"Aku mahu beli masa," kata Tam.
"Berapa mahu?" tanya penjual masa.
"Aku mahu beli masa kecilku. Di waktu sd. Kira-kira lima tahun," jawab Tam.
"Semuanya lima bilion dolar."
"Masa sih aku ada duit sebanyak itu?"
"Tak apa biar aku bayarkan," jawab seorang tua.
"Terima kasih pak."
"Sama-sama. Bergembiralah sebelum kamu menginjak 25 tahun," kata pak cik itu.
"25 tahun?" Tam menjadi hairan. Tapi dia tidak peduli. Dia terus membeli masa lima tahun.
"Seronoknya!" Tubuhnya jadi kecil kembali. Dia gembira dapat bermain bersama kawan-kawan.
Menjelangnya usianya 25 tahun dia jatuh sakit. Dia berjumpa lagi penjual masa. Dia mahu tambahan masa lagi.
"Masa kamu sebenarnya 30 tahun. Namun dirimu yang dewasa telah menawarkan lima tahun dari dirinya. Maka umurmu memang sampai 25 tahun aja." Jelas penjual masa.
Tam menangis. Ternyata di hari yang lalu adalah dirinya sendiri yang mengorbankan masa tuanya untuk dirinya yang muda. Dia berasa menyesal mensia-siakan masanya begitu saja. Apatah lagi permintaannya untuk keseronokan saja.
Begitulah kita manusia. Kadang kita lupa, masa yang kita guna tidak akan kembali lagi. Tapi kita selalu mensia-siakan masa untuk keseronokan semata. Sehingga tanpa disedari masa kita tinggal semakin sedikit.
Share this novel