NEW FRIENDS

Humor Series 3218

"Alisa, kelas awak dekat mana? Sini saya hantarkan." Sufiyah menawarkan diri membantu Alisa sekali lagi. Alisa gadis kecil yang baru dia kenal tadi.

Flashback

"Awak boleh jalan tak?" Tanya Sufiyah lembut. Alisa mengangguk tapi jelas di wajahnya menahan sakit.

Sampai saja di bilik rawatan. Sufiyah membaringkan Alisa di atas katil pesakit. Dia membuka peti sejuk untuk mengambil beg ais untuk diletakkan pada kaki Alisa.

Bilik rawatan ini tidak seperti biasa. Pelajar disini perlu melayan diri sendiri. Maka pelbagai ubat-ubatan dan alat kesihatan telah disediakan sepenuhnya.

"Nama saya Sufiyah. Awak?" Sufiyah memperkenalkan diri.

"Alisa." Jawabnya sepatah.

"Oh ok Alisa, selamat berkenalan." Alisa hanya mengangguk. Setelah beberapa minit berlalu. Mereka keluar dari bilik rawatan itu.

Alisa masih mendiamkan diri manakala Sufiyah sibuk mengambil sepasang tongkat untuk Alisa berjalan.

End

"Hmm tak menyusahkan kau ke?" Sufiyah menggeleng. Dia suka membantu lebih-lebih lagi yang memerlukan. Alisa hanya membiarkan saja dirinya dipapah oleh Sufiyah.

Mereka tiba di sebuah pondok atas cadangan Alisa. Kelasnya bermula lambat lagi. Jadi dia ingin berehat sementara loceng kelas berbunyi.

"Alisa, awak tahap berapa dan ambil kursus apa?" Tanya Sufiyah.

"Aku tahap 1 and kursus Fashion Designer. Kau?" Jelas Alisa panjang.

"Tahap 2. Hospitality." Alisa meng'oh'kan jawapan Sufiyah. Dia seperti kurang diajar apabila menggunakan 'kau aku' dengan Sufiyah.

"Sorry lah sebab berkau aku dengan kau. Aku tak biasa." Kata Alisa sambil tangannya ralit mengurut kakinya perlahan-lahan.

Sufiyah menggeleng. Dia tidak kisah. Yang penting, dia boleh diajak berbual. Alisa tergelak. Kini mereka terus berborak dan tanpa sedar loceng sudah berbunyi. Alisa pamit dan berterima kasih banyak kepada Sufiyah.

Kini tinggal Sufiyah keseorangan. Tidak tahu hendak kemana. Dia memgambil peta yang Cik Sue berikan tadi. Matanya tertancap pada kawasan taman Botani. Tanpa membuang masa, Sufiyah terus berjalan ke kawasan taman Botani tadi.

Setibanya di situ. Sufiyah diperlihatkan dengan keindahan taman Botani itu. Cantik sungguh ciptaan Tuhan itu. Tanpa sedar, dia diperhatikan oleh sepasang mata.

"Ehemm. Assalamualaikum, hai." Ucap si gadis yang memerhatikan Sufiyah sejak dari awal lagi. Sufiyah kaget.

"Eh err, W-waalaikumusalam. Hai." Ucapnya tergagap-gagap. Seorang gadis ayu kini berada di hadapannya. Cantiknya tak terkata. Terpesona Sufiyah sekejap.

"Awak pelajar baru ke? Tak pernah nampak pun." Tanya gadis itu. Sufiyah mengangguk. Gadis itu mengajak Sufiyah ke sebuah pondok kecil untuk berbual. Kenal seorang lagi si Sufiyah ini.

"Saya Sufiyah. Awak?"

"Suri."

Tak sangka hanya dalam beberapa minit saja. Mereka berdua seperti kawan baik yang sudah lama berkawan. Gelak tawa mereka penuh sopan. Sufiyah masih tak percaya Senang sungguh dia mahu mencari kawan.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Suri mengajak Sufiyah ke kafeteria. Sufiyah akur lalu mengikut langkah Suri.

Setibanya di kafeteria. Sufiyah terpesona dengan kekemasan dan kebersihan kafeteria itu yang cukup terjaga. Apa lagi lepas ini?

"Suri!" Jerit seseorang. Siapa lagi kalau bukan Alisa. Bersama dengan dia dua orang gadis yang Sufiyah tidak kenal. Seorang bertudung dan seorang lagi seperti gadis Inggeris.

Suri menarik tangan aku lembut menuju ke arah meja yang diduduki mereka. Semua orang tersenyum melihat Sufiyah.

"Hai." Ucap gadis Inggeris itu manakala gadis bertudung itu hanya melambai saja. Sufiyah membalas mereka.

"So,  you yang tolong Alisa tadi. Thank you." Gadis Inggeris tadi memulakan perbualan. Sufiyah terkejut tatkala mendengar gadis itu bercakap dalam bahasa melayu.

"I Melissa. Ini Iman." Gadis bertudung yakni Iman senyum ke arah Sufiyah. Bertambah lagi kawan Sufiyah.

"Ok. I nak beri tawaran dekat you boleh tak?" Soal Melissa. Sufiyah seperti takut-takut. Ialah tiba-tiba saja diberi tawaran yang dia tak tahu apakah ia.

" Disebabkan you bantu Alisa tadi dan kami sedang merekrut ahli baru. Nak tak you join kami?" Sufiyah terdiam. Join apa pula ini.

"Err, sertai apa ya?" Jawab Sufiyah lembut. Alisa bingkas bangun dari pendudukannya. Jelas diwajahnya menahan sakit.

"Sertai kami, M.A.N.I.S sebab kau aku nampak suka membantu. Dan kami ni kumpulan yang suka bantu orang." Jelas Alisa. Sufiyah terpaku. Dia diajak sertai kumpulan yang dia sendiri ragu-ragu.

"Kau tak perlu risau. Kami berlima ni bukan buli orang dan tak buat kerja jahat. Tak perlu risau." Muncul suara aneh secara tiba-tiba. Sufiyah memandang belakangnya.

Gadis yang dia jumpa pagi tadi di hadapan pejabat Pengetua. Gadis itu terus duduk di sebelah Melissa.

"Aku Natrah." Natrah menghulurkan tangannya tanda salam. Sufiyah menyambut salamnya.

Sufiyah masih lagi kaget. Dia sudah membuat lima kawan dalam sehari. Macam tak percaya yang dia juga direkrut masuk ke kumpulan mereka. Dia terharu.

Keadaan kafeteria yang sunyi tiba-tiba berubah bingit. Semua orang bersorak lebih-lebih lagi pelajar perempuan. Sufiyah melihat apa yang berlaku.

Apa yang dia nampak dari celahan lautan pelajar itu adalah sekumpulan pelajar lelaki yang berjalan menuju ke kafeteria.

Dia pandang semula menghadap kawan-kawannya itu. Melissa mendiamkan diri. Alisa membuat muka, Iman yang menundukkan kepalanya, Natrah yang tenang dan Suri yang hilang entah kemana.

"Kenapa awak semua diam?" Tanya Sufiyah. Melissa melepaskan keluhan. Dia memandang Sufiyah. Tangan Sufiyah dipegang.

"Mereka tu pelajar hot akademi ni. Ramai yang minat mereka lebih-lebih lagi pelajar perempuan." Jelas Melissa. Sufiyah mengangguk tanda faham.

"Jadi kenapa awak semua diam?" Soalnya lagi. Alisa merenung Sufiyah tajam.

" Kami ni musuh. Mereka tu berlagak dan suka buli orang. Jadi kami tak sukalah. Dah diam jangan tanya apa lagi." Marah Alisa. Sufiyah terdiam. Mereka bangun serentak dan berjalan perlahan-lahan keluar dari kafeteria. Tinggal Sufiyah keseorangan.

Tiba-tiba Suri muncul sambil memegang dua paket roti susu. Dia memandang Sufiyah manakala Sufiyah memandangnya. Eh...

"Mana semua orang?" Tanya dia.

"Keluar." Jawab Sufiyah.

Suri memandang pelajar lelaki tadi dan mengangguk. Dia faham kenapa mereka keluar.

"Emm. Sufiyah, teman saya makan dekat sini boleh? Nah, roti untuk awak." Suri menghulurkan roti susu itu kepada Sufiyah. Sufiyah menolak namun dipaksa oleh Suri.

"Mereka dah beritahu kenapa mereka pergi?" Tanya Suri sambil menggigit roti.

"Sudah." Suri gelak. Dia seperti sudah agak. Sufiyah tercengang lalu mengunyah roti tadi.

"Kenapa awak tak ikut mereka sama?" Soal Sufiyah. Suri memberhentikan kunyahan dia.

" Sebab bagi mereka saya tak wujud. Jadi saya tak perlu risau sebab PRINCE  tak akan ganggu saya." Sufiyah mengangguk. PRINCE nama kumpulan lelaki itu.

Habis makan. Mereka berdua menuju ke kaunter untuk membeli air. Sufiyah sibuk mencari kad prabayar-nya manakala Suri sudah selesai membayar.

Selesai membeli. Mereka berdua berjalan kembali menuju ke meja tadi. Entah bagaimana, kaki Sufiyah boleh tersadung dan cawan ditangannya boleh terlepas.

Sufiyah mengaduh manakala cawan airnya tepat jatuh tertumpah di atas kepala salah seorang ahli PRINCE.

Suri terkejut dengan insiden itu lalu menarik tangan Sufiyah untuk lari. Malangnya, tudung Sufiyah direntap kuat dari belakang. Sufiyah terjerit kecil.

"Kau dah tumpahkan air atas aku. Kau nak lari, hah!" Jerit pelajar lelaki itu geram.

Suri berdiam diri ditepi. Matanya mula berkaca melihat Sufiyah. Rakannya yang lain cuba menenangkan lelaki itu tetapi gagal.

Sufiyah menahan tangisan. Tangannya sakit kerana dicengkam kuat oleh tangan sasa lelaki itu. Dapat dia lihat timbul urat-urat dari lengan lelaki itu.

Sufiyah tidak tahan lagi. Matanya semakin kabur. Dunia menjadi gelap. Sufiyah akhirnya pengsan.

******************

Hulla!

Hup~~~

Sufiyah dah pengsan. Apa jadi lepas ni. Apapun tunggu chapter seterusnya.

Sakit hati pulak dengan mamat yang buat Sufiyah tu. Siapa lah dia agaknya.

Nantikan jelah ya.... Bye!!

Ouh lupa. Dalam update yg seterusnya. Ayat akan ditukar kepada 'aku'. Jadi tak guna lagi 'Sufiyah sedang'...

Jadi dengan ini, saya mengisytiharkan chapter ini selesai.

SILAKAN VOTE YA. KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience