan sedikit hujungnya. Wajahnya dimekap sederhana. Kemudian, Trisha diminta mengganti pakaiannya di bilik persalinan. Trisha memakai gaun paras lutut berwarna krim. Tengku Safiya terkejut melihat Trisha yang telah berubah penampilan.
"Nenda?" Trisha melambaikan tangannya di hadapan Tengku Safiya yang berdiri memandangnya tidak berkelip.
"Ya, ya. You're so beautiful, sweetie." Tengku Safiya tersedar dan memuji Trisha.
"Nenda, Ana tak selesalah macam ni. Ana tak biasa guna high heel macam ni." Trisha memandang kasut tumit tinggi yang tersarung di kakinya.
"Kamu biasakanlah. You must look beautiful, sayang. Pasti Ziq suka kalau dia tengok penampilan kamu ni. Kamu kelihatan seperti princess sangat." Tengku Safiya mengelus lembut pipi Trisha.
"Apalah nenda ni. Ana tak ada apa-apa perasaan pada bos pun." Trisha menggamit lengan Tengku Safiya.
"Jadi, kamu tak suka Haziq?" Tengku Safiya terkejut dengan pengakuan Trisha dan Trisha hanya mengangguk.
  Selepas itu, mereka pulang. Tengku Safiya faham jika Trisha tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap cucunya, Haziq. Dia menyayangi Trisha seperti cucunya sendiri. Pada petang itu, rumah agam Tengku Safiya dikecohkan dengan kedatangan Tengku Emir yang tiba-tiba. Selama Tengku Emir sudah menikahi Tengku Rina beberapa tahun yang lalu, dia tidak pernah datang ke rumah ibunya itu apalagi untuk menjenguk keadaan ibunya.
"Trisha Adriana!" Tengku Emir memekik di luar rumah.
  Trisha yang sedang mengemas ruang tamu bergegas keluar. Tengku Safiya yang berada di tingkat atas turut bergegas turun.
"Kau memang nak manfaatkan keluarga kaya macam kami ke hah?!" Tengku Emir menuding telunjuknya tepat ke wajah Trisha.
"Tengku, saya tak pernah berniat untuk memanfaatkan sesiapa." Trisha membela diri.
"Tak pernah berniat? Huh. Kalau kau tak berniat, kenapa kau asyik bekerja dengan keluarga kami?!" Tengku Rina menolak Trisha sehingga hampir terjatuh.
"Daddy, aunty! Tak payah nak tuduh Trisha macam-macam!" Arsyad menahan Trisha daripada terjatuh dan menolak Trisha untuk berdiri di belakangnya.
"Syad, what are you doing here?" Tengku Emir terkejut dengan kedatangan anaknya itu.
"Kenapa? Terkejut? Daddy, aunty, please stop tuduh Trisha macam-macam. Jangan nilai orang dari luarannya. Now, go!" Arsyad mengusir Tengku Emir danTengku Rina.
"Kau hasut anak aku supaya jadi biadap macam ni kan? Kau penyebab anak aku melawan aku macam ni!" Tengku Emir menyalahkan Trisha.
"Daddy, stop it! I'll marry Trisha soon." Arsyad membentak ayahnya.
"Emir! What are you doing here? Jangan nak buat kekecohan kat sini!" Tengku Safiya memarahi anak tunggalnya itu.
  Tengku Safiya tidak pernah merestui perkahwinan Tengku Emir dengan Tengku Rina. Dia sangat menyayangi menantu pertamanya, ibu Arsyad, Puan Marisa. Walaupun Marisa ialah perempuan kampung yang tidak punya apa-apa, dia sangat baik terhadap ibu mertuanya itu. Tengku Safiya sangat menyenangi menantu pertamanya itu. Sayangnya pernikahan anak dengan menantunya itu tidak bertahan lama.
"Daddy takkan pernah merestui kamu dengan perempuan sundal ni!" Tengku Emir menuding telunjuknya tepat ke wajah Trisha lalu beredar.
  Arsyad mengajak Trisha duduk di gazebo. Trisha masih tidak faham dengan keputusan yang Arsyad ambil secara sepihak. Kahwin? Dia dengan Tengku Arsyad?
"Tengku, apa semua ni? Kahwin? Saya dengan Tengku?" Trisha menopang dagu dengan kedua belah tangannya, runsing.
"Ya, kita berdua. Nanti kita buat persiapan." Arsyad senyum sambil menjongket-jongketkan bulu keningnya.
"What?!" Haziq terkejut mendengar perbualan Arsyad dengan Trisha.
"Ziq." Arsyad senyum.
"Betul ke apa yang abang cakap? Abang nak kahwin dengan Ana?" Haziq seakan tak percaya dengan apa yang dia dengar tadi.
"Ya. Kami akan berkahwin. Soon." Arsyad mengiakan.
  Trisha sudah resah melihat wajah Haziq berubah mendung. Haziq terus masuk ke dalam rumah. Trisha menjadi serba-salah. Kehadirannya menyebabkan hubungan Arsyad dengan ayahnya yang sedia retak menjadi belah dan hubungan baik Arsyad dengan Haziq menjadi buruk. Arsyad hanya memerhatikan Haziq beredar. Dia ingin Haziq tahu bahawa Haziq bukan tandingannya dalam mendapatkan Trisha.
"Tengku, saya rasa kita tak patut macam ni. Perkahwinan bukan jalan penyelesaian yang terbaik. Saya akan berhenti bekerja di sini dan saya takkan dekat dengan siapa pun dari keluarga Tengku lagi." Trisha menghembuskan nafasnya perlahan-lahan.
"No! Kita akan tetap kahwin. Aku tak peduli." Arsyad bertegas.
"Tengku! Kita takkan berkahwin. Tidak akan ada perkahwinan di antara kita. Tengku tak patut buat keputusan sesuka hati. Ini menyangkut soal masa depan dan hidup saya. Kita berkahwin bukan atas dasar cinta. Tengku cuma nak balas dendam kepada ayah Tengku kan? Tengku, seburuk apa pun dia, dia tetap ayah Tengku. Perkahwinan bukan suatu permainan." Trisha menasihati Arsyad.
"So? Kita akan tetap kahwin. No matter what." Arsyad sudah bulat hati.
"No! Saya takkan dapat bahagiakan Tengku." Trisha tetap menolak.
  Trisha memang menyukai Arsyad dan mungkin cinta tetapi dia tidak mahu mereka bersatu kerana dendam Arsyad terhadap ayahnya. Dia takut nanti mereka tidak bahagia.
"You'll try to. Aku balik dulu. Ingat, jangan nak lari. Aku ada mata-mata yang akan selalu memerhatikan kau." Arsyad beredar.
  Trisha bangun lalu masuk ke dalam rumah. Haziq yang duduk di ruang tamu memanggil Trisha. Trisha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pasti Haziq akan bertanya banyak soalan kepadanya. Dia duduk di sofa bertentangan dengan Haziq.
"Awak betul-betul nak kahwin dengan Fin?" Haziq bertanya sambil tangannya disilangkan di dada.
"Entahlah. Saya masuk bilik dulu." Trisha beredar menaiki tangga ke biliknya di tingkat atas.
"Ana." Haziq menarik lengan Trisha menahannya daripada beredar.
"Ziq, saya belum ada jawapan yang pasti sekarang ni. Fikiran saya ni dah serabut. Biar saya tenangkan diri dulu." Trisha bersuara lemah, sungguh fikirannya sangat serabut sekarang.
"Ana, jawab saya dulu! Awak tahu saya cintakan awak kan? Kenapa awak buat saya macam ni? Awak memang tak ada apa-apa perasaan pada saya ke?" Haziq sedih.
"Haziq, please! Saya tak tahu nak jawab apa sekarang." Trisha naik angin.
"Trisha Adriana! Saya cintakan awak, saya sayangkan awak! Jom kahwin?" Haziq sungguh-sungguh menyatakan perasaannya kepada Trisha.
  Ya Allah, hari ni dua orang lelaki dah ajak aku kahwin. Kalau aku tolak salah seorang, yang seorang lagi pasti terluka. Takkan aku terima dua-dua. Mana ada perempuan kahwin lebih dari satu. Yang pasti, aku takkan dapat tolak Tengku. Dia akan melakukan apa pun. Kasihan juga bos ni. Tapi, aku tak ada perasaan pada dia. Kalau aku terima bos, nanti pasti mereka bergaduh. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Sungguh daku dilema.
  Trisha merentap tangannya dari pegangan Haziq lalu berlari menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya. Trisha menghempaskan badannya ke atas tilam. Sungguh dia berasa sangat runsing sekarang. Dua lelaki melamarnya pada hari yang sama.
  Pada petang itu, Trisha menemani Tengku Safiya berjalan-jalan di taman. Tengku Safiya sudah mengetahui apa yang terjadi pagi tadi.
"Betul kamu akan kahwin dengan Fin?" Tengku Safiya menyelakkan rambut depan Trisha yang terurai menutupi muka.
"Ana belum pasti nenda sebab Tengku ambil keputusan sendiri." Trisha ragu-ragu dengan keputusannya nanti.
"Kamu buatlah keputusan yang terbaik. Cucu-cucu nenda sangat mengharapkan kamu." Tengku Safiya mengusap bahu Trisha.
"Nenda, Ana takut keputusan Ana nanti akan menyakiti salah seorang daripada mereka. Ana tak nak mereka bermusuhan sebab Ana." Trisha menyandarkan kepala di bahu Tengku Safiya.
"Ana, dengarkan nenda. Dalam membuat pilihan seperti sekarang, memang akan ada yang terluka. Oleh itu, kamu mesti buat keputusan yang terbaik. Jangan pilih Fin kerana dia mendesak dan jangan pilih Ziq kerana simpati tapi pilih salah seorang daripada mereka kerana cinta. Kamu mungkin belum mencintai salah seorang daripada mereka tapi pasti dalam hati kamu, kamu ada perasaan suka. Rasa cinta itu, kamu boleh pupuk setelah menikah nanti, ya sayang?" Tengku Safiya memeluk bahu Trisha dan mengusapnya lembut.
  Keesokan harinya, Arsyad datang menemui Trisha. Trisha sedang menuruni tangga semasa Arsyad sampai. Setibanya dia di anak tangga terakhir, dia terkejut dengan tindakan Arsyad dan Haziq. Mereka berlutut di hadapannya dengan sebentuk cincin.
"Will you marry me?" Arsyad dan Haziq berkata serentak.
"Sorry, I can't. Saya tak dapat terima." Trisha berharap itu yang terbaik untuk mereka.
"What?! Kau tolak lamaran aku?!" Arsyad tidak sangka Trisha akan mengambil keputusan itu.
"Ya, saya tolak. Saya tolak kedua-duanya. Fair dan square." Trisha berkata tegas, dia tidak akan berganjak dari keputusannya.
"So, kita seri." Haziq senyum. Ya, walaupun kecewa.
"Kau tak payah nak senang-senang dulu. Persaingan kita belum selesai! Kau, ikut aku!" Arsyad menarik tangan Trisha.
  Trisha tahu Arsyad akan marah. Dia sudah agak reaksi Arsyad itu. Arsyad menyuruh Trisha masuk ke dalam keretanya lalu dia memandu laju. Dalam perjalanan, Arsyad tidak henti-henti membebel.
"Kau tahu tak kau dah calarkan maruah aku di hadapan Haziq? Kau ni memang sengaja nak malukan aku ke? Aku dah cakap semalam yang kau mesti kahwin dengan aku kan? Kau lupa atau buat-buat lupa? Kau akan tahu akibatnya tolak lamaran aku." Arsyad menghentakkan tangannya pada stereng kereta, geram.
"Tengku, saya dah buat keputusan yang terbaik. Tiada yang terluka atau kecewa." Trisha memandang Arsyad.
"Tiada yang terluka atau kecewa? Kau tahu ke betapa terlukanya aku? Betapa kecewanya aku? Kau jatuhkan maruah aku sebagai lelaki di hadapan abang sepupu aku sendiri! Kau ni polos ke asli bodoh?!" Arsyad menekan brek kereta secara mengejut.
"Tengku!" Trisha memandang Arsyad dengan pandangan yang tajam, dia geram.
"Bak sini tangan kiri kau!" Arsyad mengarahkan.
"Nak buat apa?" Trisha menyembunyikan tangannya di belakang.
"Cepat!" Arsyad menarik tangan Trisha.
"Ish, suka-suka dia je nak tarik tangan orang." Trisha merengus kasar.
"Ha, muat pun. Kau jangan cuba-cuba nak tanggalkan." Arsyad menyarungkan sebentuk cincin bertatahkan berlian ke jari manis Trisha.
"Tengku! Jangan main paksa-paksa macam nilah. Saya dah tolak Tengku. Dengar tak? Saya dah tolak Tengku!" Trisha mencuba untuk menanggalkan cincin tersebut dari jari manisnya.
"Kau takkan dapat tanggalkan cincin tu. Now, you're mine! Dua bulan dari sekarang, kita kahwin. Semua aku urus. Kau cuma perlu siapkan diri." Arsyad senyum puas lalu memandu pulang ke rumah neneknya.
"Jadi, Tengku bawa saya cuma untuk ni?" Trisha menunjukkan cincin di jarinya kepada Arsyad.
"Ya. Jadi, sekarang kau jangan nak menggatal dekat dengan lelaki lain, termasuk Haziq. Faham?" Arsyad memperingatkan Trisha.
"Tak kisah pun." Trisha berkata perlahan.
"Ingat! Kalau kau macam-macam, aku akan pastikan kau takkan dapat kahwin lagi." Arsyad senyum, ada makna tu.
  Trisha merengus kasar. Dia tidak suka dipaksa-paksa. Sebaik sahaja tiba ke rumah, Trisha terus masuk ke dalam biliknya. Tengku Safiya berasa aneh dengan kelakuan Trisha.
"Ana." Tengku Safiya mengetuk pintu bilik Trisha.
"Ya, nenda. Masuklah." Trisha duduk di atas katil.
  Trisha menyembunyikan tangannya dengan patung besar teddy bear yang dia peluk. Tengku Safiya masuk lalu duduk di sebelah Trisha.
"Nenda dengar kamu tolak Fin dan Ziq. Kenapa?" Tengku Safiya bertanya.
"Ya, nenda. Ana tak nak ada yang terluka dan kecewa." Trisha berbohong.
  Mana mungkin dia mengatakan yang sebenarnya. Biarlah Arsyad yang menerangkan semuanya nanti. Pada malam itu, Trisha membaca novel di gazebo. Haziq datang lalu duduk di sebelah Trisha yang sedang khusyuk membaca.
"Ana, awak terimalah saya. Saya janji akan bahagiakan awak." Haziq meletakkan kotak baldu berisi cincin di atas telapak tangan Trisha.
"I'm so sorry Ziq. I can't." Trisha menutup novelnya.
"Tu cincin abang Fin kan? Jadi, awak terima dia?" Haziq ternampak cincin lamaran dari Arsyad yang tersarung di jari manis Trisha.
"Saya masuk dulu. Kat luar ni sejuk sangat." Trisha bangun dan ingin beredar tetapi Haziq menarik tangannya sehingga Trisha jatuh terduduk di atas ribanya.
"Haziq!" Arsyad yang kebetulan datang memekik melihat Trisha yang terjatuh atas riba abang sepupunya itu.
  Arsyad menarik lengan Trisha lalu menumbuk Haziq.
"Kau jangan nak cuba ambil kesempatan atas bakal isteri aku!" Arsyad menumbuk pipi Haziq berkali-kali.
"Tengku, dahlah!" Trisha menarik lengan Arsyad.
  Darah mengalir dari tepi bibir Haziq dan wajahnya lebam-lebam.
"Stop! Apahal kamu berdua ni?" Tengku Safiya memekik.
"Haziq ni nenda. Dia cuba ambil kesempatan atas bakal isteri Fin." Arsyad berhenti menumbuk Haziq lalu mengadu kepada neneknya.
"Bakal isteri? Kan Ana tolak lamaran kamu?" Tengku Safiya bingung dengan kata-kata cucunya itu.
"Yalah. Trisha dah terima lamaran Fin tadi. Ni buktinya." Arsyad menunjukkan cincin darinya yang tersarung di jari manis Trisha.
  Mereka masuk ke dalam rumah dan berkumpul di ruang tamu. Arsyad menerangkan semuanya.
  Setelah persiapan perkahwinan Arsyad dengan Trisha selesai, mereka berdua pun dinikahkan. Majlis ijab qabul diadakan di rumah Tengku Safiya. Tengku Emir dan Tengku Rina tidak hadir. Tambahan pula, Arsyad tidak menjemput mereka. Selepas mereka selamat dinikahkan, mereka bersanding di atas pelamin. Pelamin mereka dihias bertemakan warna merah dan emas. Kemudian, sesi fotografi. Malam nanti, mereka ada resepsi perkahwinan di sebuah hotel ternama.
  Setelah semuanya selesai pada malam itu, Arsyad dan Trisha bermalam di hotel itu. Ramai tetamu dan sanak-saudara hadir tadi. Arsyad memperkenalkan Trisha kepada rakan-rakan niaga dan teman lamanya. Ramai yang memuji keserasian mereka.
  Setelah membersihkan diri dan bersiap memakai pijamanya, Trisha membaringkan diri di atas tilam. Dia berasa sangat letih. Mana tak letih asyik senyum dan bergambar sana sini dengan para tetamu dan sanak-saudara. Minggu lepas, mereka sibuk photoshoot pre-wedding.
  Haziq sudah dapat menerima bahawa Trisha memilih adik sepupunya itu. Arsyad dan Trisha boleh dikatakan kahwin muda. Arsyad baru berusia 22 tahun manakala Trisha berusia 20 tahun. Dalam usia yang masih muda, banyak dugaan yang akan mereka hadapi kelak. Tengku Safiya mendoakan kebahagiaan cucu-cucunya.
"Sha, ambilkan aku tuala." Arsyad menjerit dari kamar mandi.
"Ya." Trisha menghantarkan tuala untuk Arsyad.
  Selepas itu, Trisha berbaring di atas tilam. Dia berasa sangat mengantuk. Dia bangun lalu duduk bersandar pada kepala katil semasa Arsyad menghampirinya. Arsyad yang hanya berseluar pendek melabuhkan punggung di sebelah Trisha.
"Sha, urutkan badan aku." Arsyad berasa sangat penat.
  Trisha mengurut badan Arsyad sehingga Arsyad tertidur. Trisha tidur selepas itu. Keesokan paginya, mereka pulang ke rumah Arsyad. Mak Jah sudah menyediakan sarapan untuk mereka. Selepas siap bersarapan, Trisha pergi ke halaman rumah. Dia melihat bunga-bunga yang dia tanam dulu dirawat dengan baik dan masih disusun seperti dahulu.
"Sha!" Arsyad memanggil Trisha dari balkoni bilik mereka di tingkat atas.
  Trisha bergegas menaiki tangga ke tingkat atas. Dia melihat keadaan bilik mereka yang berselerak. Isi almari semuanya selamat mendarat di atas lantai.
"Ar, apa semua ni? Kenapa boleh berselerak macam ni?" Trisha mengutip pakaian-pakaian dan barang-barang yang berselerakan di atas lantai bilik mereka.
"Aku cari fail warna hitam. Dalam fail tu ada dokumen yang aku perlukan untuk mesyuarat esok." Arsyad menyelongkar laci-laci meja.
"Tapi tak perlulah sampai keluarkan pakaian dan barang ni semua. Letih tau nak kemas balik." Trisha mengemas barang-barang yang berselerakan.
"Kau ingat senang ke nak cari?" Arsyad menghempaskan badannya ke tilam.
"Fail ni?" Trisha menunjukkan sebuah fail berwarna hitam kepada Arsyad.
"Ya. Macam mana kau tahu tempatnya?" Arsyad lega akhirnya fail itu ditemui.
"Tahulah. Saya yang kemas almari ni tadi." Trisha masih mengemas barang yang berselerakan.
  Selepas siap mengemas pakaian dan barang ke dalam almari, Trisha beredar ke dapur. Dia menyediakan makanan tengah hari. Jam sudah pukul 11:30 pagi. Trisha menyediakan ikan patin gulai tempoyak, sambal ikan bilis, sup sayur campur dan sawi goreng.
"Masak apa?" Arsyad memeluk Trisha dari belakang lalu meletakkan dagunya di atas bahu isterinya itu.
  Trisha tidak berkata apa-apa. Dia sesak nafas berdekatan dengan Arsyad seperti itu.
"Ar, lepaslah. Saya nak hidangkan makanan ni." Trisha meleraikan tangan Arsyad yang memeluk pinggangnya.
"Okey." Arsyad membantu Trisha menyediakan pinggan dan sudu di meja makan.
  Selepas makan tengah hari, Trisha berehat di ruang tamu. Dia melayari laman sosial Instagram. Sudah lama dia tidak menjenguk ruang media sosialnya itu. Arsyad menghidupkan televisyen lalu duduk di sebelah Trisha.
"Ish tak payahlah dekat-dekat." Trisha menjauhkan diri dari suaminya.
"Kenapa? Halal kan?" Arsyad mengusik isterinya.
  Trisha beredar ke kamar. Dia duduk di buaian di balkoni sambil membaca novel. Dia duduk berlunjur di buaian itu. Esok, Arsyad akan bekerja semula. Mereka tidak pergi berbulan madu kerana sekarang Arsyad sibuk dengan sebuah projek mega. Trisha juga tidak kisah sangat.
  Keesokan harinya, setelah Arsyad berangkat kerja, Tengku Emir dan Tengkh Rina datang.
"Kau memang tak tahu malu kan? Berapa kali aku dah warning kau supaya tidak dekat-dekat dengan anak aku lagi? Kau masih degil!" Tengku Emir memarahi Trisha.
"Daddy, saya dah jadi isteri Arsyad yang sah. Tiada jalan berundur lagi. Daddy cakaplah apa pun, saya tak kisah." Trisha bersuara lembut.
"Jangan berani panggil aku daddy. Aku takkan pernah terima kau sebagai menantu aku!" Tengku Emir membentak Trisha.
"Kau ni memang degil kan? Kau tak layak untuk Syad. Kau ni hanya parasit yang nak tumpang kesenangan dia." Tengku Rina pula bersuara.
"Tengku, saya kahwin dengan Arsyad bukan sebab harta kekayaan dia. Layak atau tak saya jadi isteri Arsyad, itu Arsyad dan Allah saja yang tentukan. Apa gunanya harta kekayaan kalau tak bahagia? Saya bukan jenis wanita yang berbahagia atas penderitaan orang lain. Maaf, saya masuk dulu." Trisha meninggalkan Tengku Emir dan Tengku Rina.
"Kurang ajar betul betina tu." Tengku Emir dan Tengku Rina pulang.
  Trisha menarik dan menghembuskan nafasnya perlahan-lahan untuk menurunkan tahap amarahnya. Jika ikutkan hati, ingin saja dia hamburkan kemarahannya terhadap ayah dan ibu mertuanya itu. Namun, dia masih mengenal dosa dan pahala. Dia menyabarkan diri menghadapi ayah dan ibu mertuanya itu. Setiap hari, dia berdoa semoga mereka cepat bertaubat.
  Arsyad melihat kejadian pagi tadi. Ayahnya dan ibu tirinya memarahi Trisha. Dia telah memasang kamera litar tertutup(CCTV) di beberapa tempat di rumahnya. Tujuan utamanya untuk memastikan keamanan rumahnya. CCTV itu tersambung ke telefon bimbitnya. Oleh itu, dia dapat melihat rakaman CCTC di rumahnya hanya melalui telefon pintarnya.
  Setibanya ke rumah pada petang itu, Arsyad segera menemui Trisha. Dia khuatir jika isterinya itu terluka dengan kata-kata orang tuanya. Dia takut juga kalau isterinya itu meninggalkannya. Dia lega apabila melihat Trisha yang sedang membersihkan pasu bunga semasa dia sampai ke rumah pada petang itu.
"Are you okay?" Arsyad bertanya kepada Trisha.
"Okey. Kenapa? Saya sihat je ni." Trisha berasa pelik dengan pertanyaan suaminya yang baru pulang kerja.
"Daddy dan aunty ada buat apa-apa kat kau tak? Kau ada cedera mana-mana tak?" Arsyad membelek-belek badan isterinya.
"Awak tahu?" Trisha tidak memberitahu Arsyad soal tadi pun. Macam mana Arsyad tahu?
"Tu tak penting. Aku cuma nak tahu kau ada cedera kat mana-mana tak?" Arsyad bertanya lagi.
"Tak adalah. Awak risau sangat kenapa?" Trisha menyusun semula pasu-pasu bunga yang telah dia bersihkan.
"Tak adalah. Dahlah aku masuk dulu. Panas kat luar ni." Arsyad masuk ke dalam rumah.
  Trisha berfikir sendirian. Macam mana Arsyad tahu tentang kejadian pagi tadi? Aku tak beritahu dia pun. Jangan-jangan ada CCTV? Mata Trisha terus melilau mencari jika benar ada CCTV. What? Kat garaj je ada dua CCTV. Trisha tahu dari mana Arsyad tahu. Ya, dia taklah kuno sangat walaupun dia tak macam perempuan-perempuan lain. Ya, yang high class kata orang. Dia biasa-biasa jer. Buat apa nak pakai barang berharga dan berjenama kalau duit yang dia punya sekarang hasil kerja keras dan titik peluh suaminya? Lebih baik digunakan untuk hal-hal yang lebih penting dan berfaedah.
"Sha, jom keluar. Aku rasa nak makan cheese cake pulak hari ni." Arsyad berkata kepada isterinya yang sedang melipat pakaian mereka yang sudah kering.
  Trisha memang tidak membiarkan Mak Jah mengerjakan semua kerja rumah. Dia lebih suka mengerjakan semuanya sendiri. Semenjak dulu lagi Trisha tidak suka Mak Jah membuat semua kerja rumah memandangkan Mak Jah sudah lanjut usianya. Sekarang, Mak Jah hanya menyapu, mengemop dan mengemas bilik selain bilik Arsyad dengan Trisha. Arsyad banyak kali menegah Trisha melakukan kerja rumah tetapi Trisha tetap berdegil. Arsyad pun tidak dapat berkata apa-apa lagi. Sudah kemahuan Trisha sendiri.
"Tak naklah." Trisha beredar ke tingkat bawah.
"Orang ajak dia, dia tak nak pulak. Perempuan memang macam tu ke? Susah dimengerti?" Arsyad membebel sendiri di kamar.
  Semasa Arsyad hendak keluar rumah, Trisha memanggilnya. Trisha berada di dapur. Arsyad baru hendak pergi apabila Trisha menghampirinya.
"Ar." Trisha memegang lengan Arsyad.
"Kenapa? Kau tak nak ikut kan? Aku pergi sendirilah." Arsyad melepaskan pegangan tangan isterinya pada lengannya.
"Ar, tak payahlah. Jom ikut saya." Trisha memegang tangan Arsyad lalu menariknya ke dapur.
"Ish kau ni. Aku nak makan cheese cake!" Arsyad marah.
"Duduklah dulu." Trisha menyuruh Arsyad duduk di meja makan.
  Trisha menghidangkan minuman coklat sejuk dan kek keju di hadapan Arsyad. Arsyad memandang kek keju di hadapannya.
"Kau buat? Sedap ke?" Arsyad meragui kebolehan isterinya.
"Saya tahulah saya ni orang kampung. Kalau tak percaya tak apa. Awak makanlah kek tu." Trisha rasa Arsyad tidak menghargai apa yang dia lakukan.
  Arsyad selalu sahaja meragui kebolehan Trisha hanya kerana Trisha gadis kampung. Maklumlah, orang sekarang fikir orang kampung masih ketinggalan zaman. Kebanyakan manusia sekarang memandang darjat, wang, kekayaan dan paras rupa. Semua tu boleh dibawa mati ke? Wang boleh habis dan paras rupa boleh berubah seiring dengan kelanjutan usia.
"Sha, sorry. Thanks dah buatkan cheese cake favourite aku." Arsyad menyedari air muka isterinya yang sudah berubah.
  Trisha beredar ke luar rumah. Dia mandi dalam kolam renang. Dia sudah pandai berenang. Arsyad yang mengajarnya. Trisha berendam dalam kolam renang. Dia berasa sedih kebolehan dirinya tidak dihargai oleh suaminya. Arsyad asyik meremehkan dirinya sebagai seorang wanita kampung. Bagi Arsyad secara peribadinya, orang kampung tidak berpendidikan, kolot, miskin dan serba kekurangan.
"Sha, dahlah mandi tu. Dah malam ni." Arsyad duduk di kerusi yang tersedia di tepi kolam renang.
  Trisha keluar dari kolam renang. Dia duduk di tepi kolam renang. Kebetulan Haziq datang. Arsyad terus menyarungkan jubah mandi ke badan isterinya dan meminta Trisha mengganti pakaian.
"Fin, nenda suruh korang balik rumah nenda esok." Haziq memberitahu Arsyad.
"Esok? Okey." Arsyad setuju memandangkan esok hari Sabtu dan dia tidak bekerja.
"Okey. Aku balik dululah." Haziq meminta diri.
"Eh, tunggulah. Makan malam dulu kat sini. Mak Jah dah masak tu." Arsyad mengajak Haziq makan malam bersama.
  Haziq makan malam bersama Arsyad dan Trisha. Mak Jah dan Pak Mail turut makan bersama mereka. Bagi kebanyakan majikan, mereka tidak sudi makan semeja dengan orang gaji tetapi Arsyad tidak. Trisha memilih untuk berdiam diri. Selepas Haziq pulang, Arsyad masuk ke kamar. Trisha sudah tidur. Jam sudah pukul 11 malam. Banyak perkara yang dia bualkan dengan Haziq tadi.
  Arsyad membaringkan diri di sebelah Trisha selepas menggosok gigi dan mencuci muka. Trisha bergerak sedikit.
"Ingatkan dah tidur." Arsyad berkata perlahan.
  Trisha tidak menjawab. Dia tidur membelakangi suaminya. Setelah Arsyad tertidur, Trisha berkalih menghadap Arsyad. Arsyad belum tidur sebenarnya. Trisha tidak pernah tidur membelakangi Arsyad selama mereka sudah menikah. Ya, walaupun Trisha merajuk dengannya, seperti sekarang. Tapi, baru hari ini Trisha merajuk terhadapnya. Adakah dia keterlaluan? Arsyad menarik gebar sehingga paras dadanya. Dia rasa sejuk pula malam ni. Arsyad biasa tidur memakai seluar pendek dan tidak berbaju. Kadang-kadang dia akan memakai baju yang tanpa lengan.
  Keesokan paginya, Arsyad dan Trisha pergi ke rumah Tengku Safiya. Semenjak semalam, Trisha banyak mendiamkan diri. Begitu juga hari ini. Arsyad juga tidak banyak bicara. Dia memilih untuk diam daripada berbicara tetapi hanya sepatah yang dijawab oleh isterinya.
  Setibanya mereka ke rumah Tengku Safiya, mereka dipersilakan masuk oleh bibik. Tengku Safiya menunggu mereka di ruang tamu. Trisha menyalam tangan Tengku Safiya dan mencium pipi Tengku Safiya. Tengku Safiya turut mencium kedua-dua belah pipi Trisha. Arsyad menyalam tangan neneknya.
"Dah sebulan kamu berdua kahwin kan?" Nenda bertanya.
"Ya, nenda." Arsyad memandang nenda.
"Belum ada apa-apa ke?" Nenda bertanya soal kehamilan.
"Apa-apa apa, nenda?" Arsyad tidak faham.
"Ana belum ada apa-apa ke?" Nenda bertanya kepada Ana.
"Belum nenda." Trisha menjawab perlahan.
"Belum?! Ya Allah, dah sebulan korang kahwin tau. Sebulan! Takkan belum ada apa-apa." Suara nenda sudah naik satu oktaf.
  Macam mana nak ada apa-apa kalau tak tu? Hailah nasib. Dah kahwin memang mesti mengandung ke? Baru sebulan kot. Arsyad berkata dalam hati.
"Nenda, baru sebulan tau. Bukannya setahun. Kami tahulah bila nak ada anak. Sekarang masih terlalu awal." Arsyad tidak suka jika nenda mendesak mereka untuk mempunyai anak.
"Terlalu awal? Kamu tak nak anak ke? Atau kamu berdua memang tak usaha lagi?" Nenda bukannya tak tahu mereka berkahwin hanya kerana desakan Arsyad.
"Bukan tak nak but we are too young to be parent. Fin baru 22 dan Sha baru 20 tahun, nenda. Kami masih belajar untuk menerima satu sama lain dan masih perlu banyak belajar soal rumahtangga ni." Arsyad membela diri.
"Too young? Nenda mengandung daddy kamu dulu umur 18 tahun tau. Apa yang mudanya korang ni? Rumahtangga korang baik-baik je kan? Atau korang selalu gaduh?" Nenda menyelidiki soal rumahtangga cucunya.
"Baik-baik je. Dahlah nenda. Kalau setakat nak bercakap soal anak, lebih baik kami balik dulu. Nenda tahu yang Fin tak suka dipaksa." Arsyad tidak mahu berlama-lama di sana, takut nanti ada yang dimarahinya.
"Kahwin paksa ni tak senang. Banyak risikonya." Nenda menasihati mereka.
"Nenda, we are in the phase trying to accept each other now. Kami akan cuba but not now, nenda." Trisha pun bersuara, menyedari suaminya mulai naik angin.
"Okey. Korang buatlah apa yang terbaik bagi korang. Nenda cuma nak yang terbaik untuk kamu berdua." Nenda tidak mahu cucu dan cucu menantunya terbeban.
  Arsyad dan Trisha pulang ke rumah selepas makan malam. Nenda banyak mengajar mereka soal pahit manis berumahtangga. Setibanya ke rumah, Trisha terus masuk ke dalam bilik mereka. Dia membersihkan diri. Selepas siap memakai gaun tidur suteranya, dia duduk di meja solek sambil menyapukan losen ke badan. Dia termenung memikirkan kata-kata nenda tadi.
"Sha, bagi losen tu." Arsyad yang baru selesai berpakaian duduk di atas katil.
"Nak buat apa? Sejak bila pandai guna losen? Buang tabiat ke apa?" Trisha berasa pelik dengan Arsyad.
"Sejak kahwin. Aku pun nak bau wangi juga." Arsyad mengambil losen Vaseline di tangan isterinya.
"Macam-macam." Trisha membaringkan diri di atas katil.
  Trisha yang baru hendak terlena terkejut apabila ada tangan melingkari di pinggangnya.
"Ar, jangan peluk saya. Saya tak suka." Trisha berusaha melepaskan pelukan Arsyad.
"Lama-lama sukalah." Arsyad berbisik di telinga Trisha.
  Trisha mengeraskan badannya. Akhirnya, Arsyad melepaskan pelukannya. Trisha akhirnya terlena.
  Kini, sudah dua bulan usia pernikahan Arsyad dengan Trisha. Mereka masih seperti dulu. Mereka seperti teman saja. Trisha menguruskan semua keperluan Arsyad. Kini, dia menjadi PA Arsyad semula. Mereka pergi ke pejabat bersama. Arsyad meminta isterinya menjadi PAnya lagi kerana dia tidak dapat menguruskan jadualnya sendiri. Setiausahanya sudah berhenti kerja.
"Trisha, ke sini cepat!" Arsyad melaung memanggil Trisha dari dalam pejabatnya.
  Trisha segera masuk ke dalam pejabat Arsyad bersama iPad dan buku catatan.
"Aku ada temu janji atau meeting tak pagi ni?" Arsyad bertanya kepada Trisha.
"Tak ada. Pukul 12:30 tengah hari nanti baru ada. Temu janji dengan Datuk Sam je." Trisha memberitahu Arsyad.
"Okey. Nanti lunch sama." Arsyad berkata tanpa memandang Trisha yang setia berdiri di hadapannya.
  Trisha beredar. Arsyad bangun mengejar Trisha lalu menarik lengan isterinya itu.
"Jangan memandai nak keluar lunch dengan budak HR tu." Arsyad memberi peringatan kepada isterinya sebelum isterinya itu keluar dari pejabatnya.
  Trisha masih di tempat kerjanya semasa Arsyaf keluar dari pejabatnya untuk makan tengah hari.
"Jom." Arsyad mencuit bahu Trisha.
"Saya tak lapar. Tengku pergilah." Trisha sibuk meneliti laporan yang dia taip sebentar tadi bagi memastikan tiada kesilapan dibuat.
"Kau tak lapar? Kau lupa kau ada gastrik? Tak payah nak banyak songeh. Jom." Arsyad menarik lengan Trisha.
  Trisha mengikuti suaminya walaupun terpaksa. Selepas makan, mereka terus menunggu Datuk Sam di restoran itu. Trisha membuka aplikasi Whatsappnya melihat jika ada chat dari teman-temannya sementara menunggu Datuk Sam datang.
"Sha, pinjam phone dulu." Arsyad mengambil telefon bimbit di tangan Trisha.
"Hishh, tak sopan. Handphone awak mana?"
"Pinjam je pun bukannya nak ambil terus. Dengan suami sendiri pun nak kedekut." Arsyad memeriksa contact dan galeri telefon bimbit isterinya.
"Nak pinjam ke nak check phone orang?" Trisha merampas telefonnya dari Arsyad.
"Ehem. Sorry lambat." Datuk Sam berdehem.
"Eh, Datuk. Duduklah. Maaf, tak perasan Datuk dah sampai." Arsyad tersengih.
"Selamat pengantin baru. Sorry tak dapat hadir hari tu. Kebetulan hari tu saya ada urusan di luar negara." Datuk Sam senyum.
  Selepas temu janji selesai, Arsyad dan Trisha balik ke pejabat. Pada malam itu, Arsyad mengajak Trisha makan malam di luar.
"Ar, kenapa kita harus makan malam kat restoran mahal macam ni? Membazir je. Kan kita boleh makan kat rumah je?" Trisha tidak selesa.
"Suka hatilah. Duit banyak buat apa?" Arsyad menyuapkan makanan ke mulutnya.
"Simpanlah untuk masa depan. Nanti kalau dah ada anak, banyak belanja." Trisha menasihati Arsyad.
"Anak? Kau nak ke ada anak dengan aku?" Arsyad menjongket-jongketkan bulu keningnya, nakal.
  Trisha berdehem. Dia terlanjur kata tadi. Dia cuma nak menasihati suaminya. Ya, jika sudah mempunyai anak, kos hidup mereka akan meningkat. Memang Arsyad kaya tapi tak bermakna mereka boleh membazirkan wang sesuka hati. Trisha merasa lebih baik mereka menabung untuk masa depan.
  Dalam perjalanan pulang, keadaan dalam kereta sangat sepi. Arsyad mahupun Trisha tidak berkata apa-apa. Trisha berfikir sendiri. Bagaimana mereka mahu memiliki anak jika mereka tidak mencintai satu sama lain? Arsyad atau Trisha tidak pernah berkata apa-apa soal perasaan mereka. Trisha memikirkan kelanjutan kisah mereka kelak. Adakah pernikahan mereka bakal berakhir bahagia atau berakhir setengah jalan? Trisha memikirkan masa depan mereka sehingga tidak sedar mereka sudah sampai ke rumah.
"Tak nak keluar ke?" Arsyad mengetuk cermin kereta tempat duduk Trisha yang masih termenung.
  Trisha tersedar lalu keluar dari kereta. Trisha membersihkan diri. Trisha tidak suka berpeluh. Dia juga tidak tahan kena sinaran matahari. Matanya juga begitu. Jika dia terlalu lama berada di bawah sinaran matahari, dia akan berasa pening dan terasa nak pitam. Arsyad tidak tahu tentang itu. Selama bekerja dengan Arsyad, dia selalu juga melawat tapak projek bersama Arsyad tetapi tidak terlalu lama. Selalunya awal pagi. Jika pada waktu petang semasa sinaran matahari terik, Trisha akan menggunakan topi dan cermin mata gelap.
  Semasa Trisha sedang menyapukan loden ke badannya, Arsyad mendekatinya lalu mencium bahunya, beralih ke leher lalu mereka melayari bahtera asmara buat kali pertama pada malam itu. Trisha menyerahkan diri kepada Arsyad dengan harapan itu akan membuat mereka semakin dekat dan mengeratkan hubungan mereka. Arsyad ternyata puas hati kerana terbukti bahawa isterinya itu masih dara.
  Keesokan paginya selepas solat Subuh, Arsyad dan Trisha tidur semula. Trisha berasa mengantuk lagi. Mana taknya, semalam lenanya 'terganggu'. Mereka bangun pada pukul 6:30 pagi. Selepas membersihkan diri, Trisha menyediakan pakaian suaminya. Dia memakai gaun paras lutut berlengan panjang yang berwarna maroon. Kemudian, dia bermekap biasa saja dengan bedak tipis dan mengoleskan pelembap bibir.
"Sha, cadar tu cuci dulu. Malu kalau mak tengok." Kata-kata Arsyad membuat wajah Trisha merona merah.
  Trisha mengambil cadar tilam mereka dengan kesan darah yang diletakkan dalam bakul pakaian kotor. Trisha mencuci cadar tersebut dengan mesin basuh. Kemudian, dia menyidai cadar itu. Kemudian, mereka sama-sama turun ke dapur untuk bersarapan. Mak Jah sudah menyediakan sarapan mereka. Mak Jah akan menyediakan sarapan untuk mereka jika Trisha lewat bangun. Biasanya Trisha akan menyediakan sarapan pada pukul 7 pagi memandangkan mereka berangkat kerja pukul 8 pagi.
"Sha, nanti kau ikut aku pergi tapak projek." Arsyad memberitahu Trisha semasa mereka dalam perjalanan ke pejabat.
"Kenapa baru cakap sekarang? Saya tak bawa topi dan sunglasses." Trisha mengeluh perlahan.
"Aku baru ingat. Kenapa nak guna topi dan sunglasses? Takut  kulit gelap? Tak gelap pun kulit kau tu nanti. Kalau gelap pun pasti cerah lagi kulit kau tu. Dah kau memang putih melepak macam tu." Arsyad berkata sambil ketawa kecil.
  Trisha berharap ada topi dan cermin mata gelap dalan laci mejanya nanti. Dia mana boleh terlalu lama kena sinaran matahari. Semasa tiba ke pejabat, Trisha terus membuka laci mejanya. Dia kecewa kerana topi dan cermin mata gelapnya tiada dalam laci mejanya. Dia melabuhkan duduk atas kerusinya. Arsyad hanya memerhatikan isterinya dari tempat duduknya. Meja kerja Trisha terletak di luar pejabat Arsyad. Di belakang Trisha adalah dinding cermin yang agak gelap.
  Pada tengah hari itu, Arsyad dan Trisha melawat ke tapak projek. Trisha merasa sinaran matahari sangat terik kerana matanya terasa sangat sakit. Setelah hampir sejam berada di bawah sinaran matahari yang terik, Trisha rasa hendak pitam.
"Tengku, saya nak kembali ke kereta dulu." Trisha mulai melangkah meninggalkan Arsyad.
"Kau takut sangat dengan sinaran matahari kenapa?" Arsyad bertanya.
"Saya tak boleh terlalu lama kena sinaran matahari, Tengku. Mata saya sakit sangat dan saya boleh pitam." Trisha meninggalkan Arsyad dengan cepat.
  Setibanya di kereta, Trisha terus masuk lalu menyandarkan belakangnya pada tempat duduk. Kepalanya sudah pening dan dia terasa mual.
"Are you okay?" Arsyad membuka pintu kereta sebelah pemandu tempat isterinya duduk.
  Trisha tidak dapat menahan mualnya lalu memuntahkan isi perutnya. Muntahnya terkena kemeja Arsyad.
"Trisha Adriana! Kotor baju aku!" Arsyad naik angin kerana kemeja terkena muntah isterinya.
"I'm sorry." Trisha segera mengambil tisu dari beg tangannya lalu mengelap muntahnya yang terkena kemeja suaminya.
"Kotor! Bau!" Arsyad menutup hidungnya dengan tangannya.
"I'm sorry." Trisha sudah hampir menangis.
"Kau tahu tak baju aku ni mahal! Suka hati kau je nak muntah kat aku!" Arsyad sangat marah.
"Saya mual. Tak dapat tahan, jadi saya muntahlah. Siapa suruh awak kat situ tadi? Tukarlah baju awak ni. Ada baju spare kat belakang." Trisha keluar mengambil kemeja Arsyad yang digantung di tempat duduk belakang.
"Bukakan! Aku tak nak pegang baju ni. Bau!" Arsyad sudah duduk di bahagian pemandu.
"Macam tu ke orang nak ada anak? Isteri muntah sikit dia dah jijik." Trisha membebel dengan suara perlahan, takut Arsyad dengar.
  Trisha menukar pakaian Arsyad selepas mengelap bahagian dada suaminya yang terkena muntahnya dengan tisu basah.
"Sorry." Trisha bersuara kendur sambil memakaikan kemeja yang bersih untuk Arsyad.
"Kau sakit ke? Takkan kena sinaran matahari sikit dah sakit?" Arsyad meletakkan belakang tangannya di dahi Trisha.
"Tak. Cuma tiba-tiba rasa mual." Trisha muntah lagi.
  Sudah hampir seminggu Trisha muntah-muntah. Arsyad bimbang akan keadaan kesihatan isterinya. Selama seminggu itu juga Trisha bekerja dengan payahnya. Dia asyik muntah menyebabkan dia berulang-alik ke tandas. Kerjanya serba tidak kena. Arsyad juga tidak fokus bekerja. Dia asyik memerhatikan Trisha yang berulang-alik ke tandas.
"Sha, jom pergi klinik." Arsyad mengajak Trisha ke klinik pada malam itu.
  Keadaan kesihatan Trisha semakin teruk. Berat badannya semakin menyusut kerana dia jarang makan. Apabila makan, segala isi perut dimuntahkan semula. Arsyad tidak dapat tidur malam apabila mendengar isterinya yang muntah di tandas. Dia risau akan keadaan isterinya. Siapa tak sayang isteri oiii. Ya, walaupun dia tidak pernah menunjukkan rasa kasih dan sayangnya terhadap Trisha, dia tetap khuatir jika isterinya dalam keadaan begitu.
  Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, Trisha dimasukkan ke wad kerana mengalami dehidrasi. Arsyad menemui doktor untuk mengetahui penyakit isterinya. Doktor Pritha yang merawat Trisha tadi asyik senyum.
"Kenapa dengan isteri saya, doktor? Dia sakit apa? Dah seminggu lebih dia asyik mual dan muntah. Risau saya." Arsyad segera bertanya.
"Pada awal kehamilan memang perkara sebegitu biasa terjadi. Usia kandungan Puan Trisha masih muda, baru tiga minggu. Jadi, dia tidak boleh melakukan kerja yang terlalu berat dan harus makan makanan yang berkhasiat. Jangan bagi dia letih sangat kerana janinya belum kuat. Jadi, risiko keguguran adalah tinggi." Doktor Pritha memberitahu Arsyad.
"Trisha mengandung?" Arsyad tidak menyangka secepat itu.
  Doktor Pritha senyum dan menggangukkan kepalanya.
  Selepas keadaan Trisha stabil, mereka pulang. Arsyad sudah mengambil ubat dan vitamin seperti yang disenaraikan oleh Doktor Pritha di kaunter. Trisha masih belum tahu bahawa dirinya hamil.
"Ar, doktor cakap apa tadi? Saya sakit apa?" Trisha bertanya kepada Arsyad.
"Kau mengandung. Three weeks." Arsyad memberitahu Trisha seperti orang tidak berperasaan.
"Betul? Awak tak bohong kan?" Trisha tidak menyangka secepat itu.
"Betullah. Aku hairan juga. Baru sekali dah melekat. Hebat kan aku?" Arsyad berbangga diri.
  Wajah Trisha sudah merona. Arsyad memang suka berbangga diri.
"Telinga dan pipi kau dah merah. Malu eh? Buat apa nak malu? Aku memang hebat. Pasti nenda gembira bila dia tahu." Arsyad mengusik Trisha.
  Semenjak Trisha mengandung, Arsyad memintanya tinggal di rumah sahaja. Dia juga berpesan kepada Mak Jah agar menjaga Trisha dan tidak membenarkan Trisha melakukan kerja rumah. Dia juga mengingatkan Trisha agar makan vitamin dan makanan yang berkhasiat. Dia juga membeli buah-buahan untuk isterinya. Dia akui dia mencintai isterinya.
  Semasa usia kandungan Trisha menginjak tiga bulan, pernikahan mereka dilanda musibah. Arsyad mulai berubah. Arsyad mulai balik lewat dan berubah sikap. Dia mulai bersikap dingin terhadap Trisha. Trisha mulai mengesyaki sesuatu. Dia pun mengekori Arsyad yang baru berangkat kerja. Dia menaiki teksi dan meminta pemandu teksi tersebut mengekori kereta Arsyad.
  Trisha melihat kereta Arsyad yang berhenti di sebuah rumah. Seorang wanita keluar lalu masuk ke tempat duduk sebelah Arsyad. Trisha hanya mampu menahan kesedihan dan kemarahannya. Dia mengekori Arsyad sehingga tengah hari. Dia mengetahui bahawa suaminya bermain kayu tiga. Di rumah, Trisha dikejutkan dengan kedatangan Tengku Emir dan anak perempuannya, Tengku Delisha. Yang paling mengejutkan, Tengku Emir duduk di atas sebuah kerusi roda.
"Ana, maafkan daddy." Tengku Emir memegang tangan Trisha.
"Daddy, kenapa boleh jadi macam ni? Mummy mana?"
"Daddy dan mummy accident. Mummy meninggal di tempat kejadian. Sebelum dia pergi, dia sempat menitipkan maafnya kepada kamu pada daddy." Tengku Emir menangis.
"Daddy, Ana dah maafkan daddy dan mummy sebelum daddy minta maaf." Trisha sedih.
  Selepas itu, Tengku Emir dan Tengku Delisha pulang. Tengku Delisha sangat baik terhadap Trisha selama ini. Delisha juga memberitahu Trisha bahawa Arsyad mempunyai perempuan lain. Sebelum pulang tadi, Tengku Emir sempat menitipkan maafnya kepada Arsyad pada Trisha.
  Selepas makan malam, Trisha menyampaikan salam maaf dari Tengku Emir kepada Arsyad.
"Maafkan daddy? Memang taklah." Arsyad melabuhkan punggung di atas sofa ruang tamu.
"Ar, daddy menyesal dengan semua yang dia lakukan. Maafkanlah daddy. Sampai bila awak nak berdendam dengan daddy awak sendiri? Ar, awak beruntung sebab masih ada daddy. Berbaiklah dengan daddy sebelum terlambat." Trisha memujuk Arsyad.
"Sampai bila-bila. Daddy tak layak dimaafkan. Dia dah buat mummy aku meninggal. Dia punca semua kekacauan dalam keluarga kami." Arsyad beredar ke kamar.
"Ar, you must try to forgive daddy before it's too late to do so. Awak tahu kan? There's so many children out there that don't have father. Many of them even don't know who is their father. Think about it before you regret it." Trisha beredar ke dapur.
  Trisha membancuh susu ibu hamil. Kemudian, dia duduk di meja makan. Dia termenung memikirkan masa hadapannya dengan bayi dalam kandungannya. Andai Arsyad meninggalkannya kelak, bagaimanakah nasibnya dengan anaknya? Semasa Trisha mahu masuk ke kamar, dia terdengar perbualan Arsyad dengan seseorang di telefon.
"Sayang, esok kita keluar jalan-jalan ya."
"I janji akan belikan you kereta yang you nak tu."
  Arsyad segera mematikan telefon apabila Trisha masuk ke kamar. Trisha pura-pura tidak mendengar perbualan Arsyad di telefon sebentar tadi. Sungguh hatinya bagai disiat-siat. Suami yang dicintai sanggup menduakan dirinya.
"Ar, esok teman saya pergi check-up ya?" Trisha duduk di sebelah Arsyad.
"Esok? Sorry. Aku ada urusan esok. Kau pergilah sendiri. Ajak Mak Jah." Jawapan yang sudah Trisha duga.
"It's okay." Trisha beredar ke kamar mandi.
  Di kamar mandi, Trisha menghamburkan tangisannya. Perasaannya bercampur aduk. Dia berasa marah, sedih, kecewa dan terluka. Sudah lebih setengah tahun usia pernikahan mereka. Saat dia mengandungkan zuriat Arsyad, saat itulah Arsyad berubah. Selepas tangisannya reda, Trisha pergi ke ruang tamu. Dia membaringkan diri di atas sofa. Dia tidur di sana. Arsyad menyedari Trisha tiada di sampingnya semasa dia bangun solat Subuh. Trisha solat Subuh di bilik tingkat bawah. Selepas solat Subuh, dia tidur semula di atas sofa. Arsyad mencari Trisha dan melihat isterinya itu tidur di atas sofa.
  Semasa Arsyad berangkat kerja, Trisha sudah tiada di rumah. Delisha menjemputnya tadi untuk menemaninya membuat check-up kandungann. Trisha menceritakan perubahan sikap Arsyad dan mengenai apa yang dia lihat tempoh hari semasa dia mengekori Arsyad hari itu. Pakaian kerja Arsyad sudah disediakan sehingga kegunaan hari Jumaat. Arsyad berasa aneh dengan kelakuan isterinya. Setahunya Trisha tidak tahu tentang hubungannya dengan wanita lain. Jika Trisha tahu, sudah pasti Trisha akan memarahinya. Dia menjalin hubungan dengan PA baharunya, Sara kerana dia mahu berhibur sahaja tetapi tidak sampai ke ranjang.
"Del, aku tak sangka Arsyad sanggup buat aku macam ni. Aku ingat selama ni dia tulus kahwin dengan aku. Saat aku mengandung anak dia, sampai hati dia mengkhianati aku. Kalau aku tahu macam ni jadinya, lebih baik aku gugurka je anak ni." Trisha meluahkan perasaannya kepada Delisha semasa mereka bersarapan di sebuah kafe.
"Sha, jangan macam ni. Baby ni tak berdosa. Kau bincang elok-elok dengan Arsyad. Baby ni tak berdosa. Kau mesti jaga kandungan kau dengan baik sampai kau melahirkan dan jaga baby ni baik-baik. Kalau Arsyad tinggalkan kau, kau tinggal dengan aku. Biar aku jaga kau." Delisha menasihati Trisha.
  Delisha ialah anak Tengku Rina dengan suami pertamanya. Walaupun Delisha anak tiri, Delisha sangat baik terhadap keluarga Tengku Emir. Dia menyayangi Trisha seperti adiknya sendiri. Dia seusia Arsyad.
  Selepas pulang dari klinik, Delisha mengajak Trisha membeli-belah. Dia mahu Trisha menenangkan fikirannya kerana jika Trisha stres, itu tidak baik untuk kandungannya. Delisha membeli pakaian ibu mengandung untuk Trisha. Semenjak Trisha hamil, Arsyad tidak pernah mengajak Trisha keluar. Setiap kali ada cuti dan masa terluang, Delisha mengajak Trisha jalan-jalan. Dia tidak mahu Trisha berasa diabaikan kerana emosi seorang ibu mengandung tidak tentu stabil dan sensitif.
  Suatu hari, Trisha datang ke pejabat Arsyad. Semasa dia masuk ke pejabat Arsyad, dia disajikan dengan drama yang sangat menyakitkan baginya. Sara sedang duduk di atas riba suaminya dan memeluk leher suaminya. Arsyad terkejut melihat isterinya yang berdiri di hadapan pintu. Trisha segera beredar dengan air mata yang mengalir deras menuruni pipinya.
"Sha! Wait!" Arsyad memanggil Trisha sambil mengejarnya.
  Trisha berlari ke arah lif yang sudah terbuka lalu masuk. Arsyad tidak sempat masuk kerana pintu lif sudah tertutup. Dia menuruni tangga. Trisha segera masuk ke dalam keretanya dan memandu laju pulang ke rumah. Arsyad menaiki teksi kerana kunci keretanya tertinggal di pejabat.
  Setibanya di rumah, Trisha duduk di atas sofa ruang tamu. Dalam perjalanan pulang tadi, dia hampir terbabas. Trisha menangis semahunya. Sungguh hatinya hancur. Mak Jah dan Pak Mail tiada di rumah kerana menghadiri kenduri kahwin anak saudara mereka dan akan balik malam nanti. Arsyad meluru masuk sebaik sahaja tiba ke rumah.
"Sha, I'm sorry. I'm so sorry." Arsyad memegang kedua-dua belah tangan isterinya.
"Ar, sampai hati awak buat saya macam ni. Saya dah serahkan semua kepada awak tapi ni balasan awak? Ar, awak dah keterlaluan!" Trisha memukul dada Arsyad berkali-kali.
"Sha, I'm sorry. Saya tahu saya salah. Saya salah." Arsyad berlutut di hadapan Trisha.
"Saya cuba pendam semua ni dengan harapan awak akan berubah tapi apa?! Awak bermesra dengan perempuan tu di belakang saya! Awak tipu saya! Awak dah berubah, Ar. Saya cuba untuk mempertahankan kepercayaan saya terhadap awak walaupun hari tu saya lihat dengan mata kepala saya sendiri awak bersama perempuan tu. Saya cuba untuk tidak mempercayai apa yang saya lihat. Tapi apa?! Apa balasan awak terhadap saya?! Awak khianati kepercayaan saya! Awak lukai hati dan perasaan isteri awak sendiri! Saya kecewa dengan awak, Ar. Saya kecewa! Kalau saya tahu awak akan berubah macam ni, saya tak nak baby ni! Saya tak nak!!" Trisha benar-benar marah dan kecewa terhadap suaminya sambil memukul perutnya yang mengandungkan zuriat mereka berkali-kali.
"Sha, stop it! Kalau kau nak pukul, pukul aku! Aku yang salah! Baby ni tak salah! Pukul aku, tapi jangan baby ni." Arsyad menahan tangan Trisha yang memukul perutnya.
"Awak jahat! Awak kejam!!" Trisha menangis lagi.
  Trisha tidak makan apa-apa sejak pagi tadi. Selepas membersihkan diri, dia minum segelas susu dan sebiji epal. Kemudian, dia membaringkan diri di sofa. Dia masih dengan esakannya sebelum akhirnya dia terlena. Arsyad tidak mampu berbuat apa-apa. Perbuatannya sangat keterlaluan. Dia mengkhianati isteri yang sangat baik kepadanya. Perbuatannya seperti menggali kubur sendiri. Dia sudah puas memujuk Trisha agar makan walau sedikit tetapi usahanya sia-sia. Trisha bukan sahaja tidak mahu berbicara kepadanya, bahkan tidak mahu memandangnya.
  Sudah tiga hari Trisha hanya makan buah-buahan dan minum susu. Arsyad bimbang akan keadaan isteri dan anaknya. Trisha sepertinya menyeksa diri sendiri. Arsyad berasa sangat bersalah. Sara telah meletak jawatan dan memutuskan hubungan dengan Arsyad. Dia tidak sanggup menyakiti hati wanita lain hanya demi harta. Dia menjalin hubungan dengan Arsyad hanya demi wang. Dia semakin tidak sampai hati apabila melihat isteri Arsyad yang mengandung.
"Sha, makanlah." Arsyad membawa semangkuk kecil bubur ayam kegemaran Trisha tetapi Trisha hanya menggelengka kepala.
  Arsyad sudah kekeringan idea untuk memujuk isterinya makan. Dia pun menelefon nenda. Nenda sempat memarahi Arsyad atas perbuatannya. Nenda segera datang.
"Ana, Ana kenapa ni? Makan ya sayang? Nenda suapkan. Nenda ada buat bubur carrot ni. Ana makan ya?" Nenda memujuk Trisha.
  Trisha menggelengkan kepalanya. Nenda tetap memujuk Trisha. Akhirnya, Trisha mahu makan. Arsyad berasa lega. Dia mahu isteri dan anaknya sihat. Selepas Trisha minum, nenda duduk di sebelah Trisha sambil mengelus lembut tangan Trisha.
"Ana, Ana tak boleh macam ni terus. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan. Macam tu juga Fin. Kamu mesti fikirkan kesihatan kamu dan baby dalam kandungan kamu. Jangan seksa diri sendiri. Fin risau sangat kamu tak nak makan sampaikan dia call nenda. Dia sayang kamu. Dia tu memang jenis yang tak pandai meluahkan perasaan. Dia tunjukkan perasaan dia melalui perbuatannya. Dia dah khilaf, kamu maafkan ya?" Nenda menyelakkan rambut Trisha yang menutupi wajahnya.
"Hati Ana ni sakit sangat, nenda. Ana percaya dia sepenuhnya. Bila Ana ikut dia hari tu, Ana tengok dia dengan perempuan lain, mesra sangat. Ana cuba untuk tak percaya. Ana pendamkan dengan harapan dia berubah tapi bila Ana pergi ofis dia hari tu, Ana tak sangka dia boleh buat Ana macam tu. Dia mesra sangat dengan perempuan tu." Trisha menangis di bahu nenda.
"Dengar cakap nenda. Fin dah lakukan kesalahan. Dia dah janji nak berubah. Kamu beri dia peluang. Jangan terlalu menghukum Fin. Kamu cintakan dia kan? Jangan sia-siakan waktu. Baby ni akan mengeratkan hubungan korang nanti. Fikirkan soal baby ni juga." Nenda mengusap perut Trisha.
  Trisha memandang Arsyad yang duduk di hadapannya. Dia menjeling Arsyad dengan jelingan tajam. Arsyad membalas dengan menjegilkan matanya. Nenda ketawa kecil melihat gelagat cucu dan cucu menantunya itu. Almaklumlah cucu dan cucu menantunya itu masih muda. Perangai masih seperti budak-budak. Nasib mereka kerana bakal menjadi ibu bapa pada usia yang muda. Nenda orang yang paling gembira mendapat tahu Trisha mengandung. Sempatlah dia menimang cicit sebelum menutup mata kelak.
"Tak payah nak bersikap macam budak-budak. Berbaiklah. Fin, dah nak jadi papa, ego tu kurangkan sikit. Jangan sampai ego tu memudaratkan diri kamu sendiri." Nenda menegur mereka.
"Tak nak." Trisha memalingkan mukanya.
"Sha, I'm so sorry. Janganlah marah lagi. Kasihan baby. Dah lama papa tak manjakan dia. Mama dia pun dah lama papa tak manjakan." Arsyad senyum nakal, menggenggam tangan isterinya sambil mengenyitkan mata kepada isterinya.
  Trisha menarik tangannya tetapi genggaman tangam Arsyad terlalu kuat.
"Maafkanlah." Arsyad mencium tangan Trisha.
  Trisha masih diam.
"Sha. Tak apalah kalau tak nak maafkan aku." Arsyad bersuara kendur.
"Janji tak buat lagi?" Trisha memandang tepat ke anak mata Arsyad.
"Janji." Arsyad berkata dengan yakin.
"Betul? Kalau buat lagi, saya minta awak lepaskan saya." Trisha inginkan kepastian, tidak mahu kejadian sama berulang lagi.
"Kalau buat lagi, baby dapat adik. Kenapa nak pisah? Babies kita tak ada papalah nanti." Arsyad mencuit hidung mancung Trisha.
"Bukan tu lah. Maksud saya kalau awak sakiti saya lagi." Wajah Trisha merona merah.
"Oh." Arsyad mencium pipi Trisha.
  Nenda senyum gembira melihat cucu dan cucu menantunya sudah berbaik. Hubungan Arsyad dan Trisha baik-baik sahaja selepas itu. Mereka telah mengungkapkan perasaan cinta masing-masing. Arsyad juga sudah memaafkan daddynya. Perbalahan dan perselisihan biasa dalam kehidupan berumahtangga tetapi mereka menyelesaikannya dengan baik dan secara matang. Mereka dikurniakan sepasang anak kembar lelaki. Dua tahun kemudian, mereka mendapat anak kembar lelaki lagi. Mereka berbahagia dengan empat orang putera mereka. Trisha telah memutuskan untuk melakukan berhenti mengandung selepas dia bersalin untuk kali ketiga. Semasa bersalin kali ketiga, Arsyad dan Trisha mendapat anak perempuan.

                                 ?TAMAT?

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience