Kereta yang dipandu oleh Tiara diperlahankan. Dari luar pagar rumah dia melihat sebuah kereta yang terparkir elok di halaman rumah.
Tiara memandang nombor plat kereta itu dengan pandangan yang tajam.
WAN 0512.
Waktu itu bermacam-macam perasan muncul dalam hatinya.
Sekarang sudah terang lagi bersuluh. Tiada apa yang perlu diselindungkan lagi. Kereta yang dimaksudkan oleh Encik Farish memang kepunyaan ayah Hadi.
Tiara meneruskan pemanduan nya setelah dia selesai melihat apa yang dia perlu lihat. Dia perlu berjumpa dengan Hadi.
Sebelah tangannya membuka beg tangan yang berada di tempat duduk sebelah. Dia mengeluarkan telefon pintar nya dan mencari nama Hadi.
Pesanan ringkas dihantar kepada Hadi sebelum dia meletakkan kembali telefon pintar nya di atas tempat duduk.
Tiara: Aku nak jumpa dengan kau dekat luar. Kita jumpa dekat taman yang Hawa main basikal haritu. Jangan lambat. Aku ada benda nak cakap dengan kau.
Stereng kereta dipegang dengan kuat. Begitu juga dengan wajahnya yang ketat. Tidak pernah dia terfikir perkara seperti ini akan terjadi.
//
Selepas 30 minit, Hadi sudah sampai di taman yang dikatakan oleh Tiara. Dia tertanya-tanya perkara apa yang hendak disampaikan oleh Tiara sehingga dia ingin berjumpa di luar.
Dari jauh kelihatan Tiara sedang duduk di bangku kayu yang berada di taman itu.
Langkah diatur menuju ke arah Tiara. Sampai di sebelah Tiara, tanpa berkata apa-apa dia mengambil tempat di sebelah Tiara.
"Kenapa kau nak jumpa aku ni?" Hadi memulakan bicara tanpa mengetahui apa yang akan berlaku.
"Kau ada apa-apa ke yang nak bagitahu aku? Atau apa-apa yang kau rasa kau patut cerita dekat aku?" kata Tiara sambil memandang Hadi. Dia masih lagi cuba untuk bertenang.
Kening Hadi berkerut seribu apabila mendengar kata-kata Tiara. Dia tidak mengerti dengan apa yang Tiara katakan.
Hadi menggelengkan kepala sebelum menjawab.
"Tak ada. Tak ada apa-apa. Kenapa kau tanya macam ni? Aku ada buat salah ke?"
Hadi dapat rasakan yang Tiara bersikap berbeza ketika itu. Wajahnya tiada sekelumit senyuman seperti sebelum-sebelum ini.
"Ask yourself, Ikhwan Hadi" jawab Tiara, dingin.
Fikiran Hadi semakin buntu. Apa sebenarnya yang ingin Tiara katakan?
Tanpa menunggu Hadi membalas apa-apa, Tiara meneruskan kata.
"Tadi aku terjumpa dengan seorang lelaki. Nama dia Farish. Encik Farish ni ialah orang yang hantar arwah mak aku pergi hospital dulu. Menurut Encik Farish, ada lagi seorang lelaki yang hantar mak aku"
Muka Hadi terus berubah menjadi pucat lesi. Jantung nya berdegup dengan laju. Dia ingin bercakap tetapi tekaknya seolah disekat dengan sesuatu benda.
"Encik Farish ada bagi aku nombor plat lelaki tu. And aku rasa kau tahu siapa empunya kereta tu. Nombor plat dia W. A. N. 0. 5. 1. 2" Satu persatu nombor dan huruf Tiara sebut dengan jelas.
Saat Tiara menyebut nombor plat kereta itu, dia memandang wajah Hadi yang pucat di sebelah nya. Melihat daripada wajah Hadi, Tiara tahu yang Hadi tahu tentang perkara yang dia ceritakan.
"Tiara, aku..."
Dengan pantas Tiara memotong kata-kata Hadi. Dia bangun daripada bangku dan berdiri di hadapan Hadi.
"Jadi selama ni kau tahu lah pasal benda ni? Kau tahu, tapi kau buat-buat tak tahu? Kau bodoh kan aku macam tu je kan, Hadi?" Suara Tiara mula naik sedikit. Mujur ketika itu tiada orang yang berada di situ.
"Bukan, aku tak maksudkan macam tu..."
"Empat bulan, Hadi! Empat bulan rupanya aku duduk dekat sangat dengan orang yang bertanggungjawab pasal mak aku! Sikit pun kau tak rasa bersalah! Kau buat macam tak ada apa-apa pun jadi! Aku ni macam orang bodoh! Kalau aku tak jumpa dengan Encik Farish tu tadi, sampai mati pun aku tak tahu yang sebenarnya ayah kau yang langgar mak aku!" Potong Tiara sekali lagi. Segala apa yang terpendam di dada, dilepaskan waktu itu.
Giliran Hadi pula bangun daripada kerusi. Dia mula gelisah melihat Tiara yang seakan hampir mengamuk itu.
"Tiara, dengar ni. Aku tak ada niat pun nak tipu kau. Aku cuma..."
"Tak ada niat? Cuma apa?! Kalau betul kau tak ada niat, kau dah terus terang dengan aku! Tapi, tengok lah sekarang. Aku tahu benda ni daripada orang lain. Orang yang aku tak kenal pun sedangkan orang yang aku kenal tipu aku hidup-hidup!" Nada suara Tiara kian meninggi.
Dia tidak hiraukan kalau-kalau ada orang yang akan mendengar perbualan mereka. Atau lebih kepada pergaduhan.
"Kau ada dendam dengan aku ke, Hadi? Kau buat aku macam ni. Kau nak aku terseksa ke?"
Hadi menggeleng laju kepalanya.
"Tak, Tiara. Tak pernah langsung aku terfikir nak buat kau terseksa" Hadi kehilangan kata-kata. Sungguh dia tidak sangka perkara ini yang ingin Tiara bincangkan.
"Kau cakap kau nak jaga aku, kau nak lindungi aku. Tapi sekarang apa yang kau dah buat? Kau bukan buat aku rasa selamat tapi kau buat aku benci dekat kau. Ke semua yang kau cakap tu semata-mata cakap kosong? Aku lah yang bodoh sebab percaya?"
Hadi terpempan apabila mendengar perkataan 'benci' keluar daripada mulut Tiara. Tetapi dia tidak salahkan Tiara kerana berkata begitu.
"Tak, kau tak faham kenapa aku buat macam ni. Aku tak nak kehilangan kau. Aku tahu kalau aku bagitahu kau pasal benda tu, kau akan hilang daripada aku. Aku tak nak benda tu jadi"
"Dan sekarang kau dah kehilangan aku! Aku tak nak tengok kau lagi. Aku nak keluar daripada rumah kau" Tiara berlalu pergi dengan cepat selepas sahaja berkata begitu.
"Tiara!" Panggil Hadi tetapi tidak dihiraukan oleh Tiara.
Hadi tahu sekiranya dia mengejar Tiara, tiada gunanya. Dia sedia maklum bahawa Tiara seorang yang keras hati.
Hadi berlari ke arah keretanya setelah kereta Tiara berlalu pergi. Dia sempat mengikuti kereta Tiara daripada belakang.
Tiara melihat cermin pandang belakang dan mendapati Hadi sedang mengekori nya dari belakang. Hatinya sakit. Ditipu oleh orang yang paling dia percaya begitu sahaja.
Tiara menekan pedal minyak agar keretanya bergerak dengan lebih laju. Semakin lama semakin laju.
Hadi yang berada di belakang kereta Tiara risau melihat cara pemanduan Tiara.
"Apa Tiara ni bawak laju sangat. Nak marah jangan lah lepas dekat pedal minyak tu" kata Hadi perlahan dengan perasaan yang gusar.
Tidak sampai 25 minit, kedua-dua kereta itu sudah sampai di hadapan rumah milik keluarga Hadi. Tanpa menunggu lama, Tiara keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah. Begitu juga dengan Hadi.
"Tiara, tunggu sekejap" panggil Hadi tetapi tidak diendahkan oleh Tiara. Panggilan itu seolah-olah angin yang berlalu pergi.
Hadi mengikut langkah laju Tiara. Belum sempat dia menarik tangan Tiara untuk bercakap sebentar, pintu rumah dibuka oleh Tiara dan Puan Balqis berada di muka pintu.
"Tiara, Ikhwan. Korang berdua dari mana?" soal Puan Balqis dengan mesra.
Pada mulanya Tiara ingin mengatakan apa yang sepatutnya dia katakan tetapi Hadi sempat berbisik di telinga nya.
"Umi tak tahu apa-apa. Aku merayu dekat kau, jangan buat muka"
Setelah mendengar bisikan rayuan daripada Hadi, Tiara mengetap giginya. Perlahan-lahan dia menguntumkan senyuman kecil kepada Puan Balqis.
Dia tahu, dia tidak perlu melibatkan orang yang tidak tahu menahu tentang perkara itu.
"Tiara baru balik dari kedai runcit dekat-dekat sini. Hadi-" Kata Tiara terhenti saat dia menyebut nama Hadi.
"Hadi pulak Tiara tak tahu dia dari mana" kata Tiara, sedikit dingin. Pandangannya diarahkan ke tepi.
Puan Balqis perasan yang seperti ada sesuatu yang berlaku antara dua remaja di hadapan nya itu. Walaupun tiada siapa katakan tetapi hatinya dapat rasakan.
Tiba-tiba Tiara bersuara.
"Mak cik. Tiara kena balik rumah Tiara dah"
Kata-kata Tiara itu membuatkan Puan Balqis terperanjat. Terutamanya Hadi yang berada di belakangnya.
"Kenapa? Tiara tak selesa ke duduk dekat sini? Korang berdua bergaduh ke? Hah, Ikhwan?" Puan Balqis memandang anaknya tetapi Hadi tidak menjawab apa-apa.
"Bukan mak cik. Tiara selasa sangat duduk sini. Tapi, abang Tiara dah balik. Dia kerja offshore dekat Sabah. Sebab tu lama dia tak balik sini and sekarang ni dia cuti. 6 bulan. Jadi, Tiara kenalah balik rumah" jawab Tiara.
Dia tidak suka untuk menipu sebegini tetapi dia terpaksa. Untuk meyakinkan hati Puan Balqis, Tiara memberikan senyuman kecil.
Hadi tergamam dengan penipuan Tiara. Tetapi dia tahu dia tidak akan mampu mengubah keputusan Tiara itu.
Akhirnya, Puan Balqis mengangguk. Walaupun masih lagi terkejut dengan keputusan terburu-buru Tiara, dia memahaminya.
"Ye lah. Mak cik faham. Tiara pergilah kemas barang-barang Tiara sementara mak cik bekalkan sikit lauk yang mak cik masak tadi untuk Tiara. Ke, Tiara nak makan dekat sini?"
"Tak apa mak cik. Tiara boleh makan dekat rumah. Terima kasih banyak-banyak mak cik"
Puan Balqis menghadiahkan senyuman untuk Tiara sebelum dia berlalu menuju ke dapur. Hadi masih diam membatu di belakang Tiara.
Tiara melangkah naik ke atas dan menuju ke biliknya.
Hadi yang masih tidak putus asa, memanggil Tiara sambil mengikutinya.
"Tiara. Tiara"
Disebabkan Tiara masih tidak mengendahkan, Hadi menarik tali beg tangan Tiara dan itu menyebabkan Tiara berhenti daripada berjalan.
Dia memandang Hadi dengan pandangan yang tajam.
"Apa dia?! Kau nak apa lagi?" soal Tiara dengan keras tetapi suaranya tidak ditinggikan agar Puan Balqis tidak mendengar nya.
"Kenapa kau buat macam ni?"
"Buat apa?" jawab Tiara.
Nasib tidak menyebelahi Hadi untuk membalas kata-kata Tiara, secara tiba-tiba Hawa yang keluar dari bilik menuju ke arah mereka berdua.
Melihatkan Hawa datang, Tiara menukar reaksi wajah nya manakala Hadi menyibak rambutnya ke belakang.
"Apalah nasib aku harini!" bisik hati Hadi.
"Hawa, Hawa nak tolong Kak Tiara kemas beg tak?" tanya Tiara dengan nada yang lembut.
"Tolong akak kemas beg? Kemas beg nak pergi mana?"
"Kak Tiara nak balik rumah akak. Ini kan rumah Hawa. Akak tak boleh duduk sini lama-lama. Kak Tiara pun ada rumah. Jadi, Kak Tiara kenalah balik rumah akak" jawab Tiara.
Sedikit pun dia tidak mengendahkan Hadi yang berada di situ.
"Ala. Kak Tiara dah tak duduk sini dah ke?" Kelihatan wajah Hawa sedikit kecewa.
Tiara tersenyum sambil menggeleng kepala. Dia menurunkan badannya dan melutut di hadapan Hawa.
"Tak. Akak dah tak duduk sini dah. Tapi nanti, insyaallah Kak Tiara jumpa dengan Hawa lagi" Tiara mengusap lembut kepala Hawa.
"Betul ni?"
"Insyaallah, Hawa. Jadi, Hawa nak tolong akak kemas beg tak ni?" kata Tiara sambil berdiri.
"Nak!" Hawa menarik tangan Tiara dan masuk ke dalam bilik Tiara.
Sepanjang Tiara dan Hawa mengemas beg, Hadi melihat daripada muka pintu bilik dengan perasan yang sedih, kecewa dan hampa. Dia tidak pernah sangka perkara seperti ini akan terjadi.
"Aku tak ada niat nak buat kau sedih, Tiara" kata hati Hadi.
//
Tiara meletakkan bagasinya di tepi sofa lalu dia melabuhkan punggung di atas sofa. Kucingnya dilepaskan dari dalam sangkar.
Dia melihat keadaan sekeliling. Sudah berapa bulan dia tidak pulang ke rumah itu. Hampir semua perabot sudah diliputi dengan habuk.
"Kan seronok kalau betul-betul abang dah balik. Tak ada lah aku duduk seorang dekat rumah" kata Tiara perlahan.
Tiara termenung jauh. Situasi yang berlaku dalam perjalanan dia datang ke sini bermain di fikirannya.
*Flashback
Telefon pintar Tiara yang berdering-dering daripada tadi diambilnya. Dia melihat nama pemanggil iaitu Hadi. Butang 'angkat' ditekan.
"Kau nak apa lagi, Hadi?" tanya Tiara dengan kasar.
"Tolong berhentikan kereta kau dekat tepi jalan sekejap. Aku nak cakap sekejap dengan kau. Tolong lah Tiara!" kata Hadi daripada hujung talian.
Sudah 10 kali dia membuat panggilan akhirnya kali yang kesebelas Tiara angkat.
Tiara menghela nafas dengan kasar. Dia memberi signal ke kiri dan memberhentikan keretanya. Kereta Hadi yang berada di belakang berbuat perkara yang sama.
Sebaik sahaja kereta berhenti, mereka berdua keluar daripada tempat duduk pemandu.
"Hah, cakap lah apa yang kau nak sangat cakap tu. Tolong jangan lama-lama sangat. Membazir masa aku je" kata Tiara tanpa memandang Hadi.
"Kenapa kau menipu?" soal Hadi.
"Apa menipu? Siapa yang menipu? Kau ke aku?" tanya Tiara, memandang tepat ke wajah Hadi.
"Kenapa kau cakap yang abang kau kerja offshore? Kau cakap yang abang kau cuti"
"Ouh, yes! Aku menipu. Ya, aku salah. Tapi untuk pengetahuan kau, aku tak nak pun menipu, tapi itu alasan untuk aku jauhkan diri daripada kau. Kau tak sedar ke yang kau pun menipu? Kau menipu aku bulat-bulat lepas tu buat macam tak ada apa pun yang jadi!"
Hadi menghela nafas berat.
"Tiara, aku mintak maaf sangat-sangat dekat kau sebab tak terus terang pasal tu. Aku bukan saja-saja nak buat kau macam tu. Aku tak nak-"
"Tak nak hilang aku but you already lost me" pintas Tiara.
Tiara menghalakan jari telunjuk nya di hadapan wajah Hadi.
"Jangan ingat semudah tu je aku nak maafkan kau. Itu takkan jadi benda yang senang. Selama mana kau tipu aku selama ni, macam tu jugak aku akan ambik masa untuk maafkan kau. Kau ingat tu, Ikhwan Hadi"
Sebaik sahaja menghabiskan kata-kata terakhir nya, Tiara melangkah pergi lalu masuk ke dalam keretanya.
Sesaat kemudian, kereta milik Tiara berlalu pergi meninggalkan Hadi yang masih lagi terkedu dengan kata yang diungkapkan oleh Tiara.
Sungguh Hadi tidak sangka sepantas ini hubungan mereka menjadi dingin. Sedingin salju...
Lamunan Tiara terhenti disebabkan kerana salakan anjing jiran yang duduk selang 3 rumah dari rumah nya.
"Dalam ramai-ramai orang kenapa dia? Kenapa mesti Ikhwan Hadi yang menipu aku?" kata Tiara perlahan separuh sebak.
thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorryy sebab for the late update:(:(
Share this novel