#2

Other Completed 5709

#2
Lelaki Bulan Mei Dan Gadis Bulan Disember tak ngam (Bahagian 2)

Ada satu ketika tu, aku pernah tulis semua nama perempuan yang aku pernah suka dalam satu kertas dengan tarikh lahirnya sekali. Saja je nak acah-acah sweet time tu. Nak khaborkan yang aku ingatlah ke birthday diorang semua. Orang perempuan ni kan dia suka kalau kita ingat ke benda-benda remeh macam ni. Jangan nak nafikan pulak ok wahai kaum perempuan sekalian.

Haih, Mikael Mikael. Kau dulu boleh tahan jugak dalam bab-bab nak tabur effort ni.

Tengah aku listkan tu, aku perasaan satu benda, gadis-gadis yang aku pernah ada crush kebanyakkan lahir dalam bulan 12 dan 3. Ada la bulan lain sama tapi kebanyakkan bulan lahir mereka adalah di bulan March dan Disemberi. Apa dia? Ramai gila gadis yang aku bercinta? Jangan salah faham. Ini bukan dekat fasa jatuh cinta saja. Ini termasuk sama dekat fasa suka. Suka nak berkawan. Suka nak jatuh hati. Suka nak bercinta. Suka nak ajak nikah dan sebagainya.

Lepas tu, aku perasan lagi yang gadis-gadis bulan 12 ni yang dulunya aku

berkawan mesti lepas tu hilang. Terus putus hubungan/lost contact/benci aku/taknak kenal/gaduh/musuh/tak nak rapat dengan aku. Amatlah ketara ya tuan tuan dan puan puan apabila kesemua nama di dalam list bulan 12 itu bertindak sedemikian rupa. Sejak tu, aku dengan rasminya mengeluarkan sebuah statement,

“Oh, aku tak boleh nak ngam dengan gadis bulan 12. Shit,”

Sebab apa aku cakap shit? Sebab biasanya, perempuan yang lahir dalam bulan 12 ni, kebanyakkannya mesti comel dan cantik dan comel. Ya, memang sengaja aku tekankan perkataan comel tu dua kali bagi menggambarkan betapa seriousnya aku pada statement itu. Kalau yang lelaki tidaklah aku tahu akan tahap kehenseman mereka. Malah, takde aku nak pedulinya pun. Tapi ni pandangan aku je la. Contoh macam si Vanessa Hudgen tu, dia lahir bulan 12. Vanessa Hudgen tu kan ke definisi kepada gadis comel? Jadi, amatlah kita rugi jika tidak cuba menjalin hubungan cinta dengan mereka.

Atas faktor itu, untuk tempoh yang agak lama juga sebenarnya (dalam dua, tiga tahun macam tu), bila aku nak berkenalan dengan mana-mana gadis comel, aku akan tanya tarikh lahir dulu. Bukan apa, kalau aku dengar dia mengaku bawaha dia tu lahir dalam bulan 12, aku dah standby cakap dengan diri aku awal-awal, “SILA JANGAN JATUH CINTA.”

Itu saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience