PROLOG

Romance Completed 183520

Terlihat seorang gadis ayu berkulit putih dengan mengenakan dress hitam ditambah bentuk badan yang langsing. Peghhh! Body idaman! Rambut di ikat ponytail. Tambah lagi gadis itu memiliki sarung pipit yang membuat dia semakin cantik.

Gadis itu terlihat sedang menikmati udara segar di pagi hari dengan permandangan yang indah di halaman rumahnya.

“Hey, what are you doing?” Lalu duduk berhadapan dengan Dian. Ya. Gadis itu bernama Dian cahaya. Anak bongsu dari keluarga besar Datuk Draman, berusia 24 tahun. Manakala di hadapannya adalah Danial anak kedua iaitu abang kepada Dian.

“Nothing to do. Just take some fresh air. And you? Tak kerja ke harini?”

“Kerja? Apa itu kerja? Angahkan kaya. So, buat apa kerja?”

“Hei! Walaupun kaya, kerja tau. Tengok along, papa, awal pagi dah pergi kerja.”

“Kalau ada masa nanti, angah kerja ye. So, macam mana dengan tunang Dian? Mana dia lama tak Nampak?” Tanya danial kerana beberapa harini jarang bertemu dengan bakal adik iparnya.

“Oh, dia overseas. Ada urusan kerja. So Dian tak nak kacaulah biar dia fokus.”

“Yeke? Ingatkan apa tadi.”

“Ingatkan apa. Hah!?” Mencubit manja lengan abangnya.

“Sakitlah Dian!”

“Siapa suruh fikir macam-macam. Dian sayang sangat dekat Rayyan tau. Terlalu saying. Dian harap Rayyanlah lelaki terakhir Dian sampai Dian menghembuskan nafas terakhir.”

“Apa cakap macam tu. Cintakan manusia jangan melebihi cintakan pencipta. Ingat tu.”

“Baiklah ustaz”

“Good. Kalau ada pape terus cakap dekat angah jangan pendam tau.”

“Ok. kalau ada pape Dian terus cakap dekat angah ye.”

“Ok. Dian free ke malam ni?”

“Tak. Dian nak jumpa kawan malam ni. Kenapa?”

“Yeke? Takde pape. Cuma nak ajak Dian teman angah gi tengok wayang. Memandangkan Dian dah ada plan, so, teruskan.”

“Sorry tak dapat temankan angah. Tapi Dian janji, lain kali Dian takkan tolak.”

“Ye.” Mengusap manja rambut adik kesayangannya.

. . . . .
Di Paramount Hotel Dubai, seorang pemuda tampan sedang duduk menghadap jendela.

“Tuan, malam ni kita ada makan malam bersama Mr. Eric dan-” Belum lagi Roy menghabiskan perkataannya, Rayyan mencelah.

“Batalkan. Saya nak balik.” Dari tadi asyik menatap gambar tunangnya di ipadnya.

Rayyan memang tidak suka pergi oversea. Kalau tidak atas desakkan ayahnya, dia memang suruh Roy sahaja mengantikannya. Kalau diikutkan hati, dia mahu bersama tunangnya 24jam. Perasaan gelisahnya tidak dapat dikawal lagi dia ingin segera bertemu tunangnya.

“Tapi-”

Menatap Roy dengan pandangan tajam

“Tapi apa? Aku cakap aku nak balik. So, takde alas an. Lagipun buang masa je makan malam dengan mereka.”

“Tapi Datuk Adnan cakap yang tuan Rayyan tak dibenarkan pulang sehingga semua urusan selesai”

Menghampiri Roy lalu mencekiknya.

“Tuan, sakit.”

“Sakit?! Lain kali, kalau aku suruh, ikut jelah. Susah ke? Sekarang aku nak kau sediakan jet peribadi. Aku nak balik sekarang jugak.” Lalu melepaskan tangannya dari leher Roy. Roy menahan kesakitan. Terasa bagai putus nyawa.

“Baiklah tuan.” Bergegas pergi.

Rayyan tersenyum melihat gambar tunangnya.

‘Sayang, Tunggu abang ye, I really miss you. ’

Lalu mengemas barang-barangnya di bantu 2 orang pembantu peribadinya.

. . .

Di rumah banglo 3 tingkat Datuk Imran, terlihat Intan, Datin Melur dan Datuk Imran sedang menikmati hidangan yang di sediakan.

“Semalam sayang pergi mana balik akhir?” Menatap isterinya.

“Oh, Melur pergi enjoy dengan kawan-kawan Melur. Salah ke?”

“Salahlah. Sayang isteri abang. Isteri sah abang. Tak baik di pandang orang balik larut malam.”

“Melur bukan buat apa pun. Melur cuma enjoy dengan kawan-kawan Melur je.”

“Kawan? Banyak orang yang nampak Melur berdua-duan dengan jantan lain tu namanya kawan?”

“Oh… Tu Hairul. Kawan Melur waktu sekolah menengah dulu. Kami memang rapat dari dulu lagi. Takde masalah kan? Abang pun kenalkan Hairul.”

“Tu dulu. Sekarang sayang dah kahwin. So, tolong fokus dekat rumah tangga kita boleh tak? Tengok Intan. Dia perlukan kasih sayang. Sayang asyik keluar je. Selalu abaikan tanggungjawab sayang sebagai ibu.” Sedikit meninggikan suara.

“Intan dah besar. Pandailah dia jaga diri. Kan sayang mama? Lagipun pembantu rumahkan ada. So, boleh uruskan Intan.” Lalu menatap Intan.

“Tapi-”

“Dahlah. Jangan gaduh!” Teriak Intan.

“Boleh tak Intan minta tolong sehari je. jangan bertengkar. Rimaslah!” Mengambil beg sekolahnya lalu melangkah pergi.

“Intan. Biar daddy hantar!” Teriak daddynya memangil anak kesayangannya. Tapi, Intan sama sekali tidak menoleh.

“Tengok! Anak kita terasa hati. Jangan sampai abang hilang sabar.”

“Why!? Abang nak ceraikan Melur? Kalau macam tu, cerailah! Melur tak kisah. Jadi single lebih baguslah!” Lalu melangkah pergi meninggalkan Datuk Imran. Datuk imran hanya menggelengkan kepalanya atas sikap isterinya yang berubah sejak bertemu kembali dengan kawan baiknya.

. . . . .
Malam hari, Rayyan selamat sampai di tempat tujuan mengunakan jet peribadinya.

“Tuan, tunang tuan sekarang berada di sebuah cafe bersama kawan-kawan dia.” Jelas Roy

“Kawan-kawan? Bawa saya ke sana sekarang.”

“Baiklah tuan.”

Di cafe tempat selalu Dian kunjungi, terlihat Hilman, Dian dan Bella sedang berborak.

“Mana tunang kacak kau tu? Dia tak marah ke kau keluar ni?” Tanya Bella.

“Dia overseas. So, aku bebaslah. Kenapa?”

“Kau tanya aku kenapa? Kau tak ingat yang tunang kau tu psycho. Ee... trauma aku masa dia mengamuk nampak kita lepak.”

“Oh,siapa tak ingat tapi tenang dia balik minggu depan.”

“Yelah tu.”

Tiba-tiba telefon Bella berbunyi, lalu dia mengangkatnya.

“Hello pa”

“Hello? Kamu dekat mana ni? Dah malam jangan buat papa risau. Balik sekarang.”

“Tapi pa, ni baru pukul 9:00 malam. Masih awal.”

“Balik sekarang! Jangan sampai papa suruh orang-orang papa untuk jemput kamu.”

Bella memandang Dian dan Hilman

“Ish! Baiklah. Bella balik sekarang.” Lalu meletakkan telefon.

“Kenapa?” Tanya Hilman.

“Papa akulah. Suruh aku balik.”

“Papa kau ni. Kau dah besar kot. Pandailah jaga diri. Kau bukan kecik lagi.”

“Kan! Baiklah aku gerak dulu Dian. Aku nak ingat kan kau, hati-hati. Mana tau tiba-tiba muncul tunang psycho kau tu. Mati Hilman nanti. Hahaha.”

“Ish! kau ni.” Marah Dian

“Hahaha. Aku gurau je. K lah. Bye.”

“Bye.”

Sekarang tinggal Dian dan Hilman, mereka berborak sambil bergurau senda. Tiba-tiba ada satu tangan mengengam bahu Dian.

“You look so happy darling.”

Dian menoleh kearah suara itu.

“Abang!? Bila abang balik?” Terkejut Dian dengan kehadiran tunangnya, Rayyan.

“Why? Abang tak boleh balik ke? Ohh… Sayang takut abang tau.”

“N… No!” Gugup Dian. Dia tau yang Rayyan tidak menyukai dirinya dekat dengan mana-mana lelaki. Apa lagi duduk berdua-duan.
‘Bella tolong aku’ Guman Dian dalam hati.

“Jangan gugup. Abang tak makan orang. Tak nak kenalkan ke jantan ni dekat abang?” Menatap Hilman dengan menahan amarahnya.

“Saya Hilman.” Menghulurkan tangan.

Tapi dia tidak menyambut tangan Hilman

“Hilman… Cantik nama. Baiklah. Sambung. Saya tak nak kacau.” Lalu melangkah pergi dengan pantas. Dian menggejar Rayyan.

“Abang! Abang!!” Teriak Dian.

Tapi Rayyan tidak peduli. Dia terus masuk ke dalam kereta. Dian pun mengikut Rayyan masuk ke dalam kereta.

Rayyan menatap Dian ”Keluar.”

“No! Dengar penjelasan Dian dulu.”

“Penjelasan apa?”

“Dian dan Hilman hanya sekadar kawan. Takde hubungan special pun antara kami. Tadi bukan kami dua je. Bella pun ada sekali. Kalau tak percaya Dian call Bella sekarang!”

“Dian tau yang abang tak suka Dian lepak dengan kawan Dian. terutama kawan lelaki. Tapi Dian buat jugak. So, pergilah lepak sepuas-puasnya. Abang tak kisah.”

“Maafkan Dian abang. Dian janji, Dian takkan buat lagi.”

“Keluarlah. Abang penat. Esok kita bincang lagi ye.”

“Tak nak. Selagi abang tak maafkan Dian”

“Ok. Abang maafkan Dian. Puas?”

“Abang tak ikhlas. So, Dian tak nak keluar!”

“Ok fine!” Lalu Rayyan menghidupkan enjinnya lalu memandu dengan laju.

Dian panik.

“Abang.”

“Apa lagi, hah?”

“Slow-slow abang. Bahaya. Kita bawa bincang…”

“Diam!”

Makin Dian menyuruh Rayyan untuk menbawa kereta dengan cermat, makin Rayyan memandu seperti setan.

Tiba-tiba seorang gadis melintas.

“ABANG!”

Rayyan mengelak.

“Shit!”

“Aaaaaa!!”

Lalu mereka terlangar tiang elektrik. Keadaan kereta mereka remuk. Rayyan membuka matanya dalam keadaan lemah. Lalu matanya melihat ke arah tunangnya yang terlihat berdarah sangat teruk, tidak sedarkan diri.

“Sayang! Sayang bangun!” Tapi tiada respon sama sekali.

Dari kemalangan itu Dian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala Rayyan koma selama 3 minggu. Apabila Rayyan sedar dari koma dia mencari-cari tunangnya. Bekas bakal mertuannya simpati melihat Rayyan yang seperti orang gila mencari anaknya. Lalu dia memberitahu kebenarannya.

Walaupun pahit Rayyan, perlu terima. Apabila Rayyan mendapat tau bahawa tunangnya telah meninggal dunia. Dia seperti hilang kewarasannya. Berkali-kali memohon maaf kepada keluarga Dian. Keluarga Dian sangat baik. Mereka memaafkan Rayyan dan menganggap bahawa ini adalah takdir walaupun ada rasa sedikit kecewa.

Rayyan pernah mengambil keputusan untuk mengakhiri hidupnya dan mengikuti Dian dengan ingin terjun dari bangunan hospital 8 tingkat namun dapat dicegah kerana doktor begitu peka. Hidupnya mula kacau. Selalu menyalahkan diri sendiri. Dia menggangap dirinya sebagai seorang pembunuh. Selalu menangis. Tidak suka orang datang melawat termasuk keluarganya. Dan yang paling parah, Rayyan suka mencederakan diri sendiri sehingga doktor memberinya ubat penenang ataupun ubat tidur. Hari silih berganti, dia mula pulih. Tetapi sikapnya yang berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience