Bab 55

Drama Completed 35637

Tiara mengambil masa selama seminggu untuk bercakap semula dengan Hadi. Dia menyesal dan malu dengan apa yang dia katakan pada Hadi tempoh hari padahal lelaki itu sudah banyak menolong nya.

Selepas sahaja dia meminta maaf dengan Hadi, mereka berdua menjadi sedikit kekok untuk berbual. Tetapi Tiara bernasib baik yang Hadi tidak marahnya.

Jadi untuk menebus kesalahan nya, Tiara menawarkan diri untuk buat apa sahaja untuk Hadi. Setelah berfikir fikir, Hadi memilih untuk mengajak Tiara meneman dia membeli sedikit barang di pusat membeli belah.

//
"Kau ajak aku teman kau datang sini kau nak beli apa? Tak cukup lagi ke barang dekat rumah tu sampai kau nak membeli lagi?" kata Tiara sebaik sahaja dia dan Hadi memasuki pintu masuk pusat beli belah.

"Kau ikut je lah. Banyak pulak cakap. Kau sendiri yang cakap aku boleh mintak apa-apa je untuk tebus salah kau tu. Aku mintak kau teman je, bukan bayar. So shut up your mouth, please. Just follow me"

Tiara mencebik bibir nya setelah mendengar jawapan Hadi. Dia hanya mengikuti Hadi daripada belakang sambil melihat-lihat sekeliling.

Seingat nya, sudah lama dia tidak menjejakkan kaki di pusat membeli belah. Tidak silapnya kali terakhir dia datang ke pusat membeli belah ketika dia ingin membeli baju untuk makan malam sempena persaraan Prof Yusuf bersama dengan Hadirah dan Farhan.

Suasana di pusat membeli belah itu agak penuh dengan pengunjung. Disebabkan terleka melihat orang-orang yang berada di situ, Tiara hampir tidak sedar yang Hadi sudah sampai di hadapan tempat yang ingin dituju.

Dia melihat Hadi yang berdiri sebelum dia melihat kedai yang berada di hadapannya.

"Hadi? Serius lah kau ajak aku datang sini semata-mata kau nak pergi kedai buku je? Kau ni budak sekolah ke budak universiti ni? Kalau ye pun kau nak pergi kedai buku, ada je kedai buku yang tepi jalan je. Yang dalam 'mall' ni jugak kau nak datang" kata Tiara, tidak percaya.

"Hei, aku jahit mulut tu nanti tak tak pasal-pasal tak bercakap langsung. Membebel je kerja kau dari kita masuk tadi. Diam je lah" balas Hadi. Geram pulak dia jadinya. Tak habis-habis nak bising.

"Ye lah. Kau masuk lah Hadi. Aku nak beli air Tealive. Nanti kau dah siap, kau cari je lah aku dekat situ. Kau nak tak? Aku belikan" Tiara menunjukkan kedai Tealive yang berada tidak jauh dari situ.

Daripada dia masuk sekali ke dalam kedai buku, lebih baik dia buat benda lain.

"Tak nak. Kau pergi lah. Tapi nanti jangan melencong pulak lepas beli tu. Kerja aku pulak nak mencari kau satu 'mall' ni"

"Ye! Dah lah pergi lah masuk kedai buku tu" kata Tiara sebelum dia berlalu pergi menuju ke kedai Tealive.

Selesai membuat pesanan air yang ingin dibeli, Tiara beratur untuk menunggu sementara airnya sedang dibuat.

Sedang dia menunggu, ada seseorang yang entah daripada mana datang menyapanya.

"Tiara"

Tiara menoleh ke arah orang yang menyapanya itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Rafiq Izuddin sedang berada di sebelah nya.

"Eh, Abang Rafiq. Abang datang sini seorang ke?" Tiara melihat di sebelah Rafiq tiada orang. Tetapi mana tahu 'teman' Rafiq itu pergi ke tandas.

Tambahan pula Tiara sudah maklum dengan perangai Rafiq.

"Haah. Abang datang seorang je. Saja jalan-jalan dekat sini sebab hari minggu kan? Tak sangka pulak terjumpa dengan Tiara. Kecil betul dunia ni. Tapi, dunia ni kecil ke ataupun jodoh kita yang kuat?" Rafiq ketawa kecil di akhir katanya.

Dia teringat tentang 'deal' dia bersama dengan Nia.

"Maybe, this is the time" bisik hati Rafiq.

Tiara tergamam dengan kata-kata Rafiq. Kakinya jadi kaku. Tiba-tiba dia merasakan suasana yang janggal antara dia dan Rafiq. Tetapi air yang dipesannya sebentar tadi menjadi penyelamat.

Tiara mengambil air yang baru diletakkan oleh pekerja Tealive itu dan dia ingin pergi daripada situ.

Entah mengapa dia sudah tidak merasakannya lagi perasaan yang pernah dia rasakan dahulu terhadap Rafiq. Perasaan berbunga yang pernah ada dalam hatinya saat Rafiq bercakap dengan dia sudah tiada lagi.

Apa yang dirasakan nya ketika itu adalah Rafiq hanyalah seorang 'senior' universiti nya dan tidak lebih daripada itu.

Tiara hanya tersengih lalu menjawab.

"Apa Abang Rafiq ni. Cakap macam tu pulak" kata Tiara sambil menggaru belakang kepalanya.

Dalam ramai-ramai orang, boleh pula dia terjumpa dengan Rafiq Izuddin di situ.

"Oh, lupa pulak abang nak tanya Tiara. Tiara datang sini seorang ke? Atau berteman?" soal Rafiq.

Tiada pula dia nampak sesiapa bersama dengan Tiara. Jikalau betullah Tiara datang seorang, lagi senang dia nak jalankan rancangan nya.

"Haah. Tiara datang berteman. Dengan Hadi. Dia pergi kedai buku sekejap tadi. Hah! Tu dia" Tiara menunjukkan kepada Rafiq, Hadi yang sedang berjalan di celahan orang ramai.

Lega dia apabila matanya menangkap kelibat Hadi yang berada tidak jauh darinya.

Mata Hadi ternampak Tiara. Sesaat kemudian Hadi melihat siapa yang berada dekat dengan Tiara. Besar kecil besar kecil matanya melihat susuk tubuh yang berada di sebelah Tiara.

"Apa manusia ni buat dekat sini? Alik alik kau Rafiq. Alik alik kau je yang menyibuk"

Tanpa menunggu lama, Hadi terus menuju ke arah Tiara.
Sebaik sahaja Rafiq melihat Hadi datang ke arah dia dan Tiara, dia melepaskan keluhan.

"Potong line betul lah mamat ni" bisik hati Rafiq.

"Eh Rafiq. Kebetulan pulak terjumpa kau dekat mall ni. Dah macam tak ada mall lain yang kau boleh pergi" Ayat terakhir Hadi katakan dengan perlahan. Kalau Rafiq terdengar pun dia tidak hairan.

"Itu lah. Okey lah Hadi, Tiara. Aku mintak diri dulu. Korang dua spend time lah together. Sekejap, saja lah aku nak tanya. Korang berdua berjalan dua orang ni... Dating ke?"

Kedengaran nada suara yang curiga semasa Rafiq bertanya kepada Hadi dan Tiara.

"Sort of" jawab Hadi pantas dengan selamba tanpa memandang Tiara.

Tiara yang mendengar jawapan selamba badak Hadi memandang wajah Hadi dengan terkejut. Jawapan mintak kena pijak je.

"Oh..." Rafiq agak terkejut dengan jawapan Hadi. Entah kenapa dia seakan-akan percaya dengan kata-kata Hadi yang mengatakan dia dan Tiara sedang 'berdating'.

"Okey, aku tak nak kacau daun. Jadi aku gerak dulu lah, Hadi, Tiara"

Setelah melihat Rafiq sudah menjauh, Tiara memukul kuat bahu kanan Hadi.

"Adoi! Kenapa?" Hadi memusingkan badannya dan memandang Tiara.

"Apahal kau cakap dekat dia yang kita dating? Kalau dia pergi bagitahu orang lain lepas tu kecoh satu universiti. Kan dah jadi khabar angin tu" kata Tiara.

Tiara memandang Hadi dengan pandangan yang tajam. Dia tidak fikir tentang orang lain. Dia fikir tentang Nia Natasha. Malas dia mahu mendengar kata-kata Nia yang terlebih perasan itu.

"Ala biar je la khabar angin tu bertiup sampai ke universiti pun. Lagi satu, mana boleh jadi khabar angin" kata Hadi sambil memasukkan sebelah tangan ke dalam poket kiri seluar.

"Kenapa pulak tak boleh jadi khabar angin?"

"Sebab kita memang betul-betul dating kan sekarang ni?" Hadi tersenyum nakal saat melihat wajah Tiara yang tersentak mendengar kata-katanya.

"Merepek lah kau. Dah lah, aku nak pergi beli barang aku pulak. Kau pulak. Suka hati la nak pergi mana" balas Tiara, acuh tak acuh.

Ada saja akal Hadi untuk membuatkan Tiara menjadi tidak tentu arah.

Hadi sempat memanggil Tiara apabila Tiara ingin berlalu pergi.

"Jaga-jaga sikit jalan tu. Kalau terjumpa mana-mana 'buaya' ke, jangan layan. Bukan boleh percaya sangat spesis macam tu" seloroh Hadi. Tetapi dalam pada masa yang sama, dia memaksudkan gurauan nya itu.

"Ye lah. Kalau terjumpa, aku jauhkan diri aku 5 meter dari buaya" kata Tiara sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Hadi yang memandang Tiara dengan senyuman kecil di wajah.
//
Telefon pintar Iphone 13 yang berdering dicapai lalu di bawa ke telinga.

"Hello Abang Rafiq" soal Nia yang matanya tidak lepas daripada melihat televisyen.

"Hai. Nia dekat mana now?" tanya Rafiq daripada hujung talian.

"Dekat rumah je. Nak keluar tapi malas. Why abang?"

Remote televisyen diambil dan dihala kan ke depan. Butang off ditekan. Tiada cerita yang menarik yang boleh ditonton nya.

"I have a story for you"

Dahi Nia berkerut. Cerita apa pula yang Rafiq ingin ceritakan pada dia. Jarang-jarang pula perkara ini berlaku.
Nia hanya diam supaya Rafiq dapat bercerita.

"Abang baru balik daripada jalan-jalan dekat mall tadi. Just cuci mata sebab bosan duduk rumah. And guess who I met there"

Nia mengeluh kecil. Buat teka teki pula dia ni.

"Err, Rania? Ex girlfriend abang" jawab Nia malas.

"No. Tiara"

Secara tidak semena mena, telinga Nia panas saat mendengar nama orang yang paling dia benci. Orang yang dia anggap perampas kebahagiaan nya.

"Are you kidding me, Abang Rafiq? Apa function abang cakap benda-"

"Dengan Hadi" pintas Rafiq dengan laju.

"What?!" Jerit Nia tanpa menghabiskan kata-kata awalnya. Lain macam cerita yang disampaikan oleh Abang Rafiq.

"Diaorang jalan berdua ke?!" Tanya Nia masih dengan suara yang kuat. Elok-elok dia duduk dengan tenang sebentar tadi, sekarang dapat pula berita yang membuatkan dia tidak senang duduk.

"Ye Nia. Mula-mula abang terserempak dengan Tiara. And then out of nowhere tiba-tiba Hadi datang. Lagi pun, Tiara sendiri yang cakap dia datang situ dengan Hadi" cerita Rafiq.

Rafiq sendiri tidak tahu apa sebab utama dia menceritakan perkara ini kepada Nia. Dia hanya merasakan yang dia perlu beritahu Nia tentang ini.

Turun naik dada Nia kerana menahan sabar. Baginya, Tiara sudah terlalu melampau. Dia sendiri tidak pernah berjalan berdua bersama dengan Hadi di pusat membeli belah.

Hatinya bertambah membara saat memikirkan hal itu.

"Abang, Nia rasa baik abang end call ni sebelum abang yang Nia maki or carut. Darah Nia dah mendidih ni" kata Nia dengan gigi yang diketap kuat.

"Okey okey. Abang faham. But, if you want anything just call or text me, okay?"

"Okey. Bye" jawab Nia, dingin.

Tanpa menunggu balasan daripada Rafiq, Nia mematikan panggilan itu. Kalau bukan disebabkan harga 'kayangan' telefon pintar nya itu, sudah lama telefon itu dicampak nya jauh dek kerana terlalu marah.

Kata-kata Hadi semasa tempoh hari terlintas di ruang fikirannya.

'Nia, I'm really sorry. Saya tak dapat nak teman awak jalan-jalan sebab tiba-tiba saya ada hal sikit so saya kena balik rumah. Boleh tak awak ajak Amelia ke teman awak? Saya memang tak boleh. Maybe next time, Insyaallah. Tapi saya tak janji lah. Once again, sorry'

Terngiang suara Hadi mengungkapkan kata-kata itu di kedua belah telinganya.

Rupa-rupanya, Hadi sendiri yang membatalkan jalan-jalan antara dia dan Nia. Dia tidak sampai hati untuk keluar bersama Nia. Hadi tidak ingin Tiara memikirkan perkara yang bukan-bukan.

"Oh, keluar dengan aku ada pulak hal kau. Macam-macam hal yang tiba-tiba ada. Kena balik lah, ada hal penting lah. Tapi bila keluar dengan perempuan tak sedar diri tu, ada je masa kau, Hadi. Kau ni buta langsung ke apa? Tak nampak ke aku dengan perempuan tu beza. Macam langit dengan bumi! Apa yang perempuan tu ada sampai ada je masa kau untuk dia?! Sikit pun kau tak pandang aku ni sedangkan aku ni yang tunggu kau dah bertahun-tahun. Tunggu kau Tiara. I will make sure kau akan rasa menyesal kenal dengan Hadi"

Di fikirannya, bermacam-macam idea yang boleh dia lakukan untuk 'menghapuskan' Tiara. Dia perlu lakukan sesuatu.

thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update:(:(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience