CB VS CB : PROLOG

Romance Series 34064

"SOFEA…" panggil Datuk Aisar Harris kuat.

"Saya… saya kat sini, datuk." Tergopoh-gapah Dahlia Sofea berlari mendekati Datuk Aisar Harris yang berada di ruang tamu rumah banglow itu.

Datuk Aisar Harris memandang tajam ke arah Dahlia Sofea dari atas hingga ke bawah. Sedikit pun pandangan itu tidak beralih ke tempat lain. Malam ini dia perlukan kata putus daripada gadis di hadapannya ini.

Dahlia Sofea menelan liur. Entah apa lagi salah yang dia lakukan hari ini. Seingatnya, dia hanya menjatuhkan pasu bunga mahal yang Datuk Aisar Harris beli semasa di Turkey baru-baru ini tetapi dia sudah meletakkan salotip pada pasu bunga tersebut. Mustahil jika Datuk Aisar Harris perasan. Sedangkan baru hari ini dia melihat Datuk Aisar Harris berada di rumah sepanjang hari.

"Sofea, start hari ni saya nak awak jaga keselamatan anak saya 24 jam dan kalau boleh, awak kena tidur sebilik dengan dia. Faham?"

Dahlia Sofea menggaru kepalanya. "Tapi datuk. Waktu siang saya ada kerja lain. Boleh tak kalau datuk upah orang lain jer. Datuk kan ada banyak duit. Setakat sorang dua mesti datuk tak kisah kan. Apa kata kalau saya perkenalkan datuk dengan kawan-kawan saya…"

Kening Datuk Aisar Harris terjongket sedikit. Melihat sosok tubuh Dahlia Sofea seperti hendak menelan gadis itu hidup-hidup. Berani gadis di hadapannya ini melawan kata-katanya.

"Betul, saya tak tipu. Saya memang ada kerja lain. Saya ni sibuk orangnya." Balasnya sambil tersenyum sumbing. Dia mula menggaru kepalanya.

"Tak boleh! Saya nak awak sahaja yang jaga anak saya. Saya akan bayar upah awak tiga kali ganda daripada biasa."

"Tiga kali ganda?" Mulut Dahlia Sofea ternganga. Dia mengangkat jarinya dan mula mengira. Senyuman kian melebar tetapi dia menggeleng. "Err tak boleh, datuk. Saya setia dengan kerja saya. Lagipun ramai yang perlukan khidmat saya."

Datuk Aisar Harris mendekati Dahlia Sofea. Dia berjalan mengelilingi gadis itu. "Kalau awak tolak tawaran saya ni, saya pasti awak akan menyesal. Siapa yang akan bagi awak tawaran macam ni selain saya? Peluang ni sekali seumur hidup jer tau. Kalau malam ni awak tolak, awak memang rugi seumur hidup." Bisiknya perlahan di telinga Dahlia Sofea.

Kata-kata Datuk Aisar Harris tidak didengar. Dahlia Sofea sibuk dalam dunianya sendiri.

Bayaran biasa selalu aku dapat lima ribu ringgit. Kalau tiga kali ganda, aku boleh dapat lima belas ribu ringgit. Huishhh banyaknya. Aku boleh simpan pergi travel. Takpun boleh naik kapal cruise. Kayalah aku macam ni!

Datuk Aisar Harris memandang Dahlia Sofea yang sedang tersengih-sengih sambil matanya dinaikkan memandang siling rumah.

Perempuan ni dah gila ke apa? Boleh pula dia tersengih macam tu. Kena sampuk dengan toyol agaknya!

"Sofea!" Tengking Datuk Aisar Harris kuat.

"Oh kapal cruise aku…"

"Kenapa dengan awak ni?"

Dahlia Sofea tersengih menunjukkan baris giginya. "Takda apa. Hehehe… takda apa."

Kening Datuk Aisar Harris mula berkerut. "Saya tanya awak untuk kali yang terakhir. Awak terima ke tidak tawaran saya ni?"

"Kejap, datuk. Saya perlukan masa. Saya tak boleh fikir sekarang." Kepala dipicit perlahan.

"Saya bagi awak berfikir selama 5 minit. Lepas tu awak kena bagi saya jawapan."

"Hah? 5 minit jer? Mana cukup, datuk. At least bagilah dua hari ke, tiga hari ke."

Datuk Aisar Harris mendecit. "Sofea…" Mendatar suaranya.

"Okay, datuk. Saya fikir sekarang."

Dahlia Sofea berpaling membelakangkan Datuk Aisar Harris. Dia mencebik sambil mengetap giginya. Jemarinya dikepal menjadi penumbuk lalu ditumbuk ke tapak tangannya.

Datuk ni kan, kalau aku smackdown dia kat sini, baru dia ada akal. Ingat badan kau besar macam tu, aku takut ke. Ni Dahlia Sofea lah. Hurm aku patut terima ke tak tawaran ni? Oh mai god! Ottoke? Fikir Dahlia, fikir! Ni demi masa depan kau!

"Sofea, masa awak dah tamat. Awak setuju ke tidak?"

Dahlia Sofea menoleh memandang Datuk Aisar Harris. "Errr datuk, saya rasa kan… hmm…"

"Apa lagi ni? Awak ni banyak songeh betullah. Saya anggap awak setuju jer lah!" Langkah diatur masuk ke dalam bilik pejabatnya. Datuk Aisar Harris meninggalkan Dahlia Sofea yang masih lagi tergamam.

"Datuk… kejap lah. Datuk…" panggilannya tidak dipedulikan. Dia duduk berlutut di tengah-tengah ruang tamu. "Habislah aku. Macam mana dengan butik aku? Macam mana dengan bunga aku? Oh tidak! Mommy takkan pernah tinggalkan korang…"

Datuk Aisar Harris yang sedang mengintai di celah pintu mula menggelengkan kepalanya. "Apa lah budak ni buat? Dah macam orang gila dah aku tengok. Kerja apa lah yang dia buat tu sampai rela tolak tawaran aku bagi? Hmm pelik…" bisiknya sambil memerhatikan Dahlia Sofea.

Aimy Aleesa mendekati Dahlia Sofea yang masih lagi berada di ruang tamu. Gadis kecil berusia 7 tahun itu menepuk lembut bahunya. Dahlia Sofea dongak melihat wajah gadis itu.

"Akak Sofea taknak jaga Aimy ke?"

Lagi sekali Dahlia Sofea tersentak. Kata-kata Aimy Aleesa benar-benar membuatnya serba salah.

Dahlia Sofea senyum terpaksa. "Hehe taklah. Mana ada macam tu. Akak suka jaga Aimy tapi Aimy kan budak nakal."

"Aimy promise Aimy takkan nakal lagi. Boleh kan kalau akak Sofea jaga Aimy?"

Keluhan lemah dilepaskan. Serba salah Dahlia Sofea apabila berdepan dengan gadis yang berusia 7 tahun di hadapannya ini.

Apa aku patut buat ni! Oh no!

Assalamualaikum, hi korang. ^^ Jemput baca karya baru Ayana secara buka kunci/unlock. Terima kasih kerana telah menyokong karya Ayana. Harap korang semua enjoy ^-^ October 2, 2023 Ayana Zehra @ NovelPlus©

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience