8 - Resume

Romance Completed 45760

Jayden mengorak langkah ke salah sebuah restoran untuk mengisi perut yang sudah mengeluarkan pelbagai persembahan tanpa penonton. Dia mengambil tempat berhadapan dengan penghawa dingin. Fuh, sejuk. Seorang wanita muda lingkungan 26 tahun juga duduk berhadapan dengan Jayden. Gadis itu merupakan setiausahanya. Dia memandang gadis itu agak lama sehingga membuatkan si gadis tersipu malu dibuatnya.

“Kenapa pandang saya macam tu? Malu saya...” Gadis itu mula bersuara. Tidak selesa di pandang begitu dengan lelaki yang bukan muhrimnya.

“Berapa kali saya kata, jangan panggil tuan kalau dekat luar. Kalau dekat pejabat, tak apa...” Balas Jayden. Entah kenapa susah hendak dipisahkan dengan perkataan 'tuan' walau beribu kali diingatkan.

Gadis itu telah melamar kerja dua tahun yang lalu. Selama dua tahun itu juga dia sering bersama-sama. Dalam masa yang singkat itu, Jayden sudah tergila-gila dengan gadis itu. Tapi, hanya dirinya saja yang tahu. Dia masih mencari masa yang tepat untuk meluahkan perasaannya.

“Saya tak biasalah, tuan Jay. Mulut saya masih teragak-agak nak sebut selain dari perkataan tuan,” balasnya. Jawapan itu sering kali digunakan setiap kali lelaki itu menegurnya. Jayden sekadar mengangguk. Faham akan situasi itu.

“Oh, ya! Saya dah jumpa seseorang untuk mengisi jawatan kosong seperti yang tuan minta. Dia siap bagi resume lagi. Tuan Jay boleh tengok,” Gadis itu mengeluarkan sebuah fail kertas berwarna coklat daripada begnya lalu disorongkan kepada Jayden.

“Good job! Tapi, tak ada resume pun tak apa. Actually, saya pun menolong kembar saya cari seseorang untuk bekerja. Saya tak dapat nak cari, tu yang minta tolong dengan awak. Jadi, nanti resume ni saya bagi kepada dia, ya?”

Wajah gadis itu sedikit berkerut. “Tuan ada kembar?” soal gadis itu seolah tidak percaya. Selama bekerja, tak pernah lagi dia mekihat kembar majikannya. Pergaulan mereka tergendala seketika apabila pesanan makanan mereka sampai. Meronta-ronta cacing di dalam perut apabila dapat menghidu kelazatan makanan itu.

“Awak tak tahu? Habis yang awak berbual dengan dia sebulan lalu tu siapa?” Jayden tersenyum melihat wajah setiausahanya itu sedikit kebingungan.

“Sebulan lalu? Yang mana satu?” soalnya lagi. Terlalu ramai manusia dia ajak berbual. Terutama para client.

“Belum tua lagi dah lupa... Hmm, ada hari tu saya meeting dengan staf yang lain, masa tu dia datang cari saya. Awak kan yang suruh dia tunggu...siap buatkan air untuk dia...” jelas Jayden sungguh-sungguh. Berharap agar penjelasannya itu dapat mengorek ingatan gadis itu semula.

“Laaa....tu kembar tuan ke? saya ingatkan kawan je... kawan akrab macam tu...” Jawab gadis itu dan mulai tersengih menahan malu. Makin mekar bunga-bunga di taman dalam hati Jayden apabila melihat wajah gadis itu mulai blushing.

“Muka kitaorang beza kan? Biasalah, kembar tak seiras. Kalau seiras, takut awak tak boleh beza mana satu yang sedang memuja hati awak...” ujar Jayden tanpa rasa teragak-agak. Saja dia bagi petunjuk awal. Gadis itu sekadar tersenyum lalu menggeleng.

***

Malam itu, selepas makan malam, Jayden memutuskan untuk pergi ke kediaman Jason yang hanya berada di atas kediamannya. Ya, mereka tinggal di apartment yang sama. Selepas memastikan pintu rumah berkunci, dia menuju menggunakan tangga untuk naik ke atas. Tidak lupa membawa sebuah fail yang diberikan oleh setiausahanya siang tadi. Itulah tujuannya untuk ke kediaman Jason.

TOK!TOK!

Selang beberapa saat, Jason membuka pintu. Tanpa di pelawa, Jayden terus memboloskan diri masuk ke dalam rumah lelaki tersebut. Itu sudah biasa bagi mereka berdua.

“Kenapa?” terpacul soalan itu di mulut Jason. Dia mengambil tempat pada single sofa sementara Jayden terus berbaring pada sofa yang panjang. Fail kertas bersaiz A4 sempat diletakkan di atas meja bulat yang berada di hadapannya.

“Mama ada call tak?” soal Jayden kembali. Tiba-tiba teringatkan tentang Datin Jumira yang menghubunginya pagi tadi.

“Tak ada pula. Kenapa?”

“Mama kata restoran tu dah siap. Hanya tinggal decoration lagi. Lepas tu mama akan rasmikan. Then, dia pun nak buat majlis nanti. Tapi, itu selepas perasmian restoran... Masa perasmian itu kalau boleh salah seorang dari kita mesti ada dekat sana,” jelas Jayden.

Datin Jumira meneruskan hasrat arwah suaminya yang telah membuat rancangan untuk membuka sebuah restoran. Sebelum arwah meninggal dunia, arwah telah mempersiapkan segala-gala sebelum mengunjungi tempat yang ingin di jadikan sebuah restoran. Namun, Allah lebih menyayangi beliau. Oleh itu, Datin Jumira telah berjanji untuk meneruskan rancangan tersebut sehingga berjaya.

“Mama tak ada pula call aku...”

“Mungkin mama tahu kau busy. Yalah, engkau dengan busy dah macam tak boleh dipisahkan. Melekat nak mampus,” sindir Jayden.

Jason hanya berdiam diri. Dia mengalihkan pandangan ke arah skrin televisyen. Pada masa yang sama, Jayden bangun dan duduk semula.

“Nah,”

Fail yang terletak di atas meja itu di sorongkan kepada Jason. Hairan lelaki di buatnya. Perlahan-lahan matanya memandang wajah Jayden yang sedang beriak selamba. Senyuman manis turut dilontarkan kepada Jason.

“Apa pula ni?” Tanya Jason. Fail itu ditengok tanpa di sentuh. Setahunya, dia tidak pernah meminta apa-apa jenis fail dari lelaki itu. Riak wajah Jayden berubah kesal.

“Itu strawberi...” balas Jayden mencebik.

Jason mengeluh sendiri. “Fail apa yang kau bagi aku ni? Aku ada ke minta fail?” Bebola matanya memandang ke arah siling, cuba menembusi ingatannya sebelum ini. Ada atau tidak?

“Tak ada. Ni resume orang yang nak kerja dengan kau. Kau sendiri yang suruh aku cari kan? Nah, nilah dia...” Jelas Jayden satu per satu. Tak tahu habis makan apa saja kembarnya itu sehinggakan otak lelaki itu lambat proses.

“Ooo...jap, aku ada ke minta resume? Rasanya tak ada...”

“Kau buka jelah!” balas Jayden sedikit sebal. Mana taknya, banyak tanya sangat. Apa salahnya buka dan tengok. Lama-lama hilang juga kepala si Jason ni!

Jason hanya akur. Malas hendak berdebat lagi. Sehelai kertas putih yang terpapar tulisan biodata itu dikeluarkan. Mata Jason tertangkap pada nama yang tercata di sana.

“Putri Hanis Binti Malik...” nama itu meniti di bibirnya dengan perlahan. Matanya beralih pula pada gambar yang melekat sekali. Senyuman senget dilarikkan. Jumpa lagi gadis keras kepala, monolognya.

“Jangan pandang lama-lama, nanti jatuh cinta. Tahulah dia tu cantik,” perli Jayden. Jason merengus kasar. Ada saja yang dia buat tak kena di mata kembarnya itu. Kertas putih itu dimasukkan kembali ke dalam fail tersebut lalu di simpan. Ruangan itu kembali sepi. Hanya di temani oleh suara latar televisyen yang berkumandang.

****

Happy reading ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience