29 - Pengawal Peribadi

Romance Completed 45760

Pintu rumah di tutup lalu di kunci selepas dia menyarungkan kasutnya yang sering diguna untuk pergi kerja. Awal pagi lagi perasaannya sudah berkecamuk apabila teringat akan tugasnya pada hari ini. Ya, dia harus membersihkan rumah majikannya seperti biasa. Hari ini baru genap lima hari majikannya berada di luar negara. Dua hari lepas, sempat lelaki itu mengirimkan pesanan ringkas kepadanya. Senangnya dalam hati... eh?

Dia menggeleng laju menepis segala yang membuatkan dirinya tersenyum. Risau jika menuruti perasaan sendiri. Adakah ini dinamakan gila bayang? atau cinta bertepuk sebelah tangan? Gusar hati ia akan menyakiti diri sendiri di kemudian hari. Dia terus melangkah menuruni tangga untuk sampai ke motosikal miliknya. Dia merengus geram saat ingin menghidupkan enjin motor. Ya, dia terlupa untuk mengambil topi keledar saat turun tadi.

“Engkau ni, balik-balik menyusahkan aku!” marahnya sesudah topi keledar itu di dalam pegangan. Dia kembali turun dan memanaskan enjin motor untuk beberapa saat sebelum memulakan perjalanan pada pagi itu.

Dalam perjalanan menuju ke rumah majikannya, dia mulai perasan ada sebuah kereta sedang mengekorinya. Pada mulanya dia hanya membiarkan saja. Siapa tahu kereta itu mempunyai tujuan yang sama dengannya. Untuk berjaga-jaga, dia sengaja berpatah balik. Tidak salah lagi, kereta itu sedang mengekori dirinya. Apa hal orang ni? Dia cuba untuk bertenang dan melanjutkan saja perjalanan. Awal pagi lagi jantungnya sudah bersenam dengan gigih.

Sebaik sahaja memarkirkan motosikal pada tempat yang disediakan, langkahnya di buka dengan pantas beredar dari situ. Tombol lift di tekan dengan perasaan panik. Risau pula jika orang yang mengekori dirinya muncul di situ. Kepalanya sering di pusing kiri dan kanan untuk mengawal keadaan sementara menunggu pintu lift terbuka. Rasa nak hempuk saja lift tersebut. Lama sangat!

Ting!

Dia memboloskan diri sepantas kilat. Pada masa yang sama, muncul seorang lelaki berpakaian formal juga turut memasuki kotak lift tersebut. Saat itu, dia melepaskan nafas kelegaan kerana dapat menghindar daripada orang yang sedang mengekorinya tadi. Tidak berapa lama, pintu lift terbuka. Dia terus melangkah keluar dengan hati sedikit tenang.

Namun, hatinya yang tenang tiba-tiba berubah panik. Dia menyedari dirinya sedang diperhati oleh seseorang. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah susuk tubuh yang sedang memandangnya. Lelaki berpakaian formal tadi mengukirkan sebaris senyuman. Dia tidak membalas senyuman tersebut. Fikirannya telah melancong jauh memikirkan perkara yang negatif.

“Kenapa pandang saya macam tu? Saya ada buat salah ke?” Dengan keberanian yang terkumpul, akhirnya dia mulai bersuara walaupun sedikit tersekat-sekat. Tiada pilihan lain selain bertanya terus kepada tuan punya badan. Tak adalah dia nak simpan rasa panik dan gementar itu lama-lama dalam diri. “Awak ke follow saya tadi? Ada masalah ke?” soalnya lagi.

“Nama cik, Putri Hanis, right?” soal lelaki itu pula. Hanis sekadar mengangguk. Aik? dia a tahu pula nama aku.

“Syukurlah. Akhirnya, saya jumpa pun. Nama saya Rendi. Pengawal dan pemandu peribadi cik Hanis,” Lelaki bernama Rendi itu mula memperkenalkan diri. “Maaf atas ketidakselesaan tadi. Saya tiada niat hendak menakutkan, Cik Hanis. Cuma saya hanya ingin memastikan bahawa saya tidak tersalah orang,” jelas Rendi lagi.

Terlopong mulut Hanis dibuatnya. Bukan apa, terkejut sekaligus di tambah kehairanan saat lelaki itu memperkenalkan diri. Pengawal peribadi? Pemandu peribadi? Apa semua ni?

“Saya rasa awak memang dah tersalah orang. Saya tak pernah upah mana-mana orang untuk jadi pengawal dan pemandu peribadi saya,” balas Hanis.

Rendi tersenyum. “Cik Hanis memang tak ada upah orang, tapi Tuan Jason yang upah. Saya ditugaskan untuk mengawal dan menjaga keselamatan, Cik Hanis. Saya akan bekerja hari ni sampai bila-bila selagi khidmat saya diperlukan.” jelas Rendi panjang lebar. Dia cuba meyakinkan hati wanita itu. Seharusnya, dia menunjukkan bukti, namun telefon pintar miliknya ketinggalan di dalam kereta akibat huru-hara ingin mendapatkan wanita tersebut.

“Tak kan Cik Hanis tak percaya lagi? Saya serius ni. Saya tak reka cerita. Saya hanya ikut arahan yang diberikan oleh bakal suami cik,”

Dahi Hanis berkerut kehairanan saat mendengar perkataan 'bakal suami' yang keluar dari mulut Rendi sebentar tadi. Biar betul mamat ni?

“Cik Hanis nak kemas rumah tuan Jason, kan? Kemaslah dulu. Saya tunggu dekat luar. Kalau dah siap nanti saya hantar pergi Cafe. Pasal motor tu, jangan risau. Pandai-pandailah saya uruskan nanti,”

“Eh, tak payahlah. Saya boleh aje pergi sendiri. Awak baliklah. Tak perlu susahkan diri nak tunggu saya,” cegah Hanis.

“Tak boleh! Ini satu arahan daripada tuan Jason. Saya kena jalankan tugas dan tanggungjawab. Cik Hanis hanya perlu akur saja. Don't worry, i'm not a bad person,” jelas Rendi sedikit tegas.

Hanis menghela nafas seraya mengangguk sebelum masuk ke dalam rumah untuk mengemas dan membersihkan rumah majikannya. Bermain-main soalan dimindanya. Kenapa Jason tiba-tiba saja mengambil seorang pengawal peribadi untuk dirinya? Bakal suami? haih, letihlah...

Hanis mengucapkan terima kasih sebaik sahaja melangkah keluar daripada perut kereta. Kurang selesa apabila dilayan seperti itu. Dirinya seperti orang terhormat pula. Walaupun dirinya tidak mahu, tetapi ini semua kehendak majikannya sendiri. Entah apa motif lelaki itu, dia sendiri kurang pasti.

“Cik Hanis, saya pergi bengkel sekejap nak servis kereta ni.” Kata Rendi. Hanis sekadar mengangguk sebelum melangkah masuk ke dalam Cafe.

“Hanis! Amacam dengan pengawal peribadi tu? Dia okay kan?” Tiba-tiba saja Mariam muncul dengan wajah begitu teruja dengan kehadiran Hanis.

“Okaylah... Jap, jap. Kau tahu dari mana?” tanya Hanis sedikit hairan. Yalah, dirinya saja baru tahu tentang kewujudan Rendi sebagai pengawal peribadinya.

“Dari tuan Jason. Dia ada beritahu aku dua hari sebelum dia berangkat ke Vietnam. Dia nak kau sentiasa selamat. Untung kau kan, dapat curi hati majikan kita tu... tak sabar pula nak tengok korang bersanding,”

“Ish kau ni! Jauh sangat melancong. Kau tak tahu ke Tuan Jason tu ada kekasih hati?”

“Elleh, mana kau tahu?” soal Mariam tidak percaya.

“Tuan Jason bagitahu. Aku tak reka cerita tau. Dia sendiri bagitahu aku...” jelas Hanis sungguh-sungguh.

“Pelik pula...”

“Apa pula yang pelik?”

“Tak delah. Tuan Jason kata, dia cari pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan buah hati dia. Maknanya, kaulah buah hati dia!” jelas Mariam tidak mahu mengalah.

“Ish... bukan, bukan. Dah, aku nak buat kerja. Layan kau sampai bila pun tak habis. Pergi jaga kaunter,” cepat-cepat Hanis ingin memutuskan perbualan mereka. Tubuh Mariam di dorong lembut masuk ke kawasan kaunter.

“Aku belum habis cakap lagi. Aku nak tanya ni. Siapa nama lelaki tu? Hensem...” soal Mariam dengan senyuman nakalnya.

“Rendi,” jawab Hanis ringkas.

Mariam mula mengangguk-angguk faham berserta senyuman yang terbit di hujung bibir manis miliknya. Dia mula membayangkan dirinya bersama lelaki bernama Rendi itu. Hatinya terpikat mendengar suara dan melihat senyuman lelaki itu. Inikah cinta pandang pertama? Kenapalah awak hensem sangat Rendi? bisik hati Mariam.

“Oi, makcik! Pandai eh berangan-angan. Jangan bawa perasaan sangat. Rendi tu ada makwe, kau tahu?” sampuk Hanis memecahkan bayangan yang tercipta di mata Mariam.

“Mana kau tahu? Kau pun baru kenal dia,” jawab wanita itu sedikit malas.

“Orang berwajah kacak ni, sudah tentulah ada makwe. Alaa, macam tuan Jason juga...” selamba Hanis berkata.

Mariam hanya mendengar tanpa menjawab. Sirnalah harapannya untuk bersama dengan Rendi. Takpelah, jadikan crush ajelah...

****

Saja tambahkan pengawal peribadi, sbb nak pnjangkan chapter HAHSHSHAH. Happy reading <33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience