Bab 21

Romance Series 113896

Seperti biasa rutin Aniq apabila masuk ke pejabat, semak fail bagi kes-kes yang dalam pemantauan.

Sejak akhir-akhir ini banyak sangat yang perlu difikirkan. Tak boleh jadi ni. Nak buat kerja, satu pun tak jadi.

Telefon dicapai lalu nombor dicari dan didail.

"Hello, kau dah sampai ke? Kalau belum tak payah naik. Tunggu aku turun bawah" arah Aniq tanpa memberi peluang orang di sebelah sana untuk membalas dan klik. Talian dimatikan.

Sebuah beg sukan di atas almari pakaian diambil.

"Syam, jom ikut aku" ucap Aniq selepas masuk dan duduk di kerusi penumpang sebelah pemandu.

"Ikut pergi mana? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba jom aje. Yang kau ni siap bawa beg bagai dah macam kena halau dari rumah ni kenapa?" soal Syam pelik. Hai, makin dekat tarikh nak kahwin, makin pelik perangai sahabatnya sorang ni.

"Kau ni macam tak biasa pulak. Pergi gym la. Dah lama tak work-out. Sibuk memanjang. Eh, cepat la kita pergi tempat biasa" jawab Aniq.

"Aku baju apa pun tak bawa, takkan nak work-out pakai kemeja dengan seluar slack macam ni?" soal Syam tak puas hati.

"Dah, kau tak payah nak kelentong aku. Kat belakang tu beg sport kau memang dah ada kan. Kasut sukan pun ada sekali. Cepat-cepat. Aku bukan tak kenal kau. Tak payah nak mengelak." tangkas Aniq membalas. Ingat aku tak tau, dalam kereta kau memang sentiasa ada pakaian dan kasut sukan.

"Kau ni.. Tak boleh langsung aku mengelak." balas Syam lalu memulakan pemanduan ke gym yang biasa dikunjunginya dan Aniq. Kebanyakan ahli gym tersebut adalah dikalangan anggota dan pegawai polis tapi bukan sahaja dari IPK Selangor tapi ada juga dari daerah lain.

Sebaik sampai, aku dan Syam menukar baju di bilik persalinan dan menyimpan barang di dalam lokar.

Fuh, penat juga. Nampak sangat stamina dah kurang. Hampir satu jam juga aku dan Syam habiskan masa di pusat gym tersebut. Berpeluh-peluh. Aku kemudian mengambil tuala dan botol air lalu duduk berehat. Air kosong diminum sambil mengelap peluh yang berjurai-jurai.

Syam datang bersama tuala dan botol airnya dan duduk di sebelah aku.

"Boleh tahan jugak semputnya" ucap Syam sambil mengelap peluh.

"Mana tak nya, rasanya dekat sebulan jugak kot kita tak datang sini. Sibuk dengan kes ugutan tu." Aniq mengiyakannya. Jika tidak sebelum ini paling tidak, seminggu sekali pasti Aniq dan Syam akan datang ke sini untuk work-out, selain untuk menjaga stamina ianya juga penting untuk kesihatan badan.

"Kau memang patut pun kena jaga stamina, minggu depan dah nak kahwin. Kalau tak jaga, takut pancit je" usik Syam sambil ketawa.

'Pap' botol air dibaling ke arah Syam. Dia ni kalau tak cakap merapu tak sah.

"Kau macam mana, dah sedia nak salam tangan tok kadi kali kedua ke?" ye lah, Aniq kan dah pernah berkahwin sebelum ini. Ingin juga tau apa perasaannya.

"Hm.. Aku pun tak pasti apa perasaan aku, Syam. Mungkin ada sedikit rasa gementar dan tak yakin" jawab Aniq jujur.

"Apa yang kau tak yakin? Tak yakin dengan apa yang kau buat ni? Kau jangan macam-macam Aniq. Minggu depan dah majlisnya" risau pulak Syam dengan keadaan Aniq sekarang.

"Katakan kita dapat tangkap suspek tu sebelum majlis akad nikah nanti, kau rasa aku patut teruskan majlis tu ke tak perlu?" soalan apa yang kau tanya ni Aniq.. Adoi.

"Walaupun suspek tu dah berjaya diberkas, wasiat tu tetap kau kena tunaikan. Amanah tu, walaupun kau tak sayang atau cintakan Yus, kau dah terima amanah dah jadi tanggungjawab kau untuk tunaikan." nasihat Syam.

"Bila masa aku cakap aku tak sayang dia?" keras bunyi suara Aniq.

Syam dah tersenyum-senyum. Bukan susah nak buat sahabatnya ini mengaku. Kalau tanya terang-terang memang Aniq takkan mengaku perasaannya. Sama lah macam sebelum ni. Puas tanya, sekali pun tak mengaku.

Merah muka Aniq bila perasan dia dah masuk perangkap Syam.

"Kau ni, sama macam dulukan, main tektik kotor" ucap Aniq sambil tersenyum.

"Kalau kau tak cakap pun aku tau kau sukakan dia. Aku pun lelaki. Aku faham dengan pandangan kau" Syam senyum.

Adakah aku seorang sahaja yang merasakan rasa yang satu ini. Ah.. Susahnya bila bermain dengan perasaan ni. Senang lagi tembak sasaran dari susahnya faham perasaan.

"Dah lah, aku nak mandi. Nak dekat tengah hari dah ni. Lepas ni kita makan dululah sebelum balik office. Perut dah lapar, pagi tadi tak sempat sarapan." ucap Aniq lalu bangun menuju ke Bilik Persalinan diikuti Syam.

Sekembali dari gym, Aniq masuk ke pejabat manakala Syam ke Bilik Operasi.

Sedar tak sedar dah hampir jam 6 petang rupanya. Lama juga Aniq mengadap komputer menyiapkan laporan. Senyap je, biasanya waktu-waktu macam ni budak Syam ni dan menyibuk kat pejabat ni. Ni dah pukul 6 pun tak muncul lagi.

Tok tok tok

Muncul Syam di muka pintu.

Hm.. Panjang umur.

"Aniq, jom ikut aku. Aku rasa kau pasti suka." ajak Syam.

"Ke mana?" soal Aniq

"Bilik soal siasat"

Aniq dan Syam berjalan menuju ke Bilik Soal Siasat di tingkat bawah. Aniq meletakkan ibu jarinya pada tumb scanner dan menekan password.

Tit..

Bunyi menandakan pintu unlock. Kedua-dua mereka masuk dan pintu tertutup. Sebelum Aniq dan Syam masuk ke bilik seterusnya, telefon bimbit dan sejatapi ditinggalkan di tempat yang disediakan. Itu adalah S.O.P setiap anggota dan pegawai yang mahu masuk ke bilik tersebut mesti meninggalkan telefon bimbit dan senjatapi di luar.

Aniq dan Syam berdiri disebalik cermin pandang sehala. Aniq kenal sangat dengan orang yang berada di dalam bilik tersebut.

"Kau tak nak masuk ke, bagi salam pada dia?" soal Syam.

"Huh, my pleasure" ucap Aniq dengan muka yang ditahan-tahan marahnya.

Pintu di buka, Aniq dan Syam masuk.

Lelaki yang tangannya bergari di belakang yang duduk di atas kerusi mengangkat kepala dan pandang ke depan, lebih tepat pandang ke arah Aniq.

"Oo.. Ingat siapa tadi. Pelawat yang aku tunggu-tunggu sampai juga. Apa khabar Tuan Aniq? Atau lebih tepat bakal suami Syarifah Yusriyah Afya binti Syed Alauddin." ucap lelaki tersebut sambil ketawa. Tah apa yang lucu pun tak pasti.

Aniq terus mencekak leher baju Mat Tinting, ye Mat Tinting.

"Apa yang kau nak buat pada dia ha?" keras suara Aniq dengan wajah yang begis.

"Hahahah... Bakal pengantin mana boleh marah-marah macam ni. Nanti hilang seri" balas Mat Tinting sambil terus ketawa.

Terus Aniq tolak Mat Tinting. Nasib baik tak terlentang.

"Kau jangan nak main-main dengan aku" meja kuat ditumbuk.

"Hui garangnya. Takut lah.." ejek Mat Tinting.

Ikut hati mau lunyai Mat Tinting ni kena belasah. Nasib baik sabar masih kuat.

"Eh, kau jangan main-main boleh tak, kau jangan cabar kitaorang" Syam datang lalu rambut Mat Tinting ditarik hingga mendongak.

"Okey.. Okey.." balas Mat Tinting lalu Syam menolak muka Mat Tinting hingga terkena meja di hadapannya.

"Okey aku tau apa yang Tuan-tuan berdua nak tanya. Tak apa, biar aku cakap. Tak payah buang masa Tuan Aniq dan Tuan Syam nak soal".

"Memang aku mengaku aku yang ugut bapak dia sebab bapak dia sibuk bagitau Dato' Ikhsan apa yang aku buat. Dato' Ikhsan tu kaya, kalau setakat rugi sikit-sikit tu tak miskin lah dia. Ini semua punca dari anak dia. Bakal bini kau la, sibuk jadi makcik bawang. Memang padan muka dia. Tak payah aku susah payah bunuh, semua dah mampos."

"Tak guna kau!" Aniq menumbuk muka Mat Tinting. Terkejut dengan tindakan Aniq, Syam lantas menarik Aniq. Kalau dibiar mau mati Mat Tinting kena belasah.

Dengan bibir yang berdarah, Mat Tinting meludah ke lantai. Kuat ketawa di lepaskan. Gila.

"Kau tau tak kenapa mak bapak dengan abang dia mati? Sebab balasan tuhan! Kau tau tak, anak mati sebab tak cukup duit nak buat pembedahan. Bini aku pulak mati terjun bangunan sebab terlampau sedih. Korang tau tak? Tak, korang tak tau!" Mat Tinting menjerit-jerit. Sekejap ketawa, sekejap menangis.

"Kalau pompuan tu tak sibuk bagitau bapa dia dan bapak dia tak jadi mulut tempayan cakap pada Dato' Ikhsan. Dah tentu anak bini aku masih hidup. Tu semua salah pompuan tak guna tu! Kalau aku tau, aku langgar terus je hari tu biar dia pun mampos ikut mak bapa dia." jerit Mat Tinting.

Syam kemudian tarik Aniq keluar dari bilik tersebut. Kalau dibiarkan tak mustahil Mat Tinting ditumbuk lagi.

"Man, kau urus OKT ni. Maklum pada IO. Siapkan laporan dan serah pada saya malam ni juga" arah Syam pada Koperal Azman.

"Dah, jom keluar. Kalau aku biar, mau lunyai OKT tu nanti. Aku tau kau marah" ucap Syam sambil memandang Aniq yang masih menggenggam penumbuk.

Mat Tinting masih lagi ketawa dengan kuat di dalam sambil kepala dihantuk-hantuk pada meja.

"Arrgghh!!" buk!

Aniq menumbuk dinding bilik. Beberapa anggota yang berada di situ diam tak berkutik. Terkejut dengan tindakan Aniq. Tak pernah lagi Aniq bertindak seperti ini.

Tubuh dihempas atas kerusi. Syam menutup pintu bilik Aniq lalu duduk di kerusi di hadapan Aniq.

"Aniq, aku tau kau marah. Tapi kau patut bersyukur sebab Mat Tinting dah berjaya diberkas dan berdasarkan kes, juga rekod wanted yang ada, aku tak rasa Mat Tinting akan tidur lena. Paling tidak jika dikumpul, hukumannya dekat 20 tahun penjara dan lagi, kau tau tak apa yang kitaorang jumpa semasa geledah bilik sewa dia?" soal Syam.

"Selain dari syabu dan heroin, topi keledar apollo warna biru dengan sticker bintang warna merah di bahagian belakang topi. Memang sah dia yang tolak Yus tempoh hari." terang Syam.

"Tak guna. Aku dah agak" Aniq menggenggam penumbuk.

"Sekarang ni kau balik dulu, mandi dan rehat. Ada apa-apa nanti aku roger tapi sebelum tu aku rasa kau patut maklum pada Tuan Yunus. Laporan biar aku uruskan. Esok aku serah" ujar Syam.

"Thanks Syam berjaya dapatkan Mat Tinting." ucap Aniq.

"Ni bukan usaha aku sorang tapi bersama dengan anggota team. Dah, kau tak payah fikir banyak. Sekarang ni kau balik. Lain-lain biar aku urus" ucap Syam lalu keluar dari pejabat Aniq.

Aniq meraup muka bersyukur kerana berjaya juga Mat Tinting diberkas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience