Bab 3

Horror & Thriller Completed 7874

BAB 3

Pagi itu papa perlu masuk ke pejabat atau orang di sini panggil kantor. Tinggallah mama, aku dan adik di rumah. Awal pagi lagi mama sudah mula memeriksa barang-barang yang dibawa masuk ke dalam rumah semalam. Aku bangun tidur saja lihat mama sudah duduk bersila di hadapan kotak barang. Mengeluarkan satu demi satu barang di dalamnya yang berbalut kertas surat khabar. Beberapa kotak yang lain juga aku lihat sudah terbuka dan pembalut kertas surat khabar bersepah sedikit di sekelilingnya.

Sambil mengonyoh mata, aku bertanya mana papa.

"Ma, papa mana? Dah pergi pejabat ke?" tanyaku yang masih lagi mengantuk.

"Ha, dah bangun pun. Datang tiba-tiba dari situ buat terkejut mama je." Jawab mama sambil menjeling aku dan matanya dilarikan semula ke barang yang dipegangnya itu.

"Papa mestilah dah keluar ke pejabat. Awal pagi tadi dah ke sana. Kamu dua beradik je belum bangun tadi nak tengok appa pergi kerja," kata mama.

"Sorry mama. Ain penatah semalam bergurau dengan adik. Tu yang terlajak sikit pagi ni," jawabku sambil tersengih.

"Hmmm. Sudahlah. Ni dah mandi ke belum? Mama rasa kamu belum mandi ni kan. Pergi mandi dulu. Nanti kejutkan adik sekali supaya mandi selepas kamu selesai. Mama dah siapkan sarapan nasi goreng dan roti bakar di meja dapur. Kamu sarapan dengan adik sekali ya." Arah mama selepas dikerlingnya aku masih lagi memakai baju tidur semalam dan rambut kusut tak terurus. Memang tanda baru bangun tidur!

"Baiklah mama. Ain naik atas dulu mandi." Jawabku perlahan. Mulut masih menguap.

"Tutup mulut tu kalau menguap. Tak senonoh sungguh anak dara mama yang sorang ni," kata mama sedikit marah.

Aku hanya terkekeh ketawa sambil menggaru kepala dan kaki melangkah jalan ke bilik ku di atas untuk mandi dan bersiap seperti yang diarahkan oleh mama.

Mama hanya menggeleng kepala lihat perangai aku pagi itu.

Sampai di atas, aku lihat adik masih nyenyak tidur tapi selimut sudah jatuh ke lantai. Aku pungut dan lipat kemas. Kemudian aku letakkannya kembali ke ata skatil di tepi kaki adik. Pipinya kau cium sebelum tuala kau capai dan masuk melangkah bilik air. Berus gigi, ubat gigi dan segal akelengkapan mandian aku dah siap-siap keluarkan dari beg dan bawa sekali masuk.

Air pancur aku buka dan apabila airnya mengenai tubuh, aku jadi menggeletar. Airnya cukup sejuk. Bercinta nak amandi ke tidak jadinya. Tapi aku teruskan juga. Lama-lama aku jadi biasa dengan air sejuk itu walaupun aku masih menggeletar saat meratakan gel amdian ke tubuh. Dengan mulut-mulut sekali bising sebab air terlalu sejuk.

Keluar sahaja dari bilik air, aku bersiap seperti biasa dan adik masih lagi tidur. Tapi yang membuat aku geram, selimut yang sudah aku lipat kemas tadi kembali berselerak di atas lantai.

Terus aku berjalan ke arah adik dan mengejutnya dengan kasar.

"Adik, bangun! Bangun cepat!" kataku sambil menggoncang bahunya.

Terkebil-kebil adik jadinya.

"Kenapa selerakkan selimut ni. Kakak dah lipatkan tadi." Marahku padanya.

"Mana adik tahu. Adik tidurkan tadi." jawab adik takut.

"Dah pergi mandi. Kalau kau selerakkan lagi siap ya. Bangun sekarang!" arahku bengang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience