"Hazel...!Hazel,bangun sayang!"
Hazel yang masih mamai membuka matanya perlahan-lahan.Terpampang wajah Bonda Sharifah Mariah di kornea matanya.Matanya terasa sedikit perit,tangannya naik menggosok perlahan.Terasa basah kawasan matanya,otaknya segera teringat akan mimpinya tadi.Hazel segera menebarkan pandangan ke luar kereta mencari-cari kelibat Tengku Que Iskandar.Sharifah Mariah dapat menangkap tingkah Hazel hanya tersenyum senang hati.
"Que dah masuk tadi!Dia tak sampai hati nak kejutkan sleeping beauty ni!"Sharifah Mariah menjawab sambil tangannya naik mencuit hidung kecil Hazel.
Tercetus tawa mereka dengan gurauan wanita anggun itu.Sharifah Mariah tahu anaknya sedang marah atau lebih tepat cemburu.Sempat dia bertanya pada Alex sebentar tadi bila melihat kelibat anaknya yang menonong masuk ke rumah dengan wajah membengis.
"Jom,kita masuk dulu,hari dah makin gelap kat luar ni!Daddy dengan Bella pun tengah tunggu Hazel dekat dalam!".Seorang pembantu datang mendekati mereka sambil menyorong kerusi roda untuk memudahkan pergerakan Hazel kerana luka dikakinya yang masih berjahit dan bengkak.
"Bonda,masuklah dulu!Biar Que uruskan isteri Que!"Tengku Que Iskandar bersuara dingin.
Kemunculan Tengku Que Iskandar sedikit mengejutkan mereka.Entah datangnya dari mana,tiba-tiba sudah muncul di depan mata.Sharifah Mariah hanya menjeling sedikit raut wajah anaknya untuk mengesan emosi anaknya sudah membaik atau belum sebelum meninggalkan mereka berdua.
"Awak pergi mana tadi?"
Hazel memberanikan diri bertanya walaupun jantungnya sudah kembang kuncup menahan debaran apabila Tengku Que Iskandar membongkokkan badan mendekati tubuhnya.Soalan Hazel masih juga dibiarkan sepi tanpa jawapan,enggan berkomunikasi dengan isterinya.Hazel yang tahu Tengku Que lskandar akan mengangkatnya,segera melingkarkan kedua tangannya pada leher Que.Hazel terasa senang apabila deria baunya dapat menghidu wangian tubuh maskulin suaminya.Hazel diam-diam merapatkan wajahnya dileher Que menghirup wangian lelaki itu hingga memancing sensasi dalam tubuhnya sendiri.
Tengku Que Iskandar yang masih dikuasai api cemburu hanya diam membisu.Que mengetap kuat rahangnya bila perasaan berahi mula menjalar di bahagian sensitifnya dengan godaan Hazel.Hidung kecil Hazel yang terasa sejuk bergesel-gesel bersama nafas hangat yang menghembus di batang lehernya menyebabkan matanya terpejam menahan gelora nafsu.
"Hazel,stop it!"suara Que kedengaran berat memberi amaran namun Hazel semakin berani mengeratkan rangkulannya.Jiwa wanitanya terbuai dengan wangian lelaki itu hingga tanpa sedar bibirnya bertindak diluar kesedarannya.Tengku Que Iskandar menghentikan langkahnya bila lehernya terasa dicium berselang-seli dengan gigitan kecil.Pegangan tangan Que mengetat,matanya terpejam menikmati tindakan berani isterinya.
********
"Kak Hazel...Kak Hazel!"Tengku Isabella teruja memanggil-manggil kakak iparnya sambil berlari mendekati mereka.Pasangan itu terkedu kerana terkejut.Tindakan Hazel serta merta terhenti ,wajahnya merona merah.Matanya tidak berani melihat wajah suaminya walaupun dia sedar mata lelaki itu sedang galak merenungnya.Tengku Isabella ingin meneruskan bicaranya namun jelingan tajam Tengku Que Iskandar membantutkan niatnya.Bella hanya melihat abangnya sudah melangkah masuk ke rumah agam Tok Akinya.
Hazel didudukkan pada sofa diruang tamu.Kelihatan Tengku Benjamin Adame dan Sharifah Mariah juga menunggu mereka di ruangan itu.Hazel memerhati keadaan sekelilingnya,ruangan yang serba mewah dengan konsep English Moden.Setiap ruangan kelihatan berkali ganda lebih besar berbanding rumah agam Tengku Benjamin Adame.Penghuni rumah agam ini juga cukup ramai tetapi kehadiran mereka tidak dapat dikesan oleh mata Hazel.Mereka hanya menjalankan tugas masing-masing tanpa menganggu privasi tuannya.
"Kenapa sayang?"Sharifah Mariah tahu apa yang difikirkan oleh anak menantunya namun dia sengaja bertanya.
"Kita di mana bonda?Rumah siapa ni?"
Hazel bertanya sedikit hairan.Kenapa Tengku Que Iskandar membawanya ke sini tidak pulang ke rumah agam Tengku Benjamin Adame.Sharifah Mariah melihat sekilas wajah anaknya Tengku Que Iskandar yang hanya duduk membisu masih fokus menatap tabletnya dari tadi.Pelik dengan tingkah anaknya sejak dari tadi.Masalah apa pula yang melanda,risau hati tuanya melihat rumahtangga mereka.
"Hazel,kita di rumah agam Tok Aki.Hazel akan tinggal dengan Que dekat sini nanti!"Tengku Benjamin Adame menjawab.
"Hazel tak nak!Hazel nak tinggal dengan daddy dan bonda dekat rumah satu lagi!"laju Hazel menjawab.
Hazel sebenarnya panik kerana dia takut dengan perangai baran tidak bertempat Tengku Que Iskandar.Jika tinggal berasingan dengan family mentuanya,siapa akan menyelamatkannya jika lelaki itu menggila.Jawapan Hazel berjaya memancing Que mengangkat wajahnya dengan pandangan tajam menikam isterinya.Jari-jemarinya diketuk-ketuk pada skrin tabletnya tanpa mengeluarkan sebarang suara.Tengku Benjamin Adame yang sangat faham perangai anaknya terus melencongkan perbualan dengan mengajak mereka ke ruang makan untuk dinner.
Suasana di ruang makan sedikit meriah dengan suara Tengku Isabella yang semangat bercerita tentang pelbagai gosip hiburan.Adiknya sememangnya sangat minat dengan dunia hiburan termasuklah artis-artis luar negara yang trendy.Walaupun Tengku Isabella giat berkecimpung dalam dunia permodelan secara sambilan namun dia juga berminat dengan lakonan.Tetapi apa dayanya,minatnya ditentang hebat oleh daddy dan bondanya atau lebih menakutkan amaran dari singa jadian Tengku Que Iskandar yang menyebabkannya terus menguburkan minatnya.Tengku Isabella pasrah membantu daddynya menguruskan syarikat selepas pemergian abang sulungnya Tengku Que Izham.Tengku Que Iskandar pula tidak pernah masuk campur urusan syarikat Tengku Benjamin Adame kerana dia sibuk dengan urusan syarikat peninggalan Tok Aki dan warisan kerajaan bawah tanah datuknya itu.Tengku Que Iskandar juga mewarisi aset dan harta dari syarikat dan hasil perniagaan bawah tanah yang tidak ternilai jumlahnya tanpa perlu bergantung harap pada kekayaan keluarganya.
Tiba-tiba telefon Tengku Isabella bergetar menandakan ada panggilan masuk.Melihatkan nama si pemanggil,Bella melirik pada kakak iparnya.
"Kak Hazel!Ada orang nak cakap dengan akak sekejap!"Tengku Isabella menyuakan telefonnya pada Hazel.
"Siapa?",Hazel mengerutkan dahinya kehairanan.Tengku Isabella hanya menaikkan bahunya sahaja kerana Que sudah memandangnya dengan pandangan hendak membunuh orang.
"Hello!"
"Eh!Hai Abang Carl!Abang sihat?",Hazel bersuara ceria menyambut panggilan dari Carl Zafran.bibirnya tersenyum manis.
"Bila abang nak...."
Telefon di tangan Hazel dirampas kasar dan dibaling kuat ke dinding.Gerakan pantas Que menyebabkan masing-masing terdiam kerana terkejut.Tengku Isabella hanya mampu menundukkan kepalanya,tidak berani mengangkat muka.Bunyi geseran kerusi menandakan Tengku Que Iskandar sudah bangun untuk keluar dari ruangan itu.Suasana senyap seketika.
"Bella,cuba jangan cari masalah dengan Abang Que!Kalau Bella bukan darah daging dia,Bella tahu kan apa nasib Bella kalau provok dia!"Tengku Benjamin Adame menasihati anak perempuannya.
"Hazel!Tolong jauhkan diri dari Carl Zafran.Tidak perlu berhubung atau dekat dengan lelaki lain selain suami Hazel!"Tengku Benjamin Adame turut menyelitkan sedikit nasihat buat menantunya.Dia tidak berniat mahu mengecilkan hati Hazel namun demi kebaikannya dia perlu bersuara.
"Ma..maafkan Hazel daddy,bonda!Hazel tak ada niat apa-apa!"Hazel bersuara lirih.
"I'm sorry Bell!Telefon Bella rosak sebab akak".
"It's ok Kak Hazel,I'm sorry too!Bella yang salah bukan akak".
Share this novel